Tuesday, August 17, 2010

Bapak Dapat MC Sebab Morning Sickness

Gelang Patah - Seorang suami kepada wanita yg sedang hamil sebulan lebih telah diberikan cuti sakit selama 2 hari oleh tuan doktor, kerana mengalami demam, loya, pening kepala & muntah yg dikatakan sebagai simptom² orang yg mengalami alahan sewaktu hamil

Hahahahaha.. Cerita benar ni! Aku baru jek tau pagi td. Bangun sahur pg td, macam biasa lah. Adik aku & lakinya berserta anaknya akan ke rumah mak. Aku memang tido kat rumah mak la kan. Anak manja mak la katakan. hahahaha

Time makan, aku tengok adik aku laju jek senduk nasi dalam pinggan, lepas tu cedok lauk ayam sambal dlm pinggannya. Yang si lakinya tu pulak cuma buat muka toya jek duduk sebelah bininya, tak makan pun. Mak pun cakap lah kat dia, "amik pinggan ni Lim, makanlah.. Tak puasa pun kena makan jugak, takkanlah nak makan siang² hari pulak.."

Aku, "huhh!?? Alim tak puasa? Apsal?"

Mak cakap lagi, "Ha'ah.. Demam, kena makan ubat.. Semalam dah pegi klinik, doktor suruh makan ubat, pastu dapat MC 2 hari"

Aku, "ye ke.. Laaa... Ko apsal lak Lim?"

Tiba² bininya bersuara, "Ha'ah.. Dia tu.. Malam td, tengah² tido alih² bangun pergi bilik air lepas tu, mulalah, bwekk, bwekk, bwekk.. kat blk air. Bising jek, Dira pun sampai terbangun..."

Haaa.. Laa... Parahnya.. Patutla tak boleh puasa, doktor suruh makan ubat.

Alim diam aja, mak pulak yg menjawab komplen oleh bininya, "Alah, biasalah tu, pembawakkan budak, mabuk².."

Huk alohhhhhhh.. Alim mabuk? Pembawakkan budak? Eh, bukan ke bininya yg mengandung? Apasal lakinya pulak yg parah??? Mabuk²?? Muntah² bagai?? hahahahahaha..

Ketawa besar aku pagi² td.. Tu lah, kan dah kena. Eh, tapi bagus jugak kan? Berkoongsi rasa dengan bini. Bila bini mengandung, laki yg rasa mabuknya, muntahnya. Bini pulak yg tukang bawak, alhamdulillah sihat walafiat. Kan bagus gitu.. Tak adalah bini sorang² jek yg merasa jerih perih mengandung.

Sama jugak macam chenta hati aku dulu. Time aku mengandungkan Nawfal, dia yg demam teruk, muntah², betis bengkak.. Aku? Alhamdulillah, sampai lah nak cukup bulan masih sihat walafiat, masih boleh terkinja² merambu ramba ke sana sini.. Alhamdulillah.. Kami memang serasi!!! hehehehehehe.. I love u lah darling!!! Sanggup berkongsi susah sayah, menaggung kesakitan selama 9 bulan.. by the way, sakit tu pon u yg kasi kan darling..?? :p

haaa, ada sesiapa di luar sana yg berkongsi pemabawakkan budak dengan suami masing²? Aku memang galakkan lah.. At least suami boleh faham la kan, kalau isteri tu tak larat ke hape.. Bagi aku, that is the most sweetest things ever!!!! *wink*

8 comments:

FAM said...

masa I pregnant, parents in law yg kena sickness. pelam kt umah ada sebakul depa wat ilang loya. 2 minggu la jgk. haru ke tak?

Siti @ nurie said...

oh,..masa ct lak, time mia dulu, asben yg ngidam nak mkn mcm2...yg 2nd time ni, diacuma pening2, x sedp bdan je...kalaulah dia merasa cm ne morning sickness tu, mesti dia pkr byk kali nak kasi "sakit" tu kt kita ...

JaNnAh said...

achic,
dahsyat woo.. sampai ke PIL.. mmg haru..

CT,
hasben akak dulu mmg mabuk teruk, muntah² semua, mmg kesian la.. at the same time bersyukur sbb sendiri bdn sihat je.. heheheh..

EimaruSi|ence™ said...

Salam...
Saje singgah2...
Boleh tak ajar nak buat ² tuh....
hehe..thanks..

JaNnAh said...

salam Eimaru..
nak buat ² tu senang jek..
tekan alt+0178..
cuba try..

PinkCactus said...

baru betol, wife bw perut husband bawa 'rasa' sket..

EimaruSi|ence™ said...

tak bulih pon?

JaNnAh said...

ni mesti u tekan tanda + tu sekali kn.. just alt0178 jek, w/o the +