
emak saya sudah menjadi babysitter kepada budak 4 beradik ni sejak kakaknya yang sulung berusia 60 hari.. dan sekarang kakaknya sudah pun berusia 6 tahun. fuhh.. lama dah tu.. budak2 ni pulak bukan main manja melekat lg dengan emak saya.. sampaikan kalau ditanya siapa nama nenek mereka pasti dijawab "nenek kasih" hihihihih.. kasih itu, nama timangan emak saya tu..
dan budak2 ini pun dah macam cucu sendiri, maka, budak2 ni selalu la buat perangai tak nak balik ke rumah mummy & daddy. terutamanya si kakak yang sulung @ kakak nur dan adiknya kayra.. kadang2 dah masuk dalam kereta, tinggal kereta nak bergerak pun diorang boleh turun semula.. tak jadi nak balik.. hihihi
petang semalam, lagi sekali mereka berdua beradik membuat perangai tidak mahu mengikut mummy & daddy balik.
"nak tido rumah nenek!" katanya..
tak kisah la tu... so, sudah menjadi kebiasaan, kalau mereka ada di rumah kami suka keluar berjalan malam.. ke rumah pakngah nawfal.. owh.. mereka pun panggil pakngah juga.. jadi, keluar lah kami berjalan malam td..
di dalam perjalanan, saya bertanya kepada si adik kayra..
"kayra, kenapa tak mau balik rumah mummy?"
"tak nak la, nak tido rumah nenek.."
"ye lah.. kenapa nak tido rumah nenek? kenapa tak nak tido rumah mummy?"
..sambil memuncungkan bibir beliau menjawab, "ah, rumah mummy tak senang!!"
haaaaaaa... apakah jawapan itu? huhuhuhu.. agak2 apa yang cuba disampaikan si minah kecik tu ye? tak faham saya.. mak dan abah saya, cuma senyum saje..
hahahahaha... laser tak menahan mulut budak ni.. rasa macam nak cilikan aje..
owh.. inilah dia sikecik yang bermulut joyah itu.. :p

tudung tu dia sendiri nak pakai mlm td.. katanya, orang perempuan keluar rumah kena pakai tudung!! alhamdulillah...