Thursday, February 18, 2010

Ubat Hati

Berkata seorang ulama, Ibrahim Al-Khawas RA: “ Sesungguhnya ubat hati itu ada lima perkara, maka ubatilah hati kamu dengan lima perkara tersebut. Pertamanya, bacalah Al-Quran dengan menghayati isi kandunganya. Kedua, mengosongkan perut dari terlalu kenyang atau berpuasa. Ketiga, bangun ( beribadat ) di waktu malam. Keempat, menghampirkan diri kepada Allah ( beribadat ) disepertiga malam dan yang kelimanya, sentiasa bersama-sama di dalam majlis orang-orang yang soleh ”.

Pergilah dikau duhai hati yg lara...

Friday, February 12, 2010

Cuti Yang Panjang

Okeh.. ini plan saya sepanjang cuti 4 hari ini.

Sabtu
Pagi, pergi joging kat Mutiara Rini dengan azie, kakcom & abg zam mungkin akan join jugak. Puan Hernee, nak ikut ke? Nanti boleh bekal nasi lemak & teh tarik.. Hahahahahah..

Balik joging tu plannya nak siapkan kerja² rumah.. Mendobi, menyapu lantai, lap tingkap, mengemop & segala yg berkaitan dengannya.. (berdoa saja semoga saya tak malas).

Ptg, rasanya aktiviti bebas la kot.. if dah siap mengemas.. Kalau tak, mungkin sepanjang hari saya terpaksa membanting tulang..

Ahad
Pagi² buta dah nak bertolak ke Bt Pahat. Balik ke kg suami saya, kerana mak mertua saya yg menetap di Klang akan blk bt pahat. Jadi, saya join sekaki. Dapatlah Nawfal jumpa opahnya.. Lagi pun dah lama saya tak jenguk atok suami saya kat kg tu.. (eh, eh.. atok sendiri pon saya dah lama x jenguk la) huuhuhu..

Sepanjang hari di sana, malam tu bila mak mertua saya bertolak balik ke Klang, saya pon join jugak balik Klang rumah saya. Ye, satu hari saja mak mertua saya akan berada di kampung. Jadi saya pun satu hari saja di kg.. (ngelat sungguh kan..)

Isnin
Pagi, program joging lg.. Petang ke malam.. Aktiviti bebas la kot.. Mana tau lepas joging boleh lepak² breakfast kat luar dgn geng joging kang..

Selasa
Saya hanya akan ulang jadual hari isnin ya.. hahahaha.. Byk betul aktiviti bebas nih..

Entah² nanti bebas bertiduran saja kami berdua beranak kat rumah.. Kalau tak pun, mungkin menyibuk di rumah mak bapak saya saja..

Butterfly Dua Sejoli



Haaa.. itulah dia kami punya Butterfly Massager Dua Sejoli. Satu kaler pink, satu kaler biru.

Ingatkan semalam nak cerita pasal macam mana nak guna, tiba² tak terbawa pulak instruction nye.. Hari ini pun saya terlupa nak bawa.. Minta maaf ye..

Nampaknya terpaksa tunggu next week lah baru saya ceritakan.. Tapi kalau nak tau pasal butterfly massager nih, boleh pegi sini. Tapi yg ditunjukkan di situ tak sama macam saya punya. Rupa dia lain sikit, tp fungsinya lbh kurang je.. Sama je..

Yang paling saya suka baca kat situ part ini..

Q: Will this help me lose weight?
A: Yes. Based on our research, daily use of the Butterfly Massager on targeted muscle groups and fatty areas for muscle toning did yield significant fat loss as well as a more toned muscle group. This achieved by creating increased blood flow to the tissue which help pump blood thru the target area and this allows waste products such as fat and cellulite cells to be transported out thru the blood stream.


Amacam? Tiba² buat saya rasa excited nak teruskan pemakaian butterfly massager dua sejoli tu..

Projek Dua Beranak

Selasa malam..

tengok dulu apa yg ada kat dlm tu..

lepas tu umi kalerkan tangan Nawfal pakai water color

ei.. Nawfal geli tengok tangan berkaler gitu..

