Thursday, September 10, 2009

Kenangan Pahit Bersama Param

Hari ini sudah masuk hari ke-20 kita berpuasa. Alhamdulillah. Masih berkesempatan melalui bulan Ramadhan dengan sihat walafiat.

Sepanjang 20 hari puasa baru sekali aku menjejakkan kaki ku ke Param di Nusa Perintis. Itu pun sewaktu di hari ke-2 puasa yg lalu. Selepas itu aku tidak pernah lg menjejakkan kaki ke mana² Param.

Kenapa??

Sebab aku serik!

Hari pertama aku membeli makanan di Param bersama mak dan Nawfal, macam² yg aku beli. Selera sangatlah membuak². Kalau boleh rasanya semua makanan yg ada di Param tu aku nak rasa. Bayangkanlah, aku beli nasi ambeng, nasi kerabu, murtabak, masi ayam, ayam percik, lauk kari, kuih muih, dan air yg bermacam jenis.

Pulang ke rumah, licin semua aku kerjakan. Tak bersisa! Huh! Lapar sungguh gamaknya. Maklumlah baru hari ke-2 puasa. Malam itu, tidurku tidak lena, setiap 1 jam aku terpaksa bangun berulang alik ke bilik air. Macam kena c***t b***t la. Perut memulas², tekak terasa loya. Sampaikan aku tak boleh nak tidur langsung! Ku ambil minyak, sapu² di perut, dada, leher, tengkuk.. Ahhh.. Serba tak kena rasanya.

Ianya berlarutan sampailah ke pagi, ke tghari esoknya sewaktu di pejabat, dan sampai ke petang setelah pulang semula ke rumah. Owh.. Rasa tersangat lemah badan. Masa tu, barulah terasa menyesal mengikutkan kehendak nafsu. Padan muka aku! Anggapanku, makanan² yg aku makan hasil dibeli di Param yg menjadikan aku begitu. Mungkin ya, tapi mungkin juga tidak.

Sebabnya, hingga hari ke 19 semalam, masih ada makanan Param yg ku jamah sewaktu di meja makan. Alhamdulillah, tidak pula perut meragam, memulas² seperti di hari kedua Ramadhan yg lalu. Owh, tekak dan perutku masih boleh menerima makanan di Param, tp mestilah yg orang lain pergi beli!! Aku dah serik hendak pergi membeli makanan di Param, takut² keracunan lg.

Tapi aku masih hairan, kenapa makanan yg org belikan itu, ok saje? Agak² kalau aku pergi membeli sendiri di Param lepas ni, ok ke? Ish, tak beranilah. Walau sebenarnya teringin sgt nak pergi membeli tp, masih rasa takut² lah. eeeiiii...


3 comments:

FAM said...

sama la..xde kes CB tp mmg tak dak perasaan nk gi param. mcm xkena dgn tekak mak nih hah

OneSue said...

heheh,..marila kita masak bersama2...emm akka cek dok la ..risau plak skangni,...macam1 penyakit

hajarus said...

hajar plak semalam g param beli la laksa... masa nak makan tu rase cam dah basi... huhuhu...