Tuesday, September 29, 2009

Back Home!

Tapi masih bercuti2 lg...

Tak dapek la nak poyi kojo..

:p

Sunday, September 27, 2009

Hari ini..

saya, bersama2 anak, suami dan MIL berada di bt pahat. Bertolak pg semalam, kemudian singgah beraya di melaka. Sampai di kg atok lebih kurang jam 6 ptg semalam.

Ada kisah melucukan disebalik perjalanan kami pulang ke bt pahat. Nanti2 lah saya cerita. Broadband kat sini pon x hangat!!! Hahahahhahaha.. Acik nih yg dah hangat hati!!!

Friday, September 25, 2009

Kami Masih di Klang

Heheheheh..

Raya ke-6, dan kami masih di Klang. Bagi can abah beraya puas2 di rumah opah. Abis2 pun duduk rumah saje.. Kawan2 abah yg ramai dtg rumah.. Nak beraya kat sini pun tak tau ke mana, sedara mara kami masing2 banyak yg di Johor.

Malam td tidur di rumah kaklong abah nawfal, di Kg kuantan. Sekarang masih di rumah kaklong, bagi peluang nawfal beramas mesra dengan sepupu barunya, aina mardhiah, anak kaklong.

Aina umurnya baru masuk 4 bulan, tp badannya semangat! Kalah abg nawfal masa umur macam aina.



haaa.. inilah sepupu nawfal, merangkap cucu opah yg kedua, aina anak maklong nawfal. Amboi aina, dagunya berlapis2 ye dik..

haaa.. petang nanti baru blk rumah opah, esok pg insyaAllah akan bergerak ke Bt Pahat, rumah atok abah nawfal pulak.

Wednesday, September 23, 2009

Raya.. Raya..

Tahun pertama beraya bersama suami dan anak. Of course la blk rumah MIL, sbb hasben i dah 2 thn tak blk beraya.. kesian..

Nawfal masa mula2 sampai sgt la sombong, asik nak duduk dekat celah kelengkang uminya sajork!!! tensen umi lah!!

Pas dah 2-3 mlm kat rumah opahnya, barulah dia ok.. Pagi dah keluar ikut opahnya berjalan ke mana tah! Tinggal umi ngan abah kat rumah..

Since tak berapa bz nak beraya2 ni, semangat berkobar2 nak ngadap lappy, tapi line broadband nya cam hampeh pulak.. tu yg jadi malas tu.. Alamatnya, simpan cerita pas dah balik rumah nanti lah..

Nak menaip pun takdak mood.. Dah, jap lagi nak kuar beraya pulak..

Saturday, September 19, 2009

Selamat Sampai

Malam tadi..

@ 11.00 : owh i can see the KLANG signboard!

@ 12.00 : Assalamualikum mak.. Kami dah sampai.. alhamdulillah..

Bertolak dr JB dlm pukul 8 mlm dan selamat sampai di rumah ibu mertuaku around 12.

Masa mula2 sampai mlm td, Nawfal buat hal lg. Tak nak kat org lain, asik nak berkepit dengan umi sajork! Opah nak dukung pun Nawfal nangis2.. Aduh, teruk betul la anak umi ni..

Pagi ni Alhamdulillah.. Semua dah ok. Dah boleh senyum2 dengan semua org. Tu sibuk jalan2 dekat pak udanya yg tgh tidur lg.

So, beraya di Klang lah kita!!!!

Selamat Hari Raya!!!


p/s : nak update mlm td x dpt.. line broadband nih cam hampeh!!!

Friday, September 18, 2009

Projek Raya - Closed!

Alhamdulillah,

Tengah malam td, selesai sudah sesi membahagi kuih muih yg dapat & sempat kami siapkan. Dengan berbekal modal yg tak seberapa, sedikit masa & tenaga, rupa²nya kami dapat siapkan 9 jenis juadah utk hari raya..

Sarang Semut
Semperit
Biskut Coklat Badam
Biskut Cornflakes
Biskut Cornflakes Coklat
Almond London
Cornflakes Madu
Cornflakes Coklat
Mini Popiah

Tak sempat nak snap gambar mlm td, dah kelam kabut semua nak cepat.

Cari baju raya punya pasal, sampai rumah pun dah pukul 11 malam. Sudahnya pukul 2 pg masih lg terhegeh² mengemas kuih muih.

Hari saya masih di pejabat bersama² Kakchom. Shima dan Azie telah selamat memulakan cuti raya.

Alahai, tak sabar rasa nak tunggu jam 5 ptg.

InsyaAllah mlm ini saya bersama² anak dan suami akan bertolak pulang ke rumah ibu mertua di Klang. Moga semuanya berjalan dengan lancar.

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN dari kami sekeluarga.


Thursday, September 17, 2009

Mereka sudah berbaik²

Hari ini hari pertama mereka berdua²an di rumah (tanpa saya).

Pg td sewaktu saya hendak keluar ke tempat kerja mereka kelihatan ok² saja.

Si anak seperti biasa akan melambai²kan tangan ke arah saya.

Walaubagaimana pun, setiap jam saya akan menelefon ke rumah bertanyakan khabar mereka.

