Thursday, November 26, 2009

Salam Aidiladha

Salam Aidiladha

Ikhlas dari saya & keluarga..

"..tertunggu² detik takbir berkumandang di pagi aidiladha.. setahun yg lalu, sejurus takbir raya kedengaran dari Masjid Sultan Abu Bakar, anakanda Muhammad Nawfal Syarif selamat lahir melihat dunia.. Alhamdulillah.. pengorbanan terbesar yang pernah saya lakukan di pagi Aidiladha.. sangat indah.."


Bila pendapat tak diterima,

haruslah rasa sakit hati kan?

Taubat lah haku!! Tahun depan tanak join apa² aktiviti!!

Kalau setakat nak pakai tenaga aku jek, tp buah fikiran aku tak mau consider langsung, baik tak payah ajak aku jadi ahli nujum jawatankuasa!!

Serik aku! huhuhuhuhuhu..

Wednesday, November 25, 2009

DIA datang lagi!

Benci tau!!

Sekarang saya adalah sangat tak ada mood.. kerana bisul datang lg menyerang saya! Kali ini ditempat yg saya gunakan untuk duduk.. ahh.. nak duduk pun nak kena adjust betul² dulu..

Jadi sekarang saya adalah kena teruskan berpantang. Masa hari raya hari tu saya dah kena sekali, suami bawa ke klinik, kena cucuk dengan doktor. Oh, tp bukanlah di cucuk kat tempat bisul tu ya.. gila ke hape nak cucuk kat situ?? Tapi cucuk kat punggung saje.. Sengal juga lah punggung saya. Huhuhuhu.. memang tak beraya saya tau!

Masa tu saya ada tanya kat doktor, apa punca penyakit bisul nih? Betul ke ada orang kata bisul tu sebab darah kita kotor? Hmm.. bila saya tanya macam tu, doktor tu senyum jek, lepas tu dia tanya pulak kat saya pasal gaya pemakanan saya. Hiihihihi.. Wahai doktor, saya adalah orang yg tiada pantang larang, saya makan je semua.. hahahaha.. Lagi pun kan musim raya, macam² lah saya makan..

Tau apa doktor tu cakap?? "that's why u kena bisul..."

Haaaaaa?? betul.. tu la yg doktor tu cakap. Dia kata saya ni kena bisul sebab tak jaga makan, cara pemakanan saya yang tak seimbang dengan tenaga yg saya gunakan tu yg menyebabkan kelebihan TOKSIK di dalam badan saya. Haaaa.. tu pasal la selang 2 3 bulan saya pasti di serang si bisul.

Sebelum balik doktor pesan pada saya, mulai sekarang, santan, rempah kari, ajinomoto adalah racun bg saya. Doktor juga tak kasi saya makan ayam, daging, dan yg seumpamanya. Owh, nasi pun saya kena kurangkan pengambilannya.. Dah tu, saya tanya pulak kat doktor tu.. "what else can i eat?"

Doktor cakap, "u can eat vegetables.. lots of vegetables.. minum air suam banyak².. boleh?"

hahahahahah.. macam mana ni.. Masa tu suami saya dah senyum².. owh.. suka yek?? tak pe.. tak pe.. i'll make sure to get rid of all the toxic (and fat) inside my body!! Tunggu dan lihat!!

Berbalik cerita bisul td.. Anak teruna saya pun terkena bisul di kepalanya.. Dah seminggu tidur tak lena.. Erm.. agak² nawfal tu terjangkit bisul saya sebab minum susu saya ke? no? whatever... Kesian anak umi.. Cepat sembuh ye nak..


Friday, November 20, 2009

Saya faham maksud makcik, makcik nak kata saya BODOH kan??

Hah..!! Ambek kau.. Tajuk tak hengat!!

Memang betul pun.. Saya rasa apa yg makcik tu cuba nak cakap ialah "kau tu bodoh!". Cuma makcik tu tak cakap straight ke muka saya macam tu. Kalau hari tu makcik tu cakap macam tu kat saya, memang saya amukkan dia. Biarlah dia nak kata saya kurang ajar pun, asalkan puas hati saya..

Nasib baik makcik tu tak cakap macam tu kan.. Tapi saya tetap terasa wahai makcik!!Akibatnya sampai ke hari ini saya masih tak dapat melupakan muka makcik tau tak? Dan sampai ke hari ini jugak saya rasa sangat tak puas hati dengan makcik!

Walaupun hari tu makcik cakap pasal 'anak sedara' makcik yg konon²nya cuma bekerja kilang & tak mahu berhenti kerja demi mengikut suami yg bekerja sebagai polis di sarawak (huhh!! macam kebetulan kan..? entah² makcik tu mmg sedang mereka cerita pada waktu itu..), saya tetap terasa hati dengan makcik! Sebab saya pun kerja kilang! Suami saya pun seorang anggota polis yang sedang bekerja di sarawak!!

Apa yg makcik tahu pasal saya? Apa yg makcik tahu pasal hidup saya? Hari tu kan hari pertama kita bertemu. Dan baru hari itu makcik kenal dengan saya, suka² hati makcik jek nak samakan saya dengan anak sedara makcik yg entah wujud atau pun tidak tu. Saya sangat marah dengan makcik, tau tak??

