Thursday, December 31, 2009

Di Akhir Tahun

Apa bezanya? Akhir tahun hijrah 1430 sudah berlalu.. hari ini hari terakhir untuk tahun masihi 2009.

Masih banyak kerja yg belum dilangsaikan.. Azam?? Azam yg saya pasang untuk tahun hirah 1430 juga masih ada yg tak terlangsai.. Nampaknya kena la carry forward semua²nya ke tahun depan..

Di hari terakhir tahun masihi 2009, masih ada banyak kenangan sepanjang 2009 yang masih belum sempat saya coretkan di blog, sekadar menjadi ingatan di fikiran.. Mudah²an saya dapat lupakan segala kepahitan sepanjang 2009.. dan sentiasa mengingati yang manis² di 2009 (ah, banyak benar nombor 2009 di posting saya ni)..

Tapi mak saya kata, kenapa kita mesti lupakan yang pahit itu? Kadang² mengingati sesuatu yg pahit itu perlu untuk kita menjadi seseorang yg bersyukur di atas kemanisan yg kita kecapi.. Mungkin juga..

Apa² pun, di setiap peralihan & perubahan.. saya cuma mengharapkan akan berubah ke arah kebaikan. Aminn..



*entah apa² saya merepek hari ini.. stress.. kerja melambak²..

Monday, December 28, 2009

About Him..

Uish.. dah lama tak layan tag menge'tag' nih.. alih² puan hernee dengkikan saya.. di'tag'nya saya.. Ishh.. nak jadik kaknam first class la tu.. nak tau citer pasal cinta hati saya ler tu..

1. First time you met him - when and where?

tarikh tak ingat la.. dlm thn 2000 gitu.. masa tu blind date ah konon²nya.. selepas 6 bulan berborak sakan on the phone!! hahahahah.. maklum lah.. kami kan chatters! first time chating dah main pas² no fon.. (giler gatai!!), first time jumpa kat parking lot asrama Halimatussadiah kat UIA.. muahahahaha... i brought my fren along.. achic, ingat x??? ala.. yg kita lepak² kat wira seafood kat sri gombak ngan udin & the fren tu.. kah kah kah kah..

2. Love at first sight?

entah.. tak kot... it took us more than 3 years to fall in love with each other.. lama giler.. ape daaa... dua² kayu!!

3. Who is he when the first time you met him?

Dia adalah shahrudin yg saya kenal sekarang.. dia tak pernah berubah!!

4. How long does it takes for him to ask you out for a date?

date? date yg betul² ke??? ermmm.. selepas 3 tahun.. eh, yg first time jumpa tu nak kira date ke? blind date? yg tu kan lepas 6 bulan on the phone, last² dia jugak yg ajak nak jumpa dulu.. i maintain jek, tak gatai pon..(macam dia)

5. First place dating?

kalau yg 'buta' tu, kan dah kata td, kat wira seafood, sri gombak.. tapi yg betul² date kat KLCC.. kah kah kah.. lepak kat taman KLCC tau..

6. How he proposed?

propose dlm phone jek.. dia cakap, dia rindu saya, dia suka saya.. lepas tu dia tanya saya nak kawen dengan dia tak.. hahahahaha.. sangat tak romantik ok..

7. Special date with him?

yg saya rasa paling special ialah... 15 Ogos 2003.. hahaha.. ya, saya takkan lupa, sebab itu kali pertama dia cuba bersikap romantik dengan saya.. wahahahaha.. aku tak percaya! aku tak percaya!

8. Changes that he asked you to do?

Dia selalu suruh saya jadi seorang yg lebih.. dan lebih lagi berdikari.. dan jangan jadi cengeng!! dia tak suka.. tapi saya selalu suka nangis².. nak buat macam mana kan.. itulah saya.. seorang ratu airmata.. huhuhuu..

9. What is about him that you love so much?

semua lah.. sebab tu saya kawen dengan dia.. hahahah..

10. What is about him that you wish he would change?

aaaaa... "abang, boleh x lepas ni jangan sidai tuala dekat tingkap? gelap la rumah..."

11. You lose your mind and crack your head when he?

membebel... lagi sadis dr org perempuan membebel.. sangat pedih telinga saya bila mendengarnya.. huhuhuhu.. jadi, saya perlu elakkan perkara² yg boleh menyebabkan suami saya membebel..

12. You will smile through your eyes for the whole day when he?

tolong gosokkan baju kerja saya & masakkan bekal utk saya kerja.. huhuhu... saya sangat rindu dia.. tskk...

13. Complete below sentences"My love towards my husband is as big as...?

i don't know what.. saya tak tau nak gambarkan macam mana besarnya cinta saya pada suami saya.. Saya Cinta Dia!!!! Saya Cinta Dia!!

Saya nak dengki sape pulak??? tak payah la dengki orang.. tak baik, kan?? Eh, tapi saya teringin la nak dengkikan sorang kawan saya nih.. Mommy Dania, sila buat ye... :p i saje jek nak kepoh² nih..

Wednesday, December 23, 2009

Jahatnya orang sekarang ni..

Copied & Pasted from email..
------------------------------------------------------------------------------------

Dear all

I cannot stop myself from sharing this with all of you.

Its all started when I received a call from someone claiming that he was from Maxis and he asked me to shutdown my phone for 2 hours for 3g update to take place. As I was rushing for a meeting, I did not question and shutdown my cell phone.

After 45 minutes I felt very suspicious since the caller did not even introduce his name. I quickly turned on my cell phone and I received several calls from my family members and the others were from the number that had called me earlier - 3954380.

I called my parents and I was shocked that they sounded very worried asking me whether I am safe. My parents told me that they had received a call from someone claiming that they had me with them and asking for money to let me free. The call was so real and my parents even heard 'my voice' crying out loud asking for help. My parent was at the bank waiting for next call to proceed for money transfer. I told my parents that I am safe and asked them to lodge a police report.

Right after that I received another call from the guy asking me to shutdown my cell phone for another 1 hour which I refused to do and hung up. They keep calling my cell phone until the battery had run down. I myself lodged a police report and I was informed by the officer that there were many such scams reported. MOST of the cases reported that the victim had already transferred the money! And it is impossible to get back the money.

Be careful as this kind of scam might happened to any of us!!! Those guys are so professional and very convincing during calls. If you are asked to shut down your cell phone for updates by the service provider, ASK AROUND! Your family or friends might receive the same call.

Be Safe and Stay Alert!
------------------------------------------------------------------------------------

Friday, December 11, 2009

Nak kepoh jugak!!

Bila mood nak menulis mari... masa pulak tak mau mari..

Huhh.. Frust betul.. Bila banyak masa lapang tu, malas pulak nak 'ngapdet'nya!!

Saya sibuk hampir nak gila minggu ini.. Tapi nak jugak ada posting baru..

Secara ringkasnya,

  • Azizah sudah kembali bekerja, 1 hari saja MC nya.. (nak kepoh² ni, tp lain kali lah yeee...)
  • Pagi td saya dapat suntikan vaksin percuma di tempat kerja..(nanti lain kali saya cerita betul² ye..)

Dah, itu saja.. :p

Thursday, December 10, 2009

Beli Kek + Check Up

Semalam, seperti yg telah saya rancangkan, kerja half day saja.. Jam 12.40 saya pulang ke rumah, ambil adik saya & Nawfal. Terus keluar ke JJ Bkt Indah. Bawa Nawfal pergi beli kek..

Masa sampai rumah, adik saya cakap Nawfal baru bangun tidur. Salinkan baju & diaper, terus keluar. Sampai kat JJ nawfal dah merengek².. Ler.. Lapar rupanya.. Kesian anak umi. Mummynye cakap, memang dia belum sempat makan tghari lg..

Tengok tu.. semangat betul makannya.. huhuhuh, lapar sungguh tu..







Balik dari JJ singgah klinik jap.. Check up Nawfal.. Dah 1 tahun kan.. Kena cucuk, tp bukan kat montot, kat bahu jek.. Umi ingatkan kena cuck kat montot. Sampai² adalah sorang kanak² yg tgh cek, 1 lg tgh tunggu.. Turunkan Nawfal kat bawah, abislah satu ruang klinik dia round.. Cari kawan kot.. Tp tak ada orang nak kawan ngan dia.. Org semua ddudk diam² kat mak masing².. Pastu sampai lg 2 org..

Sampai turn, naikkan Nawfal atas penimbang.. ok, tak ada masalah.. Dengan rela hati diri² atas penimbang, good boy!! Ingatkan dia nak ngangis ke hape kalau dinaikkan atas penimbang tu. Sampai part nak sembang² ngan misi, saya angkat Nawfal, dudukkan atas riba.. Aduh!! Dia start buat perangai.. Meronta² nak turun.. Siap jerit² okeh! Riuh rendah klinik dengan suara dia.. Nasib baik tak ramai orang.. Hii.. buat malu umi saje tau budak ni!

Bila saya turunkan kat bawah, dia merayau² sampai nak pergi korek tong sampah kuning kat tepi toilet!! Tong sampah kuning tau!! Tempat misi buang jarum suntikan, dan macam² lg lah!! Scary!! Bila dimarah, mulalah dia hentak² kaki.. "Alamak, nih macam mana karang time nak cucuk kang.." Hahahaha.. Uminya dah start cuak ye..

Okeh, time nak cucuk pon tiba.. Bila didudukkan di atas riba, memang lah dia tak mau.. Meronta² lagi.. Nak turun.. Hahahaha.. Uminya dah takut dah.. Last² berjaya jugak umi pegang dia sorang².. Tapi, siap ngan kaki umi sekalli digunakan. Hahaha.. Kepit, jangan tak kepit.. Takut tercucuk uminya pulak karang.. Bila dicucuk, apa lagi meraung si Nawfal.. Hahahaha.. Bukan main kuat lagi.. Ingatkan sakit sangat!! Tapi bila tapak kaki jejak kat lantai, terus diam & menjalankan aktiviti merayau seperti biasa.. Huhh!! Bukan menangis sebab sakit, tapi sebab kena grip!!!

Balik rumah, kasi upah.. Panggil atok yg tengah buat kerja kat luar, ajak potong kek dengan Nawfal.. Eh, bergaduh pulak dengan atoknya, berebutkan pisau potong kek tu.. Eii.. sabar jek haku!! Siap nak berguling kat lantai!! Atok pun layankan jek laa.. Umi nak snap gambar pon susah.. Dapat lah dua tiga keping jek..





Tu lah yg ado!! Entah mana dapat straw tu.. nak dicucuknya kek tu..

