Tuesday, April 03, 2012

Selamat Pagi

Selamat pagi... tgk tu nawfal tu, masih tidur lagi. Malam td nawfal ridur awal, dari rumah nenek dah tidur. Bila dikejut balik rumah, tak menangis. Tapibila sampai kat rumah, baru nak menangis. Saja je nak menduga kesabaran omak eh. Disuruh basuh kaki, dia berdiri tegak je kat depan pintu bilik air. Oleh kerana dah masuk maghrib omak nya ni malas la nak marah-marah. Karang takut tersampuk dek setan pulak. Maklum... maghrib... sudahnya dengan suara yang penuh kasih sayang, mak nya pun tanya la dia nak tidur kat mana, kat dalam bilik ke atau kat luar depan tv. "Nawfal nak tidur kat luar" katanya. Ok lah,ok lah...


Saya angkat tilam lembik dia tu, letak bantal busuk dia kat situ, terus dia baring dan sambung tidur semula... sampai la sekarang ni dah dekat pukul 7 pagi tak bangun-bangun lagi. MasyaAllah... dahsyat betul budak ni tidur. Entah apa la yang dia buat kat rumah neneknya semalam. Mengalahkan tidur orang yang kerja kontrak buat rumah. Bila dah terlebih tidur siang pulak, sampai nak kena paksa-paksa tidur malam. Bila dia tak tidur siang langsung macam ni lah jadinya. Langsung tak dapat nak bersembang-sembang dgn dia. Begitu lah nawfal....


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: