Tuesday, March 23, 2010

Yang keruh Itu Telah Dijernihkan

Alhamdulillah..

Sekarang hati saya sudah aman.

Di suatu malam yg hening, dia datang mengetuk pintu rumah saya.

Saya jemput dia masuk.

Walaupun hati saya seperti mahu menghalau dia pergi.

Saya tidak zalim, dan saya tidak mahu menjadi seorang yg zalim.

Dia datang meminta maaf pada saya.

Dia datang memenuhi keinginan saya, walau tak pernah saya katakan pada dia.

Katanya, dia sudah tidak tahan tidak bertegur sapa dgn saya.

Sebenarnya saya juga begitu.

Setelah beberapa lama tiada ceria, tiada gurau senda.

Cuma kerana keegoan dia, juga kerana kedegilan saya.

Dengan hati yg terbuka, saya maafkan dia.

Saya tidak mahu jadi orang yg ego.

Hari ini, hati saya tidak gusar lagi.

Tawa ceria telah kembali ke sisi kami.

Sesungguhnya begitu besar impak secebis ucapan maaf itu...

Sangat manis akhirnya...

4 comments:

Mama_Aqish said...

uiks ape kes???bagus la sling bermaafan...buang yang keruh amik yang jernuh baru teguh peribadi...klik2 iklan slurpee untuk u

l i e y n said...

mmg betul...besar impaknya perkataan MAAF tu!!

wan sujaihah said...

kadang pahit tu...diselangkan dengan kemanisan..

JaNnAh said...

alhamdulillah.. keadaan dah kembali normal dah.. saya pun salah jugak..