Sunday, November 01, 2009

Alhamdulillah..

Baru balik Yasinan kat rumah pakcik sam. Td pergi dengan mak & nawfal. Alhamdulillah, nawfal baik betul.. Kali ni first time ikut mak pergi Yasinan, sejak nawfal pandai berjalan.

Tapi biasalah kan, budak.. mana tahan dia kalau disuruh duduk lama²..

Elok selesai baca Yasin, dia dah mengeliat², guling² kat lantai.. Dah kebosanan la tu..

Saya bangun bawak dia duduk kat luar. Bila letak kat bawah, waahhhhhhh.. Bukan main ligat lg dia. Agaknya masa kat dalam td, gatal² tapak kakinya tu.. Tak sabar² nak menapak!!

Dan td, saya makan buat kali yg ketiga pada hari ini. Menunya sangat mabelesss.. Tak boleh tahan.. Ada ikan siakap masam manis, masak lemak siput sedut dengan nenas, ikan masin, sambal belacan, ayam masak merak & dalca sayur.. waahhhhhhhh.. terima ksih tuan rumah!! hehehe..

Congratulations!!

Congratulations to both Erma and Mozehan.

Erma has safely given birth to a baby girl @ 10.30pm, 31 Oct 2009.

Welcome to parenthood!! :)



Saturday, October 31, 2009

Plain Saturday..

Dah petang pun. Kejap jek, tak terasa pulak. walaupun hari ni tak le sesibuk mana..

Bangun pagi², do the laundry. Breakfast pg td, nasi lemak yg mak belikan.. hahahaha.. anak mithali..

Waktu breakfast, anak teruna masih tidur di rumah.. saya tinggalkan saja.. ibu mithali..

Lepas breakfast, balik rumah, anak teruna dah terjaga, siap mencangkung kat atas katil.. betul² kat hujung katil.. nasib baik tak dive terus.. fuhhhhhhhhhhhhhhh!! Anak teruna dah bangun, siapkan dia.. Hantar anak teruna ke rumah mak sekejap, nak jemur kain pulak..

Pukul 11 mak & abah keluar pergi Pasir Gudang.. Saya balik ke rumah, layankan anak teruna tidur.. Sempat juga saya tolong mak siapkan laundry (utk mak).

Baring² sebelah anak teruna, eh.. tertidur pulak saya sekejap. Bila terjaga tgk jam dah dekat pukul 1 la. Saya pergi rumah mak, selongkar fridge mak. Ada taugeh yg dah siap dibuang ekornya, hati ayam, tauhu, tomato..

Sedang siap² nak masak, terdengar suara anak teruna menjerit dr rumah. Cepat² saya minta adik ipar saya tgkkan anak teruna saya di rumah depan. Tak sampai 20 minit, siap sudah saya menggoreng telur dadar blackpepper & sayur taugeh goreng campur tauhu & tomato berencahkan hati & pedal ayam. Cukuplah buat melayan selera tekak saya..

Saya tapau bawak balik rumah. Baguskan saya? Masak kat rumah mak, lepas tu tapau jek utk saya & anak teruna. Tak payah nak serak² kat rumah sendiri. Lepas zohor, baring². Kononnya nak layankan anak teruna tidur tp saya pulak yg tertidur. Kesian anak teruna saya bermain² sorang².. Sorry beb...

Bila terjaga, saya layankan juga anak teruna yg tak mau tidur tu. Semput nafas saya mengejar anak teruna keliling rumah. Mengekek² dia ketawa.. Owh.. suka ye kalau main kejar². Umi ni haaa semput tau x..

Baru sekejap td, mak & abah balik, dari Pasir Gudang menjemput adik perempuan saya yg mengajar di sana (padan muka kau, hari sabtu pon kena sekolah!) dan kemudiannya singgah di bandar menjemput adik bongsu saya di asrama SMT Tg Puteri (ko pun sama dik! padan muka hari sabtu pon kena sekolah jugak!!)hahahahaha..

Dan sekarang, di sinilah saya, di hadapan PC di rumah mak saya, sedang meng'update' blog, sambil² melayan kebun & cafe saya di bukumuka. Tegar!! hehehe..

end of saturday story...

Thursday, October 29, 2009

Saya pun sama jugak!!



nak kata kemaruk tu.. idok ler pulak..

tapi, tgk ler hasil kegigihan saya tu..

kalaulah.....


Wednesday, October 28, 2009

Ya, itu gambar gigi kapak saya



Gigi saya ada 4.

Dua di atas, dua di bawah.

Gigi kapak saya yg di atas tu nampak sgt besar..


Entry Bertajuk BEBAS!!

Hari Sabtu yg lepas pergi cuci rumah baru. Habis anak beranak, tok nenek, adik beradik saya angkut juga. Nasib baik la tempat lepak rumah adik saya (pak ngah nawfal) sebelah pintu cuma. Dapatlah kami anak beranak merebah badan, berguling² kat rumah dia. hehehehe.. TQ bro!

Paling best kami siap bawak bekal ikan pari mentah dan sayur meranti. Sambil saya menyapu rumah saya sorang² (sbb semua org tak nak tolong), mak saya siap²kan bahan² nak masak kat rumah sebelah. Kesian pula adik saya, dah la kami datang beramai², isteri dia pulak bekerja hari tu. Haa.. Kan bagus kalau tolong dia masak untuk lunch sekali.

Hmm memang bernas idea saya tu kan. Lagi pun memang saya yg beria² nak makan gulai asam pedas ikan pari dengan daun kesum tu.. hmmm... sedapp.. masih terasa².. Dan owh, paling penting ye.. Kisahnya, saya tak sempat pun cuci rumah baru saya tu. Cuma sempat menyapu habuk dalam 2 dari 3 bilik tidur dan 1 toilet sahaja. Yang lain masih belum dibersihkan. Hahahahaha..

"Puan Hernee... rajin x.. marilah tolong saya.. heheeheh..." memang dasar pemalas..

Apa taknya, konon² nak pergi cuci rumah, akhirnya rumah adik saya pulak jadi port melepak berhujung minggu..

Selepas menyapu bilik tidur sahaja kat rumah sebelah, saya sambung memasak pulak kat rumah adik saya. Siap masak dah dekat pukul 1, tunggu adik ipar saya balik kejap, lepas tu apa lagi...

Masing² serang ikan pari dalam periuk!!!

Bila dah kenyang, saya mulalah terasa berat je nak bangun.. Maka, terkuburlah niat suci saya untuk menyambung mengemas rumah di sebelah. Sudahnya, cuma baring² menonton TV. Bila dah bosan, kami pun pulang ke rumah...

Alkisah begitulah cerita hari sabtu saya yang lalu..



Nawfal sewaktu berjalan pulang.. :)

Semoga Berjaya, adik!

Malam td adikku menelefon ke rumah.

Bgtau mak & abah, hari ini start periksa akhir tahun.

Untuk adik..

Kami sentiasa doakan kejayaan adik dunia & akhirat.. Aminn..