Haa.. inilah projeknya. Buat cap tangan (bukan cap jari) kat dalam birthday card untuk abah.. Ok, umi is just trying her very best to be romantic, ok...

Dah siap.. Sampul² ni dua² untuk abah.. Satu birthday card untuk abah, dan satu lagi valentine card.. Wahahahaha.. tiba² terasa diri sendiri sgt GEDIK!!! hahahah..

Siap untuk dipos!!

Sebenarnya dah selamat saya poskan bungkusan tu pagi² hari rabu.. Ada rezeki, hari ini sampailah ke tangan chenta hati saya yg nunnnn jauh di mata.. Happy Birthday sayang..

Selamat Ulang Tahun Sayang

Hari ini hari ulangtahun kelahiran chenta hati saya..



Istimewa untuk Chenta Hati ku,

Selamat Ulang Tahun Kelahiran yg ke-30. Semoga dipanjangkan usia, sentiasa dimurahkan rezeki, dan diberkati oleh Allah.. Aminn..

Chenta Hati mu,

Thursday, February 11, 2010

Minum Soya Sejuk Di Pagi Hari



Siapa? Siapa lagi?? Anak teruna saya lah..

Kan saya dah cakap hari tu.. Kesian dia..

Dek kelalaian uminya, anak teruna terpaksa minum air soya jek..



Tengok tu.. siap berpeluh² botol susunya tu.. Air sejuk katakan..

Bila nawfal dah diam² tu, saya cepat² bersilat di dapur pulak.. Alaa, masak sangat² simple utk makan kami dua beranak..



Haaa.. kejap jek, siap pun sayur sawi tumis air, ayam goreng, telur dadar, telur masin & yg kat dalam tupperware kecik tu ialah sambal belacan ye.. eemmmmmmm..

Lepas makan lepak² kat depan TV sambil anak teruna sibuk nak memanjat, meng'kuda'kan saya.. Sampailah dua² beranak tertidur..

Petang pula, ikut mak abah saya pergi hantar pengantin bernikah, haa.. Tu lah, kes yg ternampak badan pengantin pompuan tu..



Nawfal tgh bergurau senda dgn nenek kat dalam kereta.. Mulut comot sbb makan coklat..

Wednesday, February 10, 2010

Butterfly Massager

Saya baru tahu pasal butterfly massager (BM) ni. Jakun! Itu pun sebab masa chenta hati saya balik hari tu dia bawakan untuk saya.. Dia kata memang dia saja belikan untuk saya..

Butterfly Massager nih boleh digunakan sebagai satu alat fisioterapi, untuk urutan, lancarkan perjalanan darah dan boleh juga digunakan untuk menurunkan berat badan!!

Hahahaha.. Sebab itulah chenta hati saya belikan saya Butterfly Massager tu.. Owh, abang.. Abang memang sungguh baik hati, sungguh sayang kepada isterimu ini ya.. Abang memang mahu honey jadi cantik kan.. Muahs!! Terima kasihla abg sayangg.. saaaaayang abg...

Mula² saya takut nak pakai benda ni. Macam ngeri lah.. Takut kena renjatan letrik! Hahahah.. Gila kau... Walaupun dia tak pakai kuasa letrik, cuma pakai bateri jek, saya tetap takot!!

Last² kena jugak paksa dek cinta hati saya. Kesian saya tau.. Mula² dia hidupkan suis tu saya tak rasa apa² pon.. eksen jugak saya masa tu..

"ei, tak rasa apa² pun bang..."

"sabar...."
katanya..

Maka saya menunggu dengan sabar.. Maklumlah, dipasangnya di belakang badan, mana nak nampak kan?

Ceis.. Cinta hati saja mahu mendera saya ni agaknya... Elok jek lepas beberapa kali dia menekan butang² yg ada kat benda tu, tiba...

"adoi..!!! bang.. cabut bang.. bukak balik bang..."

Hahahahaha... sebenarnya bukan sakit pun, cuma rasa tak best!! Wahahahah.. Tipuuu..

Sakit sebenarnya tau.. Bukanlah sakit sgt.. Tapi memang macam kena renjatan letrik!!

Tobattt.. Sekali jek saya pakai.. Then semalam saya selongkar la laci kabinet TV tu, terjumpa pulak benda tu semula.. terus rasa teringin nak try lg (nak kurus punya pasal la nih..), tp nak try sendiri saya takut. Jadi, hari ini saya bawak BM tu ke ofis.. Hahahaha.. Konon² nak tunjuk ke Kakcom, nak suruh dia try pakai.. Tapi sebenarnya saya yg excited terlebih nak pakai.

Jadi td saya telah beria² menunjukkan pada Kakcom cara macam mana nak guna benda tu. Elok je saya tgk kakcom pakai. Tak ada pun aksi terkujat² macam saya masa mula² dipakaikan benda itu oleh chenta hati!! Lepas dia dah setel, saya pun pakai lah.. Mak oi, baru jek level 2 rasa macam pedih² kulit perut saya, geli pun ada jugak.. Tu belum pakai sampai level 10 lagi tu.. Hahahaha.. Memang mengada² la puan Jannah ni.. Tapi saya gagah jugak biarkan benda tu melekat kat perut saya sampai 12 minit. Sebab lepas 12 minit dia akan berhenti sendiri.. Layannn..

*googled pic*



Ha, saya punya BM sebijik macam yg kat gambar tu.. Kaler pink, chenta hati punya kaler biru.. awwwww.. Tp, selongkar punya selongkar saya jumpa BM kaler biru tu kat dlm laci kabinet Tv. Lerr, yg chenta hati punya, tertinggal ke? Ke saja tinggalkan untuk saya jugak??? Supaya lebih cepat saya turunkan berat badan?? Wahahahahah..

Nanti esok saya tunjuk gambar Butterfly Massager merpati dua sejoli yek?? Esok juga saya akan terangkan macam mana nak guna Butterfly Massager tu..

Dah, nak balik kejap lagi!

Di Mana Saya?

Zaman dolu².. Hahahaha..



Cuba cari di mana saya???

Hahahaha.. Cuba teka.. teka..

Untuk makluman, tiada sebarang petunjuk akan diberi ya..

Jadi, sila jangan tanya apa² soalan.. Teka saja..

Tuesday, February 09, 2010

Pembunuh Yang Senyap

Wahh.. Semenjak dua menjak ni saya tersangat concern dengan masalah kegemukan.. Bukan apa, lepas baca satu pamplet pasal obesiti ni, terus saya jadi takut. Saya kena kurus jugak, kalau bukan sebab nak cantik, saya perlu kurus sebab nak sihat.. chewahhhhhhhhh!!!

Semalam saya bawa anak saya ke klinik sebab dia kena bisul lagi. Kali ni bukan satu, tapi banyak. Di kepala & belakang badan. Ada tumbuh bintik kecil² dan dalamnya ada nanah. Tp doktor kata itu bukan bisul, itu adalah jangkitan kuman. Kesian Nawfal.. Sakit² badannya. Nasib lah malam td lepas makan ubat dia boleh tidur lena (dan uminya juga boleh tidur lena). Sambil² menunggu ubat saya ambil satu pamplet dr atas kaunter pendaftaran tu. Tulis kat situ "Obesiti membawa kepada hepar berlemak.." aaaaa.. Apa tu??

Saya pun baca lagi.. Owh, Rupa²nya 'hati berlemak'.

Apa kaitan hati dengan lemak? Gini, hati tu adalah organ terbesar dalam badan kita yg bertanggungjawab utk banyak fungsi, dan penting juga utk proses pemecahan dan metabolisma lemak. Haaaa.. Gitu..

Hati yg berlemak pula adalah pengumpulan lemak dalam hati. Dikatakan, keadaan itu sebenarnya tidaklah membawa bahaya kepada kita. Tapi, dalam sesetengah kejadian, hati berlemak ni boleh membawa kepada inflamasi hati yg menyebabkan hati berparut dan menjadi keras. Dan parut yg banyak pula boleh menyebabkan Cirrhosis, suatu keadaan yg berpotensi utk mengancam nyawa. Penyakit hati berlemak paling kerap berlaku di negara maju, di mana gaya hidup kurang aktif, pengambilan makanan yg berkalori, gula & lemak yg tinggi yg menyebabkan obesiti. aaaa... Dah cuak dah saya ni..

Oleh kerana hati memainkan peranan penting dlm proses pemecahan lemak, apabila berlaku gangguan terhadap proses ini, maka ia akan menyebabkan lemak berkumpul di dalam hati. Lemak ini juga mungkin datang dr bahagian lain dalam tubuh badan kita, atau hati itu sendiri menyerap jumlah lemak yg tinggi daripada usus.

Dikatakan tak ada tanda² luaran yg memungkinkan kita menghidapi hati berlemak, tapi kita mungkin akan berasa lesu, dedar, rasa sakit yg tak berapa nak kuat di bahgian kanan atas abdomen yg mungkin merupakan tanda hati bengkak. Kita juga mungkin akan hilang selera makan, turun berat badan, rasa loya, lemah & kulit serta merta menjadi kuning.

Emmm.. saya selera makan jek, berat naik, tak turun² pun.. ermmm..

Tak pasti kan? Jadi kalau mengalami tanda yg seumpama di atas tu, dinasihatkan buat Ujian Fungsi Hati (LiverFunction Test - LFT).

Rawatan untuk hati berlemak?? Satu saja rawatannya iaitu gaya hidup, yg melibatkan penurunan berat badan, senaman, pemakanan yg sihat & pengambilan suplemen yg mengandungi 'Phospholipids' iaitu komponen penting utk membantu pertumbuhan hati. Apa² pun silalah rujuk doktor ye.

Ini cuma sedikit maklumat yg saya dapat dr pamplet yg saya baca. Apa² pun pamplet tu bagaikan memberi saya satu semangat utk kurusmenurunkan berat badan.. Saya ada program jogging hujung minggu ini di taman rekreasi di Mutiara Rini. Nak join saya?? Marilah..

Yang mahu kurus untuk sihat,

Monday, February 08, 2010

Ada Baby Ke??

Soalan Maut!!!!!

Hehehe.. Yang sebenarnya, dengan secara tak langsung saya pun berharap juga kalau² ada baby dalam perut saya.. Terasa macam excited pulak bila tengok kawan² yg preknen tengah menunggu hari tu.. Dah lah macam saya nih jarang² dapat running production, Asik shut down jek.. Tulah, sapa suruh duduk jauh² kan.. Malangnya, memang tak ada..

Pagi Khamis yg lepas, dlm perjalanan masuk ke opis ketika melalui lobi, tiba² saya disapa sang 'recep' "Jannah, ada baby lg ke?"

hihihihi... apa punya best soklan kau kakak!!

tp time kakak tu tanya tak ler saya marah dia ke hapa, saya sempat melawak lg tau.. "ada.. nasi byk dlm ni kak.." hahahahaha.. sambil dlm hati saya mengaminkan doa kakak 'recep'.

Alih² esok malamnya datang pulak kawan saya tu.. Tiap² bulan dia datang.. Jadi sah lah mmg tak ada baby dlm perut saya ni.. Abg, MISSION FAILED!! kah kah kah

Yg pedihnya... Dan buat saya terfikir, apa ke teruk sgtkah keadaan perut boroi saya nih?? Sampai hati mereka semua cakap saya mengandung tau.. Nampaknya saya kena lakukan sesuatu supaya org tak tersalah anggapan lagi kepada saya!!

Saya kena kuruskan badan, dan yg paling penting kena buat maintenance kat perut saya nih.. Aduhhh!! Kalau tak selamanya saya di salah anggap..

Kelakar la...

Dah petang.. Saya bosan.. Bukan tak ada kerja.. Mood kerja tak mari la. Mungkin sebab ofis tak meriah macam selalu. Uish, ramai pulak yg cuti hari ni. Ofis senyap jek, sampaikan saya rasa macam hari ni bukan hari bekerja, dan saya sebenarnya terpaksa datang kerja.. hahahaha..

