Friday, April 13, 2012

On NAWFAL

Itu gambar nawfal di rumah opahnya di klang. Kami sekarang berada di klang. Balik kg rumah opah nawfal. Terakhir balik sini bulan nov yang lepas masa kenduri kahwin pak uda nawfal. Alhamdulillah, sejak abah nawfal dah transfer ke semenanjung ni dapatlah tambah kekerapan menziarah opah nawfal kat klang ni. Kasihan nawfal, sebelum ni jarang-jarang sangat dapat blk klang jumpa opahnya. Kalau balik pun tunggu abahnya balik dari sibu. Lepas ni boleh la nawfal selalu jumpa opah.


Alhamdulillah... dah besar dah anak bujang saya yang seorang ni. Bulan 8 disember lalu genap umurnya 3 tahun. Perkembangan yang paling membanggakan saya sebagai ibunya bila Nawfal sendiri mahu buang pampersnya, tak mahu pakai pampers lagi. Nawfal dah besar katanya. Jadi sekarang ni siang-siang hari memang dah tak pakai pampers lagi. Dah andai pergi bilik air bila nak buang air. Betul la kata kawan saya, anak-anak ini perkembangannya berbeza-beza. Ingat lagi sewaktu nawfal mula bercakap saya dah mula pasang angan-angan. Wahhhh, lepas ni boleh la ajar nawfal buang air kat bilik air, tak payah pakai pampers.


Susah payah mak saya nak latih nawfal tak pakai pampers. Beberapa kali juga terlepas buang air kat ruang tamu. Bukan setakat yg kecil, yang besar pun ada juga beberapa kali. Hahahahahah... terima kasih mak sebab banyak bantubsaya mendidik nawfal. Masa saya yang ada dengan nawfal cuma dalam lebih kurang 14 jam saja sehari. Selebihnya nawfal dengan neneknya. Alhamdulillah... nawfal mudah di ajar, apa yang di ajar mudah juga diingat. Semoga kekal begitu hendaknya. Sekarang ni, nawfal dah hafal doa makan dan doa nak tidur dengan lancar. Cuma kadang-kadang bila dia bad mood tu, susah juga nak suruh baca doa. Saya tengok anak saya ni macam banyak mengikut perangai saya. Perasaannya sensitif, mudah tersentuh. Kalau marah dia, tak payah cakap kuat-kuat pun. Kadang-kadang saya bebelkan sikit pun dia dah terasa, lepas tu mulalah nak menangis. Fuhhh, kalau dah menangis tu amboi.... buruk betul. Itu je yang saya tak tahan. Mudah sangat menangis. Bila nak buat sesuatu, tapi tak boleh mulalah nak menangis. Hahahahaha.... mak dengan abah saya cakap, saya tak boleh marah-marah dia, sebab saya dulu masa kecil-kecil pun macam nawfal juga. Sama saja, mak dengan anaknya.


Kadang-kadang menyesal juga bila berperangai tak elok depan anak. Mak saya la yang paling suka mengenakan saya. Katanya "ha, tengok tu, macam mana la nawfal tu tak jadi orang kuat meradang, radang maknya lagi teruk." Hahahaha... terkena saya. Tapi syukur juga anak saya ni sebenarnya anak yang mendengar kata. Cuma agaknya kadang-kadang tu dia saja je nak menduga kesabaran saya. Sabar je lah. Dugaan membesarkan anak, bukan mudah. Baru saya tau. Macam mana lah agaknya kaedah mak saya mengadap karenah kami lima beradik masa kecil-kecil dulu. Saya yang baru ada seorang nawfal pun kadang-kadang boleh hilang sabar.... haaaaa.... tengok, baru je saya cakap. Sinawfal dah menangis-nangis disakat abahnya. Sudahnya nanti cari ummi juga. Hehehe... ok lah, biar lah saya pergi menguruskan anak saya dulu. Nanti-nanti sambung cerita lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 04, 2012

Hari yang paling best!

Mesti la hari ni. Sebab, hari ni saya tak kerja. Sebab, saya nak pergi jemput chenta hati saya kat airport senai. Sebab, chenta hati saya balik hari ni. Dan kali ni dia balik dan takkan pergi ke sibu lagi. He's coming back for good! Alhamdulillah, berkat doa semua, akhirnya dapat juga saya merasa tinggal sebumbung, makan sepinggan, tidur sebantal dengan chenta hati saya. Terima kasih atas doanya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 03, 2012

Geng pixie

Hahahaha... suka betul la bila tengok budak-budak gembira macam ni. Bahagia tak terkata. :-) ni semua idea si kakak yang pakai baju hitam tu. Bila saya keluar tadi,cepat-cepat kakak panggil adik-adiknya semua suruh susun basikal macam tu... hahahah... cute je saya tengok. Bila penat-penat balik kerja disambut hilai tawa budak-budak ni semua hilang rasa stress.. sungguh!!


