Thursday, May 27, 2010

Selamat Bercuti

Mula menaip jam 5:34 ptg.

lagi beberapa minit lg habis waktu kerja.

tak sabar rasa nak mula bercuti hujung minggu ni.

ada projek besar punyaaa!!!

Monday, May 24, 2010

No Comment!

Tak tahu nak cakap apa..

tengok jek ah..



sedih.. frust.. marah.. geram.. sakit hati.. semua ada!!!

Friday, May 21, 2010

Kalau Bukan Anak, Siapa Lagi Nak Puji Masakan Maknya, Kan?

Suatu petang ahad yg lalu..

Anak : Mi, mi..

Ibu : Ye sayang.. Nak apa..

Anak : Mi, dap mi..

Ibu : ye ke.. umi masak sedap ye..

Anak : dap mi..

Ibu : ye sayang.. pandai anak umi ye..

Perbualan yg membuatkan saya sangat terharu, dan insaf.. Sudah besar rupanya anak teruna saya. tsk.. tsk..

Dalam sebulan dua nawfal tgh sibuk nak belajar bercakap. Kadang² saya macam x percaya jek. Rasa macam baru semalam jek saya beria² menerankan anak teruna saya tu. Tiba² hari ni dah bercakap pulak..

Saya ingat lagi, perkataan pertama yg keluar dr mulut dia ialah.. BAH.. Sebab tiap² hari saya ajar dia sebut 'abah' sampaikan saya terlupa nak ajar dia memanggil saya 'umi'. Saya tersangatlah risau kalau² dia terlupakan abahnya. Boleh jadi rasa berdosa kot.. Tu yang sampai tak perasan rupa²nya anak saya tak reti nak sebut 'umi'. Salah saya sendiri la..

Ada satu hari tu, saya sibuk membebelkan nawfal. Apa taknya, dah malam², kalau tak silap dah dekat pukul 11 malam masih x tidur lagi. Sibuk menyerakkan mainannya merata² sampai ke bawah meja makan.. Lepas tu bila saya ajak kemas, dia tunjuk² saja kat mainan yg dah bersepah tu.. Haaa, apa lagi, laju ler mulut saya membebelkan dia.. Agaknya, dia pun stress tangok saya membebel, alih² dia bersuara, "mey.. iyam.."

hahahah... Terbahak² saya ketawa sorang². Oh, anakku.. Pandai sungguh awak ye nak.. Bila umi bising membebel² awak suruh umi diam yek..

Sekarang ni pulak makin banyak dah vocab nya dia.. Sekarang dia dah x panggil saya 'mey' lagi. Dah bertukar pulak kepada 'mi'. Haaa.. Kira ok lah tu, kan? Hari ahad lepas pulak dia siap puji masakan saya sedap.. Waduhhh.. Terharu sungguh saya.

Insaf pun iye jugak. Kalau nak tahu, sejak berpindah ke rumah sendiri ni boleh dikira dengan jari la berapa kali je saya memasak. Asik makan kat rumah mak saje.. Dah tinggal berdua dengan nawfal, memang x rajin la saya memasak. Kadang² saya heret anak saya pergi tapaw KFC (sebab tu jek yg ada dekat dengan rumah). Pagi ahad tu saya berjalan ke rumah mak saya, alkisah abah saya tengah beri ceramah pulak.. hhehehe.. kan dah kena kat muka saya. Abah cakap, "kalau boleh kurangkan lah kasi anak makan makanan segera tu, masaklah untuk anak. Bukan susah pon.." Ye, sesungguhnya saya tau, memanng tak susah, tapi selalunya banyak sakit malas jek..

Tapi masuklah jugak nasihat abah tu kat kepala saya. Petangnya saya bawa anak saya keluar, pergi cari lauk la kononnya. Saya beli daging & ayam. Balik rumah saya masakkan anak saya sup daging campur kentang. Anak saya ni memang suka makan sup. Bila dah naik bau tu dia dah jengah² kat dapur. Siap masak, saya suap dia makan. Tak sangka pulak saya anak teruna saya yg berusia satu tahun lima bulan tujuh hari tu dah pandai nak memuji masakan maknya ni.

Sambil disuap, dia asik sebut 'sedap' sambil angguk² kepala.. Laaaa.. Hai.. Anak.. Anak.. Nawfal tau tak betapa bangganya umi jadi umi Nawfal? Sangat bangga nak.. Malam tu saya pergi rumah mak saya, saya cerita dengan mak.. Dush! Dush!! Kali kedua saya kena ceramah, kali ni oleh emak pulak. Mak cakap, "tu lah, kan mak dah cakap, anak tu sebenarnya bukan tak mahu makan, tp dia nak makan yg mak dia masak.. ni, maknya asik malas masak, dah tu nak cakap anak tak nak makan pulak..."

Haaaaaa.. Padan muka saya. Kan dah kena lagi sekali.. Insaf saya. Lepas ni saya akan cuba masakkan yg terbaik untuk anak saya.. Sesungguhnya, air tangan ibu itu lagi bagus daripada air tangan orang kat kedai atau kat KFC tu... tskk..

