Wednesday, November 01, 2017

Friday, January 22, 2016

Abang & Jam Tangan

Ini jam tangan Ucu.. Ucu pinjamkan pada nawfal sementara ummi dapatkan jam baru untuk nawfal. Masa nak bagi nawfal pinjam hari tu ucu minta nawfal janji utk jaga jam ucu baik2..

Nawfal pakai jam ni waktu nak pergi sekolah je, balik rumah nawfal masukkan jam ni dalam bekasnya, dan simpan elok2 dalam almari..

Petang tadi, balik kerja ternampak jam ni atas kabinet, dikelilingi sekawan serangga.. ada kala jengking, semut, kumbang sagu & labah2.. hahahah.. terkejut juga tengok.. sedang2 elok je serangga2 tu bersusun keliling kotak jam.. si jengking siap duduk atas kotaknya... hmmm.. rasa2 la kan, macam tau2 je kenapa binatang2 tu duduk kat situ.. tapi sebab nak sahkan teori, maka panggil la nawfal...

"Nawfal, sini kejap nak.. ummi nak tanya ni.."

"Ada apa mi.."

"Ni haaa... kenapa budak2 ni duduk sini? Buat apa semua keliling jam ni?"

Nawfal tak jawab, tapi tersengih2 jek..

"Hahah.. ummi rasa macam tau jek.."

"Ha'ah.. nawfal yg letak binatang tu kat situ, supaya leha tak ambil jam tu.."

Lepas tu kami dua beranak ketawa dekah2.. hahahaha.. dah agak dah.. sebab adiknya takutkan binatang2 tu, dia letak semua keliling kotak jam tu supaya adiknya tak dapat ambil jamnya.. hahah.. cerdik punya anak ye!!

p/s: malam ni ucu keluar bawa nawfal pergi cari jam.. nawfal dapat kumpul rm100 dalam masa 2 minggu utk beli jam baru.. nanti2 la cerita pasal simpanan nawfal tu.. tak sabar nak tunggu abg nawfal balik bawa jam tangan baru.. ✌

Thursday, February 05, 2015

Sekarang..

Sekarang..
Saya berada di Atlanta.. berseorangan.. bekerja..

Sekarang..
Saya dah ada anak tiga.. tu.. baru saja saya update "birthday ticker" ke-3 kat atas tu.. :) Hero saya yang sulung dah mask 7 tahun, heroin kedua dah nak dekat 2 tahun umurnya, dan hero kecil saya pulak dah 7 bulan.

Sekarang..
Saya sedang rindukan anak3 saya.. saya rindu suami saya.. saya rindu mak abah adik2 anak2 saudara keluarga semua kawan2 saya.. tak sabar nak balik esok.. jumpa semua permata hati saya.

Sekarang..
Anak sulung saya dah masuk sekolah darjah 1 dah.. sekejapnya masa berlalu.. Rasa macam baru je tulis cerita dia masuk sekolah tadika.. And when was that? Two years ago...

Ohhh.. dah lama kan saya tak update blog saya ni. Last update May 2013? Biar betul!? Hahahah.. sendiri pon tak percaya. Tengok lah nanti, saya pelan2 mula menulis semula.. mula update blog semula.. lama sangat dah tak menulis.. sibuk tulis customer investigation report je... Hahahaha.. pembohong no kannnn..

Sebenarnya ada macam2 cerita saya nak tulis, nak kata tak sempat tak jugak. Tapi sebab banyak sibukkan perkara lain.. sampai terlupa hobi saya yang satu ni. Kadang2 bila dah log in baru mula nak tulis tiba2 jadi blurrrrrr... Hilang terus ideanya.. Kebanyakkannya dalam 2 tahun ni semua jadi draf semata2. Tulis separuh jalan saja. Macam mana nak publish kan? Hahahaha.. buat malu saja.

Ok lah nanti sambung cerita lagi ye..

Thursday, May 02, 2013

Ayam Masak Kicap Untuk Nawfal


Bahan-bahan
- ayam
- serbuk kunyit
- kentang, dihiris nipis dan digoreng
- kicap
- halia
- bawang putih
- bawang merah
- rempah tumis 5 beradik (kulit kayu manis, buah pekak, bunga cengkih, bunga lawang, lada sulah)
- lada kecik (nama formalnya cili api, kami je yg panggil lada kecik)
- limau sambal (limau kasturi la tu..)
- garam
- sedikit air panas

Cara-cara memasak
- perap ayam dengan kunyit & garam, goreng separuh masak
- hiris halia, bawang putih, bawang merah
- panaskan minyak masak, masukkan rempah tumis & bahan-bahan hiris
- tumis sampai naik bau
- masukkan kicap, sedikit air panas, perahkan limau kasturi, perasakan dengan sedikit garam
- masukkan ayam yg dah di goreng
- masak lah sampai kuah kicap meresap dalam daging ayam... masukkan kentang yang dah digoreng... last campakkan lada yg dihiris hujungnya.. siap!!! lada tu buat ada-ada je, bukannya nawfal makan pun lada tu...

haaa.... dah siap pun ayam masak kicap untuk nawfal. ni lauk yg nawfal mintak saya masak hari isnin lepas. untung semua barang dah ada kat rumah. tinggal campak-campak jek ke dalam kuali. tak sampai 15minit dah siap.. dah lapar sangat.. tu la.. kat rumah nenek sibuk main je, tak ingat nak makan langsung. bila balik rumah baru nak rasa lapar. nasib la maknya ni ada rajin sikit masa tu.. kalau tak turun semula pergi makan kat rumah nenek jek.. muahahahahaha....

Tuesday, April 09, 2013

seorang abang

Assalamualaikum..

Lama dah tak cerita pasal abang nawfal. Dah masuk 4 bulan abang sekolah. Alhamdulillah banyak dah kemajuan. Makin mudah diurus. Makin rajin buat kerja sekolah. Makin cerdik. Sekarang ni hobi abang ialah mengaji dan menghafaz doa2 harian. Dah banyak jugak la doa yang abang dah hafaz. Syukur sangat2 anak ummi terang hati mudah terima ilmu yang cikgunya ajar disekolah.

Kadang2 kat rumah waktu main2 tu mulutnya tak henti mengaji dan hafaz doa. Kadang bila tengok macam kelakar pun ada. Cuma ummi kena rajin la nak dengar dan betulkan sebutan dan tajwidnya. Maklum la budak2 belajarnya cara menghafaz kan....

Sejak ada adik ni ada jugak la sikit perubahan perangai si abang ni. Mula2 perasan waktu hari pertama balik ke rumah. Apa2 yang dia nak mesti dia minta dgn ummi, walaupun masa tu abah dia ada dan tengah tak buat apa2. Nampak macam saja nak tarik perhatian ummi. Kesian jugak kat dia. Dah la ummi tengah berpantang pergerakan terbatas, lepas tu sibuk uruskan adiknya pulak. Memang banyak kali jugak la terpaksa pass kat abah suruh layan abang.

Abahnya pulak masih belum berani lagi nak uruskan adiknya. Jadi abah kena la ambil alih melayan abang sepenuh masa. Dengan kerja2 rumah lagi.. masak untuk ummi lagi.. kesian abah. Berpantang kat rumah sendiri macam tu lah.. nasib baik abah cuti lama. Dapat la uruskan anak isteri sepenuh masa.

Sekarang ni kami 3 beranak dah pindah melepak rumah nenek pulak sebab abah dah naik kerja. Mummy dengan nenek pulak yang amik alih layan abang. Ummi pun dah sihat sikit. Dapat la siap2kan abang pagi2 pergi sekolah. Alhamdulillah..

Dengan leha pulak.. owhh.. abang ini sangat sayang adiknya. Maklum la.. dah bertahun2 mintak nak adik. Tak sabar2 nak suruh adiknya besar nak ajak main gusti. Hahaha.. sabar la bang. Gusti la dengan abah dulu. Nanti adik dah besar haa.. gusti la dengan adik tu. Tapi baik2 la sikit. Adik tu gegirl.. *wink*

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 bulan

Assalamualaikum..

Hari ni 9 April 2013.. sudah sebulan leha dilahirkan.. alhamdulillah.. leha sihat2 saja. Melalui tempoh sebulan dengan baiknya.

Owhh... nama sebenar leha pun dah didaftarkan. Nurul Nawra Safiyyah. Itulah nama diberi selepas ummi dengan abah mendapat persetujuan bersama.

Uihhh... ummi tak sabar nak tunggu habis berpantang. Lepas ni boleh la pergi meronggeng dengan leha.. hahaha..

Nanti sambung cerita lagi..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, March 18, 2013

kisah cik leha

Assalamualaikum..

Inilah cerita cik leha..

Selasa, 05 mac 2013

Ummi masih kerja. Belum ada tanda2 leha nak keluar. Cuma perut rasa tak selesa. Sakit bila leha gerak2.. sebab leha dah besar perut ummi pulak tak besar sangat. Jadi rasa penuh je. Bila leha gerak2 ummi rasa tak selesa. Pukul 10pg ada meeting. Masuk juga dalam meeting dgn perasaan tak selesa.

11 pagi.. errr.. memang dah rasa tak best sangat2. Duduk pon rasa tak selesa. Dah ada rasa sakit kat bawah perut. Tapi  sikit saja. Boleh tahan lagi kot. Keluar meeting pukul 12.30 terus rasa tak best. Nak jalan pon tak best. Tak jadi nak keluar makan dengan kawan2. Rasa nak balik rumah dah. Due pon 6 haribulan. Eh.. esok kan... Duduk depan laptop. Log in ke e-leave. Kawan2 yg lain semua dah pergi makan. Isi cuti emergency half day leave untuk 5 haribulan. Lepas tu isi maternity leave 2 bulan start 6 haribulan. Tak pe lah. Kali ni ambil cuti awal la. Sebab esok dah due date dah pon.  Karang email panjang2 dekat kawan2 berpesan2 pada semua yg akan ambil alih kerja ummi utk 2 bulan. Hantar email dekat bos. Setel semua kemas2 shutdown laptop bungkus masuk dalam beg kunci laci semua pergi clock out terus balik rumah.

Petang. Sakit dah hilang. Ok lega. Rehat2 je la kat rumah. Semalamnya masa last check up kat klinik desa misi ada pesan, kalau sampai 6 haribulan tak bersalin lg start 7 haribulan kena pergi check up jantung baby tiap2 hari sampai 10 haribulan. 11 pulak kena jumpa doktor kat kk gelang patah. Nanti doktor yg akan advise. Ok tak pe. Esok due. Mungkin baby memang nak keluar on time kot.. sabar lg..

Rabu, 06 mac 2013

Masih menunggu. Belum ada tanda2 baby mak keluar. Melepak saja di rumah. Rasa sakit dah ada sikit2 tapi sakit cuma datang dan pergi. Oh, belum lagi ni. Apa pon hati tetap risau. Kenapa belum lagi.. dah sampai due date ni. Risau sebenarnya. Walaupon misi dah bagi tempoh sampai 11 haribulan. Rasa macam.. ahhh.. tak bestnya. Sungguh. Penantian tu satu penyeksaan.

Khamis, 07 mac 2013

Pagi2 bangun pergi klinik. Check janyung baby. Alhamdulillah... normal. Balik rumah risau lg. Kenapa masih belum ada tanda2 baby nak keluar ni. Sakit masih datang dan pergi. Sabar saja di dalam hati. Ini namanya contraction tipu2. Sampai ke malam masih menunggu andai ada tanda2 itu. Masih tak ada.

Jumaat, 08 mac 2013

Bangun pagi ada spot merah. Hati berdebar2. Ini ke tandanya? Eh, tapi belum ada rasa sakit. Mungkin dah dekat. Lagi sekali pergi klinik check jantung baby. Masih tak ada rasa sakit yg betul2. Bagitau misi. Misi buay remark dalam buku merah. Blood show. Pesannya.. itu antara tanda2 dah makin hampir. Bila rasa sakit terus pergi hospital. Tak perlu tunggu sakit kuat. Lagipon dah overdue. Baikkk!! Tunggu lagi sampai malam.masih tak sakit2. Masih tidur dengan lena. Memang belum masa agaknya.. pujuk hati sendiri.

Sabtu, 09 mac

Bangun pagi dengan blood show sekali lagi. Pukul 9 pagi misi datang rumah chexk jantung baby. Normal alhamdulillah. Masa tu dah mula rasa sakit selang setengah jam. Tapi hati masih tak yakin. Ditinggalkan oleh misi dengan pesanan yg sama macam semalam. Baik misi. Dalam hati tetap nak tunggu rasa sakit yg betul2 meyakinkan.

Tengahari. Kami anak beranak tengah lepak2 kat rumah. Belum makan tengahari lagi. Tiba2 perut rasa sakit. Eh makin kerap sakitnya. Duduk termenung. Layan sakit sambil tegok jam. Selang 10 minit. Ok... hati rasa yakin. Sudah tiba masanya. Bangun. Ajak suami pergi makan kat simpang. Cakap kat dia perut lapar.. jom pergi makan kat simpang ciq.. lepas tu kita terus pergi hospital. Suami tak banyak cerita. Terus bangun siap2 angkat beg bawak masuk dalam kereta.

Sampai simpang tengok ikan keli sambal. Sedapnya. Ambil nasi ikan keli dgn pucuk ubi masak lemak. Sambil suap nawfal makan sambil layan sakit yg datang selang 5 minit. Tapi masih ditahan2kan. Tak cakap pon dgn suami. Takut die panik lagi. Macam yg dulu. Siap makan hantar nawfal pergi rumah mak. Bagitau mak kitorang nak pergi hospital. Mak kasi minum air. Lepas tu terus pergi hospital.

Sampai hospital pukul 3 lebih. Bawak ic buku merah dgn kain batik terus tuju bilik saringan. Sampai kaunter letak buku merah. Misi tanya kenapa datang. Bagitau misi keluar darah dan sakit selang 5 minit. Misi suruh tukar kain batik. Tak sampai 2 minit tunggu dah kena panggil masuk. Doktor cek bukaan. Doktor cakap jalan dah bukak 3cm lebih. Dekat 4. Doktor kata dia squeeze (apa tah tak paham..dia cakap kat nurse) sampai 4cm.

Sambil tu buat ctg. Lepas 1 minit doktor datang lg. Seluk lagi. Ok dah buka 4cm. Doktor suruh nurse call labour tanya bilik kosong. Misi kata ada kosong bilik no 10. Doktor kata dia nak pecahkan air ketuban lepas tu terus masuk labour room. Baiklah doktor. Tepat pukul 4 masuk labour room no 10.

Pasang ctg sambil layan contraction yg datang dan pergi tak sampai 5 minit sekali. Mata tak lepas jeling2 jam yg ada atas kepala. 1 jam berlalu. Masih belum sampai 10cm. 2 jam berlalu.. masih sakit2 sampai mengeliat. Misi masuk. Tgk ctg. Terus keluar panggil doktor. Doktor datang suruh mengiring. Doktor cakap graf jantung baby tak cantik. Dah tak nampak jam sebab kena mengiring ke kiri. Lepas tu dah tak layan apa2 pon sebab sibuk layan sakit. Doktor cek jalan. 8cm. Alih2 dengar doktor cakap2 dgn suami. Jantung baby. Tak cantik. Lemas. Heartbeat drop ke 110. Operate. Ceaser. Hahhhhh???? Mata terus segar sekejap.

Jangan. Jangan operate. Saya cuba teran. Ok. Saya cuba tapi tak boleh. Doktor bagitau nak bantu dengan vacuum. Ok. Apa2 je tapi jangan operate. Saya takut. Doktor masukkan vacuum. Suruh saya teran panjang2. Baikkkk... akhirnya tepat jam 1902 keluar la cik leha dengan bantuan vacuum. Alhamdulillah berjaya keluarkan leha dengan sokongan dari doktor bidan dam nurse yang sangat ramai dalam bilik no 10 tu. Terima kasih semua. Terima kasih suami yg sentiasa menunggu sepanjang menahan sakit sepanjang 3 jam itu. Love u till death..

Bila leha dah keluar alhamdulillah.. leganya rasa. Doktor letak leha atas perut. Leha dongak tengok muka saya. Saya bagi salam kat leha terus leha jerit2 nangis. Alhamdulillah...

Doktor angkat dan tunjuk leha dekat2 dengan saya. Alhamdulillah... saya dapat anak perempuan. Syukurnya. Dah ada sepasang.. doktor bawak leha keluar untuk bantuan oksigen sebab tadi leha hampir2 lemas di dalam perut. Suami bagitau tak sampai 10 minit dibantu oksigen leha dah sihat. Owhhhh...leha saja2 buat gempak.. buat2 lemas masa 8cm. Saje mahu dibantu dengan vacuum.

Apa2 pun saya syukur leha sihat. Tak banyak meragam. Tak banyak menangis. Hari ke 3 dah tanggal tali pusat. Tak ada kuning. Tak ada masalah menyusu badan. Rezeki susu untuk leha pon alhamdulillah... semoga Allah sentiasa berkati.

Gitulah cerita cik leha...

-JaNnAh-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, March 14, 2013

and the journey begins...

Alhamdulillah...rezeki untuk cik leha...pagi ni sesi mengepam selama 15 minit ummi dapat penuhkan botol ke 4 & ke 5.. semoga perjalanan penyusuan eksklusif untuk cik leha dipermudahkan Allah... insyaAllah..

-JaNnAh-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, March 11, 2013

aduh saleha...

Assalamualaikum... inilah kisah saleha...

Pada suatu malam...

Ummi : abg..nanti kalau adik abg baby girl kita nak bagi nama apa ye bang? Ermmm... nurul... nurul apa eh...
Nawfal : emmmm...ha ummi..nawfal tau...kita bagi dia nama nurul saleha..boleh ummi? Sedapkan nama nurul saleha..
Ummi : (macam nak tergelak, tapi tak baik kan?) Ermmm...sedap jugak nama saleha tu... (senyum simpul jek la ummi)

Maka dari kisah itulah asalnya nama saleha menjadi sebutan...dari rumah ke pejabat...semua orang dah tau kisah nama saleha... tapi... betul ke nak beri nama nurul saleha tu? Macam kehendak abangnya? Confuse ni.. semalam nenek cakap, letak la nama apa pun nak letak lepas tu hujung tu bubuh "@" saleha... hahhhh??? Kena macam tu ke? Tak mau la.. xpe la... xpayah macam tu... kekalkan saje nama saleha tu sebagai nama panggilan... nama sebenar??? Tungguuu....

Akan menyusul kisah kelahiran si leha ni pulak nanti ye... assalamualaikum..

-JaNnAh-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, January 07, 2013

Minggu ke Dua

Ok, minggu ni masuk minggu kedua persekolahan. Pagi2 tadi kejut Nawfal dalam pukul 6 lebih. Alhamdulillah senang je bangunnya, tak banyak karenah.

Bila di suruh bukak baju, terus buka lepas tu terus hantar kat dapur masukkan dalam washing machine... ei.. pandainya... sayang la Nawfal!!

Tapi tu la, bila masuk bilik air je dia terus tanya "ummi, kenapa hari ni tak cuti lagi ummi?" Hahahahahaha...

Dah mula rasa letih la tu nak bangun pagi2... Cakap kat Nawfal, "kan semalam dah cuti, 2 hari pulak tu. Cukup la.." Ingat dah ok, eh..menjawab lagi... "eh, bukan ke sekolah 2 hari cuti 5 hari?"

kah kah kah... okeh... suka2 hati kamu ye nak... Nak ditukarnya pulak.. Habis diterbalikkan... Ada ke cuti 5 hari sekolah 2 hari jek?? Tapi kalau cenggitu ummi pon suka jugak la, kerja 2 hari lepas tu cuti 5 hari!! Best gila!!

Nawfal... Nawfal... dah la.. ummi pon kena kerja jugak hari ni sebab ummi pon dah cuti 2 hari kan? Reasonable enough??? haaaa... lepas tu terus diam. Paling tak tahan, agaknya sambil nak sedapkan hati sendiri lepas siap mandi Nawfal cakap, "emmmm.. bestnya dah mandi, segar je rasa badan..." hahahaha hadoi... anak aku nih... rasa nak lempang2 je... mulut dia!!! ish...

Wednesday, January 02, 2013

hari pertama..

Hari ni hari pertama nawfal pergi sekolah..alhamdulillah..tak ada masalah nak kejut bangun pagi..bagus anak ummi...tapi tu la, bila dah siap mata mengantuk lagi. Sempat pulak dia landing sekejap kat sofa..hahahah kelakar la... tadi masa turunkan kat sekolah pun tak menangis... sesungguhnya memang tak ada hijab atas doa ibu untuk anaknya. Semoga anak ummi jadi anak bijak & soleh. Amin..

-JaNnAh-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sunday, December 09, 2012

turning 4

Happy 4th birthday my son...may you have a blessed journey ahead...

Published with Blogger-droid v2.0.9

Tuesday, November 13, 2012

Nawfal oh Nawfal

Ummi : nawfal, tolong ummi ambil hanger baju nawfal yang kosong. Ummi nak jemur baju nawfal ni ha..
Nawfal : ala.. asik nawfal je kena.. (sambil terus terduduk kat lantai)
Ummi : nawfal... tak boleh la malas2 macam ni, nawfal kan nak jadi abang dah.. mana boleh malas2..
Nawfal : alaaaa tapi nawfal malad sikit je
Ummi : ish malas tu memang tak boleh la.. banyak ke sikit ke, dua2 pon tak boleh
..
Nawfal : ye ke... (sambil bangun pergi ambil hanger kat dalam bilik dia)

Lepas beberapa saat... nawfal kembali dengan hanger di tangannya..

Nawfal : nah ummi.. ni hangernya.. nawfal ambil banyak2.. nanti kalau tak cukup nawfal boleh ambil lagi..
Ummi : ye lah... terima kasih nawfal.. nanti kalau tak cukup ummi bagitau nawfal ye...
Nawfal : terima kasih ummi...

