Tuesday, October 26, 2010

Salam Sejahtera

ehemm!!

sekadar memberitahu..

saya masih di sini..

masih mahu bersosial..

cuma..

kadang² tak ada kesempatan nak berkepoh²..

till then...

aku yg rindu mahu membebel...

Friday, September 03, 2010

Cuti Raya

Lama dah tak ada update. Tak rajin, tak ada idea, tak ada masa(ye ke?), then tak ada mood a.k.a M.A.L.A.S

Padahal, byk je benda yg nak diceritakan.. Nanti² saja lah..

Update sikit jek, pasal raya..



teka-teki tentang cuti raya oleh Co. akhirnya terjawab jua.. ermm.. cuti panjang?? ok lah kot.. plan raya? tak ada lagi.. tak tau lg.. i was hoping that chenta hati will be generous enuf to let me raya wif my family, since last year dah berkampung selama seminggu lebih sejak sebelum raya di kg beliau..

pray for me..

owh, darl.. please eh.. boleh kan.. kalau tak, nanti pagi² raya i nangis meraung² dpn u.. haaa.. baru u tau..:p

Thursday, August 19, 2010

Tuesday, August 17, 2010

Bapak Dapat MC Sebab Morning Sickness

Gelang Patah - Seorang suami kepada wanita yg sedang hamil sebulan lebih telah diberikan cuti sakit selama 2 hari oleh tuan doktor, kerana mengalami demam, loya, pening kepala & muntah yg dikatakan sebagai simptom² orang yg mengalami alahan sewaktu hamil

Hahahahaha.. Cerita benar ni! Aku baru jek tau pagi td. Bangun sahur pg td, macam biasa lah. Adik aku & lakinya berserta anaknya akan ke rumah mak. Aku memang tido kat rumah mak la kan. Anak manja mak la katakan. hahahaha

Time makan, aku tengok adik aku laju jek senduk nasi dalam pinggan, lepas tu cedok lauk ayam sambal dlm pinggannya. Yang si lakinya tu pulak cuma buat muka toya jek duduk sebelah bininya, tak makan pun. Mak pun cakap lah kat dia, "amik pinggan ni Lim, makanlah.. Tak puasa pun kena makan jugak, takkanlah nak makan siang² hari pulak.."

Aku, "huhh!?? Alim tak puasa? Apsal?"

Mak cakap lagi, "Ha'ah.. Demam, kena makan ubat.. Semalam dah pegi klinik, doktor suruh makan ubat, pastu dapat MC 2 hari"

Aku, "ye ke.. Laaa... Ko apsal lak Lim?"

Tiba² bininya bersuara, "Ha'ah.. Dia tu.. Malam td, tengah² tido alih² bangun pergi bilik air lepas tu, mulalah, bwekk, bwekk, bwekk.. kat blk air. Bising jek, Dira pun sampai terbangun..."

Haaa.. Laa... Parahnya.. Patutla tak boleh puasa, doktor suruh makan ubat.

Alim diam aja, mak pulak yg menjawab komplen oleh bininya, "Alah, biasalah tu, pembawakkan budak, mabuk².."

Huk alohhhhhhh.. Alim mabuk? Pembawakkan budak? Eh, bukan ke bininya yg mengandung? Apasal lakinya pulak yg parah??? Mabuk²?? Muntah² bagai?? hahahahahaha..

Ketawa besar aku pagi² td.. Tu lah, kan dah kena. Eh, tapi bagus jugak kan? Berkoongsi rasa dengan bini. Bila bini mengandung, laki yg rasa mabuknya, muntahnya. Bini pulak yg tukang bawak, alhamdulillah sihat walafiat. Kan bagus gitu.. Tak adalah bini sorang² jek yg merasa jerih perih mengandung.

Sama jugak macam chenta hati aku dulu. Time aku mengandungkan Nawfal, dia yg demam teruk, muntah², betis bengkak.. Aku? Alhamdulillah, sampai lah nak cukup bulan masih sihat walafiat, masih boleh terkinja² merambu ramba ke sana sini.. Alhamdulillah.. Kami memang serasi!!! hehehehehehe.. I love u lah darling!!! Sanggup berkongsi susah sayah, menaggung kesakitan selama 9 bulan.. by the way, sakit tu pon u yg kasi kan darling..?? :p

haaa, ada sesiapa di luar sana yg berkongsi pemabawakkan budak dengan suami masing²? Aku memang galakkan lah.. At least suami boleh faham la kan, kalau isteri tu tak larat ke hape.. Bagi aku, that is the most sweetest things ever!!!! *wink*

Berhari Minggu Bersama encik Nawfal & cik Nadhirah

Ya.. Hari ahad yg lepas adalah sangat panas. Huh, nak baring² pon tak best. Maka, kami telah berpakat² untuk keluar mencari tempat² yg sejuk. Maklumlah, rumah mak kami mana ada aircon.. keluarlah kami utk mencari tempat beraircon yg blh dijadikan tmpt melepak²..

Setelah puas berfikir² ketika di dalam perjalanan kami terus menuju ke JJ Bkt Indah.. Yeehaaaaaaa... Shoping complex adalah tempat yg sentiasa sejuk..

Jalan² cari tempat lepak, terjumpa pulak satu tempat yg baru di bukak. Namanya Kids Art & Fun Zone (kalau tak silap la...) Hahahaha.. Tiba² mcm tak berapa nak ingat. Masuk situ kena bayar. Setengah jam 5 hinggit, 8 hinggit pulak adalah cas untuk berejam².. Maknanya, tak ada time limit la tu..

Mainan tak ada la byk sgt.. Standar utk bebudak kecil² jek. Ada corner utk buat sand art, pastu ada 3 biji PC utk budak² main game. Pastu ada la mainan lain lg, doll house ada 3 jugak.. Tp yg satu cam nak roboh dah.. Apa daaa... tempat baru, tp mainan cam buruk² jek.. Ada jugak tempat main loncat².. hahahaha.. Main hentam jek.. Aku tak tau apa tah nama dia..

Since, dah penat & puas meronda keliling JJ, kitorang stop la lepak² akt situ.. Bawak dua kanak² cas adalah sebanyak 8 hinggit. 10 hinggit kalau setengah jam yek. Saja jek bayar 8 sebab tak confident masa setengah jam adalah cukup utk kekanak 2 org itu. Encik Nawfal & cik Nadhirah adalah sgt suka. Walaupon kualiti mainan tak berapa bagus tapi, ada diorang kisah???????????? hahahahaha.. Paling penting enjoy!

Enjoy jugak tgk gambar yee...

Mula² excited nak naik gelongsor... hahaha... lantak la bebudak..



tengok la abg tu... dah hilang kawalan dah..


Hahahaha.. excited!! terover.. terangkat² kaki..


Haaa.. inilah anak sedara aku yg nak jadi kaklong tu.. Jap lagi dapat adik jgn dikuda pulak adiknya sudahlah..





Haaaa.. time ni mak budak & mak sedara budak yg terover... Main loncat².. Buruk tol!!!

tengok tu...!!!

Hahahaha.. gitulah aktiviti kami menjelang ptg di suatu hari ahad di bulan puasa..



**bila ada gambar² ni baru semangat nak ber'blog'.. hehe

Khabar Gumbira

Alhamdulillah..

Minggu lepas dapat khabar gembira..

Aku bakal menimang seorang lg anak..

Tapi bukan anak aku!

Adik aku disahkan mengandung anak kedua..

Rezeki di bulan Ramadhan al Mubarak..

Friday, August 13, 2010

Hari Bertuah

Alhamdulillah..

Hahaahahaha... Baru tau rupa²nya hari ni boleh blk pukul 5..

Yeeehaaaaaaaaaa...!!!!!

*bahagia!!