Tuesday, February 09, 2010

Pembunuh Yang Senyap

Wahh.. Semenjak dua menjak ni saya tersangat concern dengan masalah kegemukan.. Bukan apa, lepas baca satu pamplet pasal obesiti ni, terus saya jadi takut. Saya kena kurus jugak, kalau bukan sebab nak cantik, saya perlu kurus sebab nak sihat.. chewahhhhhhhhh!!!

Semalam saya bawa anak saya ke klinik sebab dia kena bisul lagi. Kali ni bukan satu, tapi banyak. Di kepala & belakang badan. Ada tumbuh bintik kecil² dan dalamnya ada nanah. Tp doktor kata itu bukan bisul, itu adalah jangkitan kuman. Kesian Nawfal.. Sakit² badannya. Nasib lah malam td lepas makan ubat dia boleh tidur lena (dan uminya juga boleh tidur lena). Sambil² menunggu ubat saya ambil satu pamplet dr atas kaunter pendaftaran tu. Tulis kat situ "Obesiti membawa kepada hepar berlemak.." aaaaa.. Apa tu??

Saya pun baca lagi.. Owh, Rupa²nya 'hati berlemak'.

Apa kaitan hati dengan lemak? Gini, hati tu adalah organ terbesar dalam badan kita yg bertanggungjawab utk banyak fungsi, dan penting juga utk proses pemecahan dan metabolisma lemak. Haaaa.. Gitu..

Hati yg berlemak pula adalah pengumpulan lemak dalam hati. Dikatakan, keadaan itu sebenarnya tidaklah membawa bahaya kepada kita. Tapi, dalam sesetengah kejadian, hati berlemak ni boleh membawa kepada inflamasi hati yg menyebabkan hati berparut dan menjadi keras. Dan parut yg banyak pula boleh menyebabkan Cirrhosis, suatu keadaan yg berpotensi utk mengancam nyawa. Penyakit hati berlemak paling kerap berlaku di negara maju, di mana gaya hidup kurang aktif, pengambilan makanan yg berkalori, gula & lemak yg tinggi yg menyebabkan obesiti. aaaa... Dah cuak dah saya ni..

Oleh kerana hati memainkan peranan penting dlm proses pemecahan lemak, apabila berlaku gangguan terhadap proses ini, maka ia akan menyebabkan lemak berkumpul di dalam hati. Lemak ini juga mungkin datang dr bahagian lain dalam tubuh badan kita, atau hati itu sendiri menyerap jumlah lemak yg tinggi daripada usus.

Dikatakan tak ada tanda² luaran yg memungkinkan kita menghidapi hati berlemak, tapi kita mungkin akan berasa lesu, dedar, rasa sakit yg tak berapa nak kuat di bahgian kanan atas abdomen yg mungkin merupakan tanda hati bengkak. Kita juga mungkin akan hilang selera makan, turun berat badan, rasa loya, lemah & kulit serta merta menjadi kuning.

Emmm.. saya selera makan jek, berat naik, tak turun² pun.. ermmm..

Tak pasti kan? Jadi kalau mengalami tanda yg seumpama di atas tu, dinasihatkan buat Ujian Fungsi Hati (LiverFunction Test - LFT).

Rawatan untuk hati berlemak?? Satu saja rawatannya iaitu gaya hidup, yg melibatkan penurunan berat badan, senaman, pemakanan yg sihat & pengambilan suplemen yg mengandungi 'Phospholipids' iaitu komponen penting utk membantu pertumbuhan hati. Apa² pun silalah rujuk doktor ye.

Ini cuma sedikit maklumat yg saya dapat dr pamplet yg saya baca. Apa² pun pamplet tu bagaikan memberi saya satu semangat utk kurusmenurunkan berat badan.. Saya ada program jogging hujung minggu ini di taman rekreasi di Mutiara Rini. Nak join saya?? Marilah..

Yang mahu kurus untuk sihat,

2 comments:

♥Hernee Nazir♥ said...

jom jogging smbil bekal nasi lemak n teh tarik..hehehe

JaNnAh said...

hahahaha.. hancusss!!