Hihihi...sayangnya anak ummi...berbudi bahasa.. ini bukti perkara yang baik2 tu sangat mudah untuk ditunjuk ajar pada kanak2.. so, ibu bapa... jangan mudah putus asa untuk mendidik anak2 dengan sikap yang baik... sekian, pesanan khidmat masyarakat.

-JaNnAh-


Friday, October 26, 2012

on the little BABY

source: baby-gaga.com
Alhamdulillah... masuk minggu ke-21, dah melepasi separuh perjalanan. syukur kali ini saya diberi kesihatan yang sempurna.. semoga perjalanan seterusnya penuh berkat.... aminnn...

-JaNnAh-

chef JR

chef JR tgh tumbuk bawang
hahahaha.. anak siapa la ni, gaya macam kena dera aje... oppp.... ooppp.. jangan salah sangka ye, saya tak pernah dera anak tau, tapi ni anak saya yang tersangat soleh ni memang sangat lah rajinnya menolong umminya kat dapur.. lagi pun dia juga yang suka nak mintak umminya masakkan nasi goreng... hahahaha... elok sangat la kan ummi train dia buat kerja2 rumah...

lagi pun abahnya pun memang pandai masak... sudah sepatutnya anak terunanya mengikut jejak langkah abahnya. hari isnin tu saya balik kerja lambat sikit, sampai rumah tanya dengan nawfal, dia dah makan ke belum, ada ke dia cakap dia tak makan sebab abah tak masak....??? nawfal.. nawfal.. memandai2 je dia... bapaknya dah jeling2 kat dia.. hahahahaha...

lepas tu dia bodek saya mintak masakkan dia nasi goreng sebab dia cakap dia lapar, amboi..... pandai je dia kan... lepas maghrib saya pun ajak la dia ke dapur, sebab sebelum tu dia dengan rela hati cakap nak tolong saya nasak kan??? hahahahaha... saya pun apa lagi, ambil la kesempatan di atas kerajinan anak saya yang melampau tu...

tengok dalam rice cooker ada lagi belen nasi siang td (hep!! siapa kata abah tak masak???) haaaa.. terlanjur nasi ada lagi, tu la saya kasi dia bawang putih, halia dan bawang merah, mintak dia tolong tumbukkan rencah nak masak nasi goreng, sambil2 tu saya siapkan ayam goreng dengan ikan bilis goreng untuk dia, amboi....... siap masak dua beranak tu berebut2 makan, macam sedap sangat la nasi goreng saya tu kan.... vangga mak!!! ke memang betul lapar sebab siang tu tak makan???? wallahu'alam... tak tahu la pulak saya... kot la kan, tinggal berdua beranak kat rumah (tanpa saya) dua2 tak selera makan.... kah kah kah... apakah statement??? motip sebenar? anak saya memang dah besar, dah boleh diharap sangat... dah boleh tolong saya masak!!! terharunya...... syukurrrrr..... alhamdulillahhh...

-JaNnah-

Wednesday, October 17, 2012

rezeki pembawa budak

alhamdulillah.. bertuah betul nasib badan sejak jadi pembawa budak dalam perut nih, pagi tadi around 7.30am waktu saya baru saja sampai kat ofis, bos saya call. hehehehe... tanya saya masuk ofis tak hari ni. ingatkan kenapa... rupa2nya nak bawakan saya lauk udang galah masak lemak.... wowwww.... love u lah bos!!

memang terbaik bos saya nih, sebabnya hari tu masa dia tempah udang galah dengan ofismet saya, saya ternampaklah, maka saya pon mengecek mintak barang seekor dua... tapi dia tak bagi.. rupa2nya dia dah berniat nak bagi saya udang yang dah siap dimasak. tinggal ngap sajo!!!

suka lah macam ni.... ni yang rasa macam nak bawa budak setiap masa ni hahahahahah....

ha, tak sempat la nak snap gambar lauk udang galah juadah makan tengahari saya tadi. dah selamat masuk ke dalam perut... erkkkkk... alhamdulillah... tak adalah terbayang2 udang galah lagi...yuhhhuuuuuuuuuu....

