Monday, June 08, 2009

Doa Pagi.. Baca.. dan Aminkan..

Assalamualaikum..... Sebelum memulakan sebarang kegiatan pada setiap hari sangat elok dan molek di mulakan dgn bacaan doa..

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan
nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau
kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam
mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan
semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur se
berkat-berkatnya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon
anugerah sebaik-baiknya,memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus
Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.

Aminnn…


Sekadar berkongsi....

Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan Insyaallah.
Amin.



3 comments:

hajarus said...

AMIN.. AMIN... AMIN... YAROBBALALAMI......

tentang diriku said...

AMINN...
MUDAH2AN PERJALANAN KEHIDUPAN SEHARIAN D BERKATI ALLAH

Mama Qaseh said...

Aminnnn..mdah2an semuanya akn mjadi yg tbaik kan..