Begitulah cerita semalam..

Tuesday, December 08, 2009

Doakan Kesembuhan Dia..

Dia, Azizah.. Jam 6 ptg td, baru saja ditimpa kemalangan sewaktu pulang dr tempat kerja..

Tolong doakan untuk kawan saya ye.. Sekarang ni mungkin sudah sampai ke klinik.

Nak Berehat

Alhamdulillah..

Sudah selamat membodek bos meminta tandatangannya ke atas leave card saya, half day.. untuk esok.. half day saja ya.. saya tak boleh cuti lama².. sebab masih ada tugasan yg urgent yg perlu saya selesaikan sebelum bercuti..

Jadi esok, saya akan pulang tghari untuk keluar ke Jusco, beli kek, kemudian balik ke rumah, bawa nawfal ke klinik, mau dicucuk montotnya.. kemudian saya akan pujuk dia di rumah dengan kek!!! ahahahahah..

What a brilliant mom!!

"nawfal yg nak kena cucuk, saya pulak yang cuak!! takut kalau anak saya tu meronta².. dah kuat tu.. dulu² kalau meronta² saya tak heran.. tp sekarang ni dah terer sket.. kang ade pulak misi tu tercucuk saya kang.."

Selamat Hari Lahir!!


Untuk hero kecil umi..!!

Alhamdulillah.. Cukup setahun usia Nawfal lahir ke dunia & bersama² Umi & Abah..

Umi & Abah sangat bersyukur dengan kurniaan yg Allah telah berikan. Umi & Abah doakan Nawfal akan jadi anak yg soleh.. dan sentiasa beroleh kebahagiaan & keberkatan di dalam hidup..

Umi & Abah sayanggg Nawfal.. Muahsss!!

Macam tau² je kan hari ni birthday dia.. bangun pagi² tak nangis, senyum² tengok umi.. pastu terus turun katil, keluar bilik panjat atas sofa.. duduk menyandar macam bos!! hihihih.. celebration umi tangguhkan dulu ye.. i'm so sorry.. sbb umi tgh sibuk sgt sekarang ni..

Esok kita pergi klinik utk check up & imunisasi setahun ye.. muahss!!

Sunday, December 06, 2009

My Sunday

hey, it's sunday.. and here i am.. in the office, still working..

Saturday, December 05, 2009

@ work with so much hate!!

Macam tak percaya!! Saya sendiri macam tak percaya yg saya telah datang bekerja dengan bersungguh² pada hari ini.. Tapi nak buat macam mana kan??

Ada orang tu, dah buat t**k.. pastu ditinggalnya balik ke kg, bersuka ria..

Sudahnya, saya & kakcom yg terpaksa mengambus najis yg ditinggalkan oleh sahabat kami tu.. The so called friend!!

Bila saya mengadu dengan mak pasal ni, mak saya siap cakap.. "kan mak dah kata, dia tu memang tak boleh di buat kawan." Hmm.. saya pun dah tak boleh nak komen apa² lg..

Owh.. sesungguhnya saya sangat sakit hati diperlakukan sebegini.. Tunggulah, dia naik kerja nanti saya nak boikot dia!!

Saya yg tersangat sakit hati,

Wednesday, December 02, 2009

Birthday Celebration

Birthday celebration for those born on August to November (including me!)..


Birthday Boys & Girls!! 7 altogether!! (yg berkemeja biru tu saje² nak menyibuk jugak!!)


Birthday Girls yg over!!

Hahahahah.. can't wait for the lunch treat!!! TQ boss!!

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha

Ikhlas dari saya & keluarga..

"..tertunggu² detik takbir berkumandang di pagi aidiladha.. setahun yg lalu, sejurus takbir raya kedengaran dari Masjid Sultan Abu Bakar, anakanda Muhammad Nawfal Syarif selamat lahir melihat dunia.. Alhamdulillah.. pengorbanan terbesar yang pernah saya lakukan di pagi Aidiladha.. sangat indah.."


Bila pendapat tak diterima,

haruslah rasa sakit hati kan?

Taubat lah haku!! Tahun depan tanak join apa² aktiviti!!

Kalau setakat nak pakai tenaga aku jek, tp buah fikiran aku tak mau consider langsung, baik tak payah ajak aku jadi ahli nujum jawatankuasa!!

Serik aku! huhuhuhuhuhu..

Wednesday, November 25, 2009

DIA datang lagi!

Benci tau!!

Sekarang saya adalah sangat tak ada mood.. kerana bisul datang lg menyerang saya! Kali ini ditempat yg saya gunakan untuk duduk.. ahh.. nak duduk pun nak kena adjust betul² dulu..

Jadi sekarang saya adalah kena teruskan berpantang. Masa hari raya hari tu saya dah kena sekali, suami bawa ke klinik, kena cucuk dengan doktor. Oh, tp bukanlah di cucuk kat tempat bisul tu ya.. gila ke hape nak cucuk kat situ?? Tapi cucuk kat punggung saje.. Sengal juga lah punggung saya. Huhuhuhu.. memang tak beraya saya tau!