Entah apa² yg saya repekkan.. Saya check Nuffnang saya.. Saje².. Isi masa lapang. Sekali ternampak sesuatu.. Kelako betul la.. Tak percaya?? Cuba tangok gambo kat bawah tu..




Cuba tengok yg list yg last tu... Hadoi lah.. Sapo lah yg buat carian tu.. Ape tak nampak???

"geram lihat punggung makcik"

Haaa.. nampak dah ke???

hahahahahahaha... sian.. punggung makcik mana lah yg dicarik.. kah kah kah kah.. tak menahan sungguh!!


Tudung Putih, Baju Dalam Hitam

Petang sabtu ikut mak & abah pergi hantar sedara menikah.

Lepas asar bertolak dr rumah pengantin laki, tak sampai setengah jam dah sampai rumah pengantin pompuan.

Tunggu kejap, dlm setengah jam baru tok kadi sampai. Sampai² tok kadi suruh pengantin pompuan keluar, duduk kat luar sekali sama² dgn bakal suami eh.. Zaman sekarang, tak musim lah pengantin pompuan nak menyorok dalam bilik lg.. Eloknya duduk sama², dengar lafaz akad nikah tu haa..

Maka pengantin pompuan pun dibawa keluar.. Dah elok dah si pengantin pakai tudung, comel jek saya tgkkan dr depan.. Sekali, pengantin pompuan duduk sebelah pengantin laki, betul² depan kami (saya & adik saya), terbeliak bijik mata kami dibuatnya..

Aduh dikk... Apa hal lah ko ni.. Dah ler pakai baju kebaya nipis kaler putih.. Dah tu pakai pulak baju dalam kaler hitam.. Sudah terang tak payah bersuluh! Bukan setakat nampak bayang² jek. Memang nampak jelas sangat².. Siap nampak badan ko dik!

Aduhh.. Lebih baik ko cabut jek tudung putih nipis ko tu.. Eloknya tampal kat belakang baju tu ha.. Untung² dapat cover badan ko tu. Abis la, siap nampak segala bentuk tayar spare ko..!! Ahkak yg malu dik!

Dah tau baju ko tu jarang yg terlampau, silalah pakai singlet atau yg seumpamanya di dalam tu.. Kesian laki ko tu haaa.. Tak pasal² dah ter'berkongsi' jamu mata dgn sekalian hadirin.. Mak andam, lain kali silalah tengok²kan.. Jangan asik fikir nak bergaya saja.. Hish, kalau terasa nak tutup aurat tu tutuplah betul².. Kalau tak pun, tak yah lah pakai tudung tu.. Tak relevan langsung laa..

Adui ai.. sedih pulak hati saya nengoknya.. Huhuhhuhu..

Kesian pengantin tu...

Kalau Dah Tekak Soya

Jumaat malam, saya terpaksa terpaksa juga menggoncang susu tin untuk anak teruna saya. Kerana malam itu dia tidak mahu minum susu cap gantungnya. Saya pun tak tahulah kenapa.. Memang perangainya macam itu. Kadang² dia tak mahu susu tin di dalam botol sampaikan dia tega membaling botol susunya yang penuh berisi susu. Kadang² bila bangun tgh malam, saya suakan susu cap gantung padanya, tapi dia menolak sambil menangis² tunjuk botol susunya pada saya.. Alahai, anak.. Anak.. Cerewet sungguh..

Demi anak, ku gagahkan diri, berjalan di dalam gelap, ke dapur menggoncang susu botolnya. Itulah yg terjadi di malam sabtu yg lalu.. Saya terpaksa bangun menggoncang susu di tgh malam kerana si anak meraung² tak mahukan susu cap gantungnya. Aduhh.. bila dicedok, susu di dalam tin cukup² saja untuk membancuh sebanyak 8ml. Tak pe lah, esoknya memang nak keluar pun kan.. Boleh pergi beli susu sekali. Minggu lepas beli susu 2 tin, tertinggal pulak dua² kat rumah mak.. Bila dihulur botol susu pada dia, barulah dia diam.. Akhirnya dapatlah saya tidur dengan tenang setelah anak saya menyumbat mulutnya dengan puting tiruan tu.. Huhh!!

