Monday, September 07, 2009

Projek Raya - Part 3 : The Making

Hahahaha.. dah part 3 dah yek.. mana entry part 2 tu aku pun tak tahu..

Entry membeli tak terbuat, dihingggap virus² malas..

hmm.. cerita pasal part 3:

hari sabtu lepas kami mulakan projek kuih raya, janji nak buat pagi² konon... sudahnya dah tghari baru mula.. sempat buat dua jenis biskut, biskut sarang semut dan biskut semperit.. hahahaha.. berjaya.. berjaya..

hari kedua pulak, semalam.. sempat lg mengadun dua adunan.. siangnya buat almond london, tp tak siapkan salut coklat lg.. sambil² menggentel almond dengan tepung dan sambil² membakar, sempat jugak shima mengadun doh untuk biskut cornflakes..

tapi tak sempat nak terap... malam lepas maghrib sambung semula, konon² nak siapkan almond london dan biskut cornflakes, tp tak siap jugak.. maklumlah.. adunan yg dibuat bukan sikit, utk lima org tau... penuh satu mangkuk..

dah pukul 11 malam pun tak siap² membakar lg.. sudahnya bungkus saje lah.. masing² pun buat kuih sampai mata nak tertutup² daaa...

nawfal macam biasa, menolong jugak.. menolong sibuk².. asik nak panjat atas badan umi jek.. last² kasi periuk dengan senduk baru duduk main diam²..

nanti malam sambung lg... shima pulak awal² dah berangan nak mengadun lg... huhuhuhuh.. ngalahkan org nak meniaga.. tapi kan uols.. memang jimat lah... dengan modal rm50 seorang macam² kuih boleh dapat.. dalam 2 hari dapat 4 jenis, barang² banyak lg tu... memang muai la.. drpd membeli sebalang sampai rm20++..

mungkin thn depan boleh buat meniaga pulak!! wakakakakaka...


Friday, September 04, 2009

Semoga Jumaat Ini Adalah Jumaat Yang Sempurna

sempurna bagi saya adalah bila..

saya dapat memulakan kerja di pagi hari dengan hati yang senang & tenang seperti sekarang (dan mudah²an akan berterusan)..

juga sempurna bila..

tidak berlaku perkara² yang boleh merosakkan mood saya. (mudah²an perkara² seperti semalam tidak akan berlaku lagi hari ini, insya Allah..)

juga sempurna bila..

saya dapat meneruskan kerja² saya tanpa gangguan emosi (seperti semalam), Aminnn..

dan akhirnya akan sangat sempurna jika..

saya dapat membereskan segala kerja yg tertunggak sebelum habisnya hari jumaat ini..

yaaa.. saya sudah sembuh dari 'kegilaan' semalam.. Alhamdulillah..


Thursday, September 03, 2009

Hari Ini Mood Saya Sangat Tak Baik Tau!!

entah kenapa..

adakah kerana saya datang sgt awal pg td utk siapkan kerja saya, tapi tiba² pc buat hal???

atau..

kerana sekarang dah sampai waktu lunch, tp saya masih buat kerja yg tak siap²??

atau..

kerana ada mulut² cabul yg memerli saya kerana bekerja waktu lunch break??? (aku puasa laaa.. bukan boleh makan ponnnnnnnnn!)

atau..

kerana saya bengang dengan org² yg tak puasa dan tak menghormati org yg puasa, berjoli makan² di dalam ofis dr pg td sampai la sekarang dan mungkin akan berterusan sampailah ke petang??? (memang ah aku bukan budak kecik, tak heran pon ngan makanan tu.. but.. aku bukan puasa sunat.. sekarangkan Ramadhan???

atau..

kerana saya sibuk membuat kerja² org lain sedangkan kerja saya sendiri tak siap²???

atau..

adakah kerana saya tiada tempat utk mengadu tentang perkara² di atas??

atau..

adakah 'keMOODYan' saya hari ini disebabkan oleh gabungan drpd kesemua perkara² di atas?????

saya stresss...... saya tak ada mood nak bercakap dengan sesiapa ketika ini, saya juga tak ada mood hendak membuat lawak seperti selalu, juga tak hingin nak ketawa kerana lawak sesiapa pun.. *sigh*

saya rasa macam nak balik rumah saje...




p/s : kemana lagi hendak ku mengadu.. kalau bukan kepadamu wahai blogku.. huhuhuhuhuhu

I Need To have A Break..

belum pun pukul 10pg.. tapi saya dah rasa lemau semacam. walaupun kerja bertimbun, kena jugak stop utk rehat²kan otak sikit..

since semalam saya tak ada di ofis, maka berlambak²lah kerja saya yg tak sempat disiapkan. hari ni, masuk ofis pg² dah dapat email mintak complaint report utk julai..

