Wednesday, August 19, 2009

Selesai Lagi Satu Perkara

Hari ni, saya amik half day, 12.30 tghari blk rumah, makan, minum.. Lepas Zohor keluar pula ke Bandar Baru Uda. Ada urusan di sini..



Elok je siap² nak keluar, mak cakap mak pun nak ikut.. ha, bawak la budak² sekali..

So, off we go..

Sampai MN Associates dlm lbh kurang pukul 2.15pm.. Tak sampai 15 minit, dah setel.. Alhamdulillah.. sekejap jek..

Tengok jam, awal lagi... Mak pun sound..

"Jom, kita gi Apollo jap... Bawak cik Kayra gi beli jajan.."

Sampai kat sana, haaa... terpinga² cik kak dua beradik..

Pilih punya pilih... penuh bonet kereta comel umi nya..

Tengok ah tu... Stok berapa lama pun tak tau lah tu..






Cik Kayra bersama hasil rembatan beliau di Apollo..

Aduhai.. makan coklat jek lah ye.. Abis lah giginya..


Tuesday, August 18, 2009

Alahai.. Comelnya..



Har har har..

Inilah sebenarnya barang yg saya tunggu² tu..

CD untuk Nawfal.. Dah lama teringin nak cuba menCDkan anak saya..

CD ini saya beli di sini. Sangat puas hati dgn servis nya, sgt cepat! Baru hari Jumaat lepas saya buat payment, hari Selasa dah sampai kat rumah.

Saya beli CD ni 4 sebab ada package. Tak pe lah, pasni ada rezeki nak try brand lain pulak! Tak sabar rasa nak nengok Nawfal berCD..

Ok, saya nak gi basuh CD² baru nawfal nih..




p/s : sungguh betul tekaan cik mimi tu hari!!

Update H1N1

Alhamdulillah..

Hasil soal siasat oleh HSE Officer, CBJ ternyata bebas dr virus H1N1.

Dan kami sudah pun berasa lega sekarang...

Dah tak risau lg nak balik ke rumah..


Tanpa di duga..

barang yg aku tunggu² sudah pun berada di rumah!

hehhehehe...

Adik² aku mmg kepochi.. sesampainya brg tu di rumah td, terus call aku & bgtau! hahaha.. efisyen sungguh la korang nih!!

Paling keypoh pakngah Nawfal la... Call aku semata² nak bgtau, diorang kat rumah nak bukak dulu brg tu.. tak reti sabar eh..

kot ye pun, tunggu lah kaklong mu pulang ke rumah!! Aduhai adik² ku...

Tiba² aku rasa excited semacam... huwaaahhhhhhh... nak balik!!

Cepatlah bergerak wahai jam.. :p


Perlu Dikuarantinkah???

Baru td mendapat berita..

Beberapa hari yg lalu, anak salah seorang rakan sekerja telah dimasukkan ke hospital kerana positif H1N1.

Dan hari ni beliau baru masuk kerja semula.. setelah bercuti beberapa hari menjaga anaknya di hospital, dan kami tak sure status kesihatan beliau ketika ini.

Ketika n3 ini ditulis, beliau sedang di soal siasat oleh HSE officer di kilang kami.

Yg menjadi kerisauan, salah sorang opismate yg ada direct contact ngan beliau telah masuk ke opis i nih pg td!!!

Kitorang dlm opis nih tgh cuak, tgh tunggu hasil soal siasat..

Berdoa moga² kejadian buruk tidak berlaku, Insya Allah. Saya tak mau "dikuarantinkan" di tempat kerja, saya nak blk rumah... :(


Sudah Sampai Semalam Petang

Tadaaaaa..!





Aksesori baru untuk rumah baru saya.

Sepatutnya barang ini bakal masuk terus ke rumah baru saya.

Tapi sebab saya terhegeh² nak jugak beraya dengan sofa baru, maka petang semalam telah selamat budak kedai tu hantar kat rumah lama saya.

Hahahahaha... tak pe kan bang... ngeee..




p/s : ini bukanlah brg yg sdg saya tunggu² seperti dlm n3 yg lepas tu.. yg tu, ada brg lain tawww.. (huwahh.. byk sungguh brg yg kutunggu..)

Monday, August 17, 2009

Kisah Berhujung Minggu

Hujung minggu yg lalu saya tidak kemana².

Walaupun macam² plan hendak berpoya² bersama keluarga telah dibuat, semuanya tak menjadi..

Semuanya disebabkan kerajinan saya. Ya! Sepanjang dua hari lepas saya telah berjaya memaksa sekujur tubuh badan saya bekerja keras untuk mengemas rumah. Hahahahaha..

"Abg, isterimu ini telah sgt rajin mengemas rumah untuk menyambut kepulanganmu. Sila puji ye.."

hehehehe..

Hasilnya, rumah sgt kemas dan bersih, dan kaki tangan serta badan saya pulak sakit².. Fuhh, bergelen² peluh bertoksid yg keluar dr badan saya. Hancur semua lemak² yg saya ternak beberapa bulan yg lalu..

Agak² dah berapa kg la turun berat badan saya yek!




p/s : sayalah seorang isteri yg hanya mengemas rumah pabila suami hendak pulang... *wink*