Keesokkan paginya, saya bersemangat bangun nak kemas rumah. Waktu itu, si anak teruna masih belum membuka mata dan mulutnya lagi. Sedang saya sibuk di dapur, tiba² dengar suara anak saya dr bilik tidur utama, owh, dah terjaga dia.. Saya jengah ke dalam bilik, anak teruna sedang cuba turun dr katil.. Selalunya, pagi² gini, anak saya mesti nak pekena susu tin sebotol. Barulah dia boleh membawa diri sendir, bermain² dengan tenang & tidak bergayut² di baju saya sambuil merengek². Bila bukak tin susu.. Alamak!!! Susu dah habis la.. Macam mana lah saya boleh lupa, malam td kan saya dah buat susu utk anak saya. Saya terlupa nak mencampakkan tin tu ke dalam tong sampah. Tu lah pasal, ingatkan masih ada lg susu dalam tin tu.

Alamak, macam mana ni.. Anak saya dah mula bunyikan sirennya.. Ah, saya pun angkat anak saya, bawak masuk dalam bilik, konon² nak cuba pujuk dia dengan susu cap gantungnya. Bila dah selak si anak lari pulak, turun dr katil terus keluar dr bilik. Ambil botol susunya & hulur pada saya.. Eiii.. Susu dah habis la Nawfal.. Hahahaha.. Padan muka saya.. Tulah, semalam tak rajin nak angkut susu setin dr rumah mak saya.. Macam mana nih..

Saya bancuh milo... Tuang sedikit ke dalam botol susunya. Saya kasi pada anak saya. Sambil buat muka pelik, dia ambil botol susu, belek² lepas tu terus campak kat lantai.. haaa.. memang cari pasal ni.. Pantas saja tangan saya mencubit jemari halus dia. Kan dah kena.. Sudahnya, makin panjang rajuk anak saya.. Siap lari dan sembunyi bawah meja makan.. Sambil garu² kepala yg sebenarnya tak gatal saya buka peti sejuk.

Ada sebotol susu strawberi yg pakngah kasi dia semalam. Saya curah dalam cawan sedut dia. Bila dihulur pada dia, dia cuma gelang kepala.. Huh!! Tak mahu yek? Saya buka peti sejuk lagi sekali, nampak ada sekotak air soya.. Saya ambil, goncang².. Hmmm.. Ada lah tinggal sikit, tak sampai separuh pun. Saya ambil botol susu anak saya, saya curah milo tu ke dalam cawan, dan saya tukar isinya dengan air soya yg sejuk. Hah! Siap berpeluh botol susu tu..

Saya hulur pada Nawfal, ingatkan dia tak mahu. Eh, bila tengok isi dalam botol tu kaler putih dia terus capai botol susunya. Minum juga, tapi sambil buat muka pelik.. Terfikir² agaknya.. Kenapa susu dia sejuk & botolnya basah.. Hai anak sorilah.. Susu dah habis sayang.. Minumlah air soya tu dulu yek.. Nasib baik dia nak jugak minum air soya tu.. Agaknya sebab rasa soya tu sama macam rasa susu dia kot.. Hahahaha.. Aman lah juga dr jerit pekik dia pagi² tu.. Lepas siap kemas rumah, cuci baju, cuci pinggan, saya bawa anak saya keluar pergi beli susu. Sebelum ke kedai, singgah dulu rumah mak, buat susu untuk Nawfal.. Dalam kereta macam org berbulan² tak jumpa susu.. Sedut puting tu sampai berbunyi².. Hadoi lah hai..

Gitulah kalau time dia hendakkan susu soya dia tu... Kasi susu yg lain dia tak mau! Susu cap gantung pun tak laku!!! Sedap sangat susu soya tu agaknya?? Bila saya kasi susu lembu dia macam nak termuntah pulak..

