Tuesday, August 17, 2010

Berhari Minggu Bersama encik Nawfal & cik Nadhirah

Ya.. Hari ahad yg lepas adalah sangat panas. Huh, nak baring² pon tak best. Maka, kami telah berpakat² untuk keluar mencari tempat² yg sejuk. Maklumlah, rumah mak kami mana ada aircon.. keluarlah kami utk mencari tempat beraircon yg blh dijadikan tmpt melepak²..

Setelah puas berfikir² ketika di dalam perjalanan kami terus menuju ke JJ Bkt Indah.. Yeehaaaaaaa... Shoping complex adalah tempat yg sentiasa sejuk..

Jalan² cari tempat lepak, terjumpa pulak satu tempat yg baru di bukak. Namanya Kids Art & Fun Zone (kalau tak silap la...) Hahahaha.. Tiba² mcm tak berapa nak ingat. Masuk situ kena bayar. Setengah jam 5 hinggit, 8 hinggit pulak adalah cas untuk berejam².. Maknanya, tak ada time limit la tu..

Mainan tak ada la byk sgt.. Standar utk bebudak kecil² jek. Ada corner utk buat sand art, pastu ada 3 biji PC utk budak² main game. Pastu ada la mainan lain lg, doll house ada 3 jugak.. Tp yg satu cam nak roboh dah.. Apa daaa... tempat baru, tp mainan cam buruk² jek.. Ada jugak tempat main loncat².. hahahaha.. Main hentam jek.. Aku tak tau apa tah nama dia..

Since, dah penat & puas meronda keliling JJ, kitorang stop la lepak² akt situ.. Bawak dua kanak² cas adalah sebanyak 8 hinggit. 10 hinggit kalau setengah jam yek. Saja jek bayar 8 sebab tak confident masa setengah jam adalah cukup utk kekanak 2 org itu. Encik Nawfal & cik Nadhirah adalah sgt suka. Walaupon kualiti mainan tak berapa bagus tapi, ada diorang kisah???????????? hahahahaha.. Paling penting enjoy!

Enjoy jugak tgk gambar yee...

Mula² excited nak naik gelongsor... hahaha... lantak la bebudak..



tengok la abg tu... dah hilang kawalan dah..


Hahahaha.. excited!! terover.. terangkat² kaki..


Haaa.. inilah anak sedara aku yg nak jadi kaklong tu.. Jap lagi dapat adik jgn dikuda pulak adiknya sudahlah..





Haaaa.. time ni mak budak & mak sedara budak yg terover... Main loncat².. Buruk tol!!!

tengok tu...!!!

Hahahaha.. gitulah aktiviti kami menjelang ptg di suatu hari ahad di bulan puasa..



**bila ada gambar² ni baru semangat nak ber'blog'.. hehe

No comments: