Thursday, September 17, 2009

Airmata ku menitis jua..

Tepat jam 8 malam, Nawfal sudah pun merayau² di balai ketibaan Lapangan Terbang Senai. Umi tengok nawfal suka sgt dapat berjalan², lepas bebas di tempat lapang macam ni. Tertawa kegirangan melihat Kakak Nur & Kakak Kayra berkejar². Nawfal seolah² tak sabar² nak turut sama berlari². Nampak teruja semacam.. Atau Nawfal sebenarnya excited sebab nak jumpa dengan abahnya??

Beberapa minit berlalu. Mana abah ni?

Umi telefonkan abah, "kenapa lambat sgt? Kata flight turun pukul 7.50?"

"tgh tunggu beg la umi.."

"oh.. ok.."

Sambil² mata umi ligat mencari² kelibat abah..

"Eh, itu abah"

Tapi abah tak nampak kami. Abah terus jek menonong keluar. Umi telefon abah lg sekali, "abah, masuk dalam semula. Kami kat dalam ni."

Abah pun masuk semula ke ruang menunggu..

Umi nampak abah tercari² kami anak beranak. Nenek, ayah, ibu & Dira pun ikut sama menjemput abah di lapangan terbang.

Akhirnya abah nampak kami. Abah terus tuju ke Nawfal.

Umi tengok nawfal terpinga² sewaktu abah dekat dengan dia, dan bila abah cuba dukung dia, nawfal terus sandarkan badannya dekat umi.

Nawfal buat muka kering, tak ada apa² ekspresi pun. Entah la, waktu tu umi pun tak tau apa yg sedang Nawfal fikirkan. Kesian abah, Nawfal macam tak mau ikut abah. Hmmm, macam tu lah nawfal sekarang, kalau ada orang² yg dia tak biasa nampak, nak dekat² dengan dia, mesti dia macam nak lari² saja.

Agaknya, kalau Nawfal dah pandai cakap, apalah yang dia akan cakap sewaktu pertama kali jumpa dengan abahnya malam td ye..?

Sampai di rumah pun, Nawfal masih pelik² lg. Sampaikan mengangis² waktu abah nak tidurkan dia. Last² umi ambil dan baringkan di sebelah umi. Waktu umi tepuk² nak tidurkan Nawfal umi tengok matanya masih terbuka lagi, tp dia tak meronta² nak bangun macam selalu. Nawfal cuma baring diam² sambil sekejap² dia menjeling pada abah di sebelah umi.

Entah apalah yg Nawfal fikirkan agaknya. Andai umi tahu apa yg Nawfal fikir, kan bagus. Waktu itu menitis jua airmata seorang umi. Umi sedih.. Kalau lah umi faham..


10 comments:

Sayang.Ibu said...

alahaii..sedih laa baca... mula terbayang2 cemana lak kalo esok anak2 saya yang kena tinggal gitu

♥Hernee Nazir♥ said...

akak..sdih plak org bace..bru2 tu..nti serasi la..

Siti @ nurie said...

alah sedihnyer....semoga nawfal akan cept "terima" abah dia...yerlah, dr dia kecikkn...dah pandai jalan pun....sabar eh...

~Yu.Es~ said...

Alahai sedih nya saya baca....kesian to both ayah and anak...jannah why not berenti kerja je n ikut hubby? hee just asking yer...no hard feeling:P

hajarus said...

alahai sedihnyer kak... hajar baca n3 ni... nak menitis dah ni air mater...

CiKaYu said...

sebak pula baca....kesian hubby u, dia pun mesti rasa sediy. nawfal pun kecik lagi lum faham.

noniey said...

sedihnya.. mesti hubby sedih sgt kan.. anak sendiri taknak dengan abahnya.. cuma lelaki, dia takkan tunjuk itu semua..

Umi Nawfal said...

hmm.. tak tau lah.. sedih mmg sedih, tp kena hadap jugak lah.. nak buat mcm mana kan..

l i e y n said...

budak2 mmg mcm tu....memang le sedih tapi nak wat camane kan...sabar ye umi

Umi Nawfal said...

btul tu leiyn, n terbukti nawfal dah berbaik² dgn abah dia..