Tuesday, October 26, 2010

Salam Sejahtera

ehemm!!

sekadar memberitahu..

saya masih di sini..

masih mahu bersosial..

cuma..

kadang² tak ada kesempatan nak berkepoh²..

till then...

aku yg rindu mahu membebel...

Friday, September 03, 2010

Cuti Raya

Lama dah tak ada update. Tak rajin, tak ada idea, tak ada masa(ye ke?), then tak ada mood a.k.a M.A.L.A.S

Padahal, byk je benda yg nak diceritakan.. Nanti² saja lah..

Update sikit jek, pasal raya..



teka-teki tentang cuti raya oleh Co. akhirnya terjawab jua.. ermm.. cuti panjang?? ok lah kot.. plan raya? tak ada lagi.. tak tau lg.. i was hoping that chenta hati will be generous enuf to let me raya wif my family, since last year dah berkampung selama seminggu lebih sejak sebelum raya di kg beliau..

pray for me..

owh, darl.. please eh.. boleh kan.. kalau tak, nanti pagi² raya i nangis meraung² dpn u.. haaa.. baru u tau..:p

Thursday, August 19, 2010

Tuesday, August 17, 2010

Bapak Dapat MC Sebab Morning Sickness

Gelang Patah - Seorang suami kepada wanita yg sedang hamil sebulan lebih telah diberikan cuti sakit selama 2 hari oleh tuan doktor, kerana mengalami demam, loya, pening kepala & muntah yg dikatakan sebagai simptom² orang yg mengalami alahan sewaktu hamil

Hahahahaha.. Cerita benar ni! Aku baru jek tau pagi td. Bangun sahur pg td, macam biasa lah. Adik aku & lakinya berserta anaknya akan ke rumah mak. Aku memang tido kat rumah mak la kan. Anak manja mak la katakan. hahahaha

Time makan, aku tengok adik aku laju jek senduk nasi dalam pinggan, lepas tu cedok lauk ayam sambal dlm pinggannya. Yang si lakinya tu pulak cuma buat muka toya jek duduk sebelah bininya, tak makan pun. Mak pun cakap lah kat dia, "amik pinggan ni Lim, makanlah.. Tak puasa pun kena makan jugak, takkanlah nak makan siang² hari pulak.."

Aku, "huhh!?? Alim tak puasa? Apsal?"

Mak cakap lagi, "Ha'ah.. Demam, kena makan ubat.. Semalam dah pegi klinik, doktor suruh makan ubat, pastu dapat MC 2 hari"

Aku, "ye ke.. Laaa... Ko apsal lak Lim?"

Tiba² bininya bersuara, "Ha'ah.. Dia tu.. Malam td, tengah² tido alih² bangun pergi bilik air lepas tu, mulalah, bwekk, bwekk, bwekk.. kat blk air. Bising jek, Dira pun sampai terbangun..."

Haaa.. Laa... Parahnya.. Patutla tak boleh puasa, doktor suruh makan ubat.

Alim diam aja, mak pulak yg menjawab komplen oleh bininya, "Alah, biasalah tu, pembawakkan budak, mabuk².."

Huk alohhhhhhh.. Alim mabuk? Pembawakkan budak? Eh, bukan ke bininya yg mengandung? Apasal lakinya pulak yg parah??? Mabuk²?? Muntah² bagai?? hahahahahaha..

Ketawa besar aku pagi² td.. Tu lah, kan dah kena. Eh, tapi bagus jugak kan? Berkoongsi rasa dengan bini. Bila bini mengandung, laki yg rasa mabuknya, muntahnya. Bini pulak yg tukang bawak, alhamdulillah sihat walafiat. Kan bagus gitu.. Tak adalah bini sorang² jek yg merasa jerih perih mengandung.

Sama jugak macam chenta hati aku dulu. Time aku mengandungkan Nawfal, dia yg demam teruk, muntah², betis bengkak.. Aku? Alhamdulillah, sampai lah nak cukup bulan masih sihat walafiat, masih boleh terkinja² merambu ramba ke sana sini.. Alhamdulillah.. Kami memang serasi!!! hehehehehehe.. I love u lah darling!!! Sanggup berkongsi susah sayah, menaggung kesakitan selama 9 bulan.. by the way, sakit tu pon u yg kasi kan darling..?? :p

haaa, ada sesiapa di luar sana yg berkongsi pemabawakkan budak dengan suami masing²? Aku memang galakkan lah.. At least suami boleh faham la kan, kalau isteri tu tak larat ke hape.. Bagi aku, that is the most sweetest things ever!!!! *wink*

Berhari Minggu Bersama encik Nawfal & cik Nadhirah

Ya.. Hari ahad yg lepas adalah sangat panas. Huh, nak baring² pon tak best. Maka, kami telah berpakat² untuk keluar mencari tempat² yg sejuk. Maklumlah, rumah mak kami mana ada aircon.. keluarlah kami utk mencari tempat beraircon yg blh dijadikan tmpt melepak²..

Setelah puas berfikir² ketika di dalam perjalanan kami terus menuju ke JJ Bkt Indah.. Yeehaaaaaaa... Shoping complex adalah tempat yg sentiasa sejuk..

Jalan² cari tempat lepak, terjumpa pulak satu tempat yg baru di bukak. Namanya Kids Art & Fun Zone (kalau tak silap la...) Hahahaha.. Tiba² mcm tak berapa nak ingat. Masuk situ kena bayar. Setengah jam 5 hinggit, 8 hinggit pulak adalah cas untuk berejam².. Maknanya, tak ada time limit la tu..

Mainan tak ada la byk sgt.. Standar utk bebudak kecil² jek. Ada corner utk buat sand art, pastu ada 3 biji PC utk budak² main game. Pastu ada la mainan lain lg, doll house ada 3 jugak.. Tp yg satu cam nak roboh dah.. Apa daaa... tempat baru, tp mainan cam buruk² jek.. Ada jugak tempat main loncat².. hahahaha.. Main hentam jek.. Aku tak tau apa tah nama dia..

Since, dah penat & puas meronda keliling JJ, kitorang stop la lepak² akt situ.. Bawak dua kanak² cas adalah sebanyak 8 hinggit. 10 hinggit kalau setengah jam yek. Saja jek bayar 8 sebab tak confident masa setengah jam adalah cukup utk kekanak 2 org itu. Encik Nawfal & cik Nadhirah adalah sgt suka. Walaupon kualiti mainan tak berapa bagus tapi, ada diorang kisah???????????? hahahahaha.. Paling penting enjoy!

Enjoy jugak tgk gambar yee...

Mula² excited nak naik gelongsor... hahaha... lantak la bebudak..



tengok la abg tu... dah hilang kawalan dah..


Hahahaha.. excited!! terover.. terangkat² kaki..


Haaa.. inilah anak sedara aku yg nak jadi kaklong tu.. Jap lagi dapat adik jgn dikuda pulak adiknya sudahlah..





Haaaa.. time ni mak budak & mak sedara budak yg terover... Main loncat².. Buruk tol!!!

tengok tu...!!!

Hahahaha.. gitulah aktiviti kami menjelang ptg di suatu hari ahad di bulan puasa..



**bila ada gambar² ni baru semangat nak ber'blog'.. hehe

Khabar Gumbira

Alhamdulillah..

Minggu lepas dapat khabar gembira..

Aku bakal menimang seorang lg anak..

Tapi bukan anak aku!

Adik aku disahkan mengandung anak kedua..

Rezeki di bulan Ramadhan al Mubarak..

Friday, August 13, 2010

Hari Bertuah

Alhamdulillah..

Hahaahahaha... Baru tau rupa²nya hari ni boleh blk pukul 5..

Yeeehaaaaaaaaaa...!!!!!

*bahagia!!

Wednesday, August 11, 2010

Setengah Jam Yang Tiada Bezanya

Bulan² puasa ni waktu kerja bertukar.. Kalau dulu masuk pukul 8.30 dan balik pukul 6.00 ptg, bulan puasa pulak masuk pukul 8.00 pg dan balik pukul 5.30 ptg.

Ahh.. setengah jam je, bukan banyak bezanya.. lagilah org yg mmg spesis dtg kerja awal cam aku ni.. Bulan tak puasa pon kadang² sebelum pukul 8 aku dah masuk ofis. Setakat tukar waktu kena masuk pukul 8 tu mmg tak jadi masalah langsung!

Waktu balik pulak, cepat jugak la setengah jam. Tapi bg aku setengah jam yg diberi tu, ala.. lebih kurang jek. Macam tahun² yg lepas, kata jek boleh balik pukul 5.30, tp dek kerana org lain² yg tak puasa tu (baca : bukan muslim) tu tak boleh balik pukul 5.30, pon tak ada maknanya juga kelonggaran waktu diberi. (ceh! bunyi mcm x bersyukur kan?)

Sebenarnya bukan la tak beryukur, syukur sangat².. Dah ler rumah tu cuma 8 minit je dr tempat kerja, mmg rasa sangat² best la kan.. Cuma kadang² walaupon dibenarkan cabut pukul 5.30, tp dek kerana tuntutan yg berlebihan dr org² yg tak puasa ni, ada jugaklah terpaksa balik selepas pukul 5.30.. huhhh!? itu yg tak puas hati tu..

Alah, tak kisahlah.. yg penting kejap lagi aku nak balik, walaupon kerja tak siap.. sori bos! Sori evrybody! Puasa hokeyh!!!

**entah hape² aku merepek ptg² nih.. lapar lain macam la!!!!

Welcoming Ramadhan

Alhamdulillah..

Selamat sampai di rumah lbh kurang jam 8 malam td..

Perjalanan ok, kerjaan ok..

Yg tak OK, malam td penat sgt.. x dpt nak join solat tarawikh malam pertama...

Sedih jugak..

Moga ramadhan kali ini membawa seribu keberkatan untuk kita semua, InsyaAllah..



*Lain² kali je cerita trip buang masa gi KL tu..

Friday, August 06, 2010

Frustrated!!!!

Perhatian! Perhatian!!

Ada siapa² yg di KL tu yg sanggup tolong entertain saya hari ahad & selasa nanti???

ishh... Saya ni ada kerja luar hari isnin, tapi hari isnin je lah..

Masalahnya, hari ahad pagi² lg saya dah terpaksa terpacak kat Airport Subang tu.. Dah ler gitu, nak check in hotel pulak pukul 12 tghari jek nanti.. Apa saya nak buat dr pagi sampai tghari tu??? Adoii...

Flight pukul 8.30 pg.. Pukul 7.30 nk kena ada kat airport dah.. Makna, lepas subuh dah nk kena kuar rumah!! what???? Apa ke hal la pagi² hari ahad nak kena beria² kuar atas urusan kerja nihhhhh???? ishhh.. geramnya!!!!!!!

Ginilah jadinya kalau org pandai yg menguruskan... huru hara semuanya!!!

Kerja satu hari, dah jadi 3 hari pulak!!! Pulak tu hari selasa kena checkout hotel tghari jugak.. Flight blk pulak pukul 6 ptg.. Aku nak ke mana pulak dari tghari sampai ptg tu????????? Dah tu sampai² dah malam.. Nak terus gi terawih ke hape????? Hahhh??? Sila jawab aku?? ish!! ish!!!

Haaaaaa!!!! Hadoi lah haii.......

Dah ler patah kaki (maksud saya takde transport ye.. sila faham..), macam mana nak pergi berpoya²???? Arghhhhhhhhhhhhh... BENCI lah cenggini!!!

Wednesday, July 28, 2010

Owh.. Sedihnya..

Hari ini hati berbunga² riang, mungkin sesuatu yg saya tunggu² akan sampai hari ini.

Sekali, tadi dapat pulak call dr courier service, dia cakap macam ni:

"akak, saya dr courier xxxxx, nak hantar barang kat rumah akak, alamat akak macam ni kan? bla, bla, bla, bla.."

"yup" saya menjawab dengan sgt senang hati.. hehehehe...

sekali dia cakap, "td budak saya dah pegi hantar brg ni, tp cari² rumah akak x jumpa la.."

huwaaaaaaaaaaa.... sedih la wei...

rumah camtu punya senang nak cari pon ko x jumpa ke dik??? dush! dush! dush!!

frust la akak camni dek oi...

akhir kata, pesanan dr syarikat courier itu, "akak, nanti esok budak saya hantar try cari lagi, blh x akak tolong bagi direction kat dia, nanti esok dia call akak.."

huhuhuhuhu... ye lah dik.. boleh la jugak... sedih nya.. isk.. isk.. isk..

Tuesday, July 27, 2010

Ulangtahun Proton

siapa dah tengok iklan ulangtahun proton yg terbaru???

cute!!!

saya suka!!!

:)

Monday, July 26, 2010

Penantian Suatu Penyiksaan

(ish, pasal apa tajuk macam recycle je eh?)

lantak la laboo..

sebenarnya i sedang menunggu sesuatu..

entah bila nak sampai..

tak sabar rasa tangan nak membelainya..

*wink*

Wednesday, July 21, 2010

maternity / confinement leave

saya baru je tahu...

bahawasanya, maternity/confinement leave atau cuti bersalin/berpantang yang selama 2 bulan itu hanya berhak di peroleh oleh pekerja wanita yang telah melahirkan anak/anak² sama ada hidup atau mati atau keguguran pada usia kandungan 28 minggu dan ke atas SAHAJA.

jadi saya ingin membuat kesimpulan di sini bahawa, pekerja wanita yg melahirkan atau keguguran kandungan pada usia di bawah 28 minggu adalah tidak layak untuk mendapat bayaran di atas cuti yg diambil selepas peristiwa tersebut, kerana ia tidak dikira sebagai cuti bersalin/berpantang.

ya, itu saja yang saya nak beritahu.

oh ya, ini bukan main² atau tipu² kerana ia termaktub di dalam akta pekerja malaysia 1955. sila semak di laman web rasmi jabatan tenaga kerja semenanjung malaysia untuk maklumat lanjut.

sekian, terima kasih

"berkhidmat untuk negara"

Monday, July 19, 2010

Salam Takziah

Takziah utk rakan² saya.. Azizah di atas pemergian ibu yg tercinta malam td kerana komplikasi jantung, & untuk Kakcom yg kehilangan anak sulungnya pd hari sabtu yg dilahirkan pramatang pd usia 5bln++ dalam kandungan..

Moga Zizah & kakcom serta family tabah & redha atas yg terjadi. Dan semoga roh mereka yg pergi ditempatkan di kalangan orang² yg beriman.. Alfatihah..

Friday, July 16, 2010

WALK FOR VALUES CARNIVAL

What's ur plan for weekend peeps???

kawan-kawan......

Jomm.. come and support the Walk for Values Carnival, held this Sunday, 18 July 2010!

Let's Do our bit for the Nature, for the Future..!! ... remember we all have a part to play!!

Also if u come early you receive Free Cap! Goodie Bag ! & Breakfast ( after walk)...
You can choose either Route 1: Larkin (larkin flat) OR Route 2 : Sentosa (Plaza Sentosa (The Store)

Interesting programme lined up....with loads of exhibition taking place..

Those who are interested can form a cheer group team and join the GO GREEN CHEER COMPETITION!!

JOMM!!!

Details as per brochure.. kalau x nampak sila click utk view gambar yg lbh besar..


those who stays in JB... jommmm... I did plan 2 go.. insyaAllah.. kalau x terlupa...


Wednesday, July 14, 2010

Di Suatu Malam..

Perbualan 1

Mummy : Nawfal, abah mana?
Nawfal : Ane.. (iaitu.. SANA.. sambil menunjuk ke satu arah)
Mummy : Abah buat apa kat sana?
Nawfal : Do.. (iaitu.. TIDO..)

Perbualan 2

Mummy : Nawfal, umi masak tak?
Nawfal : Acak.. (iaitu.. MASAK..)
Mummy : Masak apa bang..?
Nawfal : Yamm!! (iaitu.. AYAM)
Mummy : Sedap tak umi masak??
Nawfal : beshhhhhhhh.. (iaitu.. BEST! sambil mengangkat ibu jarinya..)

Hahahahha.. Ketawa besar kami anak beranak mendengar perbualan nawfal dengan makciknya... baru sebentar td.. (fuhh, kira fresh gila la cerita nih.. eksklusif!!)

Dah lama kan saya tak cerita pasal anak teruna idaman malaya saya..

Diam tak diam.. dah masuk setahun tujuh bulan dah usia anak teruna saya..

Mari check perkembangan Nawfal.. Nawfal sekarang...

*dah pandai bersembang... hahaha.. cam dialog kat atas tu.. betul² kejadian tu..
*dah boleh melompat dgn dua kaki (dulu² lompat sebelah kaki jek.. kelakar umi tgk..)
*dah pandai pakai selipar sendiri (kalau tersalah kiri kanan, umi cuma kena cakap 'tak betul tu' n dia boleh betulkan sendiri.. how clever..
*dah pandai main skuter.. hehehe.. nanti i upload gambo skuter tu eh..
*dah pandai mintak susu.. aduhhh.. demanding.. kadang² mintak susu botol, kadang² nak susu gantung.. kena ikutkan je..
*dah boleh gaduh².. terutama dgn dira.. adusss.. yg ni pening kepala sikit.. siap lempang².. risau betul la.. tp kat rumah pon kadang² gaduh juga dgn uminya ni.. ok, at least tak sunyi kat rumah.. ada gak kawan buat gaduh².. :p
*dah kenal banyak binatang, buah, anggota badan... ok, later kita listkan semua vocab dia..
*dah pandai berkemas... alhamdulillah.. tak ada masalah nak membebel lg lps dia main, kita just cakap 'ok, kemas sekarang..' dia akan terus kutip semua mainan dan kemas..
*dah pandai makan sendiri guna garfu.. (am i exaggerating here?? nope..) i've seen him ate pasta with the fork..
*dah pandai bgtau kalau dia poo poo... nanti dia cakap "mi, yak.."
*dah boleh faham arahan... alhamdulillah.. mudah sikit kerja umi.. tak le umi asik nak terpekik² marahkan dia.. hahahahah..
*dah pandai cakap kat fon.. muahahahaha.. kalau tgk berbual dgn abah dia.. mcm org tua² cakap kat fon.. dgn tgn goyang² mcm karam singh walia lg.. hahahaha
*dah pandai muah² kat umi bila umi nak pergi kerja.. sweet...

ermmm... byk lg ni.. tp tak larat pulak nak tulis.. nanti sambung lagi la..

later peeps...

Wednesday, July 07, 2010

Si Tukang Tilik Piala Dunia

Beginilah rupanya....



cik octopus yg menjadi tukang tilik untuk World Cup..

gambar ni diambil semasa cik octopus sedang membuat ramalan untuk juara semi final..

cik octopus kata... utk semi final.. spain menang..

agak² betul ke ramalan cik octopus ni???

tunggu aje mlm nnti..

saya yg bukan peminat bola yg tegar,

Tuesday, July 06, 2010

Tak Sabar Nak Try!

Saya ada kirim sesuatu dengan cik puan hernee..

Td masa keluar lunch kat wisma terserempak puan hernee, dia cakap mlm karang dia bagi benda tu pada saya.. hihihi..

Tak sabar nak cuba.. nanti dah cuba saya bagitau apa rasanya.. hehe..

Thursday, July 01, 2010

Alasan Baik Tak Update Blog

ceh.. ceh.. ceh..

tengok ler kalendar makcik start dr bulan 3 sampai bulan 6 tu...



penuh tau... tu yang kaler² biru tu.. tu semua meeting la tu...

tengok la, kekadang satu hari asik meeting je dr pagi sampai petang, tu pasal tak ada masa nak update blog...

bila ke blogger, yg sempat di buat cuma singgah² ke blog org lain jek.. fuhhhh.. stress la saya...

stress sebab nak dapat nak selalu² update blog.. :(

Monday, June 21, 2010

Sepi Itu TIDAk Indah

Jam 4 ptg td, saya & anak lelaki sudah selamat sampai di rumah.

Satu jam perjalan pergi & balik ke airport saya rasa macam 15 minit jek..

Sekejap sangat!

Sampai rumah, buka pintu, masuk dalam..

Sunyi...

Sepi.. Rumah saya..

Kami kembali tinggal berdua di rumah..

Setelah seminggu menghabiskan masa bersama² suami tercinta..

Cepat sungguh masa berlalu...

Monday, June 14, 2010

Dalam Hati Ada Taman...

hehehehehe... balik tghari.. konon² nak tolong chenta hatiku memasak nasi. Sebab td dia telefon, katanya letrik masih belum ada, jd tak dapat nak masak nasi pakai rice cooker letrik tu.. dia pulak tak pandai nak masak nasi cara manual, pakai tenggek atas dapur..

well, macam biasa la.. isteri mithali ni mesti akan dengan rela hati memenuhi permintaan suami..

tapi td, sesampai kat rumah.. tengok² chenta hati tgh baring² kat sofa sambil layan anak dia main.. si anak sedang terloncat²..

saya masuk, tengok atas meja ada tudung saji, angkat tudung saji ada semangkuk nasi, sepinggan ayam goreng di curah sos lada hitam, semangkuk sayur sawi tumis air, sepiring ayam goreng yg telah dipotong² (ni mesti utk nawfal nih), juga semangkuk kentang goreng... dan satu jag air sirap yg berpeluh².. perghhhh..

saya tanya chenta hati saya, "abg, td kata blom ada api.. ni dah siap masak nasi nih?"

jawapan.. "u'uh.. baru je ada td.. abg masak la terus.."

hihihihihihi... sayanggggggggg la abg..

kalau tiap² hari cam ni kan best.. tiap² hari i blk mkn tghari.. makin hari makin gemuk la nanti.. thank you darling..

apa lagi... kami pun makan la dengan tak amannya.. (sebab nawfal asik la turun naik kerusi, pastu diri² atas kerusi)..

tak kisah la nak.. yg penting dah kenyang.. alhamdulillah.. sedap sungguh air tangan suami.. (hahahaha.. eh, bukan ke patutnya suami yg akan kata, sedap sungguh air tangan isteri..)

*wink* *wink*

Berdebar

Petang semalam pegi amik chenta hati saya kat airport. Cadangnya memula nak pegi sorang², yelah, bukan nak berlama² pon kan.. amik jek dia pastu balik la kan..

Tiba².. ahlamak.. Bila dah siap², tak sampai hati pulak nak tinggalkan anak teruna dengan makngahnya. Terus tukar plan, gi rumah mak dulu amik car seat. Tidak kang.. aku gaya bawak zoo bergerak pulak..!! Hero sorang tu bukan reti duduk diam² kat dalam keta.. Ada pulak haku terjerit² macam tarzan sepanjang jalan kang.. Eloknya diikat saja kanak² tu kat car seat.

Sampai rumah mak, amik car seat.. Siap nak pasang² tetiba mak pulak sound, "mak nak ikutlah.. tapi kang lpeas amik udin kena hantar mak balik pulak.."

Pulakkkkkkkkkk...

Takpe lah, senang jugak.. Bila mak ikut tak jadi la pasang car seat tu. Nawfal boleh duduk dengan nenek jek.. Masa nak keluar tu, mak cakap.. "saja nak ikut.. nak tengok cam mana kang dia dgn abahnya.. Mau ke tidak.." Ler.. tu je..

Pukul 6 keluar rumah, tepat 6.30 samapai airport. hahahahaha.. Haku lambat ropanya!!! dah terpacak pakcik chenta hati aku kat luar balai.. Nasib baik member tak marah.. Malas nak keluar keta, i just gamit dia masuk ke kereta.. Chewaaahhh!! Gamit ko..

abahnya masuk dalam kereta, duduk kat belakang.. Nawfal buat muka cuak! hahahah.. Dah agak dah.. Nasib la jugak bila suruh salam tu dia salam la.. Bila nenek nak pass dia kat belakang, mulalah dia pulak yg memekik². Adeehhh.. stress omak ei..