Terakhir kali saya menelefon, mereka berdua sedang tidur. Saya cuma berbual² sebentar dengan si bapa. Bertanyakan sama ada anaknya sudah ok atau masih melalak² seperti malam td.

Sedang saya berbual² terdengar rengekan halus di hujung talian. Kemudian diikuti, "eh, tidur.. tidur.. abah ada sini.."

Terharu saya mendengarnya. Pertama kali saya mendengar ungkapan sedemikian keluar dr mulut si bapa.

Hmm.. Nampaknya mereka sudah berbaik² dan berkawan². Lega hati saya.

Sebentar td, si bapa membuat panggilan video. Kelihatan si anak sedang berjalan² di hadapan televisyen sambil tersenyum riang, tertawa mesra kepada si bapa. Alhamdulillah. Naluri antara si bapa dan si anak memang kuat.

Sudah sepatutnya saya memberikan ruang utk mereka menghabiskan masa berdua²an. Si anak sudah mula mesra dengan si bapa. Saya bahagia bila kedua² buah hati saya gembira.

Esok akan ada masa lagi utk mereka berdua²an sahaja di rumah (sekali lagi tanpa saya). Kalaulah... Si bapa tak perlu pergi lagi.....



Airmata ku menitis jua..

Tepat jam 8 malam, Nawfal sudah pun merayau² di balai ketibaan Lapangan Terbang Senai. Umi tengok nawfal suka sgt dapat berjalan², lepas bebas di tempat lapang macam ni. Tertawa kegirangan melihat Kakak Nur & Kakak Kayra berkejar². Nawfal seolah² tak sabar² nak turut sama berlari². Nampak teruja semacam.. Atau Nawfal sebenarnya excited sebab nak jumpa dengan abahnya??

Beberapa minit berlalu. Mana abah ni?

Umi telefonkan abah, "kenapa lambat sgt? Kata flight turun pukul 7.50?"

"tgh tunggu beg la umi.."

"oh.. ok.."

Sambil² mata umi ligat mencari² kelibat abah..

"Eh, itu abah"

Tapi abah tak nampak kami. Abah terus jek menonong keluar. Umi telefon abah lg sekali, "abah, masuk dalam semula. Kami kat dalam ni."

Abah pun masuk semula ke ruang menunggu..

Umi nampak abah tercari² kami anak beranak. Nenek, ayah, ibu & Dira pun ikut sama menjemput abah di lapangan terbang.

Akhirnya abah nampak kami. Abah terus tuju ke Nawfal.

Umi tengok nawfal terpinga² sewaktu abah dekat dengan dia, dan bila abah cuba dukung dia, nawfal terus sandarkan badannya dekat umi.

Nawfal buat muka kering, tak ada apa² ekspresi pun. Entah la, waktu tu umi pun tak tau apa yg sedang Nawfal fikirkan. Kesian abah, Nawfal macam tak mau ikut abah. Hmmm, macam tu lah nawfal sekarang, kalau ada orang² yg dia tak biasa nampak, nak dekat² dengan dia, mesti dia macam nak lari² saja.

Agaknya, kalau Nawfal dah pandai cakap, apalah yang dia akan cakap sewaktu pertama kali jumpa dengan abahnya malam td ye..?

Sampai di rumah pun, Nawfal masih pelik² lg. Sampaikan mengangis² waktu abah nak tidurkan dia. Last² umi ambil dan baringkan di sebelah umi. Waktu umi tepuk² nak tidurkan Nawfal umi tengok matanya masih terbuka lagi, tp dia tak meronta² nak bangun macam selalu. Nawfal cuma baring diam² sambil sekejap² dia menjeling pada abah di sebelah umi.

Entah apalah yg Nawfal fikirkan agaknya. Andai umi tahu apa yg Nawfal fikir, kan bagus. Waktu itu menitis jua airmata seorang umi. Umi sedih.. Kalau lah umi faham..


Wednesday, September 16, 2009

Hari ini 16 September

Hari yg ditunggu² sudah pun tiba. Ya, saya bukan menunggu hari raya pun (sebab saya sudah menyanbut hari raya beberapa hari yg lalu).

Hari ini saya rasa berdebar², kerana akhirnya saya akan berjumpa dengan seseorang yg sangat istimewa dalam hidup saya (ah, saya mmg suka melebih²). Seseorang yg selalu saya nantikan. Seseorang yg selalu saya rindukan..

Rasanya, sudah hampir 8 bulan saya tak berjumpa dengannya. Macam mana rupa si dia ye? Gemukkah? Kuruskah? Yg pasti tak mungkin jadi lebih rendah atau lebih tinggi.. hahaha.. Mungkin juga rupanya tidak akan berubah, tetap sama seperti waktu dia meninggalkan saya dahulu.

Tapi, saat yg paling saya tunggu² ialah ketika hendak mengenalkan dia kepada anak teruna saya, si Nawfal. Ah, masih ingatkah lagi nawfal kepada dia? Mungkinkah Nawfal akan berlari² ke arahnya kerana terlampau rindu.. Atau Mungkin Nawfal tidak akan mengenalinya, lalu lari kepada saya sambil menangis ketika dia cuba hendak mendekati si teruna kecil itu??

Kerana, sewaktu ditinggalkan lebih kurang 8 bulan yg lalu, nawfal masih terlentang, masih tidak mengerti apa².. Masih belum meniarap, belum merangkak, belum juga berjalan..

