Tuesday, September 08, 2009

Penat! Dan mengantuk juga!

Jadi malam ini aktiviti projek raya tidak akan berjalan.

Malam semalam bekerja sampai ke tengah malam, pukul 12am++ baru shima dengan azie bertolak meninggalkan rumah saya. Nak habiskan coating coklat kat weols punya almond london dan habiskan membakar adunan biskut cornflakes yg semalam.

Alhamdulillah.. dapat 5 balang besar almond london. Cukup² bahagi jek utk 5 org rakan kongsi. Dapatlah dalam 130 butir seorang. Kalau nak di jual semua almond london tu, dah balik sangat modal rm50 seorang. Bahagia sungguh saya rasa.

Melangkah masuk ke rumah mak yg sekangkang kera itu, saya tengok anak teruna saya dah tidur sorang² kat depan TV. Kesian anak umi, tidur sorang². Atok ngan neneknya dah tertidur kat hall depan. Tengok jam, dah pukul 12 lebih, nak Tarawikh pun tak larat rasa, saya masuk bilik air cuci muka segala bagai, salin baju, terus lepak di sebelah anak teruna.

Baru saja tidur tak sampai 2 jam, saya dikejutkan oleh mak. Sambil menggosok² mata, sebelah tangan saya meraba² di bahagian tilam yg sebelah lg. Eh, anak teruna saya tak ada. Saya bangun dan duduk, kemudian capai cermin mata.

"Tu haa... kat situ dah...", kata mak saya sambil menunjukkan ke arah anak teruna saya yang sedang tidur mengekol di hujung kaki saya, dah terkeluar dr kawasan bertilam. Allahuakbar.. Kesiannya tengok anak teruna saya tidur begitu di atas lantai. Macam mana lah pulak boleh sampai ke sana? Padahal sebelum saya melelapkan mata saya dah kepit si anak teruna di celah ketiak saya. Tak sampai 2 jam dah tersasar jauh ke bawah kaki saya. Dan macam mana pulak saya boleh tak tersedar? Selalunya, setiap jam saya akan tersedar kalau² anak teruna saya beralih tempat tidur. Memang saya mengantuk sangat² malam td.

Hai.. Anak.. Anak.. Kenapalah lasak sangat. Sambil tidur pun nak bergerak² jugak. Macam mana nak gemuk, ye tak? Kesian anak teruna, sudah 2 malam tidurnya sendirian. Jadi malam ini umi tak bekerjalah! Cuma malam ini saya bercadang hendak memasak serunding kelapa untuk dibuat inti popiah kecil. Itu santapan kegemaran ayahanda saya di hari raya. Sekali makan boleh habis satu balang. kalau nak membeli (wah, sekali lg saya berkira²) sekilo harganya dlm rm30. Adalah lebih baik saya luangkan masa menggulungnya sendiri. Di ofis pun boleh saya kerjakan nanti.

Baru sekejap tadi abah kepada anak teruna saya menelefon dr dlm hutan. Eh, bukan lah. Di hutan tiada line telefon, jadi waktu² dia keluar mendapatkan bekalan makanan dapatlah dia menelefon saya. Katanya dah belikan saya kek lapis sarawak 10 batang. Awww... Banyaknye bang.. Sayanggg abg..!! Senanglah saya nak bahagi²kan nanti. Hmm.. dan baju raya utk dia juga belum dibeli. Saya nak belikan dulu tak mau pulak (yg sebenarnya saya excited nak carikan baju sedondon sbb baju raya saya dah siap, baru saja di ambil waktu rehat td..). Tunggu dia balik nanti, katanya. Boleh jugakk...

Jadi, raya tahun ini kami anak beranak akan balik ke rumah ibu mertua saya di Klang. Lepas tu baru balik ke kg atok suami saya di Bt Pahat bersama² ibunya. Last sekali barulah kami akan beraya bersama keluarga saya di sini.

Eh, saya lupa pulak. Td suami saya pesan suruh tukar duit di Bank. Alamak, tu yg saya tak rajin tu. Entah bila nak pergi Bank. Ni nak kena kira dulu ni berapa bajet utk anak² menakan saya... Owh, bajet duit raya utk mak, abah, mak mertua saya, atok nenek saya.. ermmm.. makin tua, makin besar jumlahnya..

*wink* *wink*



1 comment:

Unknown said...

wahh.. seronotnye dpt buat biskut raya ramai2... sy sensorang jer dok dapo... kekadang je ditolong oleh si kenit... hehehe