"aduhai.. belum siaplah cik kak oi... aku kan takde kat opis semalam.. dah ler lambat dapat data²nya! masa bila ku nak buat? huh! tak reti² bahasa la.."

rasa nak marah pun ada.. hari ni, sebelum pukul 7.30 lg saya dah mula bekerja.. semangat nak siapkan report, alih² pc buat hal pulak.. network slow la.. database tak leh bukak la.. macam².. arghhhhhhh... rasa nak hempas² jek pc nih tau!!! geram haku!!! tension! tension!

ishhhh... baru teringat, saya puasa lah.. tak baik nak mengamuk².. tak pasal² kena ceramah.. padan muka haku!!

hah! update sket pasal project raya.. heheheh.. sebenonya kan, tak jadi pon nak mula malam semalam tu.. masing² terjangkit penyakit malas.. tak pe lah, insya Allah mula hujung minggu nanti lah.. siang² banyak masa sikit.. malam² ni bila dah makan kenyang² badan rasa berat jek, payah betul nak bergerak.. silap² mata pun tak mau terbukak..

eh, tapi kan.. cuma ada dua weekend jek lagi b4 hasben saya balik.. erk.. sempat siap ke kuih² saya nanti?? hehehe.. weekend yg last tu dah nak blk kg pulak.. hah.. cuak.. cuak..

tak suka.. tak suka...


Wednesday, September 02, 2009

NOT SOOO BAD..

Yup!

I'm home...

And guess what? the meeting went well.. think it's not THAT bad after all..

It ended up with Ton giving us all mini TOBLERONEs.. heheheh.. he sure knows how to win my heart.. (chewahhh!!!)

And Alhamdulillah...

Mighty Allah.. My darling nawfal has totally recovered.

hei, what a great day today is... *wink*



Tuesday, September 01, 2009

OUTstation

Esok, pagi² lagi saya akan ke Singapura, ber'meeting²' yg bosan²..

Puasa pulak tu...

*sigh*

"kalau pergi jalan² or shoping².. best kot.. hehehehehe.."




p/s : sangat tak suka travel time puasa².. lemah² badan rasanya.. dan owh.. lagi 15 hari saje lg suami saya akan pulang.. :)

Cerita Hujung Minggu

hari ini sangat lemau!! pagi² dah mengantuk!!

hujung minggu saya sgt padat dengan aktiviti.. nak jengah pc pon tak sempat..

hari sabtu sibuk mengemas rumah.. habis satu rumah saya kumbah!! bersih dah dapur rumah saya.. bertungkus lumus saya mengemas sebab tak mau dengar bebelan hasben saya bila dia balik nanti.. akhirnya, sebelum pukul 5ptg siap juga..

dan sempat pulak bawak mak pegi kipmart petang tu.. cari lauk.. dan end up terbeli mainan untuk nawfal.. hehehe..

hari minggu, pagi² bangun, pulun kerjakan CD nawfal.. pukul 10 keluar pegi perling indah, beli barang² buat kuih dengan azie.. gigih saya membeli sambil mendukung nawfal yg tangannya tak reti langsung nak duduk diam.. capai sana.. capai sini.. dah ler ramai org, sesak gila dlm kedai.. kat luar pulak hujan lebat!! jenuh saya ulang alik 3-4 kali hantar barang dlm kereta, nasib baik la ada si azie..

malam tu pulak, tak lena tidur saya.. badan nawfal tiba² panas.. sepanjang malam merengek².. dah kasi ubat, dah lap dgn air sejuk, panasnya tak turun².. bila letak kat bawah, dia nangis.. sudahnya tidur beriba.. umi pulak tidur menyandar kat kusyen.. sakit badan umi nak...

31 Ogos 2009, tak merdeka langsung.. sepanjang hari mendukung nawfal.. sampaikan nak jemur n angkat kain pun sambil dukung dia jugak.. langsung tak boleh tinggal sorang².. sentiasa nak berkepit dengan uminya.. umi masuk bilik air nak mandi.. dia dok terjerit² kat luar.. aduhai...

alhamdulillah.. mlm td panasnya dah beransur kurang.. dan pg nih nawfal dah sihat.. tapi, rasanya macam saya pulak yg sakit.. dah le cuaca mendung.. hujan rintik².. mata mengantuk sbb malam td pon tidur tak lena.. nawfal asik tersedar jek.. bujang tu, bila terdesar dr tidur mesti terus merangkak, turun dr tilam... dah tak pasal² uminya asik bangun sepanjang malam nak menarik dia naik atas tilam..

Mudah²an demamnya terus kebah hari ini... dan insyaAllah.. projek raya akan bermula malam ini..




p/s : teringat kenangan 31 Ogos beberapa tahun yg lalu... terjatuh dr pokok rambutan sebab nak amikkan rambutan utk mak.. hehehe..