Thursday, October 22, 2009

Ceria di Pagi Khamis

video ini adalah sambungan dr cerita pasal nawfal sejak berusia 10 bulan ni..



macam ni lah nawfal kalau tak tidur.. memang tak reti duduk diam.. kakinya tu asik nak menapak saje.. habis satu rumah dia round..

memang dah jadi tabiatnya, bila tidur nak berteman.. jadi, bila subuh² umi bangun, nawfal pun akan bangun juga..

macam pagi td lah.. umi bangun pukul 6, nak gosok baju dulu.. nawfal pun bangun jugak.. terus jalan² pusing satu rumah, pergi dapur, masuk bilik, jengah² dalam bilik air..

sedang umi gosok baju, tiba² terasa ada tangan kecik tepuk² kaki umi.. toleh belakang, tengok² nawfal tengah mencangkung belakang umi.. hihihih.. sah lah tu.. mesti tengah poo poo.. nawfal nih, dia kalau nak poo poo mesti mencangkung tau, tak kiralah kat mana² pun.. bila tengah main² tiba² mencangkung, pastu buat muka ketat jek.. haaaaaaaa... confirm, tengah poo poo lah tu..

siap jek gosok baju, umi bawak ler nawfal mandi sekali.. dah siap²kan dia umi solat subuh pulak.. bila umi solat tu, tengah nak sujud.. eh, tiba² dia pun sujud jugak kat sebelah.. tertonggeng² masa nak park dahinya kat atas sejadah.. ishhh.. sabar jek ah.. arrrr.. tak khusyuk solat umi nak.. ko ni ngacau jek.. biasa eh..

No comments: