Tuesday, March 30, 2010

Ok! Ok! Ok!



bila di tanya semuanya ok saja..

tapi selalunya yg ok tu sekejap saja..

contoh yg berlaku setiap ptg..

"abg tgk tv dulu ok?"

"OK"

"umi mandi sekejap, ok?"

"OK"


hahaha.. tgk tu.. baik kan budak kecik tu..

uminya pun masuk la ke blk air..

tak sampai 5 minit dalam bilik air, tiba² pintu blk air bergegar² diketuknya..

kadang² sambil memekik, kadang² menangis, kadang x bersuara..

sudahlah uminya macam org x betul.. jerit juga dr bilik air, mendakwa anaknya..

"laaa... td kata ok, rupa²nya ok tu sah 5 minit saje? sabarlah.. umi mandi sekejap je.."

hahahahaha.. tiap² ptg mesti macam tu.. sebab Nawfal mmg tak suka bila kena tinggal sorang².. Takkan lah umi mandi pun nak ikut jugak.. Ye tak??? hihihih..


Superstar Datin Wannabe

17 haribulan April nanti Annual Dinner co.

Tema nya 'Night of Superstars'.

Baju apa nak pakai nih??? Takde idea langsung, hokeyy...!!

Sambil fikir² nak bergaya ala² superstar yg mana eh?

Mariah Carey? Christina Aguilera? Britney Spears? Rihanna?

Atau, Aishwarya Rai? Madhuri?

Atau, Siti Nurhaliza? Shiela Majid?

hak hak hak.. tak tau la wei...

Cam geli pulak haku nak bergaya ala superstar nih!!

Sudah Mula Berangan²

Siapa? Huh! Siapa lagi.. Umi nya nawfal la..

Bila dah sain surat bonus pg td, saya sudah mula berangan².

Perkara pertama yg saya angankan ialah nak tambah stok CD Nawfal.

Sekarang ni Nawfal masih belum dapat fully berCD, sbb CDnya belum cukup lagi.

Dah gatal² tangan saya nak membeli ni.. ish.. sabar.. sabar..

Ni tengah survey² ni, kat mana ada offer bagus² punya.. hahahaha...

Rezeki

Pagi² lagi bos dah panggil masuk opis.

Tersenyum².. Bos tanya, "what was ur basic salary for last year?"

Saya bagitau bos.. "emm, bla bla bla.."

Lepas tu bos cakap lg, "u agak² berapa u punya incentive?"

Saya jawab pulak, "maybe about the same amount..?"

Bos senyum saja sambil belek² surat bonus tu..

Lepas tu bos cakap, "What if i want to give u more than that?"

Hihihihihihi... saya just cakap, "sure, y not? heheheh"

Alhamdulillah.. Puas hati bila tgk jumlah kat surat tu. Rezeki Allah nak beri, kita mana tau kan???

Monday, March 29, 2010

Sayalah yang stressssssssssss...

5.30 pg henpon menjerit². Bukan sbb ade org tipon, tp bunyi alarm. Bangun pagi² gosok baju dulu. Pukul 6 pg baru gi mandi..

Lepas subuh, lepak² lg atas katil. Anak teruna masih lena, agaknya baru sedap nak tidur..

Malam td asik menangis saje. Tidur pun x lena. Terbatuk². Mengalahkan batuk atoknya yg berumur dekat 60 tahun tu.. Kesian betul. Lepas itu lobang hidungnya asik nak tersumbat saja..

Bila anak tak tidur, secara otomatis omak eh pon x leh nak tidur. Saya biarkan dia tidur lagi.. Sementara dia tidur, saya pun bersiap ala kadar.

Elok saja saya siap pakai baju, anak teruna bangun.. Lagi terbatuk².. Saya ke dapur, nak buat susu, dia mengekor bontot uminya sambil menangis.. Tiba².. bbluekkkk.. Anak teruna termuntah di dapur.. Saya ambil kain, saya lap..

Saya dukung dia bawa ke hall, letak di bawah & hulur botol susu kepada dia.. Tiba².. bbluekkk lagi.. Saya ke dapur lg ambil kain lap, saya lap.. Tiba² saya rasa macam nak marah.. Anak teruna terus menangis mendayu². Lepas dia menyusu, saya angkat dia & bawa ke bilik air. Saya mandikan & siapkan dia. lepas itu saya dudukkan dia di atas kereta mainannya..

Saya masuk ke bilik & pakai tudung.. Bila sudah siap, saya keluar.. Tengok² ada lagi satu limpahan lendir di bawah meja makan.. Bila saya pandang ke arah anak teruna terus dia menangis, mungkin dia risau kalau² saya marahkan dia.. Saya tengok bahagian hadapan bajunya sudah dibasahi lendir² muntahnya.

Sayu hati saya. Saya terus masuk ke bilik, buka tudung, & baju kurung yg saya pakai, gantikan dgn t-shirt & jeans. Saya cakap dgn anak teruna yg masih menangis, "ok.. ok.. umi x jd pergi kerja harini. Kita pergi klinik ya.."

