Monday, September 07, 2009

Projek Raya - Part 3 : The Making

Hahahaha.. dah part 3 dah yek.. mana entry part 2 tu aku pun tak tahu..

Entry membeli tak terbuat, dihingggap virus² malas..

hmm.. cerita pasal part 3:

hari sabtu lepas kami mulakan projek kuih raya, janji nak buat pagi² konon... sudahnya dah tghari baru mula.. sempat buat dua jenis biskut, biskut sarang semut dan biskut semperit.. hahahaha.. berjaya.. berjaya..

hari kedua pulak, semalam.. sempat lg mengadun dua adunan.. siangnya buat almond london, tp tak siapkan salut coklat lg.. sambil² menggentel almond dengan tepung dan sambil² membakar, sempat jugak shima mengadun doh untuk biskut cornflakes..

tapi tak sempat nak terap... malam lepas maghrib sambung semula, konon² nak siapkan almond london dan biskut cornflakes, tp tak siap jugak.. maklumlah.. adunan yg dibuat bukan sikit, utk lima org tau... penuh satu mangkuk..

dah pukul 11 malam pun tak siap² membakar lg.. sudahnya bungkus saje lah.. masing² pun buat kuih sampai mata nak tertutup² daaa...

nawfal macam biasa, menolong jugak.. menolong sibuk².. asik nak panjat atas badan umi jek.. last² kasi periuk dengan senduk baru duduk main diam²..

nanti malam sambung lg... shima pulak awal² dah berangan nak mengadun lg... huhuhuhuh.. ngalahkan org nak meniaga.. tapi kan uols.. memang jimat lah... dengan modal rm50 seorang macam² kuih boleh dapat.. dalam 2 hari dapat 4 jenis, barang² banyak lg tu... memang muai la.. drpd membeli sebalang sampai rm20++..

mungkin thn depan boleh buat meniaga pulak!! wakakakakaka...


2 comments:

Siti @ nurie said...

nak resepi sarang semut tu...siti cari tmpt utk jadikan dia sarang tak jumpa lah..leh pakai benda lain tak?..

Umi Nawfal said...

ermm.. tak tau lah siti eh, ape mende tah nak gantikan..