Hari ini hari pertama mereka berdua²an di rumah (tanpa saya).
Pg td sewaktu saya hendak keluar ke tempat kerja mereka kelihatan ok² saja.
Si anak seperti biasa akan melambai²kan tangan ke arah saya.
Walaubagaimana pun, setiap jam saya akan menelefon ke rumah bertanyakan khabar mereka.
Terakhir kali saya menelefon, mereka berdua sedang tidur. Saya cuma berbual² sebentar dengan si bapa. Bertanyakan sama ada anaknya sudah ok atau masih melalak² seperti malam td.
Sedang saya berbual² terdengar rengekan halus di hujung talian. Kemudian diikuti, "eh, tidur.. tidur.. abah ada sini.."
Terharu saya mendengarnya. Pertama kali saya mendengar ungkapan sedemikian keluar dr mulut si bapa.
Hmm.. Nampaknya mereka sudah berbaik² dan berkawan². Lega hati saya.
Sebentar td, si bapa membuat panggilan video. Kelihatan si anak sedang berjalan² di hadapan televisyen sambil tersenyum riang, tertawa mesra kepada si bapa. Alhamdulillah. Naluri antara si bapa dan si anak memang kuat.
Sudah sepatutnya saya memberikan ruang utk mereka menghabiskan masa berdua²an. Si anak sudah mula mesra dengan si bapa. Saya bahagia bila kedua² buah hati saya gembira.
Esok akan ada masa lagi utk mereka berdua²an sahaja di rumah (sekali lagi tanpa saya). Kalaulah... Si bapa tak perlu pergi lagi.....
7 comments:
sabar jelah yerk...siti lak cm sedih bunyiknyer,....dah tugas kan..nak buat cmner...kalau dia keje kat luar "hutan", bolh gak ikut kan....naluri seorang anak dn ayahkan....ada ikatan yg kuat
again..men'touching'kn jek..
sedihnya... buat air mata ku mengalir..
huhuuu...cuti berapa lama hubby nanti? Mcm manalah nanti bila dia dah start keja balik kan?
tak dapat nak bayangkan perasaannya...sebagai seorg isteri dan jugak sebagai seorg ibu bila tengok ayah dan anak berpisah semula....
tu lah, kesian anak, kesian jugak bapaknya.. nih bapaknya cuti 3minggu.. lepas 3 minggu kang dah pergi semula.. terpaksa lah.. buat² macam tak ada pape..
Sedihnya kan Ummi tp dh tugas nk buat mcmane..
Harap slma 3 minggu ni Nawfal dpt mnhabiskan msa sebaiknya dgn Abahnya kan..
Dan harap hari raya ni akn lbh bmakna wat Ummi n Nawfal
TQ Mama Qaseh, and the same goes to u.. :)
Post a Comment