Friday, September 18, 2009

Projek Raya - Closed!

Alhamdulillah,

Tengah malam td, selesai sudah sesi membahagi kuih muih yg dapat & sempat kami siapkan. Dengan berbekal modal yg tak seberapa, sedikit masa & tenaga, rupa²nya kami dapat siapkan 9 jenis juadah utk hari raya..

Sarang Semut
Semperit
Biskut Coklat Badam
Biskut Cornflakes
Biskut Cornflakes Coklat
Almond London
Cornflakes Madu
Cornflakes Coklat
Mini Popiah

Tak sempat nak snap gambar mlm td, dah kelam kabut semua nak cepat.

Cari baju raya punya pasal, sampai rumah pun dah pukul 11 malam. Sudahnya pukul 2 pg masih lg terhegeh² mengemas kuih muih.

Hari saya masih di pejabat bersama² Kakchom. Shima dan Azie telah selamat memulakan cuti raya.

Alahai, tak sabar rasa nak tunggu jam 5 ptg.

InsyaAllah mlm ini saya bersama² anak dan suami akan bertolak pulang ke rumah ibu mertua di Klang. Moga semuanya berjalan dengan lancar.

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN dari kami sekeluarga.


3 comments:

Mama Qaseh said...

Selamat Hari Raya..Maaf Zahir Batin yea..
Mga selamat sampai pulang ke kampung nnti..
Dan mga ceria d hari raya nnti..

♥Hernee Nazir♥ said...

slmt hari raya kak..jmput dtg umah..

slmt jln gak..

~Yu.Es~ said...

Selamat Hari Raya maaf zahir batin yer:)