Apa² pun kita tunggu saja malam nanti..

sekian, untuk pagi ini. *wink*


Tuesday, September 15, 2009

Raya Sudah Datang

Seperti kawan² saya, Cik Mimi dan Cik Intan, saya juga sudah menyambut raya... SEMALAM!!!


Hampa dan kecewa.. Baru saja saya berangan untuk berpuasa penuh thn ini..


Bila dah macam nih, lglah tak ada mood nak koje..


Alangkah, bahagianya jika sekarang saya berada di rumah bersama² cik tepung, cik marjerin, cik gula, cik coklat, cik tepung jagung, dan kawan² mereka serta puan oven. Mungkin saya boleh buat sesuatu yg berfaedah.


Tak bestnya dah raya dulu.. :(



Saya dah tukar duit

dengan kawan² saya. Maka tak perlulah saya ke bank.

Untung ada kawan² yg baik hati meng'offer'kan duitnya untuk ditukar dengan saya.




p/s : pssttt.. esok abahnya nawfal balik!! yeay!! moga selamat sampai.. aminn..

Friday, September 11, 2009

Mood Kerja? Tarak! Mood Bercuti Raya?

Membuak²!!!

Hah, hambek kau..

Leave Card saya telah selamat dikirim melalui kakchom utk dihantar ke HR.

Last² nak jugak bos sain cuti saya.

Maklumlah, cuti melampau org kata. Bos perli saya, "u cuti lama² ni macam nak pergi US jek?" - sebab lepas raya bos pon tak ade, OS ke US. Hahahahah..

Mari bercuti²..

18 Sep : owh, blom.. saya masih bekerja..

21-22 Sep : Public (memang la tak kerja..)

23-25 Sep : Shutdown (kalau tak mau cuti pun akan dipaksa bercuti!! sukalah cam gini!)

28 Sep - 02 Oct : saya mengada² menambah lg seminggu.. hihihih..

Semalam sewaktu abahnya Nawfal telefon saya, sudah saya khabarkan kepada dia tentang kelulusan cuti saya. Eh, eh.. Abahnya Nawfal ngajak saya pergi honeymoon..

Pergi ke tempat menarik!! Siap bagi pilihan lg.. Kat Subang ke atau kt Sungai apa entah namanya dia cakap semalam, saya pun tak ingat.. Ei, tak mau lah saya.. Kalau dia paksa jugak saya pergi ke sana memang akan saya amukkan nanti!!











































































Yelah, siapa yang nak pergi honeymoon ke tempat org MENARIK pancing kan??? huwaahhh..

Benci! Benci tau lawak macam tu...

Special Dedication for Achic

Hari ini, 11 Sep 2009 adalah hari ulangtahun kelahiran kawan @ roommate saya sewaktu zaman stido study dolu²..

untuk Achic,

Selamat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke... (heheheh.. nak bgtau ke achic?)

Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah, Semoga berbahagia selalu.. Moga dapat baby yg comel² yek..

Happy Birthday Mommy Dania!!

LIMA


Ya, 5 hari lagi abahnya Nawfal akan pulang!!!

hihihihihih..

Tu je nak bagitau..


Thursday, September 10, 2009

Berbuka Puasa Di Mana?

Hari ini hari pertama saya akan berbuka puasa di luar, di rumah kawan saya.

Kesian, sudah 20 hari berpuasa inilah jemputan berbuka yg pertama saya dapat.

Apa² pun saya sangat bahagia berbuka puasa di rumah beramai² bersama keluarga.

Menu hari ini:

Nasi Beriani
Daging Beriani
Ayam Masak Merah
Dalca

ermm... makan besar..

Cepatlah jam bergerak ke pukul 5.30. Balik nanti mandi, siap² diri sendiri & Nawfal (mana boleh ku tinggal buah hati pengarang jantung ku itu), lepas tu terus gerak ke rumah Molly di Nusa Bistari.

Cepatlah oh encik Jarum Jam!!



Askar Kumbang




Menambah koleksi.. Di mataku kelihatan comel.. hehehehe



Tipu! Tipu!

Waktu rehat td kami beramai² serbu bank, nak tukar duit. Minggu lepas kawan saya dah pergi. Tapi org kat bank tu ckp kat dia, duitnya tak ada. Hari rabu baru sampai..

Hari ini, kami pergi, org kat bank tu cakap duit tak ada. Hari Isnin nanti baru sampai..

Huwahhhh.. Ape nih? Minggu lepas cakap duit sampai semalam. Hari ni pulak cakap Isnin nanti baru sampai..

Orang kat bank tu tipu ke?

Atau,

duit yg sampai semalam tu mmg dah habis hari ni? Nak kena tunggu hari isnin nanti utk yg baru???

Aaaaaaaaaa... buat penat jek pegi! Tidur kat dalam opis td lg bagus!! Ni yg malas ni nak pergi tukar duit!



Kenangan Pahit Bersama Param

Hari ini sudah masuk hari ke-20 kita berpuasa. Alhamdulillah. Masih berkesempatan melalui bulan Ramadhan dengan sihat walafiat.

Sepanjang 20 hari puasa baru sekali aku menjejakkan kaki ku ke Param di Nusa Perintis. Itu pun sewaktu di hari ke-2 puasa yg lalu. Selepas itu aku tidak pernah lg menjejakkan kaki ke mana² Param.

Kenapa??

Sebab aku serik!

Hari pertama aku membeli makanan di Param bersama mak dan Nawfal, macam² yg aku beli. Selera sangatlah membuak². Kalau boleh rasanya semua makanan yg ada di Param tu aku nak rasa. Bayangkanlah, aku beli nasi ambeng, nasi kerabu, murtabak, masi ayam, ayam percik, lauk kari, kuih muih, dan air yg bermacam jenis.

Pulang ke rumah, licin semua aku kerjakan. Tak bersisa! Huh! Lapar sungguh gamaknya. Maklumlah baru hari ke-2 puasa. Malam itu, tidurku tidak lena, setiap 1 jam aku terpaksa bangun berulang alik ke bilik air. Macam kena c***t b***t la. Perut memulas², tekak terasa loya. Sampaikan aku tak boleh nak tidur langsung! Ku ambil minyak, sapu² di perut, dada, leher, tengkuk.. Ahhh.. Serba tak kena rasanya.

Ianya berlarutan sampailah ke pagi, ke tghari esoknya sewaktu di pejabat, dan sampai ke petang setelah pulang semula ke rumah. Owh.. Rasa tersangat lemah badan. Masa tu, barulah terasa menyesal mengikutkan kehendak nafsu. Padan muka aku! Anggapanku, makanan² yg aku makan hasil dibeli di Param yg menjadikan aku begitu. Mungkin ya, tapi mungkin juga tidak.

Sebabnya, hingga hari ke 19 semalam, masih ada makanan Param yg ku jamah sewaktu di meja makan. Alhamdulillah, tidak pula perut meragam, memulas² seperti di hari kedua Ramadhan yg lalu. Owh, tekak dan perutku masih boleh menerima makanan di Param, tp mestilah yg orang lain pergi beli!! Aku dah serik hendak pergi membeli makanan di Param, takut² keracunan lg.

Tapi aku masih hairan, kenapa makanan yg org belikan itu, ok saje? Agak² kalau aku pergi membeli sendiri di Param lepas ni, ok ke? Ish, tak beranilah. Walau sebenarnya teringin sgt nak pergi membeli tp, masih rasa takut² lah. eeeiiii...


Wednesday, September 09, 2009

Susu Badan Tidak Semestinya Susu Ibu

Susu ayah pun ada..

Waktu melayari bengkungmoden td terbaca satu artikel di blognya tentang susu ayah.

Nak baca juga? Sila ke sini -> susu ayah

Wahhh.. Jika benarlah, saya sebagai seorang ibu rasa sangat suka..


*ya.. saya sedang cuba membayangkan keadaan bagaimana jika Nawfal menyusu dengan abahnya... hihihihihi*


NGERI pun adoo!!!!!



Hari ini

saya bawa..

ini..






dan ini..



di dalamnya adalah ini..



Sebahagian dr projek raya kami..

Mungkin akan kami kerjakan bersama² di waktu rehat..


Tuesday, September 08, 2009

Selamat Berbuka!

Sedang menuggu waktu berbuka puasa..

Menu hari ini, nasi ayam kedai.

Akhir² ini mood memasak juadah berbuka tidak mari..

Kelesuan... Di tempat kerja hanya mengantuk sepanjang hari..

Pulang ke rumah, seisi rumah dilanda kemalasan..

Selamat menikmati juadah berbuka puasa!!



Penat! Dan mengantuk juga!

Jadi malam ini aktiviti projek raya tidak akan berjalan.

Malam semalam bekerja sampai ke tengah malam, pukul 12am++ baru shima dengan azie bertolak meninggalkan rumah saya. Nak habiskan coating coklat kat weols punya almond london dan habiskan membakar adunan biskut cornflakes yg semalam.

Alhamdulillah.. dapat 5 balang besar almond london. Cukup² bahagi jek utk 5 org rakan kongsi. Dapatlah dalam 130 butir seorang. Kalau nak di jual semua almond london tu, dah balik sangat modal rm50 seorang. Bahagia sungguh saya rasa.

Melangkah masuk ke rumah mak yg sekangkang kera itu, saya tengok anak teruna saya dah tidur sorang² kat depan TV. Kesian anak umi, tidur sorang². Atok ngan neneknya dah tertidur kat hall depan. Tengok jam, dah pukul 12 lebih, nak Tarawikh pun tak larat rasa, saya masuk bilik air cuci muka segala bagai, salin baju, terus lepak di sebelah anak teruna.

Baru saja tidur tak sampai 2 jam, saya dikejutkan oleh mak. Sambil menggosok² mata, sebelah tangan saya meraba² di bahagian tilam yg sebelah lg. Eh, anak teruna saya tak ada. Saya bangun dan duduk, kemudian capai cermin mata.

