Monday, January 11, 2010

Hari Pertama Berdua (Sahaja)

Kira² jam 9.26 pagi...

Selepas cinta hati saya pulang dr menghantar saya ke tempat kerja, saya menelefon dia, tp tiada jawapan. Kemudian saya telefon pula ibu saya:


"mak, udin ada kat situ x?"

"tak ada, dah balik. kenapa?"

"tak de pape.. org tipon dia x jawab pon.. ha, macam mana td? nak tak Nawfal balik dengan abahnya?"

Untuk menghantar saya ke tempat kerja, nawfal perlulah ditinggalkan sebentar di rumah ibu saya, kerana tidak dibenarkan membawa kanak² masuk ke kawasan tempat kerja saya.

"mula² memang dia tak nak, last² mak temankan sampai dlm kereta, mak dukung dia, masukkan ke dalam kereta, lepas tu abahnya terus jalan balik rumah"

"owh.. ok, habis, dia tak nangis ke?"

"entah lah.. masa mak masukkan tu dia diam aje.."

Jam 11.30 pg saya telefon lagi si cinta hati saya..

"hello, abg pegi mana td? tipon x jawab pon.."

"baru blk ni, td x dengar bunyi tipon.."

"pegi mane.."

"td, balik dr rumah mak abg bawak nawfal pegi main² kat taman CIQ.."

"owh.. abis, cam mane dia? ok ke?"

"ok jek.. suka² main kt tmn.. ni dah penat, baru blk.."

"dgn x mandi tu, pegi main kat taman? nnti mandikan dia tak payah jirus kepala eh, dia selsema tu.." (saya sangat risau okeh...)

"ha, ok.. k, abg nk naik atas ni.."

"k, bye.."

Jam 1.30 ptg, saya call lagi si cinta hati..

"abg, buat apa tu..."

"ni abg tgh suap nawfal makan.."

"abg dah masak? abg masak ape..?"

"abg masak sup ayam utk dia.."

"banyak tak dia makan?"

"boleh lah.. dia macam x berapa selera lah.."

"td dia ok x?"

"ok jek, blk dr taman td, abg mandikan, buatkan susu, pastu ajak baring² sampai dia tertidur.."

"hmm.. ok lah tu.. dah elok la tu agaknya.. mula² jek rase pelik tu.. lama² ok lah.."

"ye lah tu.. k, bye"

Tamatlah kisah Nawfal dan abah di hari pertama tinggal berduaan di rumah.. Sekejap lagi pasti cinta hati dtg menjemput saya.. Tak sabar nak jumpa cinta hati & buah hati pengarang jantung saya.. hihihihi.. :p

5 comments:

OneSue said...

memang terasa macam2 nak pk ..bila ayahnyer jaga anak..sama la ngan saya...heheh

l i e y n said...

pandai abah nawfal jaga nawfal...dad will always be dad...

JaNnAh said...

sujaihah,
sbb abahnya tu kan jarang² dpt jg dia, tu yg maknya risau..

lieyn,
puas tu umi bg tutorial kat abah, cam mane nak bodek anaknya.. hahaha..

Hernee Nazir said...

akhirnye..nawfal rebah gak kt tgn abh die..hehehe

noniey said...

insyaallah, dia mesti cepat ngam.. sebab tu ayah dia.. tapi sedih jugak kan.. nasib baik ok..