Tetiba abahnya keluarkan gula².. eh, lolipop, besar punya!!! Haaaa.. amik ko, terbeliak biji mata anak aku nengoknya.. "Nawfal nak gula² tak? Meh sini kat abah.."

heheehehe.. Baik punya. Beli jiwa budak tu pakai lolipop!! Dengan harapan budak tu nak la duduk kat belakang.. Sekali dia hulur tangan jek beb!! Haa.. Cerdik betol anak umi nih! Gula² nak.. Tapi tak mau pegi belakang.. Bila abah pegang jek terus keluar jeritan histerianya.. Sudahnya, sampai ke rumah semula la duduk dengan nenek kat seat depan..

Sampai rumah mak, haku keluar kereta, baru hulur tangan salam ngan laki haku!! hahahhaha.. Sambil cakap, "eh, lupa la nak salam td.." (dengan nada mengada²) wahahahaha.. Memang sungguh haku lupa!! Ishhhh.. Mithali sungguh aku ni.. Yang sebenarnya aku segan nak beria² sebab mak ada.. Kalau mak takde mau kena cium molot laki aku time kat airport td!!

Lepak² kejap rumah mak, tak masuk rumah pon.. Dengar azan maghrib, baru sibuk² nak balik rumah. Haku cepat² masuk dalam kereta, cop seat driver, sambil kenyit² mata kat laki aku. Dia pon terus hulur tangan kat anak dia. Anaknya boleh pulak terus meronta² bila kena dukung dek abahnya.. La hai.. nawfal.. nawfal.. Tak boleh dipujuk lagi. Aku biarkan jek.. Mak cepat² suruh laki aku masuk dlm kereta.. Bila dah masuk, dia tengok uminya ada kat sebelah, baru dia diam..

Naik rumah, masih tak mau kat abah.. Bila pakngah kat rumah sebelah bukak pintu, dia lari pulak ke rumah sebelah.. palah nawfal.. Selalu tengok gambar abah, panggil² abah. Bila abah balik takut pulak dia kat abahnya. Kesian abah.. Tapi tak lama, sekejap jek.. Lepas makan, lepak² dengan abah, main² dengan abah.. Ketawa².. Lari².. main kejar².. Dah ok dah.. Kejap jek kan.. Abah ngan anaknya..

Pagi ni, dengan senang hati saya tinggalkan mereka di rumah.. Semoga aman bahagia.. aminn..

Saturday, June 12, 2010

Khabar Gembira

Alhamdulillah..

Baru sekejap td dapat call dr chenta hati saya..

Akan pulang esok petang..

*Mood bercinta² sudah kembali*

hehehehehe...

Laki ahkak nak balik.. sapa tak suka wei... Dah berbulan² tak jumpa..

Rindu cam nak mati... Korang mana tau kan..


Thursday, June 10, 2010

Mencari Lagi..

Ubat hati..

Hati ini sedang sgt berduka lara..

Maafkan saya...


Wednesday, June 02, 2010

It's Our Anniversary!!!


Hari ini ulangtahun perkahwinan kami yang ketiga.

Alhamdulillah..

Cepat betul masa berlalu. Hari ini, 3 tahun yg lalu, jam 8 pagi kami selamat dinikahkan. Macam² kenangan indah yg tak dapat aku lupakan sepanjang hari itu.

kenduri kahwin kami satu hari saja, hari itu menikah, hari tu juga majlia jamuan makan besar, tak ada sanding².. Malas.. Tapi aku paksa jugak abg yunus pasang pelamin sebab nak buat ambil gambar.. haahaa.. Aku punya majlis.. Suka hati aku la..

Kami terpaksa bernikah di awal pagi sebab hari itu tok kadi bz. Ada sepuluh pasangan yg hendak dinikahkan. Sudahnya, terpaksa bernikah jam 8 pagi. Suami & keluarga bertolak dr batu pahat jam 4 pagi. Hahaha.. gigih sungguh laki i..

Akad nikah pulak, sampai 3 kali. Cis!! Kenapa sampai 3 kali??? Huhuhuh.. Tok kadi gelabah.. Kelakar betul la, selalunya pengantin yg gelabah nak menikah. Ni tok kadi pulak buat hal.. Macam² la tok kadi ni..

Asik tersalah sebut nilai mas kahwin jek. Mula² sebut "dua puluh dua ringgit setengah".. Salah.. sebab aku mintak jumlah lain kat laki aku. Kali kedua tok kadi sebut "seratus ribu ringgit tunai".. Wakakakaka.. Masa tu aku tgk muka laki aku dah merah padam dah.. Ditenungnya tok kadi.. Orang² kat keliling dah berbisik² dah..

