Wednesday, July 28, 2010

Owh.. Sedihnya..

Hari ini hati berbunga² riang, mungkin sesuatu yg saya tunggu² akan sampai hari ini.

Sekali, tadi dapat pulak call dr courier service, dia cakap macam ni:

"akak, saya dr courier xxxxx, nak hantar barang kat rumah akak, alamat akak macam ni kan? bla, bla, bla, bla.."

"yup" saya menjawab dengan sgt senang hati.. hehehehe...

sekali dia cakap, "td budak saya dah pegi hantar brg ni, tp cari² rumah akak x jumpa la.."

huwaaaaaaaaaaa.... sedih la wei...

rumah camtu punya senang nak cari pon ko x jumpa ke dik??? dush! dush! dush!!

frust la akak camni dek oi...

akhir kata, pesanan dr syarikat courier itu, "akak, nanti esok budak saya hantar try cari lagi, blh x akak tolong bagi direction kat dia, nanti esok dia call akak.."

huhuhuhuhu... ye lah dik.. boleh la jugak... sedih nya.. isk.. isk.. isk..

Tuesday, July 27, 2010

Ulangtahun Proton

siapa dah tengok iklan ulangtahun proton yg terbaru???

cute!!!

saya suka!!!

:)

Monday, July 26, 2010

Penantian Suatu Penyiksaan

(ish, pasal apa tajuk macam recycle je eh?)

lantak la laboo..

sebenarnya i sedang menunggu sesuatu..

entah bila nak sampai..

tak sabar rasa tangan nak membelainya..

*wink*

Wednesday, July 21, 2010

maternity / confinement leave

saya baru je tahu...

bahawasanya, maternity/confinement leave atau cuti bersalin/berpantang yang selama 2 bulan itu hanya berhak di peroleh oleh pekerja wanita yang telah melahirkan anak/anak² sama ada hidup atau mati atau keguguran pada usia kandungan 28 minggu dan ke atas SAHAJA.

jadi saya ingin membuat kesimpulan di sini bahawa, pekerja wanita yg melahirkan atau keguguran kandungan pada usia di bawah 28 minggu adalah tidak layak untuk mendapat bayaran di atas cuti yg diambil selepas peristiwa tersebut, kerana ia tidak dikira sebagai cuti bersalin/berpantang.

ya, itu saja yang saya nak beritahu.

oh ya, ini bukan main² atau tipu² kerana ia termaktub di dalam akta pekerja malaysia 1955. sila semak di laman web rasmi jabatan tenaga kerja semenanjung malaysia untuk maklumat lanjut.

sekian, terima kasih

"berkhidmat untuk negara"

Monday, July 19, 2010

Salam Takziah

Takziah utk rakan² saya.. Azizah di atas pemergian ibu yg tercinta malam td kerana komplikasi jantung, & untuk Kakcom yg kehilangan anak sulungnya pd hari sabtu yg dilahirkan pramatang pd usia 5bln++ dalam kandungan..

Moga Zizah & kakcom serta family tabah & redha atas yg terjadi. Dan semoga roh mereka yg pergi ditempatkan di kalangan orang² yg beriman.. Alfatihah..

Friday, July 16, 2010

WALK FOR VALUES CARNIVAL

What's ur plan for weekend peeps???

kawan-kawan......

Jomm.. come and support the Walk for Values Carnival, held this Sunday, 18 July 2010!

Let's Do our bit for the Nature, for the Future..!! ... remember we all have a part to play!!

Also if u come early you receive Free Cap! Goodie Bag ! & Breakfast ( after walk)...
You can choose either Route 1: Larkin (larkin flat) OR Route 2 : Sentosa (Plaza Sentosa (The Store)

Interesting programme lined up....with loads of exhibition taking place..

Those who are interested can form a cheer group team and join the GO GREEN CHEER COMPETITION!!

JOMM!!!

Details as per brochure.. kalau x nampak sila click utk view gambar yg lbh besar..


those who stays in JB... jommmm... I did plan 2 go.. insyaAllah.. kalau x terlupa...


Wednesday, July 14, 2010

Di Suatu Malam..

Perbualan 1

Mummy : Nawfal, abah mana?
Nawfal : Ane.. (iaitu.. SANA.. sambil menunjuk ke satu arah)
Mummy : Abah buat apa kat sana?
Nawfal : Do.. (iaitu.. TIDO..)

Perbualan 2

Mummy : Nawfal, umi masak tak?
Nawfal : Acak.. (iaitu.. MASAK..)
Mummy : Masak apa bang..?
Nawfal : Yamm!! (iaitu.. AYAM)
Mummy : Sedap tak umi masak??
Nawfal : beshhhhhhhh.. (iaitu.. BEST! sambil mengangkat ibu jarinya..)

Hahahahha.. Ketawa besar kami anak beranak mendengar perbualan nawfal dengan makciknya... baru sebentar td.. (fuhh, kira fresh gila la cerita nih.. eksklusif!!)

Dah lama kan saya tak cerita pasal anak teruna idaman malaya saya..

Diam tak diam.. dah masuk setahun tujuh bulan dah usia anak teruna saya..

Mari check perkembangan Nawfal.. Nawfal sekarang...

*dah pandai bersembang... hahaha.. cam dialog kat atas tu.. betul² kejadian tu..
*dah boleh melompat dgn dua kaki (dulu² lompat sebelah kaki jek.. kelakar umi tgk..)
*dah pandai pakai selipar sendiri (kalau tersalah kiri kanan, umi cuma kena cakap 'tak betul tu' n dia boleh betulkan sendiri.. how clever..
*dah pandai main skuter.. hehehe.. nanti i upload gambo skuter tu eh..
*dah pandai mintak susu.. aduhhh.. demanding.. kadang² mintak susu botol, kadang² nak susu gantung.. kena ikutkan je..
*dah boleh gaduh².. terutama dgn dira.. adusss.. yg ni pening kepala sikit.. siap lempang².. risau betul la.. tp kat rumah pon kadang² gaduh juga dgn uminya ni.. ok, at least tak sunyi kat rumah.. ada gak kawan buat gaduh².. :p
*dah kenal banyak binatang, buah, anggota badan... ok, later kita listkan semua vocab dia..
*dah pandai berkemas... alhamdulillah.. tak ada masalah nak membebel lg lps dia main, kita just cakap 'ok, kemas sekarang..' dia akan terus kutip semua mainan dan kemas..
*dah pandai makan sendiri guna garfu.. (am i exaggerating here?? nope..) i've seen him ate pasta with the fork..
*dah pandai bgtau kalau dia poo poo... nanti dia cakap "mi, yak.."
*dah boleh faham arahan... alhamdulillah.. mudah sikit kerja umi.. tak le umi asik nak terpekik² marahkan dia.. hahahahah..
*dah pandai cakap kat fon.. muahahahaha.. kalau tgk berbual dgn abah dia.. mcm org tua² cakap kat fon.. dgn tgn goyang² mcm karam singh walia lg.. hahahaha
*dah pandai muah² kat umi bila umi nak pergi kerja.. sweet...

ermmm... byk lg ni.. tp tak larat pulak nak tulis.. nanti sambung lagi la..

later peeps...

Wednesday, July 07, 2010

Si Tukang Tilik Piala Dunia

Beginilah rupanya....



cik octopus yg menjadi tukang tilik untuk World Cup..

gambar ni diambil semasa cik octopus sedang membuat ramalan untuk juara semi final..

cik octopus kata... utk semi final.. spain menang..

agak² betul ke ramalan cik octopus ni???

tunggu aje mlm nnti..

saya yg bukan peminat bola yg tegar,

Tuesday, July 06, 2010

Tak Sabar Nak Try!

Saya ada kirim sesuatu dengan cik puan hernee..

Td masa keluar lunch kat wisma terserempak puan hernee, dia cakap mlm karang dia bagi benda tu pada saya.. hihihi..

Tak sabar nak cuba.. nanti dah cuba saya bagitau apa rasanya.. hehe..

Thursday, July 01, 2010

Alasan Baik Tak Update Blog

ceh.. ceh.. ceh..

tengok ler kalendar makcik start dr bulan 3 sampai bulan 6 tu...



penuh tau... tu yang kaler² biru tu.. tu semua meeting la tu...

tengok la, kekadang satu hari asik meeting je dr pagi sampai petang, tu pasal tak ada masa nak update blog...

bila ke blogger, yg sempat di buat cuma singgah² ke blog org lain jek.. fuhhhh.. stress la saya...

stress sebab nak dapat nak selalu² update blog.. :(