Friday, January 29, 2010
Saya Kembali!
Terkini, sudah hampir sebulan kami berpindah ke rumah baru.. Tak ada apa² yg menarik sgt utk diceritakan.. Berkemas juga masih belum siap.. Sekali lagi, akibat kemalasan juga.. Lagi pun, tak ada yg nak dikemaskan sgt.. hahahaha.. Alasan.. Baik punya.. Housewarming pun belum buat.. Nantilah.. Rumah tak siap kemas, cam mana nak buat kenduri kan? kan? kan? hehehe..
Dan, owh.. Cinta hati saya juga telah selamat pulang ke Sibu, hari isnin yg lalu.. Dua minggu menghabiskan "Quality Time" dgn isteri & anak.. Alhamdulillah, Sejak hari itu, anak saya semakin 'lekat' dgn abahnya.. Cuma kalau waktu uminya ada bersama dia lbh memilih umi (saya bangga!! hahahah), kadang² sampaikan saya terpaksa bertindak kejam dgn tidak mempedulikan dia. Bila saya dah buat senyap jek, tak bagi respon nanti pandailah dia cari abahnya pulak. Dan, alhamdulillah juga, abahnya faham..
Saya perhatikan abahnya semakin pandai melayan anaknya, dah faham apa yg anaknya mahukan, faham juga rentak tangisan si anak. Yg buat saya terkilan, tatkala mereka sudah serasi bersama, abahnya pula terpaksa pergi, tinggalkan anak utk berbakti kepada negara. Dah itu tanggungjawab dia, kan.. Redha saja.. Apa lagi yg saya boleh buat?
Tentang anak saya, minggu ini anak saya sgt baik. Saya sayang anak saya. Agaknya dia sudah faham dengan rutin baru kami. Bangun pagi² umi akan hantar ke rumah nenek, bila petang tak boleh duduk di rumah nenek, mesti pulang ke rumah, ikut umi. Alhamdulillah juga.. Anak saya tak meragam dah di rumah baru kami, macam masa mula² pindah dulu. Bila saya sibuk di rumah, dia pandai main sendiri. Bila dilihat uminya dah duduk² rileks, baru dia datang, memeluk umi, nak manja² lah tu.. Itu lah, berkat segala pesanan yg selalu saya berikan pada anak saya. Mak saya selalu cakap, "jangan ingat budak kecil tak faham apa yg kita cakapkan dengan dia, dia faham, cuma kadang² dia tak bagi respon macam yg kita harapkan.."
Betul cakap mak. Sekarang Nawfal dah faham apa yg saya cakapkan dengan dia. Bila saya panggil dah pandai menyahut, bila saya tanya "betul kan?", nanti dia senyum².. hihi..
Ok lah, itu saja yg sempat saya ceritakan, nak pergi buat kerja pulak.
Tuesday, January 19, 2010
Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat (16/1 - 24/1)
Saya pon nak join jugak...
"Dengan ini, saya/I/aku (potong mana yg tak berkenan) nak join Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat yang CY4.0 buat kat blog dia.
Tak payah create slogan. Tak payah perah otak nak buat karangan. Tak payah jadi follower pun.
Simple & easy mcm alif ba ta kaedahnya.."
More about this lucky draw:
Okeh.. sekian saje..
Wednesday, January 13, 2010
Hari Merah Kenny Rogers
Sebab nak dapatkan free quarter meal kat KR.. aww.. semangatnya..
Dengan Bos sekali kami hasut soh pakai baju merah.. hahahaha.. bos terpedaya..
Sudahnya, masuk ofis lambat sket lepas lunch td, sebab gi lunch jauh ke AEON Bkt Indah.. hahahahaha... Nasib baik ajak bos sekali td..
Tak de ler terasa berdosa bila sampai ofis dekat² pukul 2 td..
*wink*
Monday, January 11, 2010
Hari Pertama Berdua (Sahaja)
Selepas cinta hati saya pulang dr menghantar saya ke tempat kerja, saya menelefon dia, tp tiada jawapan. Kemudian saya telefon pula ibu saya:
"mak, udin ada kat situ x?"
"tak ada, dah balik. kenapa?"
"tak de pape.. org tipon dia x jawab pon.. ha, macam mana td? nak tak Nawfal balik dengan abahnya?"
Untuk menghantar saya ke tempat kerja, nawfal perlulah ditinggalkan sebentar di rumah ibu saya, kerana tidak dibenarkan membawa kanak² masuk ke kawasan tempat kerja saya.
"mula² memang dia tak nak, last² mak temankan sampai dlm kereta, mak dukung dia, masukkan ke dalam kereta, lepas tu abahnya terus jalan balik rumah"
"owh.. ok, habis, dia tak nangis ke?"
"entah lah.. masa mak masukkan tu dia diam aje.."
Jam 11.30 pg saya telefon lagi si cinta hati saya..
"hello, abg pegi mana td? tipon x jawab pon.."
"baru blk ni, td x dengar bunyi tipon.."
"pegi mane.."
"td, balik dr rumah mak abg bawak nawfal pegi main² kat taman CIQ.."
"owh.. abis, cam mane dia? ok ke?"
"ok jek.. suka² main kt tmn.. ni dah penat, baru blk.."
"dgn x mandi tu, pegi main kat taman? nnti mandikan dia tak payah jirus kepala eh, dia selsema tu.." (saya sangat risau okeh...)
"ha, ok.. k, abg nk naik atas ni.."
"k, bye.."
Jam 1.30 ptg, saya call lagi si cinta hati..
"abg, buat apa tu..."
"ni abg tgh suap nawfal makan.."
"abg dah masak? abg masak ape..?"
"abg masak sup ayam utk dia.."
"banyak tak dia makan?"
"boleh lah.. dia macam x berapa selera lah.."
"td dia ok x?"
"ok jek, blk dr taman td, abg mandikan, buatkan susu, pastu ajak baring² sampai dia tertidur.."
"hmm.. ok lah tu.. dah elok la tu agaknya.. mula² jek rase pelik tu.. lama² ok lah.."
"ye lah tu.. k, bye"
Tamatlah kisah Nawfal dan abah di hari pertama tinggal berduaan di rumah.. Sekejap lagi pasti cinta hati dtg menjemput saya.. Tak sabar nak jumpa cinta hati & buah hati pengarang jantung saya.. hihihihi.. :p
Expect the Unexpected
Nawfal tak mahu kat abah die..
Malam td, waktu kat airport bila abah dukung dia, Nawfal meraung² nak turun.. Tak mau langsung kat abahnya..
Alamak, saya buat tak tahu saje.. Saya masuk ke kereta, duduk di seat pemandu.
Bila hidupkan enjin Nawfal meronta² nak duduk atas riba saya.
Aduhh... tak tahu ni, lepas berapa hari baru boleh ngam dengan abah dia ni..
Tengokkan saja..
Friday, January 08, 2010
Excited + Berdebar²
Apa² pun saya mmg dah tak sabar nak menunggu detik 9.15 malam, 10 Jan 2010.
Waktu itu saya akan menyambut ketibaan suami saya di LTSI, Senai.
Setiap kali suami saya nak balik, mesti perasaan yg sama akan saya rasa.. Alah.. rasa macam mase mula² nak jumpa dia dulu.. Rasa macam nak pergi blind date tu..
hahahah.. gilaaa.. gatai sungguh..
Nawfal @ Setahun sebulan
Hari ini, 8 Jan 2010.. Genap setahun sebulan usia anak teruna kesayangan umi, encik Nawfal. Alhamdulillah.. Umi bangga dengan perkembangan Nawfal..
Di sepanjang 2009..
- Mengiring @ 3 bln
- Meniarap @ 3 bl++ Pandai pegang botol susu sendiri @ 3 bln++
- Merangkak @ 5 bln++
- Pandai duduk @ 5 bln++
- Berdiri sambil berpaut @ 5 bln++
- Memapah² @ 5 bln++ jugak..
- Berdiri sambil lepas tangan @ almost 6 bln
- Keluar gigi pertama (gigi bawah) @ 7 bln++ (ada org ckp, lambat tu..)
- Gigi kedua keluar (bawah juga) @ 8 bln++
- Berjalan @ 8 bln 15 hari (ini pencapaian yg sangat² membangggakan..)
- Pandai memanjat kerusi/sofa @ 9 bln++
- Tumbuh lagi dua gigi 'kapak' @ 10 bln
- Ligat berlari² @ 11 bln
Dan di usia setahun,
- Nawfal dah ada 7 gigi,
- dah faham bila umi cakap tak mau or tak boleh,
- dan pandai angkat kaki pakai seluar,
- dah pandai sebut 'abah'.. 'umi' plak blom pandai lagi.. huhu..
- dah pandai letak & simpan botol susu sendiri elok²,
- dah boleh di suruh².. bila umi minta ambilkan barang sambil tunjuk, cepat² nawfal tolong ambilkan..
- bila dapat apa² kunci mesti nawfal cuba guna utk bukak pintu.. aduh.. asik nak keluar aje ye..
- bila duduk dalam kereta, tak payah umi nak jerit² nawfal pandai duduk diam²..
- bila umi pakaikan seatbelt nawfal tak kisah pun.. bagus anak umi..
- nawfal faham bila umi kata, "jom mandi" nanti nawfal terus pergi bilik air..
- nawfal dah pandai minum air guna straw sejak usia 8 bln, & sekarang pulak memang dah pandai minum air dr cawan, siap nak pegang sendiri cawan tu.. tumpah sikit² je..
- nawfal pandai guna sikat.. bila dapat sikat, terus sikat rambut sendiri..
- bila keluar dr bilik air lepas mandi, cepat² nawfal angkat tangan supaya senang umi balutkan tuala kat badan nawfal.. ei, pandailah anak umi..
- bila umi baca doa makan cepat² nawfal angkat tangan, bila dengar umi sebut 'amin' je terus raup tangan ke muka.. hihihi..
Alhamdulillah.. anak umi makin bijak ye.. pandai bersilat pulak sekarang ni.. now, umi dalam proses nak ajar nawfal bercakap.. selalu bila umi nak ajar, sebut ulang² nawfal ketawakan umi jek eh..
tapi semalam, lepas nawfal tolong umi angkatkan bantal kecil ke atas sofa, umi cakap la "terima kasih", alih² nawfal tundukkan kepala sambil keluar suara "cehh.." pastu terus pergi sambung main².. hihihih.. comel la dia.. geram umi.. Mudah²an cepat lah sikit bercakap ye sayang.. senang sikit umi nak faham apa nawfal nak..
Eh, esok nampaknya umi kena bawak nawfal pergi klinik Promed utk second dose vaksin 'seasonal flu' nih.. Nasib baik Auntie Molly ingatkan umi td.. Nanti umi cerita lagi lah..
Thursday, January 07, 2010
Saya sangat menyesal..
Salahnya, cuma kerana dia tidak mahu berjauhan dari saya.
Saya ke dapur dia menangis.. Saya masuk bilik air pun dia menangis... Dia sentiasa mahukan saya berada di depan matanya.. Memangku.. & Mendukungnya.. Saya stress..
"Nawfal.. umi minta maaf sbb umi pukul Nawfal malam td.. Sepatutnya umi kena faham, Nawfal pun stress jugak kan.. Nawfal pun ada perasaan jugak.. Umi tau Nawfal tak mau umi tinggalkan Nawfal sorang².. Umi tau Nawfal stress sebab tak ada kawan.."
Saya tak sabar nak balik ke rumah & peluk anak saya.. Saya rindu anak saya..
Tuesday, January 05, 2010
Sambutan Tahun Baru
Tahun baru saya disambut dengan berpindah ke rumah baru.. Dah lama saya pasang niat nak berumah sendiri, akhirnya termakbul juga..
Sudah dua malam juga saya & nawfal tidur berdua di rumah baru.. Saya? Ok saje.. cuma masih banyak yg saya tak kemas lg..
Nawfal pulak, saya tengok lain macam saja.. macam stress pun ada.. Agaknya sebab tak ada kawan kot.. Sudah dua hari saya perhatikan.. Bila pagi saya hantar ke rumah neneknya, gembira lain macam.. Ketawa².. Peluk² semua orang.. Paling haru, siap dicium sepupunya si Dira.. Rindu agaknya.. Syahdunya... isk.. umi pulak yg sedih..
Yelah, sebelum ni kan, 24 jam mengadap muka Dira.. Main dengan Dira.. Makan dengan Dira.. Sekarang ni, jumpa Dira waktu siang saja.. Bila malam, dah balik rumah, tinggal dengan uminya saja.. Mulalah dia buat muka muncung..Tak boleh silap sikit, asik nak nangis saja.. Dah tu, tak boleh jauh dengan umi, umi pergi dapur pun nak nangis, ke mana² di dalam rumah asik nak mengekor umi saje..
Hai, kesian lah anak umi ya.. Dengan pakngah & makngah yg kat sebelah rumah ni pun dia tak mau.. Ada sekali tu, umi tinggalkan sekejap kat rumah sebelah sebab umi nak turun amik barang dlm kereta, umi dengar Nawfal meraung² kat atas.. Aduhai.. Stress anak aku tu... Kesian.. Kesian..
Wahai Auntie Hernee, marilah naik main² dengan Nawfal.. Nawfal tak ada kawan la kat rumah ni..