Saturday, October 31, 2009

Plain Saturday..

Dah petang pun. Kejap jek, tak terasa pulak. walaupun hari ni tak le sesibuk mana..

Bangun pagi², do the laundry. Breakfast pg td, nasi lemak yg mak belikan.. hahahaha.. anak mithali..

Waktu breakfast, anak teruna masih tidur di rumah.. saya tinggalkan saja.. ibu mithali..

Lepas breakfast, balik rumah, anak teruna dah terjaga, siap mencangkung kat atas katil.. betul² kat hujung katil.. nasib baik tak dive terus.. fuhhhhhhhhhhhhhhh!! Anak teruna dah bangun, siapkan dia.. Hantar anak teruna ke rumah mak sekejap, nak jemur kain pulak..

Pukul 11 mak & abah keluar pergi Pasir Gudang.. Saya balik ke rumah, layankan anak teruna tidur.. Sempat juga saya tolong mak siapkan laundry (utk mak).

Baring² sebelah anak teruna, eh.. tertidur pulak saya sekejap. Bila terjaga tgk jam dah dekat pukul 1 la. Saya pergi rumah mak, selongkar fridge mak. Ada taugeh yg dah siap dibuang ekornya, hati ayam, tauhu, tomato..

Sedang siap² nak masak, terdengar suara anak teruna menjerit dr rumah. Cepat² saya minta adik ipar saya tgkkan anak teruna saya di rumah depan. Tak sampai 20 minit, siap sudah saya menggoreng telur dadar blackpepper & sayur taugeh goreng campur tauhu & tomato berencahkan hati & pedal ayam. Cukuplah buat melayan selera tekak saya..

Saya tapau bawak balik rumah. Baguskan saya? Masak kat rumah mak, lepas tu tapau jek utk saya & anak teruna. Tak payah nak serak² kat rumah sendiri. Lepas zohor, baring². Kononnya nak layankan anak teruna tidur tp saya pulak yg tertidur. Kesian anak teruna saya bermain² sorang².. Sorry beb...

Bila terjaga, saya layankan juga anak teruna yg tak mau tidur tu. Semput nafas saya mengejar anak teruna keliling rumah. Mengekek² dia ketawa.. Owh.. suka ye kalau main kejar². Umi ni haaa semput tau x..

Baru sekejap td, mak & abah balik, dari Pasir Gudang menjemput adik perempuan saya yg mengajar di sana (padan muka kau, hari sabtu pon kena sekolah!) dan kemudiannya singgah di bandar menjemput adik bongsu saya di asrama SMT Tg Puteri (ko pun sama dik! padan muka hari sabtu pon kena sekolah jugak!!)hahahahaha..

Dan sekarang, di sinilah saya, di hadapan PC di rumah mak saya, sedang meng'update' blog, sambil² melayan kebun & cafe saya di bukumuka. Tegar!! hehehe..

end of saturday story...

Thursday, October 29, 2009

Saya pun sama jugak!!



nak kata kemaruk tu.. idok ler pulak..

tapi, tgk ler hasil kegigihan saya tu..

kalaulah.....


Wednesday, October 28, 2009

Ya, itu gambar gigi kapak saya



Gigi saya ada 4.

Dua di atas, dua di bawah.

Gigi kapak saya yg di atas tu nampak sgt besar..


Entry Bertajuk BEBAS!!

Hari Sabtu yg lepas pergi cuci rumah baru. Habis anak beranak, tok nenek, adik beradik saya angkut juga. Nasib baik la tempat lepak rumah adik saya (pak ngah nawfal) sebelah pintu cuma. Dapatlah kami anak beranak merebah badan, berguling² kat rumah dia. hehehehe.. TQ bro!

Paling best kami siap bawak bekal ikan pari mentah dan sayur meranti. Sambil saya menyapu rumah saya sorang² (sbb semua org tak nak tolong), mak saya siap²kan bahan² nak masak kat rumah sebelah. Kesian pula adik saya, dah la kami datang beramai², isteri dia pulak bekerja hari tu. Haa.. Kan bagus kalau tolong dia masak untuk lunch sekali.

Hmm memang bernas idea saya tu kan. Lagi pun memang saya yg beria² nak makan gulai asam pedas ikan pari dengan daun kesum tu.. hmmm... sedapp.. masih terasa².. Dan owh, paling penting ye.. Kisahnya, saya tak sempat pun cuci rumah baru saya tu. Cuma sempat menyapu habuk dalam 2 dari 3 bilik tidur dan 1 toilet sahaja. Yang lain masih belum dibersihkan. Hahahahaha..

"Puan Hernee... rajin x.. marilah tolong saya.. heheeheh..." memang dasar pemalas..

Apa taknya, konon² nak pergi cuci rumah, akhirnya rumah adik saya pulak jadi port melepak berhujung minggu..

Selepas menyapu bilik tidur sahaja kat rumah sebelah, saya sambung memasak pulak kat rumah adik saya. Siap masak dah dekat pukul 1, tunggu adik ipar saya balik kejap, lepas tu apa lagi...

Masing² serang ikan pari dalam periuk!!!

Bila dah kenyang, saya mulalah terasa berat je nak bangun.. Maka, terkuburlah niat suci saya untuk menyambung mengemas rumah di sebelah. Sudahnya, cuma baring² menonton TV. Bila dah bosan, kami pun pulang ke rumah...

Alkisah begitulah cerita hari sabtu saya yang lalu..



Nawfal sewaktu berjalan pulang.. :)

Semoga Berjaya, adik!

Malam td adikku menelefon ke rumah.

Bgtau mak & abah, hari ini start periksa akhir tahun.

Untuk adik..

Kami sentiasa doakan kejayaan adik dunia & akhirat.. Aminn..

Shopping


Pagi² dah ter'shopping'. Nampaknya duduk kat dalam ofis pun duit saya tak selamat..


Mari Memanjat..

tuan² dan puan²,

beginilah cara² memanjat sofa yg sangat efisyen ya..



Tuesday, October 27, 2009

Choti Bahu



hobi baru saya..

entah sejak bila saya pun tak perasan..

tau² tiap² petang saya layan soap opera berbahasa hindi..

terasa macam best pulak...

petang nanti macam biasa lah... sampai rumah, terus on TV, cari channel 108..

nak join saya???? jom ahh.. hehehehe..




saya suka tgk muka heroin dia tu... cun kan?

Aduhai Rambut..

hahahahahaha..



beginilah aksi anak teruna saya sewaktu di rumah.. dialah hero.. panjat sana.. panjat sini.. dah tu, siap mencangkung pulak atas sofa tu..

tapi kan.. yang nak saya ceritakan di sini ialah pasal rambut dia tu..

tengoklah rambut anak teruna saya tu..

tak reti lah saya macam mana nak uruskan.. bila lepas mandi letak minyak sikit, sikat² sikit.. ok lah jugak..

tapi bila dah lama² mulalah naik menggerbang... dah macam wolverine lah pulak..

rambutnya tak banyak tu.. sebab masa kecik² dulu dah dicukur habis.. licin.. ingatkan nanti tumbuh semula, eloklah.. tapi tetiba jadi gitu pulak..

rambutnya cuma sedikit tapi panjang..

kalau pompuan boleh juga saya toncetkan biar nampak comel.. nih orang bujang..

mahu saja saya botakkan si nawfal ni sekali lg.. amacam?? ok ke?

untuk CiKaYu

ini sambungan kisah pg td dr blog CiKaYu..

CiKaYu,

saya dengar sambungannya setelah sampai di ofis td..

dan rasa sakit hati jugak bila mendengar komen dr si suaminya..

suara si suami kedengaran sgt tidak bersalah..

katanya, bagus juga dpt feedback camni.. at least boleh bantu isteri die berfikir pasal benda ni..

dan dia jugak cakap, mungkin isteri dia mmg perlu kongsikan dan minta pendapat org lain.. dan apa yg sebenarnya cuma mereka bertiga yg tahu..

dia akhiri perbualan dengan kata² I LOVE U untuk isteri dia..

uwekkkkkkkkk!!!



oh, sape² yg nak tau apa ceritanya pg td di HOT FM sila terjah blog CiKaYu.. ye.. lain².. no comment!!

Thursday, October 22, 2009

The Key



baru saja di ambil dr pemaju pada hari isnin yg lalu..

air dah masuk.. hujung minggu boleh pergi cuci..

puan hernee, tak lama lagi berjiranlah kita yek.. :)

Ceria di Pagi Khamis

video ini adalah sambungan dr cerita pasal nawfal sejak berusia 10 bulan ni..



macam ni lah nawfal kalau tak tidur.. memang tak reti duduk diam.. kakinya tu asik nak menapak saje.. habis satu rumah dia round..

memang dah jadi tabiatnya, bila tidur nak berteman.. jadi, bila subuh² umi bangun, nawfal pun akan bangun juga..

macam pagi td lah.. umi bangun pukul 6, nak gosok baju dulu.. nawfal pun bangun jugak.. terus jalan² pusing satu rumah, pergi dapur, masuk bilik, jengah² dalam bilik air..

sedang umi gosok baju, tiba² terasa ada tangan kecik tepuk² kaki umi.. toleh belakang, tengok² nawfal tengah mencangkung belakang umi.. hihihih.. sah lah tu.. mesti tengah poo poo.. nawfal nih, dia kalau nak poo poo mesti mencangkung tau, tak kiralah kat mana² pun.. bila tengah main² tiba² mencangkung, pastu buat muka ketat jek.. haaaaaaaa... confirm, tengah poo poo lah tu..

siap jek gosok baju, umi bawak ler nawfal mandi sekali.. dah siap²kan dia umi solat subuh pulak.. bila umi solat tu, tengah nak sujud.. eh, tiba² dia pun sujud jugak kat sebelah.. tertonggeng² masa nak park dahinya kat atas sejadah.. ishhh.. sabar jek ah.. arrrr.. tak khusyuk solat umi nak.. ko ni ngacau jek.. biasa eh..

Pagi² Dah Kena Mandi

siapa tu?

hahahahaha.. siapa lagi?

budak ini ler... tengok! dah hensem dah pagi²..

biasanya kalau pukul 7 pg masih ngan baju tidur..

hari ni sebelum pergi rumah nenek, umi dah siapkan kasi hensem..



bagus.. bagus.. lain kali poo poo lah pagi².. boleh umi mandikan lagi ye.. :)

Wednesday, October 21, 2009

Bunuh Anak Kerana Rokok

Pagi² dapat email dari kawan saya..

SINGAPORE (AFP) - A Singaporean man has gone on trial charged with murdering his 23-month-old daughter in a fit of rage after he caught her playing with his cigarettes, court officials said Tuesday.

Sallehan Allaudin, 26, is accused of fatally beating his daughter Nikie in January ahead of her second birthday, causing her to die of a ruptured vein. If convicted, he could face death by hanging.

The High Court was told Monday that Sallehan, who had just returned home with his wife with a present for Nikie, went berserk after seeing the toddler had torn up and scattered his cigarettes, the Straits Times reported Tuesday.

Sallehan has pleaded not guilty to the charge.

His wife, Rozanah Mohamed Yusoff, 24, used a mannequin to show the court how Sallehan allegedly kicked and stomped on their daughter in the kitchen, the newspaper said.

The couple, who have two younger daughters, called for an ambulance when Nikie started bleeding from the nose, but she died of her injuries, according to the report.

"I did not go into the kitchen to stop my husband as I thought that was the way he wanted to discipline Nikie," the wife was quoted as saying by the newspaper.

Apa nak jadi dengan bapak² budak ni... sedihnya saya.. *sigh*

Tuesday, October 20, 2009

Nawfal @ 10 bulan

08 oktober 2009

anak bujang umi, muhammad nawfal syarif shahrudin, berusia 10 bulan..

dan pada 01 oktober 2009 umi dan abah nawfal telah membawa nawfal ke klinik desa untuk pemeriksaan rutin..

hasilnya..

bila dinaikkan atas penimbang.. dlm tempoh 2 bulan berat nawfal naik cuma 800gm menjadi 7.8kg..

bila misi tanya dah pandai apa ni... nawfal cepat² bangun, pusing² depan misi.. "owh, dah pandai ye.. jalan pun dah kuat..", kata cik misi..

lepas tu nawfal terus pergi panjat tangga yg ada kat klinik tu.. cik misi cuma geleng kepala... "cergas sungguh dia ye..."

cik misi tulis² sikit kat kad nawfal, lepas tu.. "dah, boleh balik, dtg lg nanti utk cucuk setahun ye.."

gitu lah kisahnya nawfal pergi klinik..

cukup 10 bulan.. macam² kerenah nawfal.. kadang² umi macam terlupa yg anak bujang umi sebenarnya belum pun berumur setahun.. kenakalannya mengalahkan budak besar.. tapi badannya chumel jek.. kalau nak banding dengan sepupunya dira.. jauh sgt bezanya..

alhamdulillah, walaupun nawfal kadang² nampak macam kurus sgt.. tp nawfal sebenarnya sihat.. semenjak dah dapat kaki, memang tak duduk diam langsung.. tidurnya pun nak kena paksa.. haih... macam mana lah nak naik beratnya nak oi... umi dapat ceramah percuma lg dr cik misi.. :p

masa di rumah opah di klang, nawfal baru saja terer berjalan.. tercapai juga hajat umi nakkan nawfal berjalan sebelum raya.. hahahahaha.. dan memang tak menang tangan abah nak melayan karenah nawfal.. tu lah abah, kan umi dah cakap.. bila abah balik, penatlah abah asik mengejar nawfal.. di rumah opah, kerjanya asik nak keluar rumah saja.. pantang pintu terbuka... senyap² dah berdiri atas tar.. hahahaha... suka jugak umi.. padan muka abah dah tak boleh tidur siang banyak² sebab kena jaga nawfal..

sekarang ni, bila orang tanya umi, "anak ko dah pandai apa?"

senang jek umi jawab, "dah berlari..." hehehehe

betul... tak tipu punya.. kat rumah selalu main kejar² dengan umi.. hahahhaha.. suka pulak umi tgk bila nawfal terkedek² berlari..

selain tu nawfal dah pandai tunjuk perasaan sekarang.. erm.. yg umi nak cakapkan kat sini, tunjuk perasaan tu bagus.. tapi caranya yg macam org 'tunjuk perasaan' tu tak bagussss!! geram umi tau!! sekarang ni bila kena tegur, mulalah tunjuk perangai.. tertonggeng² nak baring.. lepas tu, berenang² atas lantai.. kotor lah baju!! arrrrr... panas jek hati umi tau..

habis².. umi cubit juga bontotnya.. baru tau.. !! haaa.. kan dah kena..

jgn fikir sebab kecik lg.. umi tak nak marah.. kadang² umi pukul juga.. bukan sebab tak sayang, tp nak mengajar.. umi tak suka lah kalau nawfal macam tu.. tak baik tau..

semalam nawfal kena cubit lg.. tu lah, siapa suruh panjat kerusi? kan dah kena marah.. kalau jatuh nanti siapa yg susah? umi jugak tau.. lain kali tak payah la main panjat².. bahaya.. kalau nak apa² cakaplah.. hehehehe..

haaaa.. bila dah pandai berjalan ni... umi gian pulak nak ajar nawfal bercakap.. sekarang ni, yg keluar dr mulut nawfal... gugu gaga aje... panggil umi pun tak pandai lg... gigih umi nak ajar, kadang² nawfal buat tal layan aje.. ishhh.. gerammmmm...

hah, lg satu... bila marah atau geram dah pandai menggigit pulak!! macamlah banyak sgt giginya.. di usia 10 bulan, giginya baru ada 4 batang.. 2 di atas, 2 di bawah.. walau sikit, kalau menggigit, sangat sakit..!

nawfal ni perangainya suka mencium.. bila di suruh sayang, mesti cepat² datang dan kiss kiss!! kadang² ngeri jek bila dia sibuk nak cium anak orang, takut² sambil menggigit pulak!! sebabnya umi dah banyak kali kena dengan nawfal... di suruh sayang, datang menggigit pulak.. abah dengan atok pun dah terkena..eeiii.. seram.. kang tak pasal² gigit anak orang pulak.. pada ibu² di luar sana berhati² lah jika anak anda didekati oleh nawfal yek!! hehehehe..

bersambung..

Sembuh 100%?? Bohong ah..

sambungan dr entry sebelum ni..

ya, itu cuma kisah malam pertama kami..

malam kedua dah ok sikit.. dah boleh adjust la konon²nya..

malam ketiga dan seterusnya, alhamdulillah.. makin lama makin ok!

ok, saya dah senang hati.. dah kembali normal, senang hati jugak tgk anak bujang saya pun ok jugak, dah sembuh dah.. takde la sampai mengaruk² sebab rindu kat abah dia..

dah seminggu lebih abahnya nawfal balik sibu.. dan dah seminggu lebih jugak atok & neneknya nawfal tidur di rumah kami, konon² nak teman saya dengan nawfal.. nasib lah rumahnya pun cuma sekangkang kera saja.. masa nak tidur atok dengan nenek datang, subuh² atok ngan nenek balik rumah.. hehehehe.. terima kasih mak! terima kasih abah!

petang semalam, balik kerja saya tengok nawfal dah siap mandi.. saya lepak sekejap rumah mak, lepas tu saya tinggalkan nawfal dan balik mandi.. lepas maghrib saya pergi rumah mak, makan², lepak² sekejap.. lepas tu hangkut nawfal bawak balik rumah sebab nawfal dah sibuk merengek² tarik² baju saya.. haa.. dah penat + mengantuk ler tu.. :) pandai ye..

kat rumah, saya bentangkan tilam depan tv, letakkan bantal.. nawfal terus landing sambil tepuk² bantal sebelah.. hahahahahah.. pandai yek anak umi.. siap ajak umi baring lg ye.. haa.. umi tau dah niat dia tu.. bodek umi sebab nak ngempeng ler tu..

huh! memang dah penat sgt agaknya... belum pukul 8 lg dah terpejam matanya.. tapi masih ngempeng lg... tengok dia dah pun tidur lena, saya bangun tutup lampu.. sambil layan buletin utama, eh eh.. ngantuk pulak mata saya.. bangun solat isyak kejap, kunci pintu.. saya pun landing sebelah nawfal.. tak payah lah mintak mak dengan abah teman mlm ni.. boleh kot tidur sendiri.. lalu saya pun zzzzzzzzzzzzz...... (tanpa tutup tv..)

tepat jam 12 tgh malam.. tiba² nawfal terjaga, terus duduk bersila dan menangis².. aduhhh!!! nangis beria² pulak tu... entah kenapa, saya pun tak tau.. saya baringkan semula, nak susukan dia, dia tak mau... saya pujuk² suruh tidur... eh, makin kuat pulak tangisnya... dah la mata saya mengantuk!

tiba² saya dengar bunyi seperti kunci gril saya dibuka!! hahh????? alamak! tiba² terasa seram pulak... saya tarik selimut, saya cuba diamkan nawfal.. pujuk² dia.. tapi nawfal nangis jugak!! ahhhh... apa pulak dia nak ni?? saya capai henpon.. dial no abahnya nawfal..

nasib baik abah belum tidur lg... suruh abah pujuk nawfal.. panggil².. eh, makin kuat dia meraung².. saya letak telefon.. cuba pujuk sendiri..

tiba²..

"nawfal.. atok datang ni.. napa nangis² nih.. dah mlm tau.."

laaaaaaaa.. abah rupanya yg bukak pintu.. lupa pulak abah ada simpan kunci rumah saya.. bila abah masuk nawfal bangun, berdiri tengok atoknya.. masih ada sisa² esakan td..

atok cuba pujuk nawfal.. ahhh.. tak jalan jugak..

saya bangun, ambil kain pelikat abah nawfal kat atas katil.. saya baringkan nawfal, selimutkan dengan kain pelikat abahnya.. tepuk², pujuk²... last² tidur jugak.. ahh.. lega...

kesimpulannya... memang tak sembuh seratus peratus lah..!!

saya? eh.. saya pun sama tau!! hihihihi..

Wednesday, October 14, 2009

Kenapa Aku Menyepi

Alhamdulillah..

Segala gangguan emosi sudah berlalu pergi.. Hari ini kembali menjalani kehidupan normal.. yess, im back to my normal self again..

FYI, since abah nawfal balik sibu beberapa hari lepas, mood kami dua beranak macam tak tentu arah.. Nak kena adjust semula ke rutin tanpa abah di rumah. Ye lah, lama kan abah cuti.. 3 minggu..

Bayangkanlah, 3 minggu berkepit siang malam, tidur celah ketiak, lepas tu tiba² tak ada pulak... Macam hilang arah jugak, jadi serba tak kena..

Petang selepas pulang dr menghantar abah ke lapangan terbang..

Masuk ke rumah dengan pandangan yg sangat berbeza.. Tiba² rumah jadi kelam.. Sangat sunyi.. Bila letak nawfal kat bawah, dia macam tak rela.. Cepat² peluk kaki umi.. Ah, anak pun terasa.. Apatah lg uminya..

Malam tu, lg terasa sunyi.. Lepas maghrib, dukung nawfal keluar rumah, pergi melepak rumah mak.. Tapi tak lama, sekejap je.. Di rumah mak pun rasa tak selesa.. Cakap dengan mak, "malam ni mak dengan abah tidur rumah depan eh.. Teman org dengan nawfal.."

Terasa sayang nak tinggalkan rumah sendiri, walau sekangkang kera jaraknya dr rumah mak.. Sebab di rumah masih ada bau² abah yg tertinggal.. Masih tergantung baju² abah di almari.. Masih terlipat kemas kain pelikat abah di hujung katil.. Terubat jua rindu di hati..

Ah, umi dah ok.. Nawfal pula buat perangai... Dah dekat pukul 11 malam, nawfal masih tak tidur².. Umi dah mengantuk, esok nak kerja.. Atok & nenek pun dah selamat dibuai mimpi... Umi tgk nawfal masih merayau².. Umi baringkan, nawfal bangun semula. Umi peluk, nawfal meronta².. Umi biarkan saja..

Mula² nawfal pergi ke bilik, jengah ke dalam bilik yg gelap.. Masuk sekejap, lepas tu keluar semula sambil geleng² kepala.. Singgah pula di bilik sebelah.. Kali ini tak masuk, cuma jengah saja.. Dan terus ke dapur.. Pusing keliling dapur, berhenti di depan pintu blk air.. Nawfal tolak pintu blk air pelan².. Senyap.. Tak ada bunyi air.. Nawfal kembali ke ruang tamu.. Baring di sebelah umi, sambil membebel entah apa² yg umi tak faham.. Lepas tgh malam baru nawfal tidur..

"Umi tau, Nawfal cari abah kan?? Abah dah balik nak, abah kena kerja. Cuti abah dah habis. Nanti² abah balik lg ye.."

..bersambung..

Monday, October 12, 2009

Lazinessss...

Macam² nak cerita..

Macam² nak tulis..

Tapi takde mood... or MALAS kot..

But first, i'll have to adjust myself to be myself.. again..

"..sedang mengalami gangguan emosi yg serius.."


Monday, October 05, 2009

Hari Pertama Bekerja

selepas bercuti² 2 minggu..

Aduhhhh.... Masuk ofis tak tau nak buat apa..

:p


Thursday, October 01, 2009

Rumah Terbuka

Sempena birthday ayahanda saya hari ini, malam td telah selamat saya membuat rumah terbuka utk kawan2 & famili.

Menu sangat special, request dr ayahanda yg nak makan nasi minyak. Tapi nasi minyak dimasak sendiri.. Ampun ayahanda, anakanda belum pandai nak masak nasi minyak.. heheheh.. Terpaksalah ayahanda masak sendiri..

Menu lain, nasi impit, nasi lemak bonda, rendang daging bonda, ayam masak merah umi nawfal, sambal tumis udang bonda, kuah lodeh bonda, dan acar darat.. berpeluh2 saya makan.. Mintak maaf la badan.. dah tengah malam baru nak makan.. Siang2 tak sempat nak makan, sibuk dok melahu.. bergosip2 dengan makcik2 kepoh.. hahahaha..

Sangat happening!! Bila dah berkumpul ramai2... rumah kecik saya terasa macam nak pecah! Hahahahahah.. Apatah lagi sudah nak masuk 2 minggu saya tak berjumpa dengan makcik2 kepoh dr opis tu..(saya kan cuti 2 minggu)..

Nasib baik awal2 dah cuci beranda dan bentang tikar.. Makan ramai2 kat luar pon best!! Hampir semua yg saya jemput menghadirkan diri. heheheheh... tetamu istimewa yg saya jemput khas pon datang.. Datang sorang pon tak pe.. Terima kasih ye Puan Hernee kerana sudi menghadirkan diri. Terima kasih jugak pada kawan2 yg sudi memeriahkan majlis.. hehehehe..

Berjaya juga plan saya nak beramas mesra dengan famili dan kawan2... Tercapai sudah hajat saya nak beraya di kampung sendiri..

Gambar??? Hampeh???? Satu pon takde.. Sibuk benor sampai nak snap sekeping dua pon tak sempat.. Ape daaaaaaaaaa...

Selamat Ulangtahun

Hari ini, 01 Oktober 2009, hari ulangtahun kelahiran abah yg ke-54.

Selamat Hari Lahir Abah..

Moga sentiasa diberikan kesihatan, kesejahteraan dan keberkatan dlm hidup.. aminn..