Thursday, July 07, 2011

1630



exactly @ 4.30 pm, my 'on-site paid vacation' (that's what some of my friend called it) is officially over!!!

just got an email from the IT guy. tot they want us to continue the vacation till tomorrow.. *wink*

-JaNnAh-

si buta pergi kerja lepas tu dapat gaji

pendekkan cerita jadi la 'MAKAN GAJI BUTA'.. macam tu lah keadaan aku kat ofis sekarang ni. masuk hari dah hari yg keempat la kami beramai² duduk kat ofis saja² je.. tak buat kerja apa pun.

itulah akibatnya kalau kerja semua pakai database, simpan file kat dalam shared drive. bila server down, habis la semua tak dapat nak buat kerja. tak buat kerja memang best, tapi yang tak bestnya tetap kena datang ofis juga. arghhh.. itu yg tak bestnya. cuba la kalau dah tak boleh buat kerja tu, tak payah datang kerja, kan best???? kan?

-jannah-

Tuesday, May 10, 2011

at last!

dapat pun tidokan nawfal sebelum pukul 10 mlm.. Lalalala..

Monday, May 09, 2011

Summarizing (Part II)

mari kita sambung cerita tahun baru..

Januari.. tak ada apa² yg menarik sgt, cuma paling menarik bila dapat jemputan dari bilik manager HR utk collect surat salary adjustment. hehehe..

sekarang ni HR punya polisi dah bertukar, sesiapa dapat promotion ke, upgrade ke, atau apa² yang seumpama dengannya, surat akan dapat direct dari HR, bukan melalui direct manager lg.. hahhaha.. so, sesiapa yg dapat apa² tu memang tak boleh nak sorok la kan.. dah la bilik HR manager tu kat laluan public. jangan harap la nak berlakon² tak tau apa² kan. bila masuk jek dalam tu confirm semua orang boleh nampak punya.. kah kah kah.. termasuk la aku..

bila bos panggil & inform suruh pergi jumpa HR manager, aku dah agak dah.. kah kah kah.. perasan eh!! merah² muka, senyum² simpul.. nak berlakon pon tak boleh.. keluar je dah kena sound.. "bila nak open table..." ceh, tak menyabar² eh korang.. korang ingat naik gajinya tu byk sgt ke? sampai boleh jamu semua org? huhhh! tak dapat la kan.. bukan aku tak bersyukur, alhamdulillah.. syukur sangat².. adalah aku rezeki lebih sikit tiap bulan, tapi lebih tu tak ada lah byk sampai boleh jamu 20 orang makan... adoi ai... tapi tu lah kan.. lumrah kita kat tmpt kerja ni.. bila ada sesiapa yg dpt naik pangkat ke, naik gaji ke.. mulalah mintak belanja kan.. aku tak marah pon kat kawan² aku tu.. hahahaha.. paham sangat dah.. just kadang rasa kelakar jek... tak kisah la tu kan.. apa² pun syukur sgt bila bukak slip gaji akhir bulan januari tu.. hehehehe... untuk kengkawan aku, korang doa la aku murah rezeki lagi, nanti dpt belanja korang makan best² sikit...

hahaha... alamak, nak abis lunch time dah.. kena stop.. nanti² sambung la lagi la..

Sunday, May 08, 2011

Happy Mother's Day

to..

emak, emak dan emak... (aku ada 3 emak tau..)

semoga emak² dipanjangkan usia, diberi kesihatan & dirahmati Allah sentiasa..

dan kepada semua ibu² seluruh dunia..!!!

Wednesday, April 27, 2011

Calapan

apa itu calapan? nak tau??

jam 6.30++ pagi, 27 april 2011..

nawfal : mi, abg dah bangun mi
umi : dah bangun? pandai anak umi bangun pagi tak nangis², abg nak susu tak?
nawfal : tanak mi
umi : betul ke? belum nak minum susu lg ke?
nawfal : belum mi
umi : ok lah, umi nak sarapan ni, nanti nak pegi keje
nawfal : mi abg nak "calapan" mi
umi : nak apa? (sambil kerut² kening)
nawfal : nak "calapan" kuih
umi : laa.. nak sarapan kuih????

hahaha.. ingatkan nak apa la tadi.. rupa²nya nak sarapan.. alahai anak.. anak.. mana la ada kuih..

lepas tu umi tanya lagi kat nawfal..

umi : abg nak sarapan mee goreng tak? mee goreng ada.. kuih tak ada..
nawfal : tak payah la mi..

adoi... budak ni dah pandai mintak sarapan.. lepas tu nak ikut selera dia pulak tu.. hai, macam².. nampaknya lepas ni umi kena la rajin²kan diri buat kuih utk srapan nawfal..