Jam 9.00 saya sudah berada di klinik. Hari ini saya rasa sangat menduga kesabaran saya. Di klinik anak saya sangat tak mahu duduk diam². Bila saya letak atas riba, dia nak turun. Bila saya turunkan, dia nak baring pula di lantai. Bila saya angkat dia, dia meronta², nak mengangis.. Aduhhh... Baru saya terasa.. Kan bagus kalau abahnya ada bersama kami di waktu² sebegini.. tskkk..

Dua jam yg menyeksakan berakhir juga. Bila masuk dalam kereta anak saya memekik².. Aduhhh.. Stresssssssssssss

Sudahnya, saya tak dapat memenuhi pesan mak saya yg inginkan saya singgah di kedai membeli surat khabar, ayam & gula. Saya terus memandu pulang ke rumah. Saya tinggalkan anak saya di rumah mak sementara saya pulang ke rumah. Saya bertukar pulak kepada uniform 'cleaner' saya. Saya ambil penyapu, saya sapu lantai seluruh rumah. Lepas tu saya mop pulak keseluruhan rumah.. Aduhh... Macam nak patah pinggang saya..

Masa itu saya terfikir lagi.. Alangkah bagusnya... Kalau si chenta hati saya ada di rumah pada waktu ini.. Rasa macam nak menangis pulak td...

Sebenarnya dah dekat seminggu anak saya batuk².. Sampai dah habis ubat batuk yg saya ambil dr klinik desa. Hari ini, bila saya lihat keadaan anak saya makin teruk, saya rasa tak sampai hati pula nak tinggalkan dia di rumah mak saya. Biarlah saya tak pergi kerja hari ini, asalkan anak saya dapat bermanja² dengan saya.. Sudah la abahnya tak ada di rumah.. Sedih la camni...

Thursday, March 25, 2010

Bibik! oh Bibik!

Di suatu hari di sebuah rumah di kg tiram duku..

cucu : nek, nek.. aritu kan masa cuti sekolah kan, yg nur x dtg rumah nenek tu, ifan jatuh dalam kolam tau nek.. dia jatuh kat kolam yg org besar punya tu tau nek..

nenek : macam mana ifan boleh jatuh dlm kolam?

cucu : dia tgh jalan² kat tepi kolam, lepas tu dia terjatuh dalam kolam, lps tu kan nek, nur terjun dlm kolam, nur tarik tgn ifan bawak kat tepi kolam.

nenek : astaghfirullah al 'azim.. abis, bibik kat mana masa tu? kenapa ifan main kat kolam?

cucu : bibik masa tu kat dalam rumah, jaga acap.

nenek : abis, mummy dgn daddy dah tau belum ifan jatuh kat kolam?

cucu : tak.. nur x bgtau mummy pun.. nur diam² aje.. nanti mummy marah..

nenek : masyaAllah..


Nenek dalam cerita di atas adalah emak saya, cucunya pula bukan anak saya, anak saya belum pandai bercakap lg ye. Nur tu anak asuhan mak saya, disebabkan maknya sebaya dgn saya jd mmg di ajar anak itu memanggil mak saya nenek. Mak saya mengasuh dia sejak umurnya 60 hari lagi, hari pertama ibunya masuk kerja selepas cuti bersalin, kira² 7 thn yg lalu.

Hari ini, Nur sudah masuk sekolah, darjah satu. Adiknya pun sudah ada 3. Yg kedua Kyra (4 thn), ketiga Ifan (3 thn) dan yg bongsu Acap (2 thn). Acap lahir pd tahun yg sama dgn anak saya nawfal, bezanya Acap lahir bulan 8, Nawfal pulak lahir bln 12.

Eh, panjang pulak cerita saya ni. Macam ni.. Baru² ni maknya Nur sudah amik bibik, sejak lbh kurang setahun yg lalu la. Mungkin dia rasa x larat dah nak angkut anak²nya yg seramai 4 org tu ke rumah mak saya di pagi² hari. Mak saya pun x kisah lah. Yg pasti si kakak nur masih berulang alik ke rumah saya kerana sekolahnya dekat dgn rumah saya.

Jadi sewaktu cuti sekolah yg lalu, seminggu la Nur adik beradik x menjengah ke rumah mak saya. Ditinggalkan bersama bibik di rumah. Jadi bila dah naik sekolah tu, si kakak Nur bercerita dgn mak saya. kebetulan pula, pagi semalam ibunya membawa Kyra sekali datang ke rumah mak saya. Terkejut saya tgk di bawah dagunya bertampal. Bila ditanya kata ibunya terjatuh di kolam mandi di rumahnya petang isnin haritu. Waktu tu mummy & daddy belum balik kerja lagi.
Sambil membebel juga ibunya bercerita, mengeluh akan ketidakefektifan si bibik. Kesian.. Kena 5 jahitan tau.. Bila dia dah mula sebut cerita terjatuh tu, mak saya pun cerita la juga kes Ifan & Nur tu. Saya tengok merah padam muka maknya. Ye lah, kalau saya pun.. Memang tak puas hati.. Mak saya pesan juga, jangan dimarah pulak kakak Nur nanti. Kesian dia.. Dia sayang adik dia.. Sebab tu si kakak yg berumur 7 thn tu sanggup terjun demi menyelamatkan adiknya. Dan Alhamdulillah.. Dua² selamat..