cuti yang bermanfaat

khamis lepas, 11 Oct saya ambil cuti satu hari.. alhamdulillah.. setel dua perkara hari tu.. lega rasanya... urusan pertama, pergi buat buku merah. heheh.. lambat bukak buku... dah masuk minggu 19 dah pon... alhamdulillah.. sihat2 saje ummi & baby...
buku merah baru saya!
 lepas setelkan buku merah, terus pergi kedai gambar. bawak nawfal pergi ambil gambar saiz passport. bukan nak buat passport pon....
borang sekolah tadika nawfal..
tapi nak tempelkan dekat borang sekolah tadika nawfal... bukan main excited lagi nawfal bangun pagi2, siap mandi (alhamdulillah... tak ada nangis2 pon), pakai baju cantik sebab nak kena bergambar. tapi bab nak bergambar tu pulak, hadoi.... sampai 4 kali shot. nasib la shot yang last tu boleh dipakai... kira ok la tu... sampai maknya sibuk jadi pengarah fotografi tau tak???? hahahahaha... anak aku, mak ai..pemalunya mengalahkan maknya....

siap gambarnya, fotostat surat beranak die, terus pergi sekolah tadika kemas tiram duku, jumpa cikgu laila kat sekolah pergi hantar borang. suka betul nawfal bila sampai kat sekolah, tengok budak2 tengah belajar, duduk ramai2 dalam kelas.. tapi pergi pon sekejap saja, cuma hantar borang. moga tahun depan senang la nak uruskan nawfal pagi2... sekarangni pon dah start train nawfal bangun pagi2 dan mandi... pagi tadi sepatutnya dia tak payah bangun pagi sebab abah dia ada kat rumah, tapi bila saya bangun, kata nak pergi mandi dia pon bangun cakap nak mandi dengan saya, alamak... baik betul la anak ummi sorang nih!!! lepas siap pakai baju, dia tengok abah dia tengah baring kat sofa sambil tutup mata, eh boleh pulak dia ugut abah dia, dia cakap "abah, kalau abah tido nawfal pergi rumah nenek, kalau abah dah bangun nawfal duduk rumah dengan abah."

ahahahahahaha.... berebut abah dia bangun, terus pergi bilik air... aduhhhh.. dah pandai ugut2 pulak nih, bahaya nih... tengok la lepas ni apa pulak karenah dia nanti bila dah sekolah... nawfal.. nawfal..

Monday, October 01, 2012

RV for Breakfast!!


erkkk... alhamdulillah... dah kenyang sarapan sepotong RV yang dibawa ke ofis oleh Kak Ina, minggu lepas kak ina cuti seminggu, sekali naik kerja balik bawa sebuku RV, berbaloi2... sedap pulak tu... kalau nak tempah pon boleh ni rasanya....

thanks ye Kak Ina, lain kali boleh buat lg..

-JaNnAh-

Thursday, September 27, 2012

timbul.. tenggelam.. timbul lagi.. tenggelam lagi..

hahaha... itu lah saya... entah bila last sekali saya mem'publish' sesuatu di blog ini. dah banyak kali dah, buka blog, nak taip... taip dua tiga patah perkataan, lepas tu padam... lepas tu taip lagi... lepas tu padam semula... last sekali log out terus.. kah kah kah...

terus tak jadi tulis.. apa daaa... nak kata bz, macam 'cliche' sangat bunyinya. yang sebenarnya, ni semua si 'facebook' punya pasal la... asyik update dalam facebook saja... langsung malas nak update blog... kesian blog saya ni ha... eh, ada ke orang datang jengah lagi ni? ok lah, malas la nak merepek panjang2.. mari saya kasi update sikit2... ok, last update bln April ye?? hmmmm...

mei 2012 - saya join geng baru di tempat kerja, buat kerja2 yang baru, kena belajar benda2 yang baru, jadi memang betul la saya 'bz' sikit, lagi pun awal mei hari tu sibuk uruskan suami saya yang baru 'transfer' dari sibu ke simpang renggam.. tiap minggu ulang-alik dari gelang patah ke simpang renggam.. letih la juga.. lepas tu cuti sakit seminggu lebih pulak tu.... tu pasal la tak sempat tulis blog.

jun 2012 - saya masih 'bz' (sangat!!!!) dengan kerja baru saya, susah juga nak 'fine tune'. letih la... dengan report yang berlambak nak kena buat, meeting sana sini... ditambah pula dah jadi surirumah sepenuh masa ni, hahahahaha.. (sebelum ni kan saya macam orang bujang, banyak masa lapang...) dah la sibuk dengan kerja baru, rajin pulak tawar diri jadi 'committee' Annual Dinner tempat kerja saya... hadoi... apasal la saya rajin sangat tahun ni???

