Thursday, December 31, 2009

Di Akhir Tahun

Apa bezanya? Akhir tahun hijrah 1430 sudah berlalu.. hari ini hari terakhir untuk tahun masihi 2009.

Masih banyak kerja yg belum dilangsaikan.. Azam?? Azam yg saya pasang untuk tahun hirah 1430 juga masih ada yg tak terlangsai.. Nampaknya kena la carry forward semua²nya ke tahun depan..

Di hari terakhir tahun masihi 2009, masih ada banyak kenangan sepanjang 2009 yang masih belum sempat saya coretkan di blog, sekadar menjadi ingatan di fikiran.. Mudah²an saya dapat lupakan segala kepahitan sepanjang 2009.. dan sentiasa mengingati yang manis² di 2009 (ah, banyak benar nombor 2009 di posting saya ni)..

Tapi mak saya kata, kenapa kita mesti lupakan yang pahit itu? Kadang² mengingati sesuatu yg pahit itu perlu untuk kita menjadi seseorang yg bersyukur di atas kemanisan yg kita kecapi.. Mungkin juga..

Apa² pun, di setiap peralihan & perubahan.. saya cuma mengharapkan akan berubah ke arah kebaikan. Aminn..



*entah apa² saya merepek hari ini.. stress.. kerja melambak²..

Monday, December 28, 2009

About Him..

Uish.. dah lama tak layan tag menge'tag' nih.. alih² puan hernee dengkikan saya.. di'tag'nya saya.. Ishh.. nak jadik kaknam first class la tu.. nak tau citer pasal cinta hati saya ler tu..

1. First time you met him - when and where?

tarikh tak ingat la.. dlm thn 2000 gitu.. masa tu blind date ah konon²nya.. selepas 6 bulan berborak sakan on the phone!! hahahahah.. maklum lah.. kami kan chatters! first time chating dah main pas² no fon.. (giler gatai!!), first time jumpa kat parking lot asrama Halimatussadiah kat UIA.. muahahahaha... i brought my fren along.. achic, ingat x??? ala.. yg kita lepak² kat wira seafood kat sri gombak ngan udin & the fren tu.. kah kah kah kah..

2. Love at first sight?

entah.. tak kot... it took us more than 3 years to fall in love with each other.. lama giler.. ape daaa... dua² kayu!!

3. Who is he when the first time you met him?

Dia adalah shahrudin yg saya kenal sekarang.. dia tak pernah berubah!!

4. How long does it takes for him to ask you out for a date?

date? date yg betul² ke??? ermmm.. selepas 3 tahun.. eh, yg first time jumpa tu nak kira date ke? blind date? yg tu kan lepas 6 bulan on the phone, last² dia jugak yg ajak nak jumpa dulu.. i maintain jek, tak gatai pon..(macam dia)

5. First place dating?

kalau yg 'buta' tu, kan dah kata td, kat wira seafood, sri gombak.. tapi yg betul² date kat KLCC.. kah kah kah.. lepak kat taman KLCC tau..

6. How he proposed?

propose dlm phone jek.. dia cakap, dia rindu saya, dia suka saya.. lepas tu dia tanya saya nak kawen dengan dia tak.. hahahahaha.. sangat tak romantik ok..

7. Special date with him?

yg saya rasa paling special ialah... 15 Ogos 2003.. hahaha.. ya, saya takkan lupa, sebab itu kali pertama dia cuba bersikap romantik dengan saya.. wahahahaha.. aku tak percaya! aku tak percaya!

8. Changes that he asked you to do?

Dia selalu suruh saya jadi seorang yg lebih.. dan lebih lagi berdikari.. dan jangan jadi cengeng!! dia tak suka.. tapi saya selalu suka nangis².. nak buat macam mana kan.. itulah saya.. seorang ratu airmata.. huhuhuu..

9. What is about him that you love so much?

semua lah.. sebab tu saya kawen dengan dia.. hahahah..

10. What is about him that you wish he would change?

aaaaa... "abang, boleh x lepas ni jangan sidai tuala dekat tingkap? gelap la rumah..."

11. You lose your mind and crack your head when he?

membebel... lagi sadis dr org perempuan membebel.. sangat pedih telinga saya bila mendengarnya.. huhuhuhu.. jadi, saya perlu elakkan perkara² yg boleh menyebabkan suami saya membebel..

12. You will smile through your eyes for the whole day when he?

tolong gosokkan baju kerja saya & masakkan bekal utk saya kerja.. huhuhu... saya sangat rindu dia.. tskk...

13. Complete below sentences"My love towards my husband is as big as...?

i don't know what.. saya tak tau nak gambarkan macam mana besarnya cinta saya pada suami saya.. Saya Cinta Dia!!!! Saya Cinta Dia!!

Saya nak dengki sape pulak??? tak payah la dengki orang.. tak baik, kan?? Eh, tapi saya teringin la nak dengkikan sorang kawan saya nih.. Mommy Dania, sila buat ye... :p i saje jek nak kepoh² nih..

Wednesday, December 23, 2009

Jahatnya orang sekarang ni..

Copied & Pasted from email..
------------------------------------------------------------------------------------

Dear all

I cannot stop myself from sharing this with all of you.

Its all started when I received a call from someone claiming that he was from Maxis and he asked me to shutdown my phone for 2 hours for 3g update to take place. As I was rushing for a meeting, I did not question and shutdown my cell phone.

After 45 minutes I felt very suspicious since the caller did not even introduce his name. I quickly turned on my cell phone and I received several calls from my family members and the others were from the number that had called me earlier - 3954380.

I called my parents and I was shocked that they sounded very worried asking me whether I am safe. My parents told me that they had received a call from someone claiming that they had me with them and asking for money to let me free. The call was so real and my parents even heard 'my voice' crying out loud asking for help. My parent was at the bank waiting for next call to proceed for money transfer. I told my parents that I am safe and asked them to lodge a police report.

Right after that I received another call from the guy asking me to shutdown my cell phone for another 1 hour which I refused to do and hung up. They keep calling my cell phone until the battery had run down. I myself lodged a police report and I was informed by the officer that there were many such scams reported. MOST of the cases reported that the victim had already transferred the money! And it is impossible to get back the money.

Be careful as this kind of scam might happened to any of us!!! Those guys are so professional and very convincing during calls. If you are asked to shut down your cell phone for updates by the service provider, ASK AROUND! Your family or friends might receive the same call.

Be Safe and Stay Alert!
------------------------------------------------------------------------------------

Friday, December 11, 2009

Nak kepoh jugak!!

Bila mood nak menulis mari... masa pulak tak mau mari..

Huhh.. Frust betul.. Bila banyak masa lapang tu, malas pulak nak 'ngapdet'nya!!

Saya sibuk hampir nak gila minggu ini.. Tapi nak jugak ada posting baru..

Secara ringkasnya,

  • Azizah sudah kembali bekerja, 1 hari saja MC nya.. (nak kepoh² ni, tp lain kali lah yeee...)
  • Pagi td saya dapat suntikan vaksin percuma di tempat kerja..(nanti lain kali saya cerita betul² ye..)

Dah, itu saja.. :p

Thursday, December 10, 2009

Beli Kek + Check Up

Semalam, seperti yg telah saya rancangkan, kerja half day saja.. Jam 12.40 saya pulang ke rumah, ambil adik saya & Nawfal. Terus keluar ke JJ Bkt Indah. Bawa Nawfal pergi beli kek..

Masa sampai rumah, adik saya cakap Nawfal baru bangun tidur. Salinkan baju & diaper, terus keluar. Sampai kat JJ nawfal dah merengek².. Ler.. Lapar rupanya.. Kesian anak umi. Mummynye cakap, memang dia belum sempat makan tghari lg..

Tengok tu.. semangat betul makannya.. huhuhuh, lapar sungguh tu..







Balik dari JJ singgah klinik jap.. Check up Nawfal.. Dah 1 tahun kan.. Kena cucuk, tp bukan kat montot, kat bahu jek.. Umi ingatkan kena cuck kat montot. Sampai² adalah sorang kanak² yg tgh cek, 1 lg tgh tunggu.. Turunkan Nawfal kat bawah, abislah satu ruang klinik dia round.. Cari kawan kot.. Tp tak ada orang nak kawan ngan dia.. Org semua ddudk diam² kat mak masing².. Pastu sampai lg 2 org..

Sampai turn, naikkan Nawfal atas penimbang.. ok, tak ada masalah.. Dengan rela hati diri² atas penimbang, good boy!! Ingatkan dia nak ngangis ke hape kalau dinaikkan atas penimbang tu. Sampai part nak sembang² ngan misi, saya angkat Nawfal, dudukkan atas riba.. Aduh!! Dia start buat perangai.. Meronta² nak turun.. Siap jerit² okeh! Riuh rendah klinik dengan suara dia.. Nasib baik tak ramai orang.. Hii.. buat malu umi saje tau budak ni!

Bila saya turunkan kat bawah, dia merayau² sampai nak pergi korek tong sampah kuning kat tepi toilet!! Tong sampah kuning tau!! Tempat misi buang jarum suntikan, dan macam² lg lah!! Scary!! Bila dimarah, mulalah dia hentak² kaki.. "Alamak, nih macam mana karang time nak cucuk kang.." Hahahaha.. Uminya dah start cuak ye..