Masa tu saya ada tanya kat doktor, apa punca penyakit bisul nih? Betul ke ada orang kata bisul tu sebab darah kita kotor? Hmm.. bila saya tanya macam tu, doktor tu senyum jek, lepas tu dia tanya pulak kat saya pasal gaya pemakanan saya. Hiihihihi.. Wahai doktor, saya adalah orang yg tiada pantang larang, saya makan je semua.. hahahaha.. Lagi pun kan musim raya, macam² lah saya makan..

Tau apa doktor tu cakap?? "that's why u kena bisul..."

Haaaaaa?? betul.. tu la yg doktor tu cakap. Dia kata saya ni kena bisul sebab tak jaga makan, cara pemakanan saya yang tak seimbang dengan tenaga yg saya gunakan tu yg menyebabkan kelebihan TOKSIK di dalam badan saya. Haaaa.. tu pasal la selang 2 3 bulan saya pasti di serang si bisul.

Sebelum balik doktor pesan pada saya, mulai sekarang, santan, rempah kari, ajinomoto adalah racun bg saya. Doktor juga tak kasi saya makan ayam, daging, dan yg seumpamanya. Owh, nasi pun saya kena kurangkan pengambilannya.. Dah tu, saya tanya pulak kat doktor tu.. "what else can i eat?"

Doktor cakap, "u can eat vegetables.. lots of vegetables.. minum air suam banyak².. boleh?"

hahahahahah.. macam mana ni.. Masa tu suami saya dah senyum².. owh.. suka yek?? tak pe.. tak pe.. i'll make sure to get rid of all the toxic (and fat) inside my body!! Tunggu dan lihat!!

Berbalik cerita bisul td.. Anak teruna saya pun terkena bisul di kepalanya.. Dah seminggu tidur tak lena.. Erm.. agak² nawfal tu terjangkit bisul saya sebab minum susu saya ke? no? whatever... Kesian anak umi.. Cepat sembuh ye nak..


Friday, November 20, 2009

Saya faham maksud makcik, makcik nak kata saya BODOH kan??

Hah..!! Ambek kau.. Tajuk tak hengat!!

Memang betul pun.. Saya rasa apa yg makcik tu cuba nak cakap ialah "kau tu bodoh!". Cuma makcik tu tak cakap straight ke muka saya macam tu. Kalau hari tu makcik tu cakap macam tu kat saya, memang saya amukkan dia. Biarlah dia nak kata saya kurang ajar pun, asalkan puas hati saya..

Nasib baik makcik tu tak cakap macam tu kan.. Tapi saya tetap terasa wahai makcik!!Akibatnya sampai ke hari ini saya masih tak dapat melupakan muka makcik tau tak? Dan sampai ke hari ini jugak saya rasa sangat tak puas hati dengan makcik!

Walaupun hari tu makcik cakap pasal 'anak sedara' makcik yg konon²nya cuma bekerja kilang & tak mahu berhenti kerja demi mengikut suami yg bekerja sebagai polis di sarawak (huhh!! macam kebetulan kan..? entah² makcik tu mmg sedang mereka cerita pada waktu itu..), saya tetap terasa hati dengan makcik! Sebab saya pun kerja kilang! Suami saya pun seorang anggota polis yang sedang bekerja di sarawak!!

Apa yg makcik tahu pasal saya? Apa yg makcik tahu pasal hidup saya? Hari tu kan hari pertama kita bertemu. Dan baru hari itu makcik kenal dengan saya, suka² hati makcik jek nak samakan saya dengan anak sedara makcik yg entah wujud atau pun tidak tu. Saya sangat marah dengan makcik, tau tak??

Kalau saya tak ikut suami saya & tingal di sarawak tu, saya susahkan makcik ke? Mentang² lah hari tu saya cakap saya kerja kilang je, terus makcik nak cakap saya bodoh ye?? Cepat² jek makcik nak kondem saya yee..? Apa makcik ingat kalau orang kerja kilang tu semua kerja operator saja ke?? Apa makcik ingat dalam kilang tu tak ada jawatan lain ke selain operator tu?? Kalau hari tu saya kata saya pengurus kilang, nak ke makcik timang² saya & tak kata saya bodoh sebab tak ikut suami saya tinggal di hutan belantara sarawak tu??

Kalau suami saya yg kata, "tak apa lah, honey tak payah la berhenti kerja, kerja dah bagus tu, lagipun apa honey nak buat kat sarawak tu? abg pun kerja bukan selalu ada kat kem, selalu keluar pergi operasi masuk hutan, nanti honey tinggal kat rumah sendiri, lebih baik honey duduk & kerja kat kg, duduk dengam mak & abah, tak ada lah susah hati abg kalau tinggalkan honey sendiri..", makcik nak kata apa???

Eii.. petang² jumaat nih saya terasa geram pulak dengan makcik. Kadang² saya rasa menyesal pulak tak menjawab dengan makcik hari tu.. Ish, demi nak menjaga nama baik suami & mak mertua saya, saya biarkan saja makcik membebel yg bukan². Nasib baik mak mertua saya tu faham apa yg saya buat kat kilang ni!! Dan nasib baik mak mertua saya juga faham yg saya sakit hati dengan makcik, cepat² mak mertua saya sabarkan saya tau makcik! makcik patut berterima ksih dengan mak mertua saya..

Makcik, kalau setakat macam makcik cakap hari tu, apa? haa.. "rugi awak tak ikut suaminya, kan dapat tengok² tempat orang.." Hai makcik, makcik tau tak dengan gaji yg saya dapat tiap² bulan dari bekerja kilang ni, tiap² bulan pun saya boleh ulang alik ke sarawak naik kapal terbang air asia tau!! Dengan tiket untuk makcik pun saya boleh belikan tau! Kalau saya ajak makcik pergi tengok tempat orang dengan duit gaji saya kerja kilang ni, makcik nak ikut tak??

Huhh! Tak apalah makcik, walaupun saya tak berpeluang nak buat makcik faham semuanya (dan saya rasa makcik tak perlu faham pun, siapalah makcik dalam hidup saya), hari ini saya puas hati dengan meluahkan segalanya di sini.. Saya harap suatu hari nanti akan ada orang yg dapat sedarkan makcik yg bekerja di kilang itu tidak hina!!

Thursday, November 19, 2009

Memasak Itu Meletihkan

walaupun cuma di Cafe World..



saya sudah penat memasak.. tengok.. dapur saya tak berasap..

yg sebenarnya saya dah bosan main sampaikan dah tak tau nak masak apa.. :p

Selamat Ulang Tahun..



Hari ini birthday adinda saya yg nombor 3, Kak N..

Waahhh.. dah besor dah kau kak N..

Kaklong ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke-25.

Semoga panjang usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.. Aminn..

Wednesday, November 18, 2009

Masih Tak Berganjak

Apa yang tak berganjak? hahahahaha..

Apa lagi.. Berat saya laaa.. Ye, saya adalah sangat takut sekarang ini. Saya sangat takut jika angka awal berat saya mencecah ke angka 6.

Waktu saya ke klinik nak ambil ubat td, sempat juga saya naik atas penimbang. hahahahaha.. dalam hati tuhan saja yg tau.. Saya tak benarkan misi tgk jarum penimbang tu. Saya suruh kakcom yg tengokkan.. (Oh, kami sama² pergi ke klinik td. kan saya dah kata, satu ofis penuh dgn virus. Mujurlah kami tak pergi berempat sekali!!)

Masa nak naik tu, saya siap pesan dekat kakcom "kakcom, kalau jarum tu jejak kat no 6 ko jgn bgtau aku tau... ko tak yah cakap pape.." hahahahaha.. gila sungguh laa..

Bila saya dah ada kat atas penimbang tu, saya tanya la kat kakcom. Kakcom tak cakap apa², cuma geleng kepala saje.. Waahhhh.. takutnya saya!!!! Aduhhhh.. macam mana ni... Saya OBESE ke???

Bila saya dah turun baru kakcom bagitau saya, rupa²nya yang dia dok geleng kepala tu nak signal kat saya bahawasanya jarum penimbang tak sampai pun ke angka 6!! Adoi lah kakcom.. Gugur juga jantung aku dibuatnya..

Tapi bila tau figure sebenar, saya tetap berasa risau. Sebab minggu lepas waktu jalan² cari makan kat JJ, saya terjumpa lah kemeja yg sangat cantik!! Beli 1 percuma 1! hahahahaha.. gila kau.. Takkan tak nak kan.. Saya pun gatal² la nak cuba.. Percubaan di akhiri dengan saya membeli dua helai kemeja bersaiz XL!! XL ouls!!! Saya macam tak boleh terima kenyataan!!! Saiz L pon saya dah tak boleh nak sarung? huhuhuhuhuhu..

Saya memang kena bersenam!!! Hernee, mari kita bersenam!!

4 atau 5 dalam 1

baru pukul 5 lbh..

tak sabar nak balik, sebab saya rasa sangat tak sihat..

badan saya ok-ok saje.. tapi mulut saya yg sakit..

tekak bengkak + ulser di kiri & kanan mulut + gusi bengkak + sakit gigi

sila jangan ajak saya berbual ye.. sebab bila saya buka mulut utk bercakap, saya rasa macam tak boleh nak tahan air liur saya dari keluar.. hahahahah.. over la pompuan nih!!

tapi mmg betul tau.. sebab nak telan air liur pon saya rasa sgt payah..

owh, bukan.. saya bukan nak mengeluh sebab dapat penyakit. penyakit tu kan kifarah utk dosa² saya.. Alhamdulillah, semoga Allah ampunkan dosa² saya..

saya sudah ke klinik, cuma dapat ini:



tapi sekarang saya rasa saya perlukan lebih lg.. kerana tiba² saya rasa macam nak demam!! saya sudah mula bersin² ni.. tak sabar sungguh la nak blk rumah.. hari ni ofis sudah penuh dengan virus!!

Tuesday, November 17, 2009

Hari² Yang Penuh Kesyahduan

Jumaat, 13 November 2009

Malam itu saya bersama² mak, abah, nawfal & dua adik saya telah keluar ke pekan GP. Sepulangnya kami dari pekan, mak telah mengajak kami singgah ke rumah makcik saya, mahu melihat bayi kecilnya yg baru..

Oh, tidak.. tidak.. Makcik saya bukan baru lepas bersalin. Tapi telah mengangkat seorang bayi perempuan yang comel, menjadi anak angkatnya. Lahir pada 12 Nov 2009, jam 10 malam, dan terus dibawa pulang oleh makcik saya pada keesokkan harinya.

Kerana lahir dalam keluarga yg sudah mempunyai 6 orang adik beradik yg lain, telah membuatkan ibu kandungnya menyerahkan sepenuh hak penjagaan ke atas bayi itu kepada makcik saya.

Melihatkan wajah mulus bayi itu, hati saya berasa sayu. Apakah perasaan seorang ibu yg menyerahkan bayinya yg baru lahir kepada orang lain? Bagaimanakah nanti si ibu menghadapi hari² berpantang tanpa kehadiran si anak di sisinya?? Membuatkan saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang, syukur Alhamdulillah, terima ksih ya Allah. Syukur kerana saya dapat membesarkan anak saya sendiri..

Dan owh, saya sgt terharu bila makcik saya setuju dengan nama yg saya berikan untuk bayi itu.. thanks kak lin!!(saya mmg panggil makcik saya kaklin). heheheh..

Ahad, 15 November 2009

Petang itu setelah berhempas pulas memandikan tenggiling saya, saya terasa sangatlah malas untuk memasak. Dah hari cuti takkanlah nak biarkan mak saya memasak pula kan.. Jadi saya telah berpakat² dengan adik² saya.. Biarlah dapur tak berasap hari ini. Mak pun dapat relaks.. Sudahnya kami keluar pergi tapaw Kenny Rogers untuk dinner.

Dalam perjalanan pulang, hampir² adik ipar saya melanggar seekor anak kucing yg sedang tergolek² di tengah jalan. Fuhhh, berderau darah saya. Cepat² adik ipar saya memberhentikan kereta di tepi jalan. Adik saya tak sabar² keluar dan berlari² mendapatkan anak kucing itu.

Kesian sungguh tau.. Kalau dilihat fizikalnya anak kucing tu seperti baru seminggu dilahirkan. Tapi, kenapa pula sedang tergolkek di tengah jalan? Ke mana pula pergi ibunya? Bila adik ipar saya angkat anak kucing tu, saya lihat ekornya berdarah.. Macam mana ni? Nak dibiar di tepi jalan kah? Mana lah tau kalau² ibunya datang semula.. Tapi, takkan nak ditinggalkan saja? Dah la cedera.. Macam mana kalau dia bergerak ke tengah jalan pula? Tak pasal² nanti dilanggar kereta.

Akhirnya, adik saya ambil tisu dr dalam kereta dan balut kucing tu. Kami ambil keputusan utk di bawa pulang saja. Sedih saya tengok.. Sampai di rumah, cepat² adik saya bersihkan lukanya, mujurlah cuma sedikit saja. Kat rumah mak saya tanya, "macam mana ni? anak kucing ni sepatutnya masih menyusu nih.."

Tak fikir panjang, adik saya bancuh susu nawfal di dalam cawan. Lepas tu ambil picagari.. boleh la kasi dia susu pakai picagari.. nasib baik dia nak minum susu tu.. Gelojoh sungguh dia minum susu tu.. Entah dah berapa lama dia duduk kat tengah jalan tu, tak tau lah.. kesian dia.. Nasib lah sekejap lg nak cuti sekolah dapatlah adik saya menjaganya sepenuh masa..


Monday, November 16, 2009

Saya Bersenam!! (macam tak percaya!!)

sambil ditemani anak teruna kesayangan..

entah kenapa, pagi semalam datang pulak RAJIN saya..

bangun pagi² buat laundry, sambil menunggu anak teruna saya bangun tidur.. (sekarang ni mmg dia asyik bangun lewat).

saya sapu² beranda... belek² tenggiling kesayangan saya.. comot benar rupa dia..

kesian.. dah lama saya tak manjakan tenggiling saya. saya ambil kunci tenggiling, undurkan sedikit supaya dekat dengan paip..

saya ambil baldi, sabun, span & berus.. sedang saya asyik memandikan tengiling tiba² anak teruna memekik² dari dalam, saya ingatkan kenapa.. rupa²nya terjatuh dr katil..

laaaaaaaa... kenapa boleh jatuh ni.. dah lupa ke yg umi dah tukar katil..? selalunya memang anak teruna saya pandai turun dr katil sendiri, tp semalam dia terlupa agaknya yg katil kami dah bertambah ketinggian, terjatuh pulak dia.. nasib baik tak apa²..

saya dukung anak teruna, bawak pergi keluar rumah..

"meh, tolong umi meh.."

rajin nak melayan anak teruna di luar rumah, saya biarkan saja dia merayau² keliling tenggiling saya. bila tiba masa saya nak vacuum tenggiling, saya tengok anak teruna dah lain macam.. saya tanya dia, "kenapa?"

dia cuma geleng kepala..

bila saya hidupkan suis vacuum, terus anak teruna memanjat masuk ke dalam tenggiling.. laaaaaaaa.. kelakar la nawfal nih.. takut dengan vacuum yee.. hihihihi..

tengoklah tu.. bukan main syok lg main² dalam tenggiling sambil saya mengelapnya..





berpeluh² saya di buatnya pagi semalam.. walaupun rancangan saya hendak ber'joging' tak kesampaian.. dapat jugak saya keluarkan peluh.. jimat duit pulak tu..

baguss.. bagusss!! (haruslah saya puji diri sendiri!!) *wink*

Genap 11 Bulan



itu usia nawfal pada 8 Nov yg lalu..

alhamdulillah.. anak umi membesar dengan sihat walafiat.. cerdik.. pandai.. mudah²an.. aminn.. itu yg selalu umi doakan..