Kalau saya tak ikut suami saya & tingal di sarawak tu, saya susahkan makcik ke? Mentang² lah hari tu saya cakap saya kerja kilang je, terus makcik nak cakap saya bodoh ye?? Cepat² jek makcik nak kondem saya yee..? Apa makcik ingat kalau orang kerja kilang tu semua kerja operator saja ke?? Apa makcik ingat dalam kilang tu tak ada jawatan lain ke selain operator tu?? Kalau hari tu saya kata saya pengurus kilang, nak ke makcik timang² saya & tak kata saya bodoh sebab tak ikut suami saya tinggal di hutan belantara sarawak tu??

Kalau suami saya yg kata, "tak apa lah, honey tak payah la berhenti kerja, kerja dah bagus tu, lagipun apa honey nak buat kat sarawak tu? abg pun kerja bukan selalu ada kat kem, selalu keluar pergi operasi masuk hutan, nanti honey tinggal kat rumah sendiri, lebih baik honey duduk & kerja kat kg, duduk dengam mak & abah, tak ada lah susah hati abg kalau tinggalkan honey sendiri..", makcik nak kata apa???

Eii.. petang² jumaat nih saya terasa geram pulak dengan makcik. Kadang² saya rasa menyesal pulak tak menjawab dengan makcik hari tu.. Ish, demi nak menjaga nama baik suami & mak mertua saya, saya biarkan saja makcik membebel yg bukan². Nasib baik mak mertua saya tu faham apa yg saya buat kat kilang ni!! Dan nasib baik mak mertua saya juga faham yg saya sakit hati dengan makcik, cepat² mak mertua saya sabarkan saya tau makcik! makcik patut berterima ksih dengan mak mertua saya..

Makcik, kalau setakat macam makcik cakap hari tu, apa? haa.. "rugi awak tak ikut suaminya, kan dapat tengok² tempat orang.." Hai makcik, makcik tau tak dengan gaji yg saya dapat tiap² bulan dari bekerja kilang ni, tiap² bulan pun saya boleh ulang alik ke sarawak naik kapal terbang air asia tau!! Dengan tiket untuk makcik pun saya boleh belikan tau! Kalau saya ajak makcik pergi tengok tempat orang dengan duit gaji saya kerja kilang ni, makcik nak ikut tak??

Huhh! Tak apalah makcik, walaupun saya tak berpeluang nak buat makcik faham semuanya (dan saya rasa makcik tak perlu faham pun, siapalah makcik dalam hidup saya), hari ini saya puas hati dengan meluahkan segalanya di sini.. Saya harap suatu hari nanti akan ada orang yg dapat sedarkan makcik yg bekerja di kilang itu tidak hina!!

Thursday, November 19, 2009

Memasak Itu Meletihkan

walaupun cuma di Cafe World..



saya sudah penat memasak.. tengok.. dapur saya tak berasap..

yg sebenarnya saya dah bosan main sampaikan dah tak tau nak masak apa.. :p

Selamat Ulang Tahun..



Hari ini birthday adinda saya yg nombor 3, Kak N..

Waahhh.. dah besor dah kau kak N..

Kaklong ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yg ke-25.

Semoga panjang usia, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah.. Aminn..

Wednesday, November 18, 2009

Masih Tak Berganjak

Apa yang tak berganjak? hahahahaha..

Apa lagi.. Berat saya laaa.. Ye, saya adalah sangat takut sekarang ini. Saya sangat takut jika angka awal berat saya mencecah ke angka 6.

Waktu saya ke klinik nak ambil ubat td, sempat juga saya naik atas penimbang. hahahahaha.. dalam hati tuhan saja yg tau.. Saya tak benarkan misi tgk jarum penimbang tu. Saya suruh kakcom yg tengokkan.. (Oh, kami sama² pergi ke klinik td. kan saya dah kata, satu ofis penuh dgn virus. Mujurlah kami tak pergi berempat sekali!!)

Masa nak naik tu, saya siap pesan dekat kakcom "kakcom, kalau jarum tu jejak kat no 6 ko jgn bgtau aku tau... ko tak yah cakap pape.." hahahahaha.. gila sungguh laa..

Bila saya dah ada kat atas penimbang tu, saya tanya la kat kakcom. Kakcom tak cakap apa², cuma geleng kepala saje.. Waahhhh.. takutnya saya!!!! Aduhhhh.. macam mana ni... Saya OBESE ke???

Bila saya dah turun baru kakcom bagitau saya, rupa²nya yang dia dok geleng kepala tu nak signal kat saya bahawasanya jarum penimbang tak sampai pun ke angka 6!! Adoi lah kakcom.. Gugur juga jantung aku dibuatnya..

Tapi bila tau figure sebenar, saya tetap berasa risau. Sebab minggu lepas waktu jalan² cari makan kat JJ, saya terjumpa lah kemeja yg sangat cantik!! Beli 1 percuma 1! hahahahaha.. gila kau.. Takkan tak nak kan.. Saya pun gatal² la nak cuba.. Percubaan di akhiri dengan saya membeli dua helai kemeja bersaiz XL!! XL ouls!!! Saya macam tak boleh terima kenyataan!!! Saiz L pon saya dah tak boleh nak sarung? huhuhuhuhuhu..

Saya memang kena bersenam!!! Hernee, mari kita bersenam!!