jul 2012 - masih meeting sana sini, ncr meeting, annual dinner meeting, complaint meeting.. macam2 la, masa saya buat kerja2 document control dulu tak ada pula meeting banyak2 macam ni.. hahahah... baru tau, bila join team complaint banyak pula meeting nak kena join. nyesal ke cik kak??? eh, tak lah... hahahahah lepas tu pertengahan jul ada annual dinner, alhamdulillah...selesai dengan jayanya... bangga sangat tu tidak la, tapi yang penting, apa yang diamanahkan, sudah saya selesaikan... fuhhhh.. leganya... elok beberapa hari selepas annual dinner, puasa pun bermula... alhamdulillah.. dapat lagi tahun ni berjumpa ramadhan tercinta...

gambar ni cerita utk Aug 2012.. nanti kita sambung ya...
-JaNnAh-

Friday, April 13, 2012

On NAWFAL

Itu gambar nawfal di rumah opahnya di klang. Kami sekarang berada di klang. Balik kg rumah opah nawfal. Terakhir balik sini bulan nov yang lepas masa kenduri kahwin pak uda nawfal. Alhamdulillah, sejak abah nawfal dah transfer ke semenanjung ni dapatlah tambah kekerapan menziarah opah nawfal kat klang ni. Kasihan nawfal, sebelum ni jarang-jarang sangat dapat blk klang jumpa opahnya. Kalau balik pun tunggu abahnya balik dari sibu. Lepas ni boleh la nawfal selalu jumpa opah.


Alhamdulillah... dah besar dah anak bujang saya yang seorang ni. Bulan 8 disember lalu genap umurnya 3 tahun. Perkembangan yang paling membanggakan saya sebagai ibunya bila Nawfal sendiri mahu buang pampersnya, tak mahu pakai pampers lagi. Nawfal dah besar katanya. Jadi sekarang ni siang-siang hari memang dah tak pakai pampers lagi. Dah andai pergi bilik air bila nak buang air. Betul la kata kawan saya, anak-anak ini perkembangannya berbeza-beza. Ingat lagi sewaktu nawfal mula bercakap saya dah mula pasang angan-angan. Wahhhh, lepas ni boleh la ajar nawfal buang air kat bilik air, tak payah pakai pampers.


Susah payah mak saya nak latih nawfal tak pakai pampers. Beberapa kali juga terlepas buang air kat ruang tamu. Bukan setakat yg kecil, yang besar pun ada juga beberapa kali. Hahahahahah... terima kasih mak sebab banyak bantubsaya mendidik nawfal. Masa saya yang ada dengan nawfal cuma dalam lebih kurang 14 jam saja sehari. Selebihnya nawfal dengan neneknya. Alhamdulillah... nawfal mudah di ajar, apa yang di ajar mudah juga diingat. Semoga kekal begitu hendaknya. Sekarang ni, nawfal dah hafal doa makan dan doa nak tidur dengan lancar. Cuma kadang-kadang bila dia bad mood tu, susah juga nak suruh baca doa. Saya tengok anak saya ni macam banyak mengikut perangai saya. Perasaannya sensitif, mudah tersentuh. Kalau marah dia, tak payah cakap kuat-kuat pun. Kadang-kadang saya bebelkan sikit pun dia dah terasa, lepas tu mulalah nak menangis. Fuhhh, kalau dah menangis tu amboi.... buruk betul. Itu je yang saya tak tahan. Mudah sangat menangis. Bila nak buat sesuatu, tapi tak boleh mulalah nak menangis. Hahahahaha.... mak dengan abah saya cakap, saya tak boleh marah-marah dia, sebab saya dulu masa kecil-kecil pun macam nawfal juga. Sama saja, mak dengan anaknya.


Kadang-kadang menyesal juga bila berperangai tak elok depan anak. Mak saya la yang paling suka mengenakan saya. Katanya "ha, tengok tu, macam mana la nawfal tu tak jadi orang kuat meradang, radang maknya lagi teruk." Hahahaha... terkena saya. Tapi syukur juga anak saya ni sebenarnya anak yang mendengar kata. Cuma agaknya kadang-kadang tu dia saja je nak menduga kesabaran saya. Sabar je lah. Dugaan membesarkan anak, bukan mudah. Baru saya tau. Macam mana lah agaknya kaedah mak saya mengadap karenah kami lima beradik masa kecil-kecil dulu. Saya yang baru ada seorang nawfal pun kadang-kadang boleh hilang sabar.... haaaaa.... tengok, baru je saya cakap. Sinawfal dah menangis-nangis disakat abahnya. Sudahnya nanti cari ummi juga. Hehehe... ok lah, biar lah saya pergi menguruskan anak saya dulu. Nanti-nanti sambung cerita lagi.


Published with Blogger-droid v2.0.4