"lepas ni pastikan nawfal cukup tidur, berat dia tak naik ni sebab dia kurang tidur ni."
"owh, ye ke.." (ye lah! sebab bab² susu & makan mmg tak ada masalah!)
"nawfal sekarang tidur buai ke?", tanya misi itu lagi.
"tidaklah, tidur kat bawah aje"
"tidur malam ok?"
"ok aje.. bangun sekejap² sebab nak susu.."
"ha, baguslah.. kasi aje.." (memang lah senang kalau malam, tidur celah ketiak umi, bila nak susu umi selak baju aje...)
pastu misi tanya lagi, "siang dia tidur tak?"
hah! alamak! "emmmm.. nawfal ni dia susah sikit nak tidur siang, kalau tidur pun sekejap jek, kadang² tak sampai ½ jam tidur dah bangun, pastu terus sibuk bekerja"
"hmm.. budak² ni sebenarnya waktu dia membesarkan badan ialah waktu dia tidur.. sebab tu mesti ada jadual untuk dia menyusu, makan & tidur. barulah boleh stabil perkembangan dia.. sebab dia ni kecik lg, belum sampai setahun pun kan.. jadi tidur mesti lebih.. cuba tidurkan dalam buaian, selalu budak² kalau tidur dalam buaian boleh lama sikit"
haaaa... kan dah umi kena dengar ceramah percuma..
Adusssssss!! Camne nih? Annakku nawfal itu sangat lah cerewet bab² nak tidur ni. Truth is, kalau nak dia tidur lama sikit kita hendaklah sentiasa meneman dia sepanjang waktu dia tidur. Atau dengan kata lain, tidur sekalilah dengan dia, sebab dia tidur suka ngempeng.. Haaa, dapat ngempeng baru la dia boleh tidur lena.
Kalau tak, alamatnya tidur 15 minit sahaja lah... Bila tersedar, langsung tak boleh sambung tidur. Pasti akan terus bangun merangkak sekeliling rumah.. Aduhh.. Kusut otak umi, nak..
Bila malam memang senang.. sentiasa celah ketiak umi, tapi kalau siang² tu masalah sikit lah. Takkan lah nenek asik nak teman dia tidur jek. Habis lah nenek tak dapat nak buat keje rumah.
Nak tidurkan dlm babycot dia tu??? Hampeh!! Lagilah dia tak nak! Rasa macam penjara, pastu nanti jerit² je. Tidur nya tak juga...
Nak ikut saranan misi kat klinik tu? Tidurkan dalam buai? Pernah juga nenek tidurkan dalam buaian.. memang ler tidurnya akan lama sedikit dr tidur di bawah, tapi bahaya la pulak!!
Sejak dah besar sikit nih, nawfal sangat lasak! Sangat bahaya nak tidurkan dia di dalam buai. Sebabnya, bila dia tersedar dia akan terus bangun dan duduk pula di dalam buaian! Pernah juga terus terjun dr buaian. Haaaa.. bahaya kan?
"Owh, cik misi.. sesungguhnya cadangan mu itu telah ditolak
Abis tu.. macam mana nih? Buntu dah ni, macam mana lg tah nak tidurkan nawfal nih.. Bawak gi keje kang baru tau!!
3 comments:
betui kata misi tuh...
sbb tu uzma alhamdulillah mmg x de masalah berat badan...susu+makan+tido mmg ikut jadual punya...sekarang uzma 9bln da 10kg..x tak nampak terlalu berisi sbb lasak..hihi...
Hmm sbb tu iena x ajar uzma tido buai kak..bila besar mmg leceh..dorangkan nak tempat yg luas dan selesa...
minta tlg mak akak atur jadual dia la bg betul dari pagi sampai ptg..maksud iena time susu..makan dan tido..amik masa la tapi insya'allah lama2 ok kot...
betul kata cik misi tu... tapi anak dara ku yg terlebih2 tido badan alahai cikeding...
tu ler pasal.. masalah dia nih, susah sgt nak tidur, makan or susu ok jek.. bab tidur tu yg leceh, nak kena org temankan.. baru nak tidur..
Post a Comment