Wednesday, November 01, 2017

Friday, January 22, 2016

Abang & Jam Tangan

Ini jam tangan Ucu.. Ucu pinjamkan pada nawfal sementara ummi dapatkan jam baru untuk nawfal. Masa nak bagi nawfal pinjam hari tu ucu minta nawfal janji utk jaga jam ucu baik2..

Nawfal pakai jam ni waktu nak pergi sekolah je, balik rumah nawfal masukkan jam ni dalam bekasnya, dan simpan elok2 dalam almari..

Petang tadi, balik kerja ternampak jam ni atas kabinet, dikelilingi sekawan serangga.. ada kala jengking, semut, kumbang sagu & labah2.. hahahah.. terkejut juga tengok.. sedang2 elok je serangga2 tu bersusun keliling kotak jam.. si jengking siap duduk atas kotaknya... hmmm.. rasa2 la kan, macam tau2 je kenapa binatang2 tu duduk kat situ.. tapi sebab nak sahkan teori, maka panggil la nawfal...

"Nawfal, sini kejap nak.. ummi nak tanya ni.."

"Ada apa mi.."

"Ni haaa... kenapa budak2 ni duduk sini? Buat apa semua keliling jam ni?"

Nawfal tak jawab, tapi tersengih2 jek..

"Hahah.. ummi rasa macam tau jek.."

"Ha'ah.. nawfal yg letak binatang tu kat situ, supaya leha tak ambil jam tu.."

Lepas tu kami dua beranak ketawa dekah2.. hahahaha.. dah agak dah.. sebab adiknya takutkan binatang2 tu, dia letak semua keliling kotak jam tu supaya adiknya tak dapat ambil jamnya.. hahah.. cerdik punya anak ye!!

p/s: malam ni ucu keluar bawa nawfal pergi cari jam.. nawfal dapat kumpul rm100 dalam masa 2 minggu utk beli jam baru.. nanti2 la cerita pasal simpanan nawfal tu.. tak sabar nak tunggu abg nawfal balik bawa jam tangan baru.. ✌

Thursday, February 05, 2015

Sekarang..

Sekarang..
Saya berada di Atlanta.. berseorangan.. bekerja..

Sekarang..
Saya dah ada anak tiga.. tu.. baru saja saya update "birthday ticker" ke-3 kat atas tu.. :) Hero saya yang sulung dah mask 7 tahun, heroin kedua dah nak dekat 2 tahun umurnya, dan hero kecil saya pulak dah 7 bulan.

Sekarang..
Saya sedang rindukan anak3 saya.. saya rindu suami saya.. saya rindu mak abah adik2 anak2 saudara keluarga semua kawan2 saya.. tak sabar nak balik esok.. jumpa semua permata hati saya.

Sekarang..
Anak sulung saya dah masuk sekolah darjah 1 dah.. sekejapnya masa berlalu.. Rasa macam baru je tulis cerita dia masuk sekolah tadika.. And when was that? Two years ago...

Ohhh.. dah lama kan saya tak update blog saya ni. Last update May 2013? Biar betul!? Hahahah.. sendiri pon tak percaya. Tengok lah nanti, saya pelan2 mula menulis semula.. mula update blog semula.. lama sangat dah tak menulis.. sibuk tulis customer investigation report je... Hahahaha.. pembohong no kannnn..

Sebenarnya ada macam2 cerita saya nak tulis, nak kata tak sempat tak jugak. Tapi sebab banyak sibukkan perkara lain.. sampai terlupa hobi saya yang satu ni. Kadang2 bila dah log in baru mula nak tulis tiba2 jadi blurrrrrr... Hilang terus ideanya.. Kebanyakkannya dalam 2 tahun ni semua jadi draf semata2. Tulis separuh jalan saja. Macam mana nak publish kan? Hahahaha.. buat malu saja.

Ok lah nanti sambung cerita lagi ye..

