Hah..!! Ambek kau.. Tajuk tak hengat!!
Memang betul pun.. Saya rasa apa yg makcik tu cuba nak cakap ialah
"kau tu bodoh!". Cuma makcik tu tak cakap
straight ke muka saya macam tu. Kalau hari tu makcik tu cakap macam tu kat saya, memang saya amukkan dia. Biarlah dia nak kata saya kurang ajar pun, asalkan puas hati saya..
Nasib baik makcik tu tak cakap macam tu kan.. Tapi saya tetap terasa wahai makcik!!Akibatnya sampai ke hari ini saya masih tak dapat melupakan muka makcik tau tak? Dan sampai ke hari ini jugak saya rasa sangat tak puas hati dengan makcik!
Walaupun hari tu makcik cakap pasal 'anak sedara' makcik yg konon²nya cuma bekerja
kilang & tak mahu berhenti kerja demi mengikut suami yg bekerja sebagai
polis di
sarawak (huhh!! macam kebetulan kan..? entah² makcik tu mmg sedang mereka cerita pada waktu itu..), saya tetap terasa hati dengan makcik! Sebab saya pun kerja kilang! Suami saya pun seorang anggota polis yang sedang bekerja di sarawak!!
Apa yg makcik tahu pasal saya? Apa yg makcik tahu pasal hidup saya? Hari tu kan hari pertama kita bertemu. Dan baru hari itu makcik kenal dengan saya, suka² hati makcik jek nak samakan saya dengan anak sedara makcik
yg entah wujud atau pun tidak tu. Saya sangat marah dengan makcik, tau tak??
Kalau saya tak ikut suami saya & tingal di sarawak tu, saya susahkan makcik ke? Mentang² lah hari tu saya cakap saya kerja kilang je, terus makcik nak cakap saya bodoh ye?? Cepat² jek makcik nak kondem saya yee..? Apa makcik ingat kalau orang kerja kilang tu semua kerja operator saja ke?? Apa makcik ingat dalam kilang tu tak ada jawatan lain ke selain operator tu?? Kalau hari tu saya kata saya pengurus kilang, nak ke makcik timang² saya & tak kata saya bodoh sebab tak ikut suami saya tinggal di
hutan belantara sarawak tu??
Kalau suami saya yg kata, "
tak apa lah, honey tak payah la berhenti kerja, kerja dah bagus tu, lagipun apa honey nak buat kat sarawak tu? abg pun kerja bukan selalu ada kat kem, selalu keluar pergi operasi masuk hutan, nanti honey tinggal kat rumah sendiri, lebih baik honey duduk & kerja kat kg, duduk dengam mak & abah, tak ada lah susah hati abg kalau tinggalkan honey sendiri..", makcik nak kata apa???
Eii.. petang² jumaat nih saya terasa geram pulak dengan makcik. Kadang² saya rasa menyesal pulak tak menjawab dengan makcik hari tu.. Ish, demi nak menjaga nama baik suami & mak mertua saya, saya biarkan saja makcik membebel yg bukan². Nasib baik mak mertua saya tu faham apa yg saya buat kat kilang ni!! Dan nasib baik mak mertua saya juga faham yg saya sakit hati dengan makcik, cepat² mak mertua saya sabarkan saya tau makcik! makcik patut berterima ksih dengan mak mertua saya..
Makcik, kalau setakat macam makcik cakap hari tu, apa? haa.. "rugi awak tak ikut suaminya, kan dapat tengok² tempat orang.." Hai makcik, makcik tau tak dengan gaji yg saya dapat tiap² bulan dari bekerja kilang ni, tiap² bulan pun saya boleh ulang alik ke sarawak naik kapal terbang air asia tau!! Dengan tiket untuk makcik pun saya boleh belikan tau! Kalau saya ajak makcik pergi tengok tempat orang dengan duit gaji saya kerja kilang ni, makcik nak ikut tak??
Huhh! Tak apalah makcik, walaupun saya tak berpeluang nak buat makcik faham semuanya (dan saya rasa makcik tak perlu faham pun, siapalah makcik dalam hidup saya), hari ini saya puas hati dengan meluahkan segalanya di sini.. Saya harap suatu hari nanti akan ada orang yg dapat sedarkan makcik yg bekerja di kilang itu tidak hina!!