"Tu haa... kat situ dah...", kata mak saya sambil menunjukkan ke arah anak teruna saya yang sedang tidur mengekol di hujung kaki saya, dah terkeluar dr kawasan bertilam. Allahuakbar.. Kesiannya tengok anak teruna saya tidur begitu di atas lantai. Macam mana lah pulak boleh sampai ke sana? Padahal sebelum saya melelapkan mata saya dah kepit si anak teruna di celah ketiak saya. Tak sampai 2 jam dah tersasar jauh ke bawah kaki saya. Dan macam mana pulak saya boleh tak tersedar? Selalunya, setiap jam saya akan tersedar kalau² anak teruna saya beralih tempat tidur. Memang saya mengantuk sangat² malam td.

Hai.. Anak.. Anak.. Kenapalah lasak sangat. Sambil tidur pun nak bergerak² jugak. Macam mana nak gemuk, ye tak? Kesian anak teruna, sudah 2 malam tidurnya sendirian. Jadi malam ini umi tak bekerjalah! Cuma malam ini saya bercadang hendak memasak serunding kelapa untuk dibuat inti popiah kecil. Itu santapan kegemaran ayahanda saya di hari raya. Sekali makan boleh habis satu balang. kalau nak membeli (wah, sekali lg saya berkira²) sekilo harganya dlm rm30. Adalah lebih baik saya luangkan masa menggulungnya sendiri. Di ofis pun boleh saya kerjakan nanti.

Baru sekejap tadi abah kepada anak teruna saya menelefon dr dlm hutan. Eh, bukan lah. Di hutan tiada line telefon, jadi waktu² dia keluar mendapatkan bekalan makanan dapatlah dia menelefon saya. Katanya dah belikan saya kek lapis sarawak 10 batang. Awww... Banyaknye bang.. Sayanggg abg..!! Senanglah saya nak bahagi²kan nanti. Hmm.. dan baju raya utk dia juga belum dibeli. Saya nak belikan dulu tak mau pulak (yg sebenarnya saya excited nak carikan baju sedondon sbb baju raya saya dah siap, baru saja di ambil waktu rehat td..). Tunggu dia balik nanti, katanya. Boleh jugakk...

Jadi, raya tahun ini kami anak beranak akan balik ke rumah ibu mertua saya di Klang. Lepas tu baru balik ke kg atok suami saya di Bt Pahat bersama² ibunya. Last sekali barulah kami akan beraya bersama keluarga saya di sini.

Eh, saya lupa pulak. Td suami saya pesan suruh tukar duit di Bank. Alamak, tu yg saya tak rajin tu. Entah bila nak pergi Bank. Ni nak kena kira dulu ni berapa bajet utk anak² menakan saya... Owh, bajet duit raya utk mak, abah, mak mertua saya, atok nenek saya.. ermmm.. makin tua, makin besar jumlahnya..

*wink* *wink*



Kek Coklat Cip Saya

Dengan pantas saya menjawab seruan..


Untuk kawan²..

Meh sini nak kongsi resepi kek coklat cip saya yg sgt sedap itu!!

Tapi adik saya (ibu dira) cakap, kek saya pahit sgt! Dia tak boleh makan.. Laaa.. Kalau nak kurang²kan rasa, nanti tak best lah kan..

Ni resepi saya cipta sendiri tau.. kalau tak sedap, pandai² la alter.. saya punya stail, TRY & ERROR.. keh keh keh..

Bahan²
2 cawan gula pasir (dikisar halus)
1 marjerin
2 cawan tepung gandum (diayak bersama tepung koko & serbuk penaik)
1 cawan tepung koko yg sgt pahit
2 biji telur (dipukul ala² saje..)
1 cawan susu segar (tak kisah jenis apa, tp saya suka HL)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh serbuk penaik
½ cawan coklat cip

*sila pastikan anda menggunakan cawan yg sama utk menyukat semua bahan yee..

Untuk Hiasan
Coklat masakan - ikut suka lah nak banyak mana
Sedikit minyak masak utk mencairkan coklat
Dinasor Flakes
Badam Cincang

Cara²
- Mula² pukul gula dan marjerin sampai kembang (atau seperti kata mak saya, sampai marjerin jadi kaler keputihan)
- Sambil² tu jgn lupa panaskan oven pada suhu 170°C dan griskan loyang
- Bila marjerin & gula dah kembang, masukkan vanila dan telur, dan pukul lg
- Lepas tu, masukkan susu segar, pukul sekejap biar sebati..
- Barulah boleh masukkan campuran tepung yg sudah diayak td sedikit demi sedikit sambil mengacau adunan
- Last sekali sila masukkan coklat cip ke dalam adunan dan gaul rata
- Lepas tu, curahkan bancuhan kek ke dalam loyang pembakar, bakar dlm oven pd suhu 170°C selama lebih kurang 30minit atau sehingga masak..

*camne nak tau kek dah masak? amik lidi pencungkil gigi yg bersih, cucukkan ke dalam kek, kalau lidi keluar bersih dan berkilat² maknanya dah masak la kek tu..

- Bila dah masak, sejukkan kek
- Bila dah sejuk boleh lah siapkan topping coklatnya, cairkan coklat menggunakan double boiler, dan masukkan sedikit minyak masak supaya coklat akan jd berkilat..
- Bila coklat dah cair, curahkan atas kek, ratakan dan boleh ditabur dgn bermacam² aksesori hiasan yg diingini macam badam cincang & flake dinasor tu..

