Wednesday, July 21, 2010

maternity / confinement leave

saya baru je tahu...

bahawasanya, maternity/confinement leave atau cuti bersalin/berpantang yang selama 2 bulan itu hanya berhak di peroleh oleh pekerja wanita yang telah melahirkan anak/anak² sama ada hidup atau mati atau keguguran pada usia kandungan 28 minggu dan ke atas SAHAJA.

jadi saya ingin membuat kesimpulan di sini bahawa, pekerja wanita yg melahirkan atau keguguran kandungan pada usia di bawah 28 minggu adalah tidak layak untuk mendapat bayaran di atas cuti yg diambil selepas peristiwa tersebut, kerana ia tidak dikira sebagai cuti bersalin/berpantang.

ya, itu saja yang saya nak beritahu.

oh ya, ini bukan main² atau tipu² kerana ia termaktub di dalam akta pekerja malaysia 1955. sila semak di laman web rasmi jabatan tenaga kerja semenanjung malaysia untuk maklumat lanjut.

sekian, terima kasih

"berkhidmat untuk negara"

6 comments:

Hernee Nazir said...

kak kte bru nk cite psl paternity leave..hahaha

JaNnAh said...

haha.. kebetulan.. sbb baru tau..

Unknown said...

aah.. betul tu.. kat company sy jd bahan kontroversi jugak... sbb ade yg keguguran ms 26-27 minggu gitu...
walhal dah kena mcm berpantang betul2 40 hari jugak kan... kalo company saya tu org2 terpilih dpt laaa cuti 2 bulan... kalo tak terpilih terpaksa laa ambik annual leave/unpaid leave... sadisss.

OneSue said...

ooo baru tau...gud info :)

JaNnAh said...

lailasani,
sama la ngan kat cni.. tu yg lg jadi kontroversi tu..

wan,
benda camni mmg patut kita kongsi..

Dina Zakaria said...

vote for 90 days confinement leave di nube.com..=)