Ummi sayang anak-anak ummi semua! Mmuahhhs!!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Alhamdulillah

Dah kenyang makan pizza...tgk! Semua dah rileks habis dah... kalau tak, bising je sebab lapar... hahahaha...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Lempeng Orang Putih

Sekarang sedang berada di Domino's Pizza @ Bukit Indah, bersama-sama 2orang kawan saya. Dah order pizza, tengah menunggu pizza siap. Hahahahaha.... bukan, bukan... bukan pergi mengular, tapi teman sinheri ni ha. Dia nak belanja kami makan pizza. Yeay!! Terima kasih heri!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Selamat Pagi

Selamat pagi... tgk tu nawfal tu, masih tidur lagi. Malam td nawfal ridur awal, dari rumah nenek dah tidur. Bila dikejut balik rumah, tak menangis. Tapibila sampai kat rumah, baru nak menangis. Saja je nak menduga kesabaran omak eh. Disuruh basuh kaki, dia berdiri tegak je kat depan pintu bilik air. Oleh kerana dah masuk maghrib omak nya ni malas la nak marah-marah. Karang takut tersampuk dek setan pulak. Maklum... maghrib... sudahnya dengan suara yang penuh kasih sayang, mak nya pun tanya la dia nak tidur kat mana, kat dalam bilik ke atau kat luar depan tv. "Nawfal nak tidur kat luar" katanya. Ok lah,ok lah...


Saya angkat tilam lembik dia tu, letak bantal busuk dia kat situ, terus dia baring dan sambung tidur semula... sampai la sekarang ni dah dekat pukul 7 pagi tak bangun-bangun lagi. MasyaAllah... dahsyat betul budak ni tidur. Entah apa la yang dia buat kat rumah neneknya semalam. Mengalahkan tidur orang yang kerja kontrak buat rumah. Bila dah terlebih tidur siang pulak, sampai nak kena paksa-paksa tidur malam. Bila dia tak tidur siang langsung macam ni lah jadinya. Langsung tak dapat nak bersembang-sembang dgn dia. Begitu lah nawfal....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 02, 2012

kalau tak mahu bersyukur, nak apa lagi???

Betul x? Apa lagi yang tak cukup? Itu la soalan mak saya tiap kali saya bercerita (atau kadang-kadang mengeluh) depan mak. Mak sangat-sangat menitikberatkan konsep bersyukur dalam kehidupan. Semua anak-anaknya diajar dan sentiasa diingatkan agar menjadi orang yang bersyukur, termasuk la saya. Kita manusia ni memang kadang-kadang cepat saja nak lupa bersyukur dengan nikmat Allah. Apa yang kita ada, yang Allah dah beri pada kita, sentiasa rasa tak cukup. Kita lupa bahawa Allah boleh tarik balik nikmat tu bila-bila masa saja. Macam tu jugak dengan saya. Kadang-kadang saya lupa tiap apa yang Allah dah rancang untuk saya tu ada hikmah sebaliknya. Kesimpulannya, syukur alhamdulillah... gaji saya naik lagi tahun ni, dapat pulak elaun lebih. Tahun ni juga suami saya dapat pulang ke pangkuan saya dan nawfal. Hehehehe.... lama dah ye tak cerita pasal nawfal. Dah besar dah dia. la, ada masa saya cerita pasal dia pulak. Cerita pasal suami saya dapat `transfer' tak habis lagi ni. Hehehehe...suka sangat!! Suami saya dapat 'transfer' ke simpang renggam. Tak pe lah kan, walaupun tak dapat transfer ke balainpolis gelang patah pun tak apa lah. Sekurang-kurangnya simpang renggam tu tak ada la jauh macam kat sibu kan?? :-) Terima kasih ya Allah

its been so long..

..since I last wrote here. What should I do? There's so much to tell.... yet so little time I have. Anyway, its good to know that finally I'll be able to continue writing... so guys, just wait for my story...


Published with Blogger-droid v2.0.4