*oh ya, masa membakar tu bergantung juga kepada ketebalan loyang dan kek, macam semalam saya pakai periuk yg sgt nipis dan lebar, jd kek saya rendah saje.. bila di bakar setengah jam, hampir rentung juga di bawah dan tepinya..

Selamat mencuba!!


Tercapai sudah..



hasrat nak makan kek coklat buatan sendiri..

hahahahahaha.. memang puas hati!

petang semalam, balik kerja.. berdezup masuk dapur..

malas nak bukak mixer punya pasal, aku bancuh manual jek..

menyinsing lengan aku mengadun bancuhan kek.. nasib baik sukatan tak banyak..

siap menggodak.. masukkan dalam oven.. sambil tunggu siap tu sempat aku kemas rumah, siapkan barang² utk projek raya malam nanti..

elok aku siap kemas, kek dah masak.. terus kuarkan kek, sejukkan..

malamnya baru aku curah coklat dan aksesori kat atas kek..

mmmmmmmmm...... yummy.. tengok dinasor flakes kat atas kek tu.. comel jek.. sangatlah kebudak²an..


Sarang Semut

resepi ini cik siti yg mintak.. ermm.. pasal acuan nak buat sarang semut tu, rasanya tak lah susah sgt nak carik, kat kedai barang² buat kuih mesti ada, lg bagus kalau dapat yg lubangnya tu kecik².. lg cantik jadinya..

owh.. resepi ini kawan saya, shima yg punya.. dan ini adalah resepi sesuka hati dia..

bahan²
1 cawan gula
2 cawan marjerin
2½ cawan tepung gandum (diayak)
1 cawan tepung jagung
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
pewarna kuning (ikut suka hati)

hiasan
cawan kertas kecil
manik gula kecil(warna-warni)

cara
- pukul gula dan marjerin sampai kembang
- masukkan telur, esen vanila dan pewarna kuning dan gaul rata
- masukkan tepung jagung dan tepung sedikit demi sedikit, dan gaulkan rata (uli hingga menjadi doh yg lembut), jika doh masih sgt lembik, bolehlah ditambah tepung lg
- parutkan doh menggunakan acu sarang semut dalam dulang kecil
- lepas itu, sudukan ke dalam paper cup
- taburkan manik gula kecil
- bakar dalam oven, suhu lebih kurang 170ĀŗC sampai masak (saya selalu jengah di dalam oven nak tgk dah masak atau belum.. sangatlah amatur kan..)
- sejukkan dan simpan ke dalam bekas

haa.. dah jadi lah biskut sarang semut..

sarang semut : in the making




Nawfal & Nadhirah



Alhamdulillah..

Hari ini, 08 September 2009 Nawfal genap 9 bulan..

Perkembangan yg paling membanggakan.. Nawfal sudah boleh berjalan.. Walaupun kadang² saya tengok gayanya macam hantu cina.. hehehe..

Tangan sentiasa lurus ke depan utk mengimbangkan badan.. Nawfal jugak dah tak malas² lg nak bangun berjalan..

Mungkin dia dah terasa sedap agaknya berjalan.. Kalau merangkak terasa macam rendah sgt di bawah agaknya..

Dan sekarang, setiap kali waktu berbuka puasa, Nawfal akan sibuk berjalan² di bawah meja.. Dan rasanya dia dah tinggi sikit la.. Petang semalam siap boleh capai pisau di atas meja makan, adusssssssss... nasib baik mummynya nampak..

Anakku.. pisau itu bukan utk di buat main ye nak... Nasib lah tak luka tangannya..

Cuma, Nawfal nampak makin hari macam makin kurus... makannya banyak juga.. Susu pun macam biasa.. Tak tau lah kenapa, lasak sgt agaknya, apa yg dimakan tu tak sempat nak disimpan jadi daging.. Sentiasa digunakan..

Cerita pasal Nadhirah pulak..



04 September 2009..

Nadhirah genap 6 bulan.. menjejak usia 6 bulan Nadhirah sudah mula mengangkat montotnya... Sekarang ni Nadhirah tgh sibuk nak belajar merangkak, baru pandai angkat² montot lepas tu goyang².. hahahaha.. comel la...

Badannya macam biasa² aje.. mmg tak kurus langsung.. Pipinya pulak dah kata nenek dah macam kena sengat tebuan, kembang dan berkilat.. Sampaikan selalu kena gigit dengan saya.. Sedap tau tak..

Kalau didudukkan dalam walker pulak.. waaahhh, dah panjang langkahnya.. Siap langgar² org lagi tau! Dan Nadhirah memang pantang kalau nampak org tgh makan.. Mulalah dia buat muka kesian.. Mulut nak kunyah².. Aduh dik.. Asik nak makan aje yek..

Begitulah kisah anak² saya...


Monday, September 07, 2009

Saya Teringin..

nak makan kek coklat buatan sendiri..

tapi..

dah lama saya tak membakar..

agak² boleh jadi lg ke..




Hasil Merisik

Hahahahahahaha..

bulan ini separuh gaji utk muslim associates akan masuk ke akaun masing² pada 15 haribulan.. (hasil bergosip² dan berkepoh² dengan org di dept $$$$)

separuh lagi akan masuk seperti biasa pd hujung bulan..

nampaknya dah kena buat bajet perbelanjaan utk hutang piutang raya..

ditambah pulak setelah membaca apa yg cik lola tulis..

makin semangat nak buat kira² (mmg dr dulu saya suka buat kira²)..

so, nak raya dulu ke, nak bayar hutang dulu??? mana satu??? ke nak bahagi dua? bayar hutang yg besar² dulu la... lg bagus kan???

nanti hujung bulan tinggal hutang kecik² jek.. pon masih raya lg kan..

*hari ini saya senyum sampai ke telinga*



Sapo Nak Sain???

adoi aiii..

spoil betul la...

semangat dah isi surat cuti, alih² pg td dapat Mgmt Absent lak dr bos..

ish, cam tau² jek org nak submit form hari ni.. boleh absent pulak! dua hari pulak tu!!! mencik ah..

sapo lak nak sain surat cuti ni ha??????

kang lambat² takmo sain pulak.. buat² lupa pulak org dah mintak agreement kat dia..

org nak cuti lama ni bos!!





p/s : lg 9 hari laki mak nak balik!!! ;p

Projek Raya - Part 3 : The Making

Hahahaha.. dah part 3 dah yek.. mana entry part 2 tu aku pun tak tahu..

Entry membeli tak terbuat, dihingggap virus² malas..

hmm.. cerita pasal part 3:

hari sabtu lepas kami mulakan projek kuih raya, janji nak buat pagi² konon... sudahnya dah tghari baru mula.. sempat buat dua jenis biskut, biskut sarang semut dan biskut semperit.. hahahaha.. berjaya.. berjaya..

hari kedua pulak, semalam.. sempat lg mengadun dua adunan.. siangnya buat almond london, tp tak siapkan salut coklat lg.. sambil² menggentel almond dengan tepung dan sambil² membakar, sempat jugak shima mengadun doh untuk biskut cornflakes..

tapi tak sempat nak terap... malam lepas maghrib sambung semula, konon² nak siapkan almond london dan biskut cornflakes, tp tak siap jugak.. maklumlah.. adunan yg dibuat bukan sikit, utk lima org tau... penuh satu mangkuk..

dah pukul 11 malam pun tak siap² membakar lg.. sudahnya bungkus saje lah.. masing² pun buat kuih sampai mata nak tertutup² daaa...

nawfal macam biasa, menolong jugak.. menolong sibuk².. asik nak panjat atas badan umi jek.. last² kasi periuk dengan senduk baru duduk main diam²..

nanti malam sambung lg... shima pulak awal² dah berangan nak mengadun lg... huhuhuhuh.. ngalahkan org nak meniaga.. tapi kan uols.. memang jimat lah... dengan modal rm50 seorang macam² kuih boleh dapat.. dalam 2 hari dapat 4 jenis, barang² banyak lg tu... memang muai la.. drpd membeli sebalang sampai rm20++..

mungkin thn depan boleh buat meniaga pulak!! wakakakakaka...


Friday, September 04, 2009

Semoga Jumaat Ini Adalah Jumaat Yang Sempurna

sempurna bagi saya adalah bila..

saya dapat memulakan kerja di pagi hari dengan hati yang senang & tenang seperti sekarang (dan mudah²an akan berterusan)..

juga sempurna bila..

tidak berlaku perkara² yang boleh merosakkan mood saya. (mudah²an perkara² seperti semalam tidak akan berlaku lagi hari ini, insya Allah..)

juga sempurna bila..

saya dapat meneruskan kerja² saya tanpa gangguan emosi (seperti semalam), Aminnn..

dan akhirnya akan sangat sempurna jika..

saya dapat membereskan segala kerja yg tertunggak sebelum habisnya hari jumaat ini..

yaaa.. saya sudah sembuh dari 'kegilaan' semalam.. Alhamdulillah..


Thursday, September 03, 2009

Hari Ini Mood Saya Sangat Tak Baik Tau!!

entah kenapa..

adakah kerana saya datang sgt awal pg td utk siapkan kerja saya, tapi tiba² pc buat hal???

atau..

kerana sekarang dah sampai waktu lunch, tp saya masih buat kerja yg tak siap²??

atau..

kerana ada mulut² cabul yg memerli saya kerana bekerja waktu lunch break??? (aku puasa laaa.. bukan boleh makan ponnnnnnnnn!)

atau..

kerana saya bengang dengan org² yg tak puasa dan tak menghormati org yg puasa, berjoli makan² di dalam ofis dr pg td sampai la sekarang dan mungkin akan berterusan sampailah ke petang??? (memang ah aku bukan budak kecik, tak heran pon ngan makanan tu.. but.. aku bukan puasa sunat.. sekarangkan Ramadhan???

atau..

kerana saya sibuk membuat kerja² org lain sedangkan kerja saya sendiri tak siap²???

atau..

adakah kerana saya tiada tempat utk mengadu tentang perkara² di atas??

atau..

adakah 'keMOODYan' saya hari ini disebabkan oleh gabungan drpd kesemua perkara² di atas?????

saya stresss...... saya tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa ketika ini, saya juga tak ada mood hendak membuat lawak seperti selalu, juga tak hingin nak ketawa kerana lawak sesiapa pun.. *sigh*

saya rasa macam nak balik rumah saje...




p/s : kemana lagi hendak ku mengadu.. kalau bukan kepadamu wahai blogku.. huhuhuhuhuhu

I Need To have A Break..

belum pun pukul 10pg.. tapi saya dah rasa lemau semacam. walaupun kerja bertimbun, kena jugak stop utk rehat²kan otak sikit..

since semalam saya tak ada di ofis, maka berlambak²lah kerja saya yg tak sempat disiapkan. hari ni, masuk ofis pg² dah dapat email mintak complaint report utk julai..

"aduhai.. belum siaplah cik kak oi... aku kan takde kat opis semalam.. dah ler lambat dapat data²nya! masa bila ku nak buat? huh! tak reti² bahasa la.."

rasa nak marah pun ada.. hari ni, sebelum pukul 7.30 lg saya dah mula bekerja.. semangat nak siapkan report, alih² pc buat hal pulak.. network slow la.. database tak leh bukak la.. macam².. arghhhhhhh... rasa nak hempas² jek pc nih tau!!! geram haku!!! tension! tension!

ishhhh... baru teringat, saya puasa lah.. tak baik nak mengamuk².. tak pasal² kena ceramah.. padan muka haku!!

hah! update sket pasal project raya.. heheheh.. sebenonya kan, tak jadi pon nak mula malam semalam tu.. masing² terjangkit penyakit malas.. tak pe lah, insya Allah mula hujung minggu nanti lah.. siang² banyak masa sikit.. malam² ni bila dah makan kenyang² badan rasa berat jek, payah betul nak bergerak.. silap² mata pun tak mau terbukak..

eh, tapi kan.. cuma ada dua weekend jek lagi b4 hasben saya balik.. erk.. sempat siap ke kuih² saya nanti?? hehehe.. weekend yg last tu dah nak blk kg pulak.. hah.. cuak.. cuak..

tak suka.. tak suka...


Wednesday, September 02, 2009

NOT SOOO BAD..

Yup!

I'm home...

And guess what? the meeting went well.. think it's not THAT bad after all..

It ended up with Ton giving us all mini TOBLERONEs.. heheheh.. he sure knows how to win my heart.. (chewahhh!!!)

And Alhamdulillah...

Mighty Allah.. My darling nawfal has totally recovered.

hei, what a great day today is... *wink*



Tuesday, September 01, 2009

OUTstation

Esok, pagi² lagi saya akan ke Singapura, ber'meeting²' yg bosan²..

Puasa pulak tu...

*sigh*

"kalau pergi jalan² or shoping².. best kot.. hehehehehe.."




p/s : sangat tak suka travel time puasa².. lemah² badan rasanya.. dan owh.. lagi 15 hari saje lg suami saya akan pulang.. :)

Cerita Hujung Minggu

hari ini sangat lemau!! pagi² dah mengantuk!!

hujung minggu saya sgt padat dengan aktiviti.. nak jengah pc pon tak sempat..

hari sabtu sibuk mengemas rumah.. habis satu rumah saya kumbah!! bersih dah dapur rumah saya.. bertungkus lumus saya mengemas sebab tak mau dengar bebelan hasben saya bila dia balik nanti.. akhirnya, sebelum pukul 5ptg siap juga..

dan sempat pulak bawak mak pegi kipmart petang tu.. cari lauk.. dan end up terbeli mainan untuk nawfal.. hehehe..

hari minggu, pagi² bangun, pulun kerjakan CD nawfal.. pukul 10 keluar pegi perling indah, beli barang² buat kuih dengan azie.. gigih saya membeli sambil mendukung nawfal yg tangannya tak reti langsung nak duduk diam.. capai sana.. capai sini.. dah ler ramai org, sesak gila dlm kedai.. kat luar pulak hujan lebat!! jenuh saya ulang alik 3-4 kali hantar barang dlm kereta, nasib baik la ada si azie..

malam tu pulak, tak lena tidur saya.. badan nawfal tiba² panas.. sepanjang malam merengek².. dah kasi ubat, dah lap dgn air sejuk, panasnya tak turun².. bila letak kat bawah, dia nangis.. sudahnya tidur beriba.. umi pulak tidur menyandar kat kusyen.. sakit badan umi nak...

31 Ogos 2009, tak merdeka langsung.. sepanjang hari mendukung nawfal.. sampaikan nak jemur n angkat kain pun sambil dukung dia jugak.. langsung tak boleh tinggal sorang².. sentiasa nak berkepit dengan uminya.. umi masuk bilik air nak mandi.. dia dok terjerit² kat luar.. aduhai...

alhamdulillah.. mlm td panasnya dah beransur kurang.. dan pg nih nawfal dah sihat.. tapi, rasanya macam saya pulak yg sakit.. dah le cuaca mendung.. hujan rintik².. mata mengantuk sbb malam td pon tidur tak lena.. nawfal asik tersedar jek.. bujang tu, bila terdesar dr tidur mesti terus merangkak, turun dr tilam... dah tak pasal² uminya asik bangun sepanjang malam nak menarik dia naik atas tilam..

Mudah²an demamnya terus kebah hari ini... dan insyaAllah.. projek raya akan bermula malam ini..




p/s : teringat kenangan 31 Ogos beberapa tahun yg lalu... terjatuh dr pokok rambutan sebab nak amikkan rambutan utk mak.. hehehe..