Friday, February 05, 2010

Rasa Sakit Hati Itu Tidak Akan Hilang

Semalam, bos panggil saya sain Appraisal Form. Saya tidak ada masalah tentang pencapaian saya dalam kerja. Dalam hal kerja saya join group no. 2 (fully met expectations). Entah bilalah saya nak join group no. 3 pulak. Group no. 3 tu utk org² yg "exceeded expectation". Dah 3 tahun saya duduk dalam group yg sama. Entah² tunggu sepuluh tahun kerja baru masuk group org² no. 3 tu.. Tapi tak apalah.. Saya tak ada masalah dgn yg itu. Bulan lepas waktu sain kenaikan gaji pon, Alhamdulillah.. Saya puas hati.. Rezeki kan.. Walau sikit atau banyak, sekurang²nya tiap² tahun saya merasa dapat kenaikan. Oh, tapi bukan itu yg jadi persoalannya.

Yang saya tak puas hati semalam, bila bos cakap pasal part "behavior/attitude" saya. Tak, saya tak marah bila bos gred saya 2 jugak utk bahagian "behavior/attitude" tu. Sebabnya saya tetap join kategori "fully met expectations" kan?? Alhamdulillah.. Cumanya, yg buat saya tersentak bila bos cakap macam ni "overall, i think the document control performs very well, walaupun u all kadang² cekik² sesama sendiri, u manage to get the job done"

What??? cekik²?? siapa yg cekik²? dan siapa yg mencekik siapa? siapa pulak yg mengaku kena cekik?? haa bos? siapa?

Tiba² saya terasa macam nak berjauh hati dgn bos saya. Dan tiba² saya rasa sakit hati dengan seseorang. Terasa macam org itu cuba nak cari pasal lagi dgn saya. Ye ke? ke, saya je yg perasan sorang²? haa? Bila dengar bos cakap macam tu kat saya, saya terasa macam ada org 'mengadu' sesuatu pasal saya kat bos.. (ah, saya mmg emosional..) Tapi mmg saya terasa, sebab mmg saya ada buat sesuatu dekat org itu.. Kenapa? Sebab dia telah menyakitkan saya.. Menyakitkan hati & menyusahkan saya..

Tapi walau apa pun, saya anggap itu adalah hal peribadi saya dgn dia, dan dia tidak sepatutnya berkongsi hal itu dgn bos! Bos itu bukan bapak dia, bukan juga boifren dia, jauh sekali suami dia.. Tapi kenapa? Kenapa? Kenapa bos cakap macam tu dekat saya? Walau pun bos tahu kejadian itu disebabkan oleh dia? Bos ini mmg tidak adil. Mentang²lah saya senyap², diam², tak pergi 'mengadu domba' dekat bos, bos nak suruh saya baik² dengan dia? Bos anggap saya buat salah dekat dia ke? Saya mmg tak puas hati..

Akhirnya, saya keluar dr bilik bos selepas mengiakan saja kata² bos. Saya malas nak cakap banyak² dengan bos. Saya bukan macam dia yg suka mgadu sana, mengadu sini. Saya benci perangai macam tu. Bila saya benci perangai, saya tak akan buat macam itu. Tapi bila saya diam², saya simpan sorang² ada orang ambil kesempatan atas saya.. Saya rasa sangat sakit hati tau tak?

Tak kisahlah, apa² pun yg bos nak pujuk saya buat, nak racun² fikiran saya.. Saya tak akan terpedaya.. Ingat, jangan berani² nak 'psycho' saya.. Saya nak mengaku di sini, saya ini seorang yg pendendam, dan saya tak akan maafkan dia yg telah membuat saya sakit sampai ke hari ini.. Dia tahu salah dia, tapi dia tidak pernah meminta maaf dengan saya, macam mana saya nak maafkan dia? Apatah lagi nak melupakan perbuatan dia. Dan sampai sekarang selepas 2 bulan perkara itu berlaku, saya masih menunggu perkataan maaf dari dia..

Owh. Hari ini 05 Feb 2010, genap 2 bulan dari tarikh dia menyakitkan saya.. No wonder.. Saya rasa sangat emosi hari ini.. Saya benci dia!!