Hish.. bibik.. bibik.. Apalah kerja bibik kat rumah tu.. Sampai budak² dibiarkan main² kat luar rumah.. Mujur, saya memang tak pernah berangan pun utk mengambil bibik.. Moga² mak saya sihat selalu, dapat bantu saya tengok² kan anak saya.. Terima kasih mak.. Jasa mak x akan dapat org balas.. Saaaaaaaaaaayang mak!!


Untuk kakak nur, kyra, ifan & acap... walaupun korang bkn anak kandung umi, korang tetap kesayangan umi!!!

Wednesday, March 24, 2010

Takziah Untuk Hernee

Kawan²,

Ptg smlm ibu kepada seorang kawan kita dan juga jiran saya, hernee telah kembali ke rahmatullah..

Sempat juga saya pergi melawat ke rumahnya mlm td.

Mari kita sama² sedekahkan al-Fatihah buat arwah ibu hernee.

Dan semoga hernee & keluarga tabah menerimanya.

Moga roh ibu hernee tergolong dlm org² yg soleh.. Amin..

Tuesday, March 23, 2010

Yang keruh Itu Telah Dijernihkan

Alhamdulillah..

Sekarang hati saya sudah aman.

Di suatu malam yg hening, dia datang mengetuk pintu rumah saya.

Saya jemput dia masuk.

Walaupun hati saya seperti mahu menghalau dia pergi.

Saya tidak zalim, dan saya tidak mahu menjadi seorang yg zalim.

Dia datang meminta maaf pada saya.

Dia datang memenuhi keinginan saya, walau tak pernah saya katakan pada dia.

Katanya, dia sudah tidak tahan tidak bertegur sapa dgn saya.

Sebenarnya saya juga begitu.

Setelah beberapa lama tiada ceria, tiada gurau senda.

Cuma kerana keegoan dia, juga kerana kedegilan saya.

Dengan hati yg terbuka, saya maafkan dia.

Saya tidak mahu jadi orang yg ego.

Hari ini, hati saya tidak gusar lagi.

Tawa ceria telah kembali ke sisi kami.

Sesungguhnya begitu besar impak secebis ucapan maaf itu...

Sangat manis akhirnya...

Thursday, March 18, 2010

Solat Zohor Saya Sangat Tidak Khusyuk Hari Ini

Kenapa?

Ini semua kawan seopis saya punya pasal lah..

Kami ni memanng solat di dalam opis, sbb surau sgt jauh di Production Floor sana. Jadi kami sediakan satu ruang yg bersih di hujung opis utk solat.

Alkisahnya, sewaktu saya hendak solat zohor td kawan saya sedang bercakap di telefon dgn seorang oipsmate lelaki di opis sebelah.

Saya pun angkat takbir.. Allahuakbar.. Tiba² saya terdengar..

"ok lah bang, nanti AYANG hantar kat abg ye.."

OMG!!! ayang okeyh..!!! wei, beb.. yg ko nak ber'ayang'² ngan member tu kenapa??? adusss.. aku rasa boleh jadik kembang bahagian bawah belakang member tu kang.. haaaaa.. kan dah malu..!! merah muka beb!

Saya terus tergelak, tak tahan okeh.. Seminit lepas tu baru saya solat semula.. Tu lah lain kali jgn solat di dlm opis, lbh² lg kalau org dlm opis tu tgh bercakap². Alamatnya jadi tidak khusyuk lah solatnya nanti..

Pengajaran berharga ni..

Wednesday, March 17, 2010

Bila Rindu



Budak ini sedang rindu pada abah dia..

Kesian dia.. Kesian juga pada umi dia..

Sbb x dapat nak tolong anaknya..

Tuesday, March 16, 2010

Berkecamuk

Bila fikiran & perasaan berkecamuk, jari jemari juga menjadi lemah. Nak menaip barang satu atau dua entry pun saya rasa tak berdaya.. (Ceh! Itu alasan semata²!!)

Yang sebenarnya, saya telah dikuasai suatu perasaan MALAS yg sangat bermaharajalela. Rasa keterujaan itu makin lama makin pudar. Saya hanya seronok membaca tulisan di blog² yg saya jengah, tapi saya tidak teruja utk mencoret di blog sendiri.

Kebelakangan ini terlalu banyak perkara yg terjadi, yang saya saksikan, membuatkan saya menjadi seseorang yg terlalu banyak berfikir. Berfikir tentang hari semalam yg telah saya tempuhi, tentang hari ini yang sedang saya hadapi, tentang hari esok yang saya kurang pasti.

Pasti, ada jua perkara yang menerbitkan sesal dalam diri. Orang kata, "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi..."

Tengoklah nanti, bila saya sudah berlapang fikiran, saya akan kemas rumah saya yg berhabuk ini.