Thursday, May 02, 2013

Ayam Masak Kicap Untuk Nawfal


Bahan-bahan
- ayam
- serbuk kunyit
- kentang, dihiris nipis dan digoreng
- kicap
- halia
- bawang putih
- bawang merah
- rempah tumis 5 beradik (kulit kayu manis, buah pekak, bunga cengkih, bunga lawang, lada sulah)
- lada kecik (nama formalnya cili api, kami je yg panggil lada kecik)
- limau sambal (limau kasturi la tu..)
- garam
- sedikit air panas

Cara-cara memasak
- perap ayam dengan kunyit & garam, goreng separuh masak
- hiris halia, bawang putih, bawang merah
- panaskan minyak masak, masukkan rempah tumis & bahan-bahan hiris
- tumis sampai naik bau
- masukkan kicap, sedikit air panas, perahkan limau kasturi, perasakan dengan sedikit garam
- masukkan ayam yg dah di goreng
- masak lah sampai kuah kicap meresap dalam daging ayam... masukkan kentang yang dah digoreng... last campakkan lada yg dihiris hujungnya.. siap!!! lada tu buat ada-ada je, bukannya nawfal makan pun lada tu...

haaa.... dah siap pun ayam masak kicap untuk nawfal. ni lauk yg nawfal mintak saya masak hari isnin lepas. untung semua barang dah ada kat rumah. tinggal campak-campak jek ke dalam kuali. tak sampai 15minit dah siap.. dah lapar sangat.. tu la.. kat rumah nenek sibuk main je, tak ingat nak makan langsung. bila balik rumah baru nak rasa lapar. nasib la maknya ni ada rajin sikit masa tu.. kalau tak turun semula pergi makan kat rumah nenek jek.. muahahahahaha....

Tuesday, April 09, 2013

seorang abang

Assalamualaikum..

Lama dah tak cerita pasal abang nawfal. Dah masuk 4 bulan abang sekolah. Alhamdulillah banyak dah kemajuan. Makin mudah diurus. Makin rajin buat kerja sekolah. Makin cerdik. Sekarang ni hobi abang ialah mengaji dan menghafaz doa2 harian. Dah banyak jugak la doa yang abang dah hafaz. Syukur sangat2 anak ummi terang hati mudah terima ilmu yang cikgunya ajar disekolah.

Kadang2 kat rumah waktu main2 tu mulutnya tak henti mengaji dan hafaz doa. Kadang bila tengok macam kelakar pun ada. Cuma ummi kena rajin la nak dengar dan betulkan sebutan dan tajwidnya. Maklum la budak2 belajarnya cara menghafaz kan....

Sejak ada adik ni ada jugak la sikit perubahan perangai si abang ni. Mula2 perasan waktu hari pertama balik ke rumah. Apa2 yang dia nak mesti dia minta dgn ummi, walaupun masa tu abah dia ada dan tengah tak buat apa2. Nampak macam saja nak tarik perhatian ummi. Kesian jugak kat dia. Dah la ummi tengah berpantang pergerakan terbatas, lepas tu sibuk uruskan adiknya pulak. Memang banyak kali jugak la terpaksa pass kat abah suruh layan abang.

Abahnya pulak masih belum berani lagi nak uruskan adiknya. Jadi abah kena la ambil alih melayan abang sepenuh masa. Dengan kerja2 rumah lagi.. masak untuk ummi lagi.. kesian abah. Berpantang kat rumah sendiri macam tu lah.. nasib baik abah cuti lama. Dapat la uruskan anak isteri sepenuh masa.

Sekarang ni kami 3 beranak dah pindah melepak rumah nenek pulak sebab abah dah naik kerja. Mummy dengan nenek pulak yang amik alih layan abang. Ummi pun dah sihat sikit. Dapat la siap2kan abang pagi2 pergi sekolah. Alhamdulillah..

Dengan leha pulak.. owhh.. abang ini sangat sayang adiknya. Maklum la.. dah bertahun2 mintak nak adik. Tak sabar2 nak suruh adiknya besar nak ajak main gusti. Hahaha.. sabar la bang. Gusti la dengan abah dulu. Nanti adik dah besar haa.. gusti la dengan adik tu. Tapi baik2 la sikit. Adik tu gegirl.. *wink*

Published with Blogger-droid v2.0.9

1 bulan

Assalamualaikum..

Hari ni 9 April 2013.. sudah sebulan leha dilahirkan.. alhamdulillah.. leha sihat2 saja. Melalui tempoh sebulan dengan baiknya.

Owhh... nama sebenar leha pun dah didaftarkan. Nurul Nawra Safiyyah. Itulah nama diberi selepas ummi dengan abah mendapat persetujuan bersama.

Uihhh... ummi tak sabar nak tunggu habis berpantang. Lepas ni boleh la pergi meronggeng dengan leha.. hahaha..

Nanti sambung cerita lagi..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, March 18, 2013

kisah cik leha

Assalamualaikum..

Inilah cerita cik leha..

Selasa, 05 mac 2013

Ummi masih kerja. Belum ada tanda2 leha nak keluar. Cuma perut rasa tak selesa. Sakit bila leha gerak2.. sebab leha dah besar perut ummi pulak tak besar sangat. Jadi rasa penuh je. Bila leha gerak2 ummi rasa tak selesa. Pukul 10pg ada meeting. Masuk juga dalam meeting dgn perasaan tak selesa.

11 pagi.. errr.. memang dah rasa tak best sangat2. Duduk pon rasa tak selesa. Dah ada rasa sakit kat bawah perut. Tapi  sikit saja. Boleh tahan lagi kot. Keluar meeting pukul 12.30 terus rasa tak best. Nak jalan pon tak best. Tak jadi nak keluar makan dengan kawan2. Rasa nak balik rumah dah. Due pon 6 haribulan. Eh.. esok kan... Duduk depan laptop. Log in ke e-leave. Kawan2 yg lain semua dah pergi makan. Isi cuti emergency half day leave untuk 5 haribulan. Lepas tu isi maternity leave 2 bulan start 6 haribulan. Tak pe lah. Kali ni ambil cuti awal la. Sebab esok dah due date dah pon.  Karang email panjang2 dekat kawan2 berpesan2 pada semua yg akan ambil alih kerja ummi utk 2 bulan. Hantar email dekat bos. Setel semua kemas2 shutdown laptop bungkus masuk dalam beg kunci laci semua pergi clock out terus balik rumah.

Petang. Sakit dah hilang. Ok lega. Rehat2 je la kat rumah. Semalamnya masa last check up kat klinik desa misi ada pesan, kalau sampai 6 haribulan tak bersalin lg start 7 haribulan kena pergi check up jantung baby tiap2 hari sampai 10 haribulan. 11 pulak kena jumpa doktor kat kk gelang patah. Nanti doktor yg akan advise. Ok tak pe. Esok due. Mungkin baby memang nak keluar on time kot.. sabar lg..

Rabu, 06 mac 2013

Masih menunggu. Belum ada tanda2 baby mak keluar. Melepak saja di rumah. Rasa sakit dah ada sikit2 tapi sakit cuma datang dan pergi. Oh, belum lagi ni. Apa pon hati tetap risau. Kenapa belum lagi.. dah sampai due date ni. Risau sebenarnya. Walaupon misi dah bagi tempoh sampai 11 haribulan. Rasa macam.. ahhh.. tak bestnya. Sungguh. Penantian tu satu penyeksaan.

Khamis, 07 mac 2013

Pagi2 bangun pergi klinik. Check janyung baby. Alhamdulillah... normal. Balik rumah risau lg. Kenapa masih belum ada tanda2 baby nak keluar ni. Sakit masih datang dan pergi. Sabar saja di dalam hati. Ini namanya contraction tipu2. Sampai ke malam masih menunggu andai ada tanda2 itu. Masih tak ada.

Jumaat, 08 mac 2013

Bangun pagi ada spot merah. Hati berdebar2. Ini ke tandanya? Eh, tapi belum ada rasa sakit. Mungkin dah dekat. Lagi sekali pergi klinik check jantung baby. Masih tak ada rasa sakit yg betul2. Bagitau misi. Misi buay remark dalam buku merah. Blood show. Pesannya.. itu antara tanda2 dah makin hampir. Bila rasa sakit terus pergi hospital. Tak perlu tunggu sakit kuat. Lagipon dah overdue. Baikkk!! Tunggu lagi sampai malam.masih tak sakit2. Masih tidur dengan lena. Memang belum masa agaknya.. pujuk hati sendiri.

Sabtu, 09 mac

Bangun pagi dengan blood show sekali lagi. Pukul 9 pagi misi datang rumah chexk jantung baby. Normal alhamdulillah. Masa tu dah mula rasa sakit selang setengah jam. Tapi hati masih tak yakin. Ditinggalkan oleh misi dengan pesanan yg sama macam semalam. Baik misi. Dalam hati tetap nak tunggu rasa sakit yg betul2 meyakinkan.

Tengahari. Kami anak beranak tengah lepak2 kat rumah. Belum makan tengahari lagi. Tiba2 perut rasa sakit. Eh makin kerap sakitnya. Duduk termenung. Layan sakit sambil tegok jam. Selang 10 minit. Ok... hati rasa yakin. Sudah tiba masanya. Bangun. Ajak suami pergi makan kat simpang. Cakap kat dia perut lapar.. jom pergi makan kat simpang ciq.. lepas tu kita terus pergi hospital. Suami tak banyak cerita. Terus bangun siap2 angkat beg bawak masuk dalam kereta.

Sampai simpang tengok ikan keli sambal. Sedapnya. Ambil nasi ikan keli dgn pucuk ubi masak lemak. Sambil suap nawfal makan sambil layan sakit yg datang selang 5 minit. Tapi masih ditahan2kan. Tak cakap pon dgn suami. Takut die panik lagi. Macam yg dulu. Siap makan hantar nawfal pergi rumah mak. Bagitau mak kitorang nak pergi hospital. Mak kasi minum air. Lepas tu terus pergi hospital.

Sampai hospital pukul 3 lebih. Bawak ic buku merah dgn kain batik terus tuju bilik saringan. Sampai kaunter letak buku merah. Misi tanya kenapa datang. Bagitau misi keluar darah dan sakit selang 5 minit. Misi suruh tukar kain batik. Tak sampai 2 minit tunggu dah kena panggil masuk. Doktor cek bukaan. Doktor cakap jalan dah bukak 3cm lebih. Dekat 4. Doktor kata dia squeeze (apa tah tak paham..dia cakap kat nurse) sampai 4cm.

Sambil tu buat ctg. Lepas 1 minit doktor datang lg. Seluk lagi. Ok dah buka 4cm. Doktor suruh nurse call labour tanya bilik kosong. Misi kata ada kosong bilik no 10. Doktor kata dia nak pecahkan air ketuban lepas tu terus masuk labour room. Baiklah doktor. Tepat pukul 4 masuk labour room no 10.

Pasang ctg sambil layan contraction yg datang dan pergi tak sampai 5 minit sekali. Mata tak lepas jeling2 jam yg ada atas kepala. 1 jam berlalu. Masih belum sampai 10cm. 2 jam berlalu.. masih sakit2 sampai mengeliat. Misi masuk. Tgk ctg. Terus keluar panggil doktor. Doktor datang suruh mengiring. Doktor cakap graf jantung baby tak cantik. Dah tak nampak jam sebab kena mengiring ke kiri. Lepas tu dah tak layan apa2 pon sebab sibuk layan sakit. Doktor cek jalan. 8cm. Alih2 dengar doktor cakap2 dgn suami. Jantung baby. Tak cantik. Lemas. Heartbeat drop ke 110. Operate. Ceaser. Hahhhhh???? Mata terus segar sekejap.

Jangan. Jangan operate. Saya cuba teran. Ok. Saya cuba tapi tak boleh. Doktor bagitau nak bantu dengan vacuum. Ok. Apa2 je tapi jangan operate. Saya takut. Doktor masukkan vacuum. Suruh saya teran panjang2. Baikkkk... akhirnya tepat jam 1902 keluar la cik leha dengan bantuan vacuum. Alhamdulillah berjaya keluarkan leha dengan sokongan dari doktor bidan dam nurse yang sangat ramai dalam bilik no 10 tu. Terima kasih semua. Terima kasih suami yg sentiasa menunggu sepanjang menahan sakit sepanjang 3 jam itu. Love u till death..

Bila leha dah keluar alhamdulillah.. leganya rasa. Doktor letak leha atas perut. Leha dongak tengok muka saya. Saya bagi salam kat leha terus leha jerit2 nangis. Alhamdulillah...

Doktor angkat dan tunjuk leha dekat2 dengan saya. Alhamdulillah... saya dapat anak perempuan. Syukurnya. Dah ada sepasang.. doktor bawak leha keluar untuk bantuan oksigen sebab tadi leha hampir2 lemas di dalam perut. Suami bagitau tak sampai 10 minit dibantu oksigen leha dah sihat. Owhhhh...leha saja2 buat gempak.. buat2 lemas masa 8cm. Saje mahu dibantu dengan vacuum.

Apa2 pun saya syukur leha sihat. Tak banyak meragam. Tak banyak menangis. Hari ke 3 dah tanggal tali pusat. Tak ada kuning. Tak ada masalah menyusu badan. Rezeki susu untuk leha pon alhamdulillah... semoga Allah sentiasa berkati.

Gitulah cerita cik leha...

-JaNnAh-

Published with Blogger-droid v2.0.9