Monday, February 08, 2010

Kalau Dah Tekak Soya

Jumaat malam, saya terpaksa terpaksa juga menggoncang susu tin untuk anak teruna saya. Kerana malam itu dia tidak mahu minum susu cap gantungnya. Saya pun tak tahulah kenapa.. Memang perangainya macam itu. Kadang² dia tak mahu susu tin di dalam botol sampaikan dia tega membaling botol susunya yang penuh berisi susu. Kadang² bila bangun tgh malam, saya suakan susu cap gantung padanya, tapi dia menolak sambil menangis² tunjuk botol susunya pada saya.. Alahai, anak.. Anak.. Cerewet sungguh..

Demi anak, ku gagahkan diri, berjalan di dalam gelap, ke dapur menggoncang susu botolnya. Itulah yg terjadi di malam sabtu yg lalu.. Saya terpaksa bangun menggoncang susu di tgh malam kerana si anak meraung² tak mahukan susu cap gantungnya. Aduhh.. bila dicedok, susu di dalam tin cukup² saja untuk membancuh sebanyak 8ml. Tak pe lah, esoknya memang nak keluar pun kan.. Boleh pergi beli susu sekali. Minggu lepas beli susu 2 tin, tertinggal pulak dua² kat rumah mak.. Bila dihulur botol susu pada dia, barulah dia diam.. Akhirnya dapatlah saya tidur dengan tenang setelah anak saya menyumbat mulutnya dengan puting tiruan tu.. Huhh!!

Keesokkan paginya, saya bersemangat bangun nak kemas rumah. Waktu itu, si anak teruna masih belum membuka mata dan mulutnya lagi. Sedang saya sibuk di dapur, tiba² dengar suara anak saya dr bilik tidur utama, owh, dah terjaga dia.. Saya jengah ke dalam bilik, anak teruna sedang cuba turun dr katil.. Selalunya, pagi² gini, anak saya mesti nak pekena susu tin sebotol. Barulah dia boleh membawa diri sendir, bermain² dengan tenang & tidak bergayut² di baju saya sambuil merengek². Bila bukak tin susu.. Alamak!!! Susu dah habis la.. Macam mana lah saya boleh lupa, malam td kan saya dah buat susu utk anak saya. Saya terlupa nak mencampakkan tin tu ke dalam tong sampah. Tu lah pasal, ingatkan masih ada lg susu dalam tin tu.

Alamak, macam mana ni.. Anak saya dah mula bunyikan sirennya.. Ah, saya pun angkat anak saya, bawak masuk dalam bilik, konon² nak cuba pujuk dia dengan susu cap gantungnya. Bila dah selak si anak lari pulak, turun dr katil terus keluar dr bilik. Ambil botol susunya & hulur pada saya.. Eiii.. Susu dah habis la Nawfal.. Hahahaha.. Padan muka saya.. Tulah, semalam tak rajin nak angkut susu setin dr rumah mak saya.. Macam mana nih..

Saya bancuh milo... Tuang sedikit ke dalam botol susunya. Saya kasi pada anak saya. Sambil buat muka pelik, dia ambil botol susu, belek² lepas tu terus campak kat lantai.. haaa.. memang cari pasal ni.. Pantas saja tangan saya mencubit jemari halus dia. Kan dah kena.. Sudahnya, makin panjang rajuk anak saya.. Siap lari dan sembunyi bawah meja makan.. Sambil garu² kepala yg sebenarnya tak gatal saya buka peti sejuk.

Ada sebotol susu strawberi yg pakngah kasi dia semalam. Saya curah dalam cawan sedut dia. Bila dihulur pada dia, dia cuma gelang kepala.. Huh!! Tak mahu yek? Saya buka peti sejuk lagi sekali, nampak ada sekotak air soya.. Saya ambil, goncang².. Hmmm.. Ada lah tinggal sikit, tak sampai separuh pun. Saya ambil botol susu anak saya, saya curah milo tu ke dalam cawan, dan saya tukar isinya dengan air soya yg sejuk. Hah! Siap berpeluh botol susu tu..

Saya hulur pada Nawfal, ingatkan dia tak mahu. Eh, bila tengok isi dalam botol tu kaler putih dia terus capai botol susunya. Minum juga, tapi sambil buat muka pelik.. Terfikir² agaknya.. Kenapa susu dia sejuk & botolnya basah.. Hai anak sorilah.. Susu dah habis sayang.. Minumlah air soya tu dulu yek.. Nasib baik dia nak jugak minum air soya tu.. Agaknya sebab rasa soya tu sama macam rasa susu dia kot.. Hahahaha.. Aman lah juga dr jerit pekik dia pagi² tu.. Lepas siap kemas rumah, cuci baju, cuci pinggan, saya bawa anak saya keluar pergi beli susu. Sebelum ke kedai, singgah dulu rumah mak, buat susu untuk Nawfal.. Dalam kereta macam org berbulan² tak jumpa susu.. Sedut puting tu sampai berbunyi².. Hadoi lah hai..

Gitulah kalau time dia hendakkan susu soya dia tu... Kasi susu yg lain dia tak mau! Susu cap gantung pun tak laku!!! Sedap sangat susu soya tu agaknya?? Bila saya kasi susu lembu dia macam nak termuntah pulak..

2 comments:

Mama_Aqish said...

hu...hu...tekak bebudak ni kalo dah sedap haq tu nak yang tu je tak mau tukar langsung dah....kelako plak baca citer ni

JaNnAh said...

tu lah.. yg geram tu, ikut suka dia jek baling² benda kalau x berkenan.. haish..