Wednesday, August 12, 2009

Nawfal @ Eight

Alhamdulillah..

Cukup 8 bulan nawfal sudah mula menunjukkan minat hendak menapak. Setelah lebih kurang 2 ke 3 bulan dia bangun dan memapah² dan merayap² di kerusi, akhirnya dalam minggu lepas nawfal sudah mula melepaskan tangan untuk melangkah.

Walaupun tidak mencapai target umi yg mahukan nawfal berjalan di usia 8 bulan (gilakah umi???), perkembangan nawfal tetap memberangsangkan (eh, betul ke ejaannya tu?).

Semalam, nawfal sudah boleh menapak lebih kurang 4 ke 5 tapak, lepas tu terus nak duduk. Berjalan pun takut², sambil² nak seimbangkan badan. Nasib lah badan selim melim.

Lama sangat rasanya tempoh dr nawfal mula berdiri dan memapah² tu. Mak cakap asik terbantut sebab dalam nawfal sibuk² nak berjalan, tumbuh gigi pulak. Owh, sekarang nawfal dah ada 2 batang gigi bawah. Gigi kedua tu tumbuh dah 2 minggu dah.

Hahahahaha.. tu yg makan makin banyak, kalau mengunyah tu dah cam atok dia dah.. Guna gigi depan jek.. Tak dak geraham lg. Tapi sekarang nawfal dah pandai demand dah, tak sudi dia nak makan mende² yg terlampau lembik dan cairnya, cam nestum ke or bubur yg hancusss tu..

Sekarang kasi dia makan nasi, di masak sgt lembik, lauk kegemaran haruslah ayam goreng ye.. Aduhhh... sama jek cam Ucu nya, suka sgt makan ayam goreng.. Umi ni nak kena bukak ladang ayam ni gamaknya..

Mudah²an by raya nanti, dah pass lah nawfal berjalan. Umi tak sabar nak tengok budak kecik berjalan pakai baju melayu, pastu montotnya kembung² sebab pakai diapers kan.. alahai.. tomeynye.. anak umi!

Dan paling penting tak sabar nak tengok abah berkejar dengan nawfal bila abah balik nanti!! hua hua hua!!




p/s: terpaksa berhenti sbb kejap lg nak berpesta makanan!

5 comments:

** Perfect Love ** said...

wahh awal jugak tu
8 bulan dh leh menapak
good improvement. hehe

::Umi Sufira:: said...

amboi cepatnya nawfal menapak!dah pandai menapak tu bila nak datang umah auntie?:P

Umi Nawfal said...

perfect love,
awal ke? abahnya dulu 8 bln dah steady dah..(ni MIL yg cakap..)hehehe

umi sufira,
baru terkedek² lg.. tunggu dah pass nnti baru leh menapak ke kulai! hihih..

Siti @ nurie said...

wah..tahniah..teringt masa mia mula2 nak berjalan..alahai..rindunyer saaat2 mcm tu...hmmm, raya ni, ummi dia peninglah, sbb kene kejar si nawfal je....

Umi Nawfal said...

siti,
time² gini mak pak yg lebih excited kan! hahahah.. raya nnti yg kejar² tu keje abah dia lah pulak..