Tuesday, November 17, 2009

Hari² Yang Penuh Kesyahduan

Jumaat, 13 November 2009

Malam itu saya bersama² mak, abah, nawfal & dua adik saya telah keluar ke pekan GP. Sepulangnya kami dari pekan, mak telah mengajak kami singgah ke rumah makcik saya, mahu melihat bayi kecilnya yg baru..

Oh, tidak.. tidak.. Makcik saya bukan baru lepas bersalin. Tapi telah mengangkat seorang bayi perempuan yang comel, menjadi anak angkatnya. Lahir pada 12 Nov 2009, jam 10 malam, dan terus dibawa pulang oleh makcik saya pada keesokkan harinya.

Kerana lahir dalam keluarga yg sudah mempunyai 6 orang adik beradik yg lain, telah membuatkan ibu kandungnya menyerahkan sepenuh hak penjagaan ke atas bayi itu kepada makcik saya.

Melihatkan wajah mulus bayi itu, hati saya berasa sayu. Apakah perasaan seorang ibu yg menyerahkan bayinya yg baru lahir kepada orang lain? Bagaimanakah nanti si ibu menghadapi hari² berpantang tanpa kehadiran si anak di sisinya?? Membuatkan saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang, syukur Alhamdulillah, terima ksih ya Allah. Syukur kerana saya dapat membesarkan anak saya sendiri..

Dan owh, saya sgt terharu bila makcik saya setuju dengan nama yg saya berikan untuk bayi itu.. thanks kak lin!!(saya mmg panggil makcik saya kaklin). heheheh..

Ahad, 15 November 2009

Petang itu setelah berhempas pulas memandikan tenggiling saya, saya terasa sangatlah malas untuk memasak. Dah hari cuti takkanlah nak biarkan mak saya memasak pula kan.. Jadi saya telah berpakat² dengan adik² saya.. Biarlah dapur tak berasap hari ini. Mak pun dapat relaks.. Sudahnya kami keluar pergi tapaw Kenny Rogers untuk dinner.

Dalam perjalanan pulang, hampir² adik ipar saya melanggar seekor anak kucing yg sedang tergolek² di tengah jalan. Fuhhh, berderau darah saya. Cepat² adik ipar saya memberhentikan kereta di tepi jalan. Adik saya tak sabar² keluar dan berlari² mendapatkan anak kucing itu.

Kesian sungguh tau.. Kalau dilihat fizikalnya anak kucing tu seperti baru seminggu dilahirkan. Tapi, kenapa pula sedang tergolkek di tengah jalan? Ke mana pula pergi ibunya? Bila adik ipar saya angkat anak kucing tu, saya lihat ekornya berdarah.. Macam mana ni? Nak dibiar di tepi jalan kah? Mana lah tau kalau² ibunya datang semula.. Tapi, takkan nak ditinggalkan saja? Dah la cedera.. Macam mana kalau dia bergerak ke tengah jalan pula? Tak pasal² nanti dilanggar kereta.

Akhirnya, adik saya ambil tisu dr dalam kereta dan balut kucing tu. Kami ambil keputusan utk di bawa pulang saja. Sedih saya tengok.. Sampai di rumah, cepat² adik saya bersihkan lukanya, mujurlah cuma sedikit saja. Kat rumah mak saya tanya, "macam mana ni? anak kucing ni sepatutnya masih menyusu nih.."

Tak fikir panjang, adik saya bancuh susu nawfal di dalam cawan. Lepas tu ambil picagari.. boleh la kasi dia susu pakai picagari.. nasib baik dia nak minum susu tu.. Gelojoh sungguh dia minum susu tu.. Entah dah berapa lama dia duduk kat tengah jalan tu, tak tau lah.. kesian dia.. Nasib lah sekejap lg nak cuti sekolah dapatlah adik saya menjaganya sepenuh masa..


8 comments:

siti noriza saleh said...

itu mesti kes org buang anak kucing tu...agaknyer mak dia cari tmpat baru, nak anak dia lapar pulak..tu yg smpai kat tgh jalan tu..alahai..siannyer kucing tu....

siti noriza saleh said...

tertinggal lak....agaknyer, cter yg pertama tu, sbb mak dia rasa, dia akan sntiasa jumpa bayi/anak dia..sbb tu dia sanggup nak serahkan anak dia pd family u...hmm..sedhkan..tapi siti percaya, yg makcik tu mesti ada rasa sdh dlm hati dia..tapi, dia percayakan family jannah utk jaga anak dia...

FAM said...

its not easy to be the mother who letgo of her child, but its not easier to raise the child herself. mgkin dia rasa lbh baik org lain jaga, at least anak dia terbela. kut lahh...

JaNnAh said...

siti,
hujung minggu yg penuh kesyahduan.. kesian kat both baby & kucing, dua² dlm situasi yg sama.. kehilangan ibu..

achic,
i think u're right..

Hernee Nazir said...

ksiannye baby tu kak..bsar pahala makcik akk tlg org sush cam tu..

sian gak kt ank kcing tu.. jage elok2 ye..

CRAZY BEAUTIFUL88 said...

tragis dan sedih

Mummy Dasy said...

kesiannye...

Unknown said...

Thanks Jannah..hopefully kes saya tue tkda apalah kan..
Sib adik Jannah dpt selamatkan ank kucing tue kan..
Harap ank kucg tue cpt sembuh..