Hahahahaha...
Lagi best dari program ini tau!
Awal² pagi lg kami anak beranak sudah keluar rumah, tujuannya ke Simpang Renggam, mencari KUBOTA untuk abah saya. Sampai di simpang Reggam lebih kurang jam 10 pg. Terus menuju ke Yong & Sons Machinery.
Pilih punya pilih, akhirnya jumpa juga yang berkenan di hati abah saya, dan diperkenankan pula oleh poket kami semua!
Ibu, Dira, Nawfal, Umi - berlatar belakangkan KUBOTA
Selesai urusan pembelian KUBOTA untuk abah, kami gerak pula ke Air Hitam, tujuannya saja² berjalan² cuci mata. Nak membeli pun rasa nya tak tahu nak beli apa. Sudahnya cari kedai makan saja. Maklumlah, perut masing² dah mula ber'keroncong untuk ana'.
Selesai menjamu selera, kami teruskan perjalan melawat kawasan jajahan. Abah cadangkan tak mau balik ikut hiway, lalu jalan kampunglah, katanya. Saya pun memusing stereng ke simpang Parot Botak, lalu jalan kampung utk balik ke Gelang Patah. Sampai di kawasan Ayer Baloi, kami singgah di kebun kelapa kepunyaan abah saya. Manalah tau kalau² ada orang tengah turunkan kelapa muda. Boleh juga jamu tekak dengan air kelapa.
Sampai di kebun ada dua orang pekerja kebun tengah turunkan kelapa. Kami pun apa lagi, pucuk dicita ulam mendatang. Tak minum di situ, penuh pula bonet kereta diisi dengan kelapa. Alahai, sedapnya air kelapa muda dari kebun sendiri. hehehehe..
inilah kelapa yang kami punggah dari kebun semalam..
Penat menunggah kelapa, kami pun meneruskan perjalanan pulang. Tiba di bandar Pontian pula, tiba² abah cakap nak makan cendol. Aduh, memang sedap pekena cendol di tepi laut sambil angin bertiup sepoi² bahasa. best! best!
Berhenti rehat kali kedua, sambil minum cendol, terasa macam nak makan pula! saya pun order la bakso dan chee kong sejuk, berkongsi makan dengan adik saya. fuhh.. tengoklah bakso dan chee kong kami nih...
Adik ipar saya pula minum ABC..
Sesudah sejuk tekak minum cendol, chee kong & ABC, kami bergerak semula meneruskan perjalanan pulang. Singgah di Nusa Perintis sekejap, kerana adik saya hendak membuat cermin mata. Akhirnya, kami tiba di rumah lebih kurang jam 4 ptg. Alhamdulillah, masih sempat menunaikan fardhu Zohor.
Akibat keletihan, anak beranak tertidur petang di depan televisyen. Puas berjalan², dan yang penting abah saya sudah pun mendapat apa yang di hajati sekian lama.. Semoga abah akan lebih gigih berkebun!!
No comments:
Post a Comment