Friday, November 06, 2009

Kisah Laki Bini Di Pagi Raya

Di dalam kereta sewaktu dlm perjalanan pulang ke Batu Pahat,

B : eh, kita nak pegi mana ni bang..?
L : gi mana.. balik kg la.. apsal?
B : abis, kenapa abg lalu sini? abg nak round KL ke?
L : tak ah, apa kejadahnya pagi² ni nak meround KL pulak..
B : abis tu.. (lantas terdiam..)

Dek kerana rasa tak puas hati, selepas 5 minit si bini bersuara kembali..

B : abg, kenapa tak nampak signboard gi JB pun? jumpa signboard gi Tg Malim pulak ni!!! (macam nak marah daahhh)
L : eh.. ye ke? entah, tak perasan pulak... hehehehe.. (sambil tersengih²)

Bini yg dah naik hangin menjerit pula..

B : abgggg!!! kita dah salah jalan ni! ni bukan nk gi blk kg ni! ni nak gi jauh dr kampung laaa.. apsal tak naik flyover gi JB td??? haa.. kan dah terlepas dah td..
L : owh.. ye ke.. mana abg tau.. hihihihi..
B : huwahhhhh.. kan dah ckp td.. biar org yg bawak.. abg tu dah baper thn dah x blk.. tgk la, jalan pun dah tak tau....arghhhhhhhh..

Alkisah, maka mereka anak beranak pun terpaksa tawaf bandar KL sebelum pulang ke kampung halaman..

Tuesday, November 03, 2009

Baru Lepas Membalas Dendam!!

Best rasanya...

Habis meeting td terserempak dgn die.. hahahaha.. sempat saya menyapa die dgn panggilan yg paling bets sekali!!

"Hai, abang itam..!!!"

Hua hua hua.. padan muka.. oooo.. semalam ko panggil aku makcik ketot eh.. hehehehehe..

Addicted!

to this!!



sangat sedap dikunyah pd setiap masa ptg² hari begini.. sekejap saja saya sudah menghabiskan 2 bungkus. Owh, maksud saya betul² 2 bungkus, bukan sekotak kerana terdapat 7 bungkus (kalau tak silap saya la.. hahahahha.. nak kira pon x sempat..) yg berisi 3 keping biskut itu setiap satunya. Hii... takkan lah saya nak habiskan 21 keping biskut dalam satu masa walaupun sebenarnya mmg boleh kalau saya betul² lapar.

Biskut ini sangat sedap tauu!! *wink*


Monday, November 02, 2009

Lesson Learnt

"The higher you get to the top,

The easier you can get thrown down.."





Oleh itu, saya takkan bermimpi utk menjadi bos, KECUALI kalau kompeni itu saya yg punya..

Apa Sudah Jadi??

Pagi semalam nawfal dibawa oleh pakngah & makngahnya keluar, makngah nak pergi buat medical check up. Since nawfal pun dah besar, dan tak susah nak dijaga, umi tak kisah.. Nak bawak, bawaklah..

Lama juga umi tunggu nawfal tak balik². Ingatkan nak bawak nawfal ikut nenek pergi Yasinan. Tunggu punya tunggu.. Elok jek umi & nenek dah siap² nak pergi, baru diorang sampai.

Sampai² pakngah bawak masuk rumah nenek dulu. Umi pun keluar pergi ambil nawfal.. Sampai rumah nenek, Astaghfirullahal'azim.. Terperanjat umi. Ingatkan anak orang lain, rupa²nya anak umi. Apa sudah jadi?????

Hihihihihihihi..

Tengoklah wajah baru saya...




Eh, tak nampak pulak ye..

Tak pe.. yang ini ok tak??




Nampak apa² perbezaan??

Tak nampak?

Takpe.. yg ini sgt jelas..




Apa sudah jadi???? Pakngah dah botakkan nawfal.. Rupa²nya semalam tu lambat blk sebab bawak nawfal pergi kedai gunting rambut. Hahahaha... Umi baru jek berangan, alih² pakngah dah tolong.. Thanks bro!!

Tgklah anak umi ni. Smart habis dgn baju melayu & kopiahnya.. Kepala awak dah botak, haruslah pakai kopiah yek.. Baik betul.. Langsung tak dibukaknya kopiah tu..



Hensem la awak Ji..



'Ji' tu singkatan dari perkataan Haji.. Gelaran yg daddy kakak kayra bg pd nawfal.. Kan lahirnya pd pagi² raya haji..

Sunday, November 01, 2009

Alhamdulillah..

Baru balik Yasinan kat rumah pakcik sam. Td pergi dengan mak & nawfal. Alhamdulillah, nawfal baik betul.. Kali ni first time ikut mak pergi Yasinan, sejak nawfal pandai berjalan.

Tapi biasalah kan, budak.. mana tahan dia kalau disuruh duduk lama²..

Elok selesai baca Yasin, dia dah mengeliat², guling² kat lantai.. Dah kebosanan la tu..

Saya bangun bawak dia duduk kat luar. Bila letak kat bawah, waahhhhhhh.. Bukan main ligat lg dia. Agaknya masa kat dalam td, gatal² tapak kakinya tu.. Tak sabar² nak menapak!!

Dan td, saya makan buat kali yg ketiga pada hari ini. Menunya sangat mabelesss.. Tak boleh tahan.. Ada ikan siakap masam manis, masak lemak siput sedut dengan nenas, ikan masin, sambal belacan, ayam masak merak & dalca sayur.. waahhhhhhhh.. terima ksih tuan rumah!! hehehe..

Congratulations!!

Congratulations to both Erma and Mozehan.

Erma has safely given birth to a baby girl @ 10.30pm, 31 Oct 2009.

Welcome to parenthood!! :)