tak sangka, membasuh CD memang senang!
masa mula² nak pakaikan nawfal CD tu, terfikir² jugak..
"larat ke aku membasuhnya nanti.."aku pilih hari ahad yg lepas utk cuba pakaikan nawfal CD, sbb cuti kan.. lg pun CD nawfal bukannya byk sgt.. masa tu cuma ada 4 pc yg aku beli kat
sayangbabyibu.com. aku beli brand rainbow BB. hajatnya mmg nak try macam² jenis, sbb tu aku beli pack yg sikit dulu, nanti boleh cuba brand lain pulak..
masa mula² nak pakaikan tu, risau jugak aku.. cam ne kalau terbocor ke hape eh.. mati laaaa..
dan kebetulan pulak hari ahad tu nawfal berak².. aduhhhh.. cuak dah aku.. alamak.. camne nih.. kalau pakai disposable, senang.. terus buang jek kan.. yg nih nak kena cuci pulak.. ngeeee..
nasib baik before aku buat keputusan nak 'CD'kan nawfal aku ade lah buat pembacaan
(chewahhh!) merata² kat blog² mommies yg gunakan CD ni... so, konon² perasan terer lah..
"ala.. kacang jek guna CD nih..."aku start pakaikan CD kat nawfal pg tu lepas mandi... lepas 3 jam aku check isinya agak² cam penuh.. aku tukarkan.. yg kotor tu aku buatlah seperti yg disarankan..
mula² keluarkan insert, pastu sembur jek ngan air... sambil tu aku tijak² jek insert tu..
(heheheh, tips ni aku belajar ngan nurul dhia..). pastu aku perah kasi kering n letak dlm baldi kering.. simpan dulu.. kumpul, baru basuh ngan mesin..
CD yg kedua tu... nawfal pakai x sampai 3 jam, dia dah berakkan.. halamakkk... cam mane nih!!! hihihihi... tetiba panik, rasa tak tau nak buat cam mana ngan CD tu.. adusss..!! apa² hal, siapkan nawfal dulu.. pakaikan CD yg ketiga..
lepas tu sempat pulak i bukak
blog nurul dhia.. hahahahaha.. belajar lg cara² nak buang najis n basuh CD berak nawfal tu.. kah kah kah kah..
"aku mmg gigih!!"owhhh.. senang jek sebenarnya nak cuci CD berak nih tau.. ingatkan susah sgt.. dgn menggunakan hujung² jari saje
sebab terasa geli uols aku keluarkan insertnya.. eh, insertnya tak kotor la.. cuma ade kesan kuning².. tu pon sikit jek.. ha'ah la... sbb dia kat dlm.. yg kena najis CDnya saje.. ape daaaaa... cam biasa aku sembur ngan air paip sambil tijak² insert tu..
lepas tu aku amik CDnya tu, letak dekat ngan lubang
jamban toilet, pastu sembur ngan air kuat², eh senang jek tanggal najis² tu.. bila dah bersih dua² tu aku bilas lg bawah air paip, n aku perah dan letak dlm baldi bersama² CD yg first td. ahhh.. senang saja rupanya..
petang tu, bila dah habis 4 keping CD nawfal pakai, aku masukkan CD kat dlm laundry net
yg aku baru beli kat Giant hari jumaat lepas semata² utk membasuh CD dan aku masukkan terus kat dlm mesin basuh. insertnya aku campak jek sekali dlm mesin, dan putar!! siap! then aku terus jemur..
begitulah pengalaman aku menggunakan Cd untuk nawfal sepanjang hari ahad yg lepas.. malamnya nawfal tetap pakai Drypers. Mana cukup kan 4 keping CD untuk 1 hari.. ermm.. oleh sebab itu petang tu jugak, aku meng'order' lg CD jenis Coolababy pulak, dr
sayangbabyibu.com. this time aku order pack 6 keping CD dengan 12 insert. lepas ni boleh la nawfal fully ber'CD'.. dan jimatlah perbelanjaan maknya ini kerana tidak perlu membeli disposable lg.. dan yg penting tak payah susah² nak pk kat mana nak buang dan lupuskan disposable tu..
Pagi ini aku sgt gembira semasa menaip entry ini kerana semalam sewaktu aku pulang ke rumah, CD² ku sudah sampai dan malam td gigih aku membasuhnya.. tak sabar nak pakaikan nawfal CD Coolababy pulak..
*wink*...
bila pulak nak try Lunatots yek...