Mind you.. Masa menikah, i duduk sebelah laki i okey.. mak andam marah, cakap aku gatal.. ish.. ish.. suka ati mak la.. lg pon tok kadi yg suruh.. hahaha.. Tengok muka laki aku mmg dah x puas hati abess dengan tok kadi.. Pastu dia jeling² kat aku.. Wahahaha.. aku sengeh² jek, suka aje kalau dapat mas kawen seratus ribu.. wuhuhuhuhu.. tapi siap la.. sampai pencen laki haku tak habis bayar mas kawen.. makcik kayo!!!!

at last bapak aku betulkan.. "bang man, bukan seratus ribu tu.. sebenarnya, .. bla bla bla bla..." (hak, hak, saje malas nak bgtau korang.. malu la wei..) Dah dibetulkan tu, cepat la nikahkan kami.. eh, dia buat lawak pulak... ayat baik punya... "nasib baik pengantin x sambut, kalau sambut td naya je, ada pulak pengantin yg terjun tingkap pulak sbb x mampu bayar mas kawen.."

eh eh eh.. tok kadi buat lawak..!! abess semua org ketawa.. Malangnya laki aku tak menganggap itu satu lawak jenaka! Dia boleh buat muka keras jek, tenung muka tok kadi! hahahahahaha.. kelakar la.. Lepas nikah tu aku tanya kat dia, "apa abg pk masa tok kadi tersalah sebut td?" Dia cakap, "aku rasa macam nk telan jek tok kadi nih!" kah kah kah kah...

Lawak la.. tok kadi ni pon satu hal.. org dah la tgh gelabah, pastu dia yg buat silap.. dah tu nak lawak²kan org pulak.. Marah gila laki aku time tu.. Alhamdulillah.. selamat bernikah.. Tok kadi pon balik, tak sempat nak makan sbb nasi belum masak.. Apa taknya.. jemputan kan start pukul 12 tghari.. Sian tok kadi..

Walaupun tak ada bersanding².. tak ada bunyi kompang, tak ada aksi² menepung tawar, tak ada silat² pulut semua, tak ada karaoke².. majlis tetap meriah.. yg ada cuma bunyi bising² para jemputan & sedara mara aku berbual².. Oh, alangkah indahnya... Aman damai majlis kenduri kahwin aku...

Kalau uols nak tau, memang macam tu lah majlis kahwin impian aku.. Akhirnya tercapai jugak.. Tak ada cacat celanya.. Hari ni genap 3 tahun usia pernikahan kami, dah dikurniakan seorang anak teruna yg serba sempurna, Alhamdulillah.. Lengkap menjadi satu keluarga, walau suami isteri tak duduk bersama.. huhuhuhuuh...

Tiba part yg ni mulala rasa nak 'touching²'.. Sedih.. Dah 3 tahun kahwin.. tak pernah sambut anniversary.. Tahun ni, seperti biasa, waktu anniversary laki aku sedang beroperasi di dalam hutan.. Nak telefon pun susah.. line tak dok!! Pakai hantar² sms jek la nampaknya... tsk.. tsk...

Apa² pun aku selalu doa moga kasih sayang kami sentisa mekar & berkekalan, walau kami tak selalu jumpa.. Kawan² yg baca, doa²kan ye.. Moga lakiku cepat² dapat transfer balik ke pangkuan isterinya yg tercinta ini.. *Mood syahdu*

Thursday, May 27, 2010

Selamat Bercuti

Mula menaip jam 5:34 ptg.

lagi beberapa minit lg habis waktu kerja.

tak sabar rasa nak mula bercuti hujung minggu ni.

ada projek besar punyaaa!!!

Monday, May 24, 2010

No Comment!

Tak tahu nak cakap apa..

tengok jek ah..



sedih.. frust.. marah.. geram.. sakit hati.. semua ada!!!

Friday, May 21, 2010

Kalau Bukan Anak, Siapa Lagi Nak Puji Masakan Maknya, Kan?

Suatu petang ahad yg lalu..

Anak : Mi, mi..

Ibu : Ye sayang.. Nak apa..

Anak : Mi, dap mi..

Ibu : ye ke.. umi masak sedap ye..

Anak : dap mi..

Ibu : ye sayang.. pandai anak umi ye..

Perbualan yg membuatkan saya sangat terharu, dan insaf.. Sudah besar rupanya anak teruna saya. tsk.. tsk..

Dalam sebulan dua nawfal tgh sibuk nak belajar bercakap. Kadang² saya macam x percaya jek. Rasa macam baru semalam jek saya beria² menerankan anak teruna saya tu. Tiba² hari ni dah bercakap pulak..

Saya ingat lagi, perkataan pertama yg keluar dr mulut dia ialah.. BAH.. Sebab tiap² hari saya ajar dia sebut 'abah' sampaikan saya terlupa nak ajar dia memanggil saya 'umi'. Saya tersangatlah risau kalau² dia terlupakan abahnya. Boleh jadi rasa berdosa kot.. Tu yang sampai tak perasan rupa²nya anak saya tak reti nak sebut 'umi'. Salah saya sendiri la..

Ada satu hari tu, saya sibuk membebelkan nawfal. Apa taknya, dah malam², kalau tak silap dah dekat pukul 11 malam masih x tidur lagi. Sibuk menyerakkan mainannya merata² sampai ke bawah meja makan.. Lepas tu bila saya ajak kemas, dia tunjuk² saja kat mainan yg dah bersepah tu.. Haaa, apa lagi, laju ler mulut saya membebelkan dia.. Agaknya, dia pun stress tangok saya membebel, alih² dia bersuara, "mey.. iyam.."

hahahah... Terbahak² saya ketawa sorang². Oh, anakku.. Pandai sungguh awak ye nak.. Bila umi bising membebel² awak suruh umi diam yek..

Sekarang ni pulak makin banyak dah vocab nya dia.. Sekarang dia dah x panggil saya 'mey' lagi. Dah bertukar pulak kepada 'mi'. Haaa.. Kira ok lah tu, kan? Hari ahad lepas pulak dia siap puji masakan saya sedap.. Waduhhh.. Terharu sungguh saya.

Insaf pun iye jugak. Kalau nak tahu, sejak berpindah ke rumah sendiri ni boleh dikira dengan jari la berapa kali je saya memasak. Asik makan kat rumah mak saje.. Dah tinggal berdua dengan nawfal, memang x rajin la saya memasak. Kadang² saya heret anak saya pergi tapaw KFC (sebab tu jek yg ada dekat dengan rumah). Pagi ahad tu saya berjalan ke rumah mak saya, alkisah abah saya tengah beri ceramah pulak.. hhehehe.. kan dah kena kat muka saya. Abah cakap, "kalau boleh kurangkan lah kasi anak makan makanan segera tu, masaklah untuk anak. Bukan susah pon.." Ye, sesungguhnya saya tau, memanng tak susah, tapi selalunya banyak sakit malas jek..

Tapi masuklah jugak nasihat abah tu kat kepala saya. Petangnya saya bawa anak saya keluar, pergi cari lauk la kononnya. Saya beli daging & ayam. Balik rumah saya masakkan anak saya sup daging campur kentang. Anak saya ni memang suka makan sup. Bila dah naik bau tu dia dah jengah² kat dapur. Siap masak, saya suap dia makan. Tak sangka pulak saya anak teruna saya yg berusia satu tahun lima bulan tujuh hari tu dah pandai nak memuji masakan maknya ni.

Sambil disuap, dia asik sebut 'sedap' sambil angguk² kepala.. Laaaa.. Hai.. Anak.. Anak.. Nawfal tau tak betapa bangganya umi jadi umi Nawfal? Sangat bangga nak.. Malam tu saya pergi rumah mak saya, saya cerita dengan mak.. Dush! Dush!! Kali kedua saya kena ceramah, kali ni oleh emak pulak. Mak cakap, "tu lah, kan mak dah cakap, anak tu sebenarnya bukan tak mahu makan, tp dia nak makan yg mak dia masak.. ni, maknya asik malas masak, dah tu nak cakap anak tak nak makan pulak..."

Haaaaaa.. Padan muka saya. Kan dah kena lagi sekali.. Insaf saya. Lepas ni saya akan cuba masakkan yg terbaik untuk anak saya.. Sesungguhnya, air tangan ibu itu lagi bagus daripada air tangan orang kat kedai atau kat KFC tu... tskk..

Saya tepek sekeping gambar anak saya sedang menikmati kfc.. mungkin lepas ni saya tak akan kasi dia makan kfc selalu lagi...



Tuesday, May 11, 2010

Selamat Pengantin Baru

Untuk kawan saya, sikin & kay.. Moga jodoh berpanjangan hendaknya..

on the way..

lepas makan.. tgk tu, dah siap dapat berkat lg.. tunggu pengantin lelaki x sampai².. lambat betul sikin ni tau..

atok & cucu.. melepak bawah pokok sbb panas sgt hari tu..

bila sikin x sampai² kami masuk dlm bilik, amik gambar dgn kay..


hantaran dr kay utk sikin..

bila kat dalam pun rasa panas jugak, kami keluar pulak.. melepak depan pelamin..

tengok nawfal tu.. sampai merah² muka..



susu dah habis, umi tak larat nak turun bawah, gi buat susu.. umi isi jek botol dgn air oren.. tengok² lg sedap dia minum..




pengantin dah sampai...!!!!




Nawfal main cak² dgn anti shima, pastu lari² keliling umi sambil tarik tudung umi.. adoii.. tercekik la!!










Dah, malas tulis banyak².. Gambar jek banyak²..

owh yaaa... majlis ni kat umah kay kat segamat, masa 01 mei hari tu.. bawak nenek berjalan sempena birthday nenek..