Monday, April 02, 2012

kalau tak mahu bersyukur, nak apa lagi???

Betul x? Apa lagi yang tak cukup? Itu la soalan mak saya tiap kali saya bercerita (atau kadang-kadang mengeluh) depan mak. Mak sangat-sangat menitikberatkan konsep bersyukur dalam kehidupan. Semua anak-anaknya diajar dan sentiasa diingatkan agar menjadi orang yang bersyukur, termasuk la saya. Kita manusia ni memang kadang-kadang cepat saja nak lupa bersyukur dengan nikmat Allah. Apa yang kita ada, yang Allah dah beri pada kita, sentiasa rasa tak cukup. Kita lupa bahawa Allah boleh tarik balik nikmat tu bila-bila masa saja. Macam tu jugak dengan saya. Kadang-kadang saya lupa tiap apa yang Allah dah rancang untuk saya tu ada hikmah sebaliknya. Kesimpulannya, syukur alhamdulillah... gaji saya naik lagi tahun ni, dapat pulak elaun lebih. Tahun ni juga suami saya dapat pulang ke pangkuan saya dan nawfal. Hehehehe.... lama dah ye tak cerita pasal nawfal. Dah besar dah dia. la, ada masa saya cerita pasal dia pulak. Cerita pasal suami saya dapat `transfer' tak habis lagi ni. Hehehehe...suka sangat!! Suami saya dapat 'transfer' ke simpang renggam. Tak pe lah kan, walaupun tak dapat transfer ke balainpolis gelang patah pun tak apa lah. Sekurang-kurangnya simpang renggam tu tak ada la jauh macam kat sibu kan?? :-) Terima kasih ya Allah

No comments: