Itu gambar nawfal di rumah opahnya di klang. Kami sekarang berada di klang. Balik kg rumah opah nawfal. Terakhir balik sini bulan nov yang lepas masa kenduri kahwin pak uda nawfal. Alhamdulillah, sejak abah nawfal dah transfer ke semenanjung ni dapatlah tambah kekerapan menziarah opah nawfal kat klang ni. Kasihan nawfal, sebelum ni jarang-jarang sangat dapat blk klang jumpa opahnya. Kalau balik pun tunggu abahnya balik dari sibu. Lepas ni boleh la nawfal selalu jumpa opah.
Alhamdulillah... dah besar dah anak bujang saya yang seorang ni. Bulan 8 disember lalu genap umurnya 3 tahun. Perkembangan yang paling membanggakan saya sebagai ibunya bila Nawfal sendiri mahu buang pampersnya, tak mahu pakai pampers lagi. Nawfal dah besar katanya. Jadi sekarang ni siang-siang hari memang dah tak pakai pampers lagi. Dah andai pergi bilik air bila nak buang air. Betul la kata kawan saya, anak-anak ini perkembangannya berbeza-beza. Ingat lagi sewaktu nawfal mula bercakap saya dah mula pasang angan-angan. Wahhhh, lepas ni boleh la ajar nawfal buang air kat bilik air, tak payah pakai pampers.
Susah payah mak saya nak latih nawfal tak pakai pampers. Beberapa kali juga terlepas buang air kat ruang tamu. Bukan setakat yg kecil, yang besar pun ada juga beberapa kali. Hahahahahah... terima kasih mak sebab banyak bantubsaya mendidik nawfal. Masa saya yang ada dengan nawfal cuma dalam lebih kurang 14 jam saja sehari. Selebihnya nawfal dengan neneknya. Alhamdulillah... nawfal mudah di ajar, apa yang di ajar mudah juga diingat. Semoga kekal begitu hendaknya. Sekarang ni, nawfal dah hafal doa makan dan doa nak tidur dengan lancar. Cuma kadang-kadang bila dia bad mood tu, susah juga nak suruh baca doa. Saya tengok anak saya ni macam banyak mengikut perangai saya. Perasaannya sensitif, mudah tersentuh. Kalau marah dia, tak payah cakap kuat-kuat pun. Kadang-kadang saya bebelkan sikit pun dia dah terasa, lepas tu mulalah nak menangis. Fuhhh, kalau dah menangis tu amboi.... buruk betul. Itu je yang saya tak tahan. Mudah sangat menangis. Bila nak buat sesuatu, tapi tak boleh mulalah nak menangis. Hahahahaha.... mak dengan abah saya cakap, saya tak boleh marah-marah dia, sebab saya dulu masa kecil-kecil pun macam nawfal juga. Sama saja, mak dengan anaknya.
Kadang-kadang menyesal juga bila berperangai tak elok depan anak. Mak saya la yang paling suka mengenakan saya. Katanya "ha, tengok tu, macam mana la nawfal tu tak jadi orang kuat meradang, radang maknya lagi teruk." Hahahaha... terkena saya. Tapi syukur juga anak saya ni sebenarnya anak yang mendengar kata. Cuma agaknya kadang-kadang tu dia saja je nak menduga kesabaran saya. Sabar je lah. Dugaan membesarkan anak, bukan mudah. Baru saya tau. Macam mana lah agaknya kaedah mak saya mengadap karenah kami lima beradik masa kecil-kecil dulu. Saya yang baru ada seorang nawfal pun kadang-kadang boleh hilang sabar.... haaaaa.... tengok, baru je saya cakap. Sinawfal dah menangis-nangis disakat abahnya. Sudahnya nanti cari ummi juga. Hehehe... ok lah, biar lah saya pergi menguruskan anak saya dulu. Nanti-nanti sambung cerita lagi.
1 comment:
hehe :]
Post a Comment