Friday, April 22, 2011

Peristiwa Malam Jumaat

Malam tadi, lepas magrib lepak ramai² dpn tv. abah masih solat kat bilik. mak pulak sibuk gaul nasi dengan kuah sardin nk kasi kucing makan kat dapur. siap gaul nasi mak bukak pintu dapur panggil kucing², nak bagi makan..

datang la kucing tu sekor². mak kucing yg duduk kat kantin sekolah pon ada. terloncat² suke sbb nak dpt makanan. sedang mak kucing terlompat² tiba² kena sambar dgn bayang² itam (itu yg mak aku cakap la, sbb masa tu x tau benda apa yg menyambarnya..). bila bukak lampu kat dpn pintu dapur tu nampak mak kucing kena belit ngan sekor ular.. besar gilerrr!!! terus mak aku jerit². satu rumah kecoh. abah baru siap bagi salam, doa pendek² kejap pastu terus bangun keluar gi belakang rumah cari parang panjang. adik dengan alim dah berlari² keluar, bawak lampu picit.

masa tu aku tengok ekor kucing tu masoh gerak² lagi. abah tebak ular dengan parang, tapi ular tu tetap tak lepaskan mak kucing. alim lari pegi belakang amik perejang dengan cangkul. abis ditetak, ditebak, dicangkul, ular tu tetap belit mak kucing. makin kuat! lepas tu agaknya ular tu dah tak kuasa nak layan org dok pukul² dia, dia lepaskan mak kucing dan lari masuk dalam kalbat kat tepi parit. bila diangkat mak kucing tu dah tak bernyawa. abah cakap tak boleh lepaskan ular tu, kena bunuh jugak. sebab resam ular kalau die dah dicederakan dan lepas, ada kemungkinan die akan datang semula dah jadi lebih ganas! sort of balas dendam la kan.. bahaya woo..

so, nak tah nak, kena perambat jugak ular tu sampai dapat. abah amik petrol dalam tong, curah kat air mengalir dalam parit lepas tu hidupkan api. haaa, hambik ko!!! api sampai menjilat pokok pisang... abis terbakar.. bila dah kepanasan baru ular tu keluar dari persembunyiannya. jenuh jugak la nak bagi die keluar dari dlm parit tu.. sampai dua tong besar minyak habis abah kerjakan. sampai berasap². mabuk aku dibuatnya. ah ya, masa tu aku dah keluar la kan, menyumbang tenaga. tak cukup korum la katakan. tapi aku jadi tukang suluh jek la.. hahahahhaa... tak sanggup mengambil risiko.. abah pulak syok main api jek, jadi tukang bakar. yang ajdi hero alim dengan adik aku, farhan la. sorang pegang parang, sorang lagi pegang perejang. standby kat the other end of the kalbat...

eh, ular tu degil jugak, tak mau keluar. sudahnya, adik kait pakai galah buluh. elok adik tarik ular tu keluar alim dah sedia nak tebak dengan perejang. sekali hentak lekat kat leher (kot) ular tu. bila dah confirm ular tu tak boleh lari, adk amik alih pegang perejang, alim terus lari amik tali, buat tarik ular naik atas.


usaha mengheret ular yg sangat la beratnya...


process memancung ualr oleh adik aku..




diheretnya ular tu kat tempat berumput. end of story, adik jadi hero memancung ular sawa sebesar betis abah aku tu. euwwwwwwwwwww.. darah banyak.. geli woo.. adik siap potong kepala ular tu bagi putus, lepas tu terus campak kat parit. habis cerita..

begitulah kisah di malam jumaat...