hujung minggu saya sgt padat dengan aktiviti.. nak jengah pc pon tak sempat..
hari sabtu sibuk mengemas rumah.. habis satu rumah saya kumbah!! bersih dah dapur rumah saya.. bertungkus lumus saya mengemas
dan sempat pulak bawak mak pegi kipmart petang tu.. cari lauk.. dan end up terbeli mainan untuk nawfal.. hehehe..
hari minggu, pagi² bangun, pulun kerjakan CD nawfal.. pukul 10 keluar pegi perling indah, beli barang² buat kuih dengan azie.. gigih saya membeli sambil mendukung nawfal yg tangannya tak reti langsung nak duduk diam.. capai sana.. capai sini.. dah ler ramai org, sesak gila dlm kedai.. kat luar pulak hujan lebat!! jenuh saya ulang alik 3-4 kali hantar barang dlm kereta, nasib baik la ada si azie..
malam tu pulak, tak lena tidur saya.. badan nawfal tiba² panas.. sepanjang malam merengek².. dah kasi ubat, dah lap dgn air sejuk, panasnya tak turun².. bila letak kat bawah, dia nangis.. sudahnya tidur beriba.. umi pulak tidur menyandar kat kusyen.. sakit badan umi nak...
31 Ogos 2009, tak merdeka langsung.. sepanjang hari mendukung nawfal.. sampaikan nak jemur n angkat kain pun sambil dukung dia jugak.. langsung tak boleh tinggal sorang².. sentiasa nak berkepit dengan uminya.. umi masuk bilik air nak mandi.. dia dok terjerit² kat luar.. aduhai...
alhamdulillah.. mlm td panasnya dah beransur kurang.. dan pg nih nawfal dah sihat.. tapi, rasanya macam saya pulak yg sakit.. dah le cuaca mendung.. hujan rintik².. mata mengantuk sbb malam td pon tidur tak lena.. nawfal asik tersedar jek.. bujang tu, bila terdesar dr tidur mesti terus merangkak, turun dr tilam... dah tak pasal² uminya asik bangun sepanjang malam nak menarik dia naik atas tilam..
Mudah²an demamnya terus kebah hari ini... dan insyaAllah.. projek raya akan bermula malam ini..
p/s : teringat kenangan 31 Ogos beberapa tahun yg lalu... terjatuh dr pokok rambutan sebab nak amikkan rambutan utk mak.. hehehe..
6 comments:
hoh..projek cookies raya ka? nt export sket ek! me as usual..xbuat!
tu la bila sorang ni..semua kena setle kan sdn kan..
Kna hujan ke Yang..Hope Nawfal dmam biasa n cpt sembuh yea cayang..
Projek kuih raya ker tu Ummi?
moga cepat sembuh
skrg mmg musim org tak sihat..
mmg better duduk rumah saje ;-(
achic,
y not.. insyaAllah.. see u during raya eh.. i will be in Klang.
sujaihah,
betul lah.. nak buat mcm mana kan.. kita ni kena lah kuat..
mama qaseh,
tak, bukan sbb kena hujan.. neneknya ckp badan penat sgt sbb terlampau lasak..
kv,
thanks.. reallky hope for that..
perfect love,
tu ler.. mlm ni pasar mlm, tp mmg x gi la nampaknya..
Post a Comment