cuma sejak beberapa minggu ini umi dah tak merasa nak mandikan nawfal pagi² lg. sebabnya sekarang ni nawfal dah tak nangis² bila bangun pg. bagus.. pandai anak umi ye.. paham pon cakap umi..

malah, sekarang ni langsung tak mau bangun pagi! ai, serik ke? hihihihihi.. ala, baru sekali umi mandikan pagi² walaupun nawfal bangun bukan sambil nangis², takkan dah tak mau bangun pagi langsung kot? owh.. ni mesti kes memang tak mau mandi pag ni..

sekarang ni bila bangun awal pagi cuma mintak susu saje. bila umi dah kasi susu, tidur semula pulak.. sampailah time umi dah nak keluar rumah, nak pergi kerja, nawfal masih tak bangun².. tak dapatlah nak babai² sekarang.. ah, dah pandai berlakon ye anak umi sekarang.. lepas umi dah pergi baru nak bangun.. hihihi..

11 bulan.. bila orang tanya, nawfal dah pandai apa.. berlari dah.. senang jek umi cakap. huh, pantang terbuka pintu, mesti nak keluar. kalau cari kasut tak ada, nawfal sanggup keluar rumah kaki ayam, menapak atas batu² tajam & panas di depan rumah.. memang tak boleh leka langsung la..

panjat memanjat? perkara biasa.. petang semalam nawal panjat atas meja makan kat rumah nenek, lepas tu main tudung saji nenek.. aduhh.. menjerit² nenek di buatnya.. panjat masuk dalam walker dengan sendiri, lepas tu bila tak pandai nak keluar nawfal nangis jerit². geram umi tau!!! tu lah, siapa suruh masuk dalam tu..?

hobi nawfal, punggah tingkat pinggan nenek. nawfal suka ambil pinggan mangkuk kat tingkat pinggan rumah nenek, lepas tu nawfal bawak sampai kat depan pintu luar.. tak sampai lima minit nawfal dah bosan main.. bila dah bosan nawfal tinggal jek barang² tu kat depan pintu. puas umi ajar nawfal mengemas, tapi nawfal cuma pandai buat sepah saje.. bila di suruh kemas nawfal cuma tunjuk² saja.. ishh.. tak baik tau macam tu.. kesian nenek..

lain kali bila dah serak² tu, kemas la balik ye nak..

Friday, November 13, 2009

Another Diet Biscuit



Tapi sedapppp!! hehehehe..



-> sbb selalunya kalau benda² diet² ni mesti tak sedap.. :p

Laporan Terkini

Hari ini encik blogspot telah berbaik² semula dengan saya.. (ei, sukanya saya..!!!). Jadi dapatlah saya memberikan laporan terkini tentang makan malam saya.. hihihihi..

Oleh kerana telah sgt kenyang, saya telah kendurikan bubur ayam saya mlm td.. Kami makan beramai² setelah mak & abah pulang. Nawfal & Nadhirah pun makan lagi sekali.. Rezeki anak².. heheheh..

Errmm.. apa terjadi kepada Double Burger saya??

Lepas dah kenduri bubur ayam dan sate yg abah bawak balik, saya tersandar di sofa sambil menonton Tower 13.. Tak dapatlah saya nak telan burger itu malam td. Sudahnya cik burger terpaksa check in kat dalam frigde sepanjang malam.



Inilah cik burger yg sudah segar kembali setelah saya hantar bersauna di dlm microwave pg td.. errkk.. Alhamdulillah.. cik burger dah duduk dengan tenang dlm perut saya setelah menjadi hidangan sarapan pg saya..

Sekian laporan tghari ini..

Thursday, November 12, 2009

Makan BESAR!!

Sekarang saya sedang beristirehat di rumah mak & abah saya. Ermm.. hanya tiggal saya, nawfal, nadhirah (anak saudara saya) dan mummy nawfal & nadhirah (adik perempuan saya).

Mak & abah saya keluar ke pekan GP. Abah saya mahu ke klinik, buat check up kencing manisnya.

Ibu & ayah nadhirah pula tiada di rumah, keluar ke pekan GP juga. Tapi saya mmg tak tahu la ke mana arah tujuan mereka berdua. Mungkin ke rumah ibu mertua adik perempuan saya, dengarnya kelmarin makngah Pesah sedang demam. Mungkin ayah nadhirah mahu melawat ibunya yg tidak sihat itu.

Saya pula baru sahaja lepas makan malam, berlaukkan sayur sawi tumis air, ayam goreng dan sambal sardin. Sambil² suap mulut saya, saya suap juga mulut anak saya.

Oh ya.. sebentar td baru saja abah saya menelefon ke rumah, bertanyakan adakah saya mahu memesan bubur ayam dr warung kak Jun. Owh.. abah, sempat juga bawak mak pergi dating senyap² yek.. Kalau saya tau mereka mahu ke warung kak Jun, mesti saya dah terponggok menyibuk kat seat belakang td!

Emm.. saya baru saja lepas makan nasi, tapi mmg rasa teringin bila dengar abah sebut bubur ayam kak Jun tu.. Tak pe lah bah.. beli je lah..

Setelah meletakkan gagang telefon baru saya teringat, sebelum adik perempuan saya dan suaminya keluar td saya telah berpesan kepada adik saya untuk membelikan saya burger double daging+ayam.. wahahahahahahaha...

Alamak! Besar tak hengat selera tekak saya utk malam ni.. hehehehehe...

So, kita tunggu sajalah kepulangan mak & abah serta adik perempuan saya bersama suaminya nanti..

Laporan akan saya berikan kemudian yee..

Tuesday, November 10, 2009

Kenapalah..

susah benar saya hendak mengakses blog dr pejabat..

Hancur lebur segala rancangan saya hendak meng'update' blog..

Bila malam, tak dapatlah saya hendak berpoya².. Anak teruna lebih memerlukan saya di malam hari.. Memang 'beg tangan' saya itu akan sentiasa saya kepit. Fuhhh.. tengok tu.. Baru sekejapan saya mengadap blog, anak teruna sudah memekik² menagih perhatian dari saya..

Nak menaip pun tak ada mood lah macam ni..

Dah la streamyx kat rumah ni selalu buat saya panas hati...

Friday, November 06, 2009

Kisah Laki Bini Di Pagi Raya

Di dalam kereta sewaktu dlm perjalanan pulang ke Batu Pahat,

B : eh, kita nak pegi mana ni bang..?
L : gi mana.. balik kg la.. apsal?
B : abis, kenapa abg lalu sini? abg nak round KL ke?
L : tak ah, apa kejadahnya pagi² ni nak meround KL pulak..
B : abis tu.. (lantas terdiam..)

Dek kerana rasa tak puas hati, selepas 5 minit si bini bersuara kembali..

B : abg, kenapa tak nampak signboard gi JB pun? jumpa signboard gi Tg Malim pulak ni!!! (macam nak marah daahhh)
L : eh.. ye ke? entah, tak perasan pulak... hehehehe.. (sambil tersengih²)

Bini yg dah naik hangin menjerit pula..

B : abgggg!!! kita dah salah jalan ni! ni bukan nk gi blk kg ni! ni nak gi jauh dr kampung laaa.. apsal tak naik flyover gi JB td??? haa.. kan dah terlepas dah td..
L : owh.. ye ke.. mana abg tau.. hihihihi..
B : huwahhhhh.. kan dah ckp td.. biar org yg bawak.. abg tu dah baper thn dah x blk.. tgk la, jalan pun dah tak tau....arghhhhhhhh..

Alkisah, maka mereka anak beranak pun terpaksa tawaf bandar KL sebelum pulang ke kampung halaman..

Tuesday, November 03, 2009

Baru Lepas Membalas Dendam!!

Best rasanya...

Habis meeting td terserempak dgn die.. hahahaha.. sempat saya menyapa die dgn panggilan yg paling bets sekali!!

"Hai, abang itam..!!!"

Hua hua hua.. padan muka.. oooo.. semalam ko panggil aku makcik ketot eh.. hehehehehe..

Addicted!

to this!!



sangat sedap dikunyah pd setiap masa ptg² hari begini.. sekejap saja saya sudah menghabiskan 2 bungkus. Owh, maksud saya betul² 2 bungkus, bukan sekotak kerana terdapat 7 bungkus (kalau tak silap saya la.. hahahahha.. nak kira pon x sempat..) yg berisi 3 keping biskut itu setiap satunya. Hii... takkan lah saya nak habiskan 21 keping biskut dalam satu masa walaupun sebenarnya mmg boleh kalau saya betul² lapar.

Biskut ini sangat sedap tauu!! *wink*


Monday, November 02, 2009

Lesson Learnt

"The higher you get to the top,

The easier you can get thrown down.."





Oleh itu, saya takkan bermimpi utk menjadi bos, KECUALI kalau kompeni itu saya yg punya..

Apa Sudah Jadi??

Pagi semalam nawfal dibawa oleh pakngah & makngahnya keluar, makngah nak pergi buat medical check up. Since nawfal pun dah besar, dan tak susah nak dijaga, umi tak kisah.. Nak bawak, bawaklah..

Lama juga umi tunggu nawfal tak balik². Ingatkan nak bawak nawfal ikut nenek pergi Yasinan. Tunggu punya tunggu.. Elok jek umi & nenek dah siap² nak pergi, baru diorang sampai.

Sampai² pakngah bawak masuk rumah nenek dulu. Umi pun keluar pergi ambil nawfal.. Sampai rumah nenek, Astaghfirullahal'azim.. Terperanjat umi. Ingatkan anak orang lain, rupa²nya anak umi. Apa sudah jadi?????

Hihihihihihihi..

Tengoklah wajah baru saya...




Eh, tak nampak pulak ye..

Tak pe.. yang ini ok tak??




Nampak apa² perbezaan??

Tak nampak?

Takpe.. yg ini sgt jelas..




Apa sudah jadi???? Pakngah dah botakkan nawfal.. Rupa²nya semalam tu lambat blk sebab bawak nawfal pergi kedai gunting rambut. Hahahaha... Umi baru jek berangan, alih² pakngah dah tolong.. Thanks bro!!

Tgklah anak umi ni. Smart habis dgn baju melayu & kopiahnya.. Kepala awak dah botak, haruslah pakai kopiah yek.. Baik betul.. Langsung tak dibukaknya kopiah tu..



Hensem la awak Ji..



'Ji' tu singkatan dari perkataan Haji.. Gelaran yg daddy kakak kayra bg pd nawfal.. Kan lahirnya pd pagi² raya haji..