Okeh, time nak cucuk pon tiba.. Bila didudukkan di atas riba, memang lah dia tak mau.. Meronta² lagi.. Nak turun.. Hahahaha.. Uminya dah takut dah.. Last² berjaya jugak umi pegang dia sorang².. Tapi, siap ngan kaki umi sekalli digunakan. Hahaha.. Kepit, jangan tak kepit.. Takut tercucuk uminya pulak karang.. Bila dicucuk, apa lagi meraung si Nawfal.. Hahahaha.. Bukan main kuat lagi.. Ingatkan sakit sangat!! Tapi bila tapak kaki jejak kat lantai, terus diam & menjalankan aktiviti merayau seperti biasa.. Huhh!! Bukan menangis sebab sakit, tapi sebab kena grip!!!

Balik rumah, kasi upah.. Panggil atok yg tengah buat kerja kat luar, ajak potong kek dengan Nawfal.. Eh, bergaduh pulak dengan atoknya, berebutkan pisau potong kek tu.. Eii.. sabar jek haku!! Siap nak berguling kat lantai!! Atok pun layankan jek laa.. Umi nak snap gambar pon susah.. Dapat lah dua tiga keping jek..





Tu lah yg ado!! Entah mana dapat straw tu.. nak dicucuknya kek tu..

Begitulah cerita semalam..

Tuesday, December 08, 2009

Doakan Kesembuhan Dia..

Dia, Azizah.. Jam 6 ptg td, baru saja ditimpa kemalangan sewaktu pulang dr tempat kerja..

Tolong doakan untuk kawan saya ye.. Sekarang ni mungkin sudah sampai ke klinik.

Nak Berehat

Alhamdulillah..

Sudah selamat membodek bos meminta tandatangannya ke atas leave card saya, half day.. untuk esok.. half day saja ya.. saya tak boleh cuti lama².. sebab masih ada tugasan yg urgent yg perlu saya selesaikan sebelum bercuti..

Jadi esok, saya akan pulang tghari untuk keluar ke Jusco, beli kek, kemudian balik ke rumah, bawa nawfal ke klinik, mau dicucuk montotnya.. kemudian saya akan pujuk dia di rumah dengan kek!!! ahahahahah..

What a brilliant mom!!

"nawfal yg nak kena cucuk, saya pulak yang cuak!! takut kalau anak saya tu meronta².. dah kuat tu.. dulu² kalau meronta² saya tak heran.. tp sekarang ni dah terer sket.. kang ade pulak misi tu tercucuk saya kang.."

Selamat Hari Lahir!!


Untuk hero kecil umi..!!

Alhamdulillah.. Cukup setahun usia Nawfal lahir ke dunia & bersama² Umi & Abah..

Umi & Abah sangat bersyukur dengan kurniaan yg Allah telah berikan. Umi & Abah doakan Nawfal akan jadi anak yg soleh.. dan sentiasa beroleh kebahagiaan & keberkatan di dalam hidup..

Umi & Abah sayanggg Nawfal.. Muahsss!!

Macam tau² je kan hari ni birthday dia.. bangun pagi² tak nangis, senyum² tengok umi.. pastu terus turun katil, keluar bilik panjat atas sofa.. duduk menyandar macam bos!! hihihih.. celebration umi tangguhkan dulu ye.. i'm so sorry.. sbb umi tgh sibuk sgt sekarang ni..

Esok kita pergi klinik utk check up & imunisasi setahun ye.. muahss!!

Sunday, December 06, 2009

My Sunday

hey, it's sunday.. and here i am.. in the office, still working..

Saturday, December 05, 2009

@ work with so much hate!!

Macam tak percaya!! Saya sendiri macam tak percaya yg saya telah datang bekerja dengan bersungguh² pada hari ini.. Tapi nak buat macam mana kan??

Ada orang tu, dah buat t**k.. pastu ditinggalnya balik ke kg, bersuka ria..

Sudahnya, saya & kakcom yg terpaksa mengambus najis yg ditinggalkan oleh sahabat kami tu.. The so called friend!!

Bila saya mengadu dengan mak pasal ni, mak saya siap cakap.. "kan mak dah kata, dia tu memang tak boleh di buat kawan." Hmm.. saya pun dah tak boleh nak komen apa² lg..

Owh.. sesungguhnya saya sangat sakit hati diperlakukan sebegini.. Tunggulah, dia naik kerja nanti saya nak boikot dia!!

Saya yg tersangat sakit hati,

Wednesday, December 02, 2009

Birthday Celebration

Birthday celebration for those born on August to November (including me!)..


Birthday Boys & Girls!! 7 altogether!! (yg berkemeja biru tu saje² nak menyibuk jugak!!)


Birthday Girls yg over!!

Hahahahah.. can't wait for the lunch treat!!! TQ boss!!