Bulan² puasa ni waktu kerja bertukar.. Kalau dulu masuk pukul 8.30 dan balik pukul 6.00 ptg, bulan puasa pulak masuk pukul 8.00 pg dan balik pukul 5.30 ptg.
Ahh.. setengah jam je, bukan banyak bezanya.. lagilah org yg mmg spesis dtg kerja awal cam aku ni.. Bulan tak puasa pon kadang² sebelum pukul 8 aku dah masuk ofis. Setakat tukar waktu kena masuk pukul 8 tu mmg tak jadi masalah langsung!
Waktu balik pulak, cepat jugak la setengah jam. Tapi bg aku setengah jam yg diberi tu, ala.. lebih kurang jek. Macam tahun² yg lepas, kata jek boleh balik pukul 5.30, tp dek kerana org lain² yg tak puasa tu (baca : bukan muslim) tu tak boleh balik pukul 5.30, pon tak ada maknanya juga kelonggaran waktu diberi. (ceh! bunyi mcm x bersyukur kan?)
Sebenarnya bukan la tak beryukur, syukur sangat².. Dah ler rumah tu cuma 8 minit je dr tempat kerja, mmg rasa sangat² best la kan.. Cuma kadang² walaupon dibenarkan cabut pukul 5.30, tp dek kerana tuntutan yg berlebihan dr org² yg tak puasa ni, ada jugaklah terpaksa balik selepas pukul 5.30.. huhhh!? itu yg tak puas hati tu..
Alah, tak kisahlah.. yg penting kejap lagi aku nak balik, walaupon kerja tak siap.. sori bos! Sori evrybody! Puasa hokeyh!!!
**entah hape² aku merepek ptg² nih.. lapar lain macam la!!!!
No comments:
Post a Comment