Friday, November 13, 2009

Laporan Terkini

Hari ini encik blogspot telah berbaik² semula dengan saya.. (ei, sukanya saya..!!!). Jadi dapatlah saya memberikan laporan terkini tentang makan malam saya.. hihihihi..

Oleh kerana telah sgt kenyang, saya telah kendurikan bubur ayam saya mlm td.. Kami makan beramai² setelah mak & abah pulang. Nawfal & Nadhirah pun makan lagi sekali.. Rezeki anak².. heheheh..

Errmm.. apa terjadi kepada Double Burger saya??

Lepas dah kenduri bubur ayam dan sate yg abah bawak balik, saya tersandar di sofa sambil menonton Tower 13.. Tak dapatlah saya nak telan burger itu malam td. Sudahnya cik burger terpaksa check in kat dalam frigde sepanjang malam.



Inilah cik burger yg sudah segar kembali setelah saya hantar bersauna di dlm microwave pg td.. errkk.. Alhamdulillah.. cik burger dah duduk dengan tenang dlm perut saya setelah menjadi hidangan sarapan pg saya..

Sekian laporan tghari ini..

1 comment:

FAM said...

perghh...sarap burger!