Friday, April 22, 2011

Peristiwa Malam Jumaat

Malam tadi, lepas magrib lepak ramai² dpn tv. abah masih solat kat bilik. mak pulak sibuk gaul nasi dengan kuah sardin nk kasi kucing makan kat dapur. siap gaul nasi mak bukak pintu dapur panggil kucing², nak bagi makan..

datang la kucing tu sekor². mak kucing yg duduk kat kantin sekolah pon ada. terloncat² suke sbb nak dpt makanan. sedang mak kucing terlompat² tiba² kena sambar dgn bayang² itam (itu yg mak aku cakap la, sbb masa tu x tau benda apa yg menyambarnya..). bila bukak lampu kat dpn pintu dapur tu nampak mak kucing kena belit ngan sekor ular.. besar gilerrr!!! terus mak aku jerit². satu rumah kecoh. abah baru siap bagi salam, doa pendek² kejap pastu terus bangun keluar gi belakang rumah cari parang panjang. adik dengan alim dah berlari² keluar, bawak lampu picit.

masa tu aku tengok ekor kucing tu masoh gerak² lagi. abah tebak ular dengan parang, tapi ular tu tetap tak lepaskan mak kucing. alim lari pegi belakang amik perejang dengan cangkul. abis ditetak, ditebak, dicangkul, ular tu tetap belit mak kucing. makin kuat! lepas tu agaknya ular tu dah tak kuasa nak layan org dok pukul² dia, dia lepaskan mak kucing dan lari masuk dalam kalbat kat tepi parit. bila diangkat mak kucing tu dah tak bernyawa. abah cakap tak boleh lepaskan ular tu, kena bunuh jugak. sebab resam ular kalau die dah dicederakan dan lepas, ada kemungkinan die akan datang semula dah jadi lebih ganas! sort of balas dendam la kan.. bahaya woo..

so, nak tah nak, kena perambat jugak ular tu sampai dapat. abah amik petrol dalam tong, curah kat air mengalir dalam parit lepas tu hidupkan api. haaa, hambik ko!!! api sampai menjilat pokok pisang... abis terbakar.. bila dah kepanasan baru ular tu keluar dari persembunyiannya. jenuh jugak la nak bagi die keluar dari dlm parit tu.. sampai dua tong besar minyak habis abah kerjakan. sampai berasap². mabuk aku dibuatnya. ah ya, masa tu aku dah keluar la kan, menyumbang tenaga. tak cukup korum la katakan. tapi aku jadi tukang suluh jek la.. hahahahhaa... tak sanggup mengambil risiko.. abah pulak syok main api jek, jadi tukang bakar. yang ajdi hero alim dengan adik aku, farhan la. sorang pegang parang, sorang lagi pegang perejang. standby kat the other end of the kalbat...

eh, ular tu degil jugak, tak mau keluar. sudahnya, adik kait pakai galah buluh. elok adik tarik ular tu keluar alim dah sedia nak tebak dengan perejang. sekali hentak lekat kat leher (kot) ular tu. bila dah confirm ular tu tak boleh lari, adk amik alih pegang perejang, alim terus lari amik tali, buat tarik ular naik atas.


usaha mengheret ular yg sangat la beratnya...


process memancung ualr oleh adik aku..




diheretnya ular tu kat tempat berumput. end of story, adik jadi hero memancung ular sawa sebesar betis abah aku tu. euwwwwwwwwwww.. darah banyak.. geli woo.. adik siap potong kepala ular tu bagi putus, lepas tu terus campak kat parit. habis cerita..

begitulah kisah di malam jumaat...

2 comments:

[leily.laily] said...

perghhh.. ular sawa tu..
eee, kalo saya lesap barat la cabut lari.. ekekek, mmg geli betul ngan ulo.. pernah satu ketika, ular tedung masuk area dapur, ai terus tepon bomba.. asben nk pukul, tp x kasi.. takuttt die lak yg kena..
caya la hero!!!

JaNnAh said...

ha'ah.. ular sawa, besar giler.. takut tu takut la jugak, tp kalu iar die lari takut nnti die dtg lg, risau la.. sbb budak² kadang² main kt luar... bahaya kan..