Wednesday, October 28, 2009

Entry Bertajuk BEBAS!!

Hari Sabtu yg lepas pergi cuci rumah baru. Habis anak beranak, tok nenek, adik beradik saya angkut juga. Nasib baik la tempat lepak rumah adik saya (pak ngah nawfal) sebelah pintu cuma. Dapatlah kami anak beranak merebah badan, berguling² kat rumah dia. hehehehe.. TQ bro!

Paling best kami siap bawak bekal ikan pari mentah dan sayur meranti. Sambil saya menyapu rumah saya sorang² (sbb semua org tak nak tolong), mak saya siap²kan bahan² nak masak kat rumah sebelah. Kesian pula adik saya, dah la kami datang beramai², isteri dia pulak bekerja hari tu. Haa.. Kan bagus kalau tolong dia masak untuk lunch sekali.

Hmm memang bernas idea saya tu kan. Lagi pun memang saya yg beria² nak makan gulai asam pedas ikan pari dengan daun kesum tu.. hmmm... sedapp.. masih terasa².. Dan owh, paling penting ye.. Kisahnya, saya tak sempat pun cuci rumah baru saya tu. Cuma sempat menyapu habuk dalam 2 dari 3 bilik tidur dan 1 toilet sahaja. Yang lain masih belum dibersihkan. Hahahahaha..

"Puan Hernee... rajin x.. marilah tolong saya.. heheeheh..." memang dasar pemalas..

Apa taknya, konon² nak pergi cuci rumah, akhirnya rumah adik saya pulak jadi port melepak berhujung minggu..

Selepas menyapu bilik tidur sahaja kat rumah sebelah, saya sambung memasak pulak kat rumah adik saya. Siap masak dah dekat pukul 1, tunggu adik ipar saya balik kejap, lepas tu apa lagi...

Masing² serang ikan pari dalam periuk!!!

Bila dah kenyang, saya mulalah terasa berat je nak bangun.. Maka, terkuburlah niat suci saya untuk menyambung mengemas rumah di sebelah. Sudahnya, cuma baring² menonton TV. Bila dah bosan, kami pun pulang ke rumah...

Alkisah begitulah cerita hari sabtu saya yang lalu..



Nawfal sewaktu berjalan pulang.. :)

2 comments:

Hernee Nazir said...

blh tlg tp ade charge 1 jam RM50..hehehe..

JaNnAh said...

ayark!!!!!!! mati lah nak bayo...