Saya tepek sekeping gambar anak saya sedang menikmati kfc.. mungkin lepas ni saya tak akan kasi dia makan kfc selalu lagi...



Tuesday, May 11, 2010

Selamat Pengantin Baru

Untuk kawan saya, sikin & kay.. Moga jodoh berpanjangan hendaknya..

on the way..

lepas makan.. tgk tu, dah siap dapat berkat lg.. tunggu pengantin lelaki x sampai².. lambat betul sikin ni tau..

atok & cucu.. melepak bawah pokok sbb panas sgt hari tu..

bila sikin x sampai² kami masuk dlm bilik, amik gambar dgn kay..


hantaran dr kay utk sikin..

bila kat dalam pun rasa panas jugak, kami keluar pulak.. melepak depan pelamin..

tengok nawfal tu.. sampai merah² muka..



susu dah habis, umi tak larat nak turun bawah, gi buat susu.. umi isi jek botol dgn air oren.. tengok² lg sedap dia minum..




pengantin dah sampai...!!!!




Nawfal main cak² dgn anti shima, pastu lari² keliling umi sambil tarik tudung umi.. adoii.. tercekik la!!










Dah, malas tulis banyak².. Gambar jek banyak²..

owh yaaa... majlis ni kat umah kay kat segamat, masa 01 mei hari tu.. bawak nenek berjalan sempena birthday nenek..

1 Mei 2010

1 Mei 2010, Genap 55 tahun usia mak saya..

Tiada sambutan besar²an.

Malam sebelumnya, sebiji kek dibelikan utk mak.

Potong kek ramai², makan², sembang² sambil tgk tv.

Paling best bila tiba abah cakap, "meh, kita suapkan awak kek, esok kan hari jadi awak.."

awwwwww... sooooo.. sweeeeeeettttt.. hehehehe..

unfortunately, xde langsung gambar dapat capture mlm tu. Masing² terlupa.

Tak pe, yang penting kami semua tetap ingat hari lahir mak.

Buat mak,


Selamat hari lahir. Semoga mak dipanjangkan usia dan dapat bersama suami & anak² mak yg tak berapa nak dengar kata ni. Kami semua sayang mak.. Muahhhhsss!!!

Monday, May 10, 2010

Saya Cuai!! Tetapi Saya Sudah Insaf..

Kejadian pertama..

Jumaat, 7 April 2010 - Saya telah menjatuhkan anak saya dr kereta sewaktu di parking lot. Saya matikan enjin, keluar dan ke pintu penumpang di sebelah pemandu. Tanpa memandang ke dalam kereta saya telah membuka pintunya. Terus anak saya terjatuh & tersembam ke atas tar. Saya tidak sengja, saya sangkakan seperti selalu anak saya akan berdiri tegak dan bersandar ke kerusi, bukan bersandar di pintu kereta. Bibir dan hidung anak saya luka, dia menangis tak henti² sewaktu saya mendukungnya naik ke tingkat 3. Masuk ke rumah, saya masih mendukung anak saya sambil memujuknya. saya lihat bibir atas anak saya bengkak dan berdarah. Hidungnya calar. Saya bukakan bajunya, saya mandikan dia, bersihkan lukanya. Dan malam itu, anak saya tidak lena tidur. Saya sentiasa memeluknya sepanjang malam. Saya tertidur selepas menangis kesedihan. Saya tak sengaja...

Nawfal.. Umi minta maaf ye nak.. Umi tak sengaja.. Lain kali umi akan pastikan nawfal tak bersandar di pintu kereta sebelum buka pintunya. Sorry sayang..

kejadian kedua..

Sabtu, 8 April 2010 - Malam itu saya bawa mak, abah & adik saya pergi ambil suntikan vaksin yg co saya beri secara percuma kepada staff & ahli keluarga. Selesai urusan di klinik, tengok jam masih awal lagi. Adik saya ajak singgah ke Giant. Abah tak mahu masuk, tunggu di luar sambil baca surat khabar. Saya, mak, nawfal & adik saya masuk ke dalam. Mula² saya masukkan anak saya ke dalam troli. Lepas beberapa minit, dia menjerit² mahu turun, tak mahu duduk dalam troli. Oleh sebab kami pergi beramai², saya pun tak risau sangat nak lepaskan anak saya berjalan.

Sedang berjalan² anak saya ternampak sebiji bola sepak berwarna putih. Dia pun ambil lalu di buat main. Sekejap dia pegang bola itu. Sekejap lagi dia campak ke bawah dan kejar bola itu. Tiba di satu lorong, adik saya membelok ke kiri. Anak saya pula laju saja langkahnya membontoti mummynya. Saya & mak saya terus berjalan ke arah lorong yg di sebelahnya. Tiba dihujung saya bertembung dengan adik saya.

Saya tanya dia, "mana nawfal beb?" Dia jawab, "tak tahu.." Saya panik!! Ya Allah, ke mana anak saya?? Saya terus berlari² ke arah lorong di sebelah. Sambil saya terus-terusan memanggil anak saya. "Nawfal.. Nawfal.." Tapi nawfal masih belum pandai menyahut. Mak & adik saya juga panik. Kami bertiga beranak berlari² ke sana kemari mencari Nawfal.

Selang 5 minit adik saya mendatangi saya sambil mendukung anak saya. Saya cepat² ambil anak saya dr dia, saya cium anak saya bertalu². Terasa hilang semangat saya, kering darah saya dibuatnya. Saya tak tahu nak cakap apa. Dan saya tak mahu nak cakap apa². Sepanjang perjalanan menuju ke kaunter bayaran, saya tak lepaskan anak saya. Saya serik!!

Sampai di kereta, mak saya beritahu kejadian td kepada abah saya. Sepanjang perjalanan balik abah saya membebelkan kami 3 beranak. Abah kata kami cuai! Budak seorang pun kami tak boleh nak jaga. Saya beritahu abah saya, "Bah, nawfal tak mahu duduk dalam troli, dia nak jalan² kat bawah. Bila masukkan dalam troli dia menangis meraung², jadi saya turunkan dia. Saya fikir dia tak akan lepas dr pandangan kami bertiga."

Abah saya sangat marah. Abah cakap, "biarkan dia menangis, dia menangis sekejap saja, daripada kita orang tua yg akan menangis seumur hidup nanti!!" Saya diam saja di dalam kereta sambil terus peluk anak saya yg tertidur keletihan. Anak saya tak salah. Dia tak tahu apa². Dia tak tahu pun kalau ada orang akan ambil dia, dan bawa dia pergi jauh dr saya. Memang salah saya. Dia anak saya. Tak sepatutnya saya mengharapkan orang lain untuk peduli tentang dia. Saya betul² menyesal. Lain kali kalau dia menangis bila saya letakkan di dalam troli, saya akan biarkan saja. Saya tak akan lepaskan dia merayau² lagi.

Nawfal.. Umi mintak maaf.. so sorry..

Itulah... kecohkan sambutan hari ibu... di hari ibu juga saya menjadi lalai.. dan cuai.. Saya janji saya akan terus cuba jadi ibu yg terbaik untuk anak saya..

Friday, May 07, 2010

Abby's Farewell Lunch

Hari ini hari terakhir abby berkhidmat utk co. ini..

Lepas ni abby move ke KL..

Entah bila la dapat jumpa abby lagi..

Abby ni adik beradik sepusat sepusing semasa kami set up co. ni masa tahun 2006 yg lalu..

Abby pindah KL sebab dpt peluang lg bagus kat KL..

Jadi semalam dengan bermurah hati abby telah membelanja kami di KFC..



minggu sebelumnya, kami telah tong² membelanja abby makan di Saujana..





terima kasih abby!!! lain kali i gi KL boleh belanja lagi.. All the best to abby!!

Jalan² ke Selesa Jaya


it's the day after the dinner..

kesiankan nawfal yg kena tinggal sepanjang malam..

hari ahad, anak beranak buat trip pergi bandar selesa jaya..

berongggeng ke rumah kekanak 4 beradik yg mak saya asuh dulu..

(dulu la kan.. sbb skang depa dah ada maid, tp kekadang dtg jugak ke rumah mak saya..)

memang dah set appoinment dgn mummy diana & daddy akish..

saja nak bawak budak berdua (nawfal & dira) gi mandi kolam..

ye lah, umah kita tak dak kolam.. parit ada lah...

menumpang la berkembur kat kolam mandi rumah org...

the tuan rumah; kakak nur & kakak kyra





Dah Cukup Stok!

Yeay! Yeay!

Saya sangat gembira hari ini.

Balik ke rumah mak ptg semalam mak kata ada bungkusan utk saya.

Ahh.. Saya dah agak dah..

Semalam, batch terakhir CD utk nawfal sampai jua..

Akhirnya dah cukup stok CD utk anak saya.





Lepas ni tak payah la saya mengangkut sampah turun tangga.

Hihihihi...

Cuma kena rajin² la sikit membasuh...

Ala, bukan saya yg basuh pon, mesin yg basuh! *wink*



*nantikan lagi cerita basi dr saya.. byk lagi tau..

Thursday, May 06, 2010

Tak Sabar

eii.. tak sabar nak blk rumah..

baru blk lunch, cek mailbox, dapat email dr puan CT..

katanya mungkin hari ini barang yg saya order akan sampai..

yeay! yeay!

*excited terlebih pulak maknya si nawfal nih..

Wednesday, May 05, 2010

Lagi Gambar Dinner..

Silakan menjamu mata² anda.. dan diharapkan jangan termuntah, okey.. :p

Kali ni gambar tak edit punya!!! hahahaha..










oleh tukang mekap yg sama...



vadevasssssssssssssss..!!

divasssssssss...


Mr Macho contest!!!





ni lg sekali x tau nak tgk kamera yg mana